Sambungan kepada Surihati Encik Pembunuh ini mengisahkan Mus'ab, seorang ejen rahsia bagi Organisasi Ryuken yang dihantar ke Malaysia untuk diaktifkan kelak. Namun 15 tahun berlalu, Mus'ab langsung tidak diaktifkan. Tetapi kini tiba-tiba Ryuken mengaktifkannya. Namun, Mus'ab itu sendiri telah berubah. Bantahan Mus'ab kepada arahan tersebut mula mengancam nyawa keluarganya. Lantas Mus'ab mengambil jalan sendiri, memberontak dan kembali menghunus senjata.
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Memang rasa lebih puas hati bila baca back to back dengan Surihati Encik Pembunuh. Namùn, memandangkan kita dah tahu selepas ni akan ada lagi satu siri, rasanya Samurai Melayu menurun sedikit tahap suspense nya. Bagi saya pula, siri yang ini kurang sikit sebab Faisal nampak sangat tak mengancam berbanding Ryu. Watak Faisal masih saya paling suka, diikuti dengan Bakri... Sebenarnya watak Ryu ni, dari buku Surihati saya dah agak, dia mesti seorang yang kurang peramah. Sepatutnya Samurai Melayu beri sedikit penerangan mengenai Ryu sebelum berkahwin, bagaimana dia bertemu Laila...jadi kita mungkin boleh lebih appreciate kisah beliau. Tanpa kisah yang itu, kita tak berapa nak rasa the bonding sangat. Lain dengan Bakri malah Faisal. Apapun, cerita ni masih bagus dan saya tak sabar baca buku seterusnya Membunuh Muhammad.
Saya bersyukur yang permulaan cerita ni terus diisi dengan aksi. Kalau ia ditumpukan pada pembinaan latar belakang watak dulu, ia akan jadi bosan sebab latar belakang dan motivasinya sama seperti Faisal.
Selain itu, saya sangat suka betapa grafiknya novel ni. Ia sedikit sebanyak membuatkan pembacaan saya terasa lebih 'hidup' dan tidak membuatkan saya membandingkannya dengan siri-siri sebelum ini.
Tambahan, taruhan yang sangat tinggi buat watak di dalam novel ini membuatkan saspensnya berganda. Memang seronok baca! Berdebar sentiasa meneka apa yang bakal jadi.
Ini hanya pendapat peribadi saya: saya suka bagaimana novel ini sangat padat dengan aksi dan babak biasanya tidak terlalu meleret. Mungkin ada pembaca yang rasa berat sebab babak aksi dan pertarungan bagaikan datang bertubi-tubi. Tapi, tak untuk saya. Ia sangat memuaskan hati.
Ada satu hal yang saya nak suarakan, saya terpaksa menyanggah kenyataan ustaz Hilal pada penghujung novel, sebab dah ada novel fiksyen sebegini, musuh cuba membunuh Nabi waima hanya dalam simulasi permainan: Wira Persona Avatari.
Apapun, saya tak sabar nak baca Membunuh Muhammad!
Tema buku ke-4 dalam Saga Hero ini agak serupa dengan Encik Penbunuh dan Pemburu yang kembali ke pangkal jalan, cuma ceritanya sangat berbeza.
Samurai melayu Mus'ab atau nama timangan jepunnya Ryujin, diangkat oleh Ryuken. Dia dibesarkan dan diajar membunuh sebagai ninja sejati. Apabila dihantar ke Malaysia untuk menyelesaikan sebuah misi, dia mendapat hidayah dan meninggalkan organisasi tersebut. Namun, setelah berumahtangga, Mus'ab tetap dikejar bayangan masa silamnya sebagai Algojo.
Ryuken mahu merampas elemen baru bukan untuk membina sut Hero, tetapi untuk membina sebuah mesin hebat yang diluar akal kebanyakan manusia. Mesin apa tu?? Haa. Korang kena lah baca 😁 Best tau! Boleh bayangkan aksi pertarungan dalam anime jepun!
Mus'ab aka Ryujin aka Samurai Melayu seorang bekas samurai kumpulan Ryuken. Merupakan anak jati Malaysia yang membesar di Jepun. Ryuken menugaskan beberapa samurainya untuk memburu Mus'ab yang dikatakan telah berpaling tadah.
Setiap series dalam naskah Saga Hero ini mempunyai watak utamanya sendiri. Dan setiap watak utama dalam series yang sebelumnya menyumbang kepada melengkapkan cerita dalam series ini.
Action pack dalam naskah ini memang padat. Aksi bergasak memenuhi jalan cerita dalam naskah ini. Naskah ni bagi SH ada vibes macam Ninja Assassin.
Dan sebagaimana series yang sebelumnya Mus'ab selaku watak utama mempunyai kemelut jiwa akibat kisah lama yang seakan mahu menariknya kembali ke jalan hitam namun Islam menjadi penyembuhnya. Hadirnya rakan tak terduga menguatkan jiwanya. Ini adalah antara masukan yang SH suka. Bagaimana seseorang itu menerapkan Islam dalam kehidupannya. Bukan sekadar belajar dan ingat namun ditanam dalam jiwa.
Ada beberapa babak yang seharusnya menyentuh emosi tapi kurang dapat dirasakan emosi tersebut. Kalau emosi yang cuba disampaikan berjaya diterapkan dengan baik, naskah ini akan menjadi lebih baik. Sebab ia dah penuh dengan aksi. Jadi babak-babak yang menyentuh jiwa ini boleh dijadikan penyeimbang dalam cerita.
Di hujung penceritaan tiba-tiba dihidangkan dengan sebuah plot twist yang besar. Macam haaa??? Sampai terngangalah mulut dibuatnya. Dan buat SH tak sabar nak baca naskah yang terakhir.
Samurai Melayu merupakan siri Saga Hero yang ke-4. Penulisan kali ini bagi saya agak menarik, kemas, tersusun dan agak banyak aksi berbanding 3 buku yang lain. Cuma agak rasa kecewa kerana pada buku kali ini penulis tidak memperkenalkan latar belakang siapa Samurai Melayu. Penulis ada perkenalkan watak Hero serba sedikit tetapi tidak seperti 3 Hero yang lain yang diceritakan secara terperinci dan lebih detail.
Konflik yang dibawa kali ini agak menarik dan menyebabkan saya xsabar untuk baca siri penamat bagi Saga Hero. Bagi saya Samurai Melayu merupakan klimaks bagi Saga Hero kerana konflik yang tercetus antara Kerajaan Malaysia dan Ryuken itu sendiri. Ryuken merupakan ibu bagi segala Organisasi gelap yang berpangkalan di Jepun.
Mus’ab telah berubah dari seorang algojo kepada seorang muslim yang patuh dan taat pada perintah penciptaNya. Kebangkitannya adalah kerana ada pihak yang mengancam keamanan dan keselamatan keluarganya. Dia bangkit untuk melindungi keluarga tetapi itu hanyalah satu perancangan untuk mengalihkan satu lagi perancangan besar Ryuken.
Ada masanya aku rasa hanya 50% isi buku ini mengenai Mus'ab, selebihnya untuk membina jalan cerita ke arah finale yang dinanti-nanti.
Dalam kelima-lima buah buku di dalam saga Hero ini, naskah ini yang kurang membuatku teruja. Ada babak aksi yang aku suka terutama di saat Mus'ab bertembung dengan gurunya.
Samurai Melayu merupakan novel kedua Hilal Asyraf yang aku baca selepas Hero. Ya aku skip turutan Saga Hero memandangkan bajet tidak mencukupi. Disebabkan aku minat hal-hal berkaitan samurai dan ninja maka novel ni jadi pilihan. Walaupun skip turutan, jalan cerita masih boleh diikuti.
Dalam novel ni turut diceritakan jenis-jenis senjata yang digunakan oleh ninja dan samurai dari pihak musuh serta diselitkan juga quotes yang menarik. Aku suka konsep negara Malaysia dalam Saga Hero ni tapi ianya terlalu ideal untuk diaplikasi dalam realiti.
Mus'ab atau Ryujin diburu oleh masa silamnya iaitu Ryuken. Namun apa yang dia tidak tahu Ryuken bukan saja ingin membunuh dia dan ahli keluarga tetapi mempunyai agenda yang lebih besar dan bahaya. Agenda yang dirancang oleh Nobu adalah sesuatu di luar jangkaan serta orang yang membantu Nobu jugak adalah orang sangat mahir tentang Elemen Baru. Apapun Mus'ab tak keseorangan dalam misi ini kerana dia turut dibantu oleh hero-hero lain demi mempertahankan agama dan negara.
Baca buku ni ibarat melengkapkan puzzle. Baru boleh cantumkan maklumat yang ada dari Hero sehinggalah Samurai Melayu. Ada kesinambungan. Puas hati jugaklah tahu tentang Ryuken ni.
Ada beberapa perkara yang aku tidak suka bila penulis suka mengulang perkataan dan aksi. Contoh :
1. Terbelalak •Setiap kali jumpa perkataan ni buat aku rasa macam "perkataan ni lagi, takde idea lain ke". Haha bunyi macam kasar tapi lama kelamaan aku rasa 'annoyed' bila ulang perkataan yang sama.
2. Menggunakan badan musuh sebagai perisai. •Rasanya dari buku Encik Pembunuh lagi guna taktik yang sama.
3. Senjata cuma seinci/ satu cm dari tubuh. Namun, sempat mengelak di saat akhir. •Aku tahu penulis cuba menggambarkan kehebatan watak, cuma pengulangan membuatkan aku bosan.
Ada masa rasa terpaksa untuk habiskan baca buku ni, ada masa rasa tak sabar nak baca bab seterusnya.
Apa² pun, tahniah kepada penulis untuk buku yang baik ni. Sarat dengan ayat Al Quran yang membuatkan ia berbeza dengan buku aksi yang lain.
Diingatkan untuk membaca novel ini. Kalian WAJIB membaca novel HERO, Pemburu dan Surihati Encik Pembunuh. Ini adalah novel universe. Watak-wataknya saling berkait. Kali ini watak mus'ab diwujudkan atau dengan nama lainnya Ryujin.
Di masa silamnya mus'ab lebih dikenali sebagai algojo menghapuskan sesiapa sahaja yang mendatangkan ancaman kepada ryuken. Muramasa, katana yang telah ditempa khas buat dirinya okeh kawakami salah seorang syaitan bertujuh yang lama di dalam ryuken. Merangkap gurunya telah memakan banyak darah.
Sinar hidayah hadir sewaktu dia dihantar oleh ryuken ke malaysia dengan agenda tersendiri. Sepanjang konflik yang terjadi di dalam novel HERO mus'ab hanya watak "bayang2" yang misteri. Hanya menjadi pemerhati. Tetapi kerana sikap pemerhati ini dia berubah setelah mendapat senaskah al-quran dari jirannya. Dia mula terlibat dengan INSANI dan kumpulan usrah. Di sini juga dia ketemui Laila, isterinya.
Masa silam mula mengejar dirinya. Keluarganya diancam dia mula munculkan diri. Ryuken ingin dia aktif semula kerana dirinya telah beriman. Dia menolak. Bermulalah episod baru yang penuh aksi dan mendebarkan.
Kerana satu kejadian berdarah dia mula terlibat dengan pasukan intelligent malaysia. Dia bekerjasama dengan Afam, Bakri, Faisal dan Pak Arbi.
Ancaman daripada Ryuken yang merancang untuk merampas elemen baru membuatkan mereka menjadi lebih aktif ke depan untuk menghalang.
Nobu seorang yang strategis dan merupakan syaitan bertujuh yang baru di dalam ryuken telah merancang sepenuhnya perampasan elemen baru tetapi satu perancangan yang paling dasyat telah dirancangkannya iaitu ingin mencipta mesin yang boleh merentas masa untuk membunuh muhammad.
Apakah semua masalah yang diciptakan oleh ryuken akan berakhir? Nantikan kemunculan novel ketiga nanti. MEMBUNUH MUHAMMAD. 80% adalah aksi dan 20% lagi kisah cinta dan kekeluargaan. Sangat mendebarkan sepanjang pembacaanku. Terutama sekali babak-babak berlawan mengundang adrenalin ku mencanak-canak naiknya.
saat hidayah Allah itu hadir, tiada yang dapat mengubah pendirian insan yang ingin berubah. ingin mencari kebenaran yang sebenarnya. nikmat apabila hidayah allah itu datang menyapa. sifat jahiliyah terus sirna daripada merajai jiwa. Islam adalah sebaik-baik pegangan.
Ps/ baru perasan nama editornya kak liana. Tahniah kak. Ceritanya sangat Best. Debaran sepanjang membacanya masih lagi terasa ni. Menantikan novel sambungannya Membunuh Muhammad.
“Bukankah apabila kita benar-benar mencintai seseorang, maka kita mahu ke Syurga bersama-sama dengannya? Biarlah kisah silamnya yang hitam, atau pundia sendiri sedang melakukan dosa. Sekiranya kita benar mencintainya, maka mengapa kita sanggup meninggalkannya?”
Setelah tumpasnya Kesatuan Pemburu di tangan Bakri, Sang Pemburu muda dan juga Organisasi Hitam di tangan Faisal atau gelarannya Izrail Dunia Gelap, kali ini satu lagi organisasi di bawah naungan Ryuken pula tumbang di tangan algojonya, Mus’ab atau gelarannya, Samurai Melayu.
Mus’ab yang berubah kerana terkesan dengan perubahan Malaysia yang mengamalkan kehidupan Islam telah pun bertekad untuk meninggalkan urusannya dengan dunia gelap dan juga organisasi yang menaunginya demi agama dan juga keluarganya. Dia sangkakan dia mampu melakukannya sendiri tetapi ianya agak mustahil. Berhadapan dengan barisan Syaitan Bertujuh bukanlah mudah dan perlu bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk membanteras organisasi dunia gelap.
Setiap kali perlu berhadapan dengan masa lalunya, persoalan yang selalu berlegar di dalam kepalanya adalah, Tuhan tidak sudi mengampunkan akukah selama ini?
Karya Hilal Asyraf mengangkat nilai-nilai keagamaan secara santai ditambah dengan elemen aksi dan pertempuran seolah-olah sedang melihat satu filem aksi. Sangat terperinci. Bahasa yang digunakan pula, sopan dan bukan kata singkatan yang biasanya dijumpai di dalam dialog kebanyakan novel. Aku sukakan bagaimana beliau mempotretkan keadaan Malaysia apabila mengamalkan cara hidup Islam.
Yang pastinya ini bukan yang terakhir dalam siri Saga Hero!
Jujur saya katakan, saya bukanlah peminat novel genre aksi, tapi karya Tuan Hilal antara pengecualian, mungkin sebab gaya penulisannya.
Dalam novel ini, Mus'ab atau Ryujin banyak berdepan sesi pertarungan dengan musuh-musuh. Jadi, setiap kali pertarungan itu jugalah jantung saya berdebar-debar. "Boleh ke menang ni? Mesti boleh ni, dia kan Ryujin HAHA" itu yang selalu terdetik dalam hati saya.
Dalam Pentalogi Saga Hero ini, selain Samurai Melayu, saya cuma pernah baca Hero, tapi saya tabik kepada penulis, meskipun saya tidak membaca mengikut urutan lengkap, saya dapat nikmati pembacaan dengan baik. Ada beberapa kisah oleh watak utama novel-novel sebelum ini yang dimasukkan ke dalam Samurai Melayu, jadi pembaca itu dapat idea mengenai apa yang berlaku.
Selain itu, seperti kebiasaan, novel Tuan Hilal pasti akan menyelit unsur keagamaan sebagai panduan hidup.Saya suka apabila dakwah disampaikan secara halus begini, membuatkan saya tidak berasa bosan membacanya malah dapat ambil iktibar.
Oh ya, saya tak sangka pula novel ini sedih.Saya nangis teruk pada 2 bab terakhir, kalau nak tahu saya nangis sebab apa, kenalah baca HAHA. Novel ini lengkap dengan pelbagai rasa.
Akhir sekali, syabas Tuan Hilal! Epilog dia membuatkan jantung saya berdegup kencang, tak sabar nak membaca Membunuh Muhammad pula!
Buku keempat dalam siri universe HERO. Jujur cakap, aku baca ni basically sebab rasa macam watak bakri akan ada muncul dalam ni. Dan sebab nak baca buku terakhir, kena lah baca yang keempat ni dulu, kalau tak, blur-blur tak tau jalan cerita nak ke klimaks ending tu. . Buku ni cerita pasal kisah mus'ab, algojo yang sepatutnya memporak-perandakan Malaysia, tapi end up decide untuk berubah kepada ajaran Islam. Bertahun dia menyepikan diri, tapi dapat juga dikesan. . Ancaman demi ancaman dia terpaksa tempuhi, untuk memastikan keselamatan keluarga dia. Dan seterusnya dia berjumpa dengan hero-hero yang lain, dan sama-sama mereka bergabung tenaga menumpaskan kejahatan. . Ada ketika dia rasa keimanan dia sangat diuji, bila mana dugaan tak putus-putus datang, sampai dia rasa adakah perubahan dia ke arah yang baik itu tidak diterima? Dalam dunia realiti, memang ada masa manusia akan dijentik hatinya untuk mempersoalkan tentang kasih sayang dan rahmat Allah, sebab ujian bertimpa-timpa yang datang menghujani diri. Tapi sering kita lupa, manusia diuji sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Semua buku siri Hero (Hero, Pemburu, Surihati Encik Pembunuh dan sekarang Samurai Melayu) layak dapat 5 bintang tapi mana pernah ada sesuatu buku tu sempurna kan? Jadi 4 bintang pun dah cukup banyak. Setara dengan 5 bintang. Hihi.
Taktau nak bagi ulasan apa sebab rasa macam wow. Rasa macam taknak letak buku ni. Dan baru faham kenapa siri terakhir tajuknya Membunuh Muhammad yang mana saya memang tak sabar nak baca. Haha.
Cuma bagi watak Bakri di mana perwatakannya berubah sedikit yang mana kita memang sudah tahu Bakri sudah agak berubah pada akhir cerita pemburu, dan jadi makin peramah dalam novel Surihati Encik Pembunuh. Tapi kalau diceritakan sedikit, macam kembali ke masa lampau bagitau kenapa Bakri boleh jadi seriang, seperamah, sepositif dan suka bercanda lebih lagi baik. Maknanya lepas dia bergaul dengan Afam etc. Baru rasa kesan lebih sikit. Hihi. Apapun, serius tak rugi baca novel ni. Sikit habuk pun tak rugi.
Kadang-kala, apabila kita membaca buku yang terkemudian dalam sesebuah siri, kualitinya akan menurun. Tetapi bagi saya, penulis berjaya mengekalkan minat saya dalam buku keempat siri Hero dengan adegan-adegan mendebarkan dan jalan ceritanya yang terus mengumpan saya membaca dari bab ke bab kerana hendak tahu apa yang terjadi seterusnya. Seperti semua buku-bukunya yang lain, ayat-ayat Al-Quran dan doa lazim yang disertakan amat relevan dan tidak kekok mengikut jalan cerita. Inilah antasa ciri yang membuat saya penggemar setia buku-buku penulis ini. Malah saya mendapati kesalahan tatabahasa sudah berkurangan (atau mungkin saya tidak secerewet dulu). Syabas!
Cuma saya mungkin tidak akan baca buku yang kelima, kerana seperti yang penulis sendiri telah maklumkan di akhir buku ini, ia mungkin sedikit kontroversi. Tetapi ada banyak buku lain oleh penulis yang saya belum baca jadi tidak mengapalah.
Mus'ab aka Ryujin - ahli organisasi gelap antarabangsa Ryuken yg telah berubah dan menemui jalan kebenaran. Ryuken ni macam Yakuza la. Nickname Mus'ab ialah Samurai Melayu.
Tapi macam biasalah memang kau tak boleh nak tinggalkan dunia gelap tanpa digelar pengkhianat. Keselamatan family Mus'ab diancam menyebabkan dia terpaksa pegang katana balik.
Tersangkut pulak dgn konflik antara kerajaan dgn Ryuken sendiri. Mus'ab kena bekerjsama dgn Inteligen Kerajaan Malaysia utk menentang kejahatan.
My thoughts? *spoiler alert* 1. First impression watak Mus'ab ni buat aku teringat cerita Rurouni Kenshin - a former samurai assasin who has resolved to never killed again has his vow sorely tested. 2. Kawakami is my favourite character. Aku emosi sikit masa Ryujin bertarung dgn Guru dia. Sedih kut at the end. Dah la sebelum tu terpaksa bunuh bestfriend dia Masamune. 3. Great plots and fighting scenes. 4. All 4 heroes finally know each other. I personally love Pemburu the most.
'Menafikan wujudnya kejahatan, Ialah hidup di alam mimpi, Dan kita akan terjaga'
🕸Buku ni layak dapat 10 bintang! Masyaallah. Terkedu bila membaca. Gambaran-gambaran yang diberikan oleh penulis bagaikan realiti di depan mata. Rasanya aku lagi suka buku ni berbanding buku pertama😂🙈
Siri keempat dalam Saga Hero. Berkisarkan watak Samurai Melayu,Mus'ab yang kembali kepada fitrahnya ketika melaksanakan misi di Malaysia.
Tindakan Mus'ab mengheret dirinya ke konflik yang lebih besar, antara Kerajaan Malaysia dan Ryuken sendiri. Aku pun tak sangka, terlalu banyak konflik yang tersirat dalam Ryuken.
Buku kali ini membuatkan aku mengambil sedikit masa untuk menghadam bab permulaan. Kerana penggunaan nama-nama Jepun yang agak memeningkan bagi aku. Bila dah dapat menangkap perjalanan cerita,aku tak dapat nak hentikan.
Seperti Mus'ab, Faisal, Bakri dan Afam, aku sendiripun sangat terkejut dengan pembongkaran-pembongkaran rahsia antara Kesatuan Pemburu, Organisasi Hitam,Syaitan Bertopeng dan Ryuken.
Terlalu banyak kejutan dalam buku ini sehinggakan aku rasa buku ni paling penting dan paling utama. Penjelasan kisah lalu watak-watak sebelum ni turut ada dalam buku keempat ini.
Kehebatan teknologi Malaysia pada ketika itu memang tidak dapat disangkal lagi tambahan dengan penambahbaikan dalam Elemen Baru.
Dalam buku keempat ini semakin jelas kepada aku bahawa Elemen Baru itu merupakan tunjang utama dalam kehebatan teknologi.
🕸sejujurnya aku teramatlah sedih di penghujung novel ini, rasa seperti baru sahaja mengenali watak tersebut, namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Yang membuatkan aku tak sabar untuk meneruskan pembacaan novel terakhir ialah penciptaan mesin yang sangat hebat. Perasaan bercampur-baur bila mengetahui mereka bakal membuka lipatan sejarah silam Tamadun Islam.
🌼terima kasih Tuan @hilalasyraf untuk pemberian naskhah ini, juga syabas beribu kali syabas atas idea yang sangat hebat bagi saya.
Tak tahu nak ulas apa. Macam blur blur aku dibuatnya. Sebab apa yang berlaku dalam cerita ini diluar kotak pemikiran aku.
Aku kenal Bakri (Pemburu), Afam (HERO), Faisal (Izrail) tahun 2018. 2021 baru aku sambung balik perjalanan cerita dorang dan ditambah dengan satu lagi watak baru iaitu Mus'ab si Samurai Melayu.
Part yang paling menyiksakan dan menyedihkan hati apabila Ryujin terpaksa bertarung dengan Kawakami... Arghhhhhh!!!! Perasaan kasih sayang memang tak akan pernah kalah!
Ikut hati nak sambung terus Membunuh Muhammad, tapi macam biasa kalau dah namanya buku Hilal Asyraf kau takkan lari dari rasa penat yakmat selepas kau menamatkan sebuah karya dia. Kenapa? Beli dan baca sendiri. Kau akan tau kenapa..
Alhamdulillah. Kisah yang lebih manusiawi. Kelemahan seorang yang memiliki kekuatan. Penulis berjaya membuat kisah yang lebih luas latarnya dan berkait cantik dengan 3 naskah terdahulu.
Benar, ia naskah yang menarik. Penulisan dari HA yang lebih kemas dengan adunan konflik dan penceritaan yang berjaya lari jangkaan.
Tahniah buat penulis, yang berjaya menerapkan suspen dan menghidupkan keterujaan saban naskah. Ia benar2 menuntut usaha dan komitmen. Tahniah kerana berjaya.
4 selesai. Mari kita lunaskan naskah kelima, Membunuh Muhammad. Bring it on!!
setakat 4 buku siri ini yang saya baca, buku no.2 dan no.4 saya agak suka. itu pun sebab buku 4 ni jalan cerita makin laju dan cepat berkembang.
apa yang saya agak kurang suka.... watak samurai melayu..... mengambil terlalu banyak inspirasi daripada watak manga Kenahin Himura. dan saya peminat setia manga dan anime Samurai X, jadi bila hampir semua reference datang daripada cerita tersebut, ayat2 novel ni menjadi terlalu cringe untuk saya.
setakat ni buku no. 2 dan Bakri adalah watak kegemaran.
Sama seperti Pemburu dan Pembunuh, algojo juga akhirnya kembali ke jalan yang benar.
Namun peristiwa demi peristiwa yang berlaku mula membisikkan kata-kata negatif bahawa taubatnya tidak diterima.
Mereka bergabung dan bertarung untuk mengalahkan sebuah organisasi yang kuat dan berpengaruh. Siapa sangka tindakan Akuma mencuri Element Baru suatu ketika dahulu menjadi titik tolak kepada suatu rancangan yang amat besar.
Samurai Melayu is one special book. Unlike my reviews on 3 others previous books which I included a tiny bit about the book, but starting from this book I find it difficult to do that.
This book, in my opinion can’t stand alone without the series. Which what I mean is, people will find it difficult to understand this book if they haven’t read the previous 3 books.
Penentangan terhadap organisasi paling besar di Asia Tenggara yang membencikan keindahan sesuatu negara apabila rakyat negara tersebut setulusnya mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar.
Mengambil 3 pahlawan Islam menentang beratus, atau beribu kekuatan musuh.
Buku ni, in my serious opinion, is the book that really is jumping stone to people who really seek for companion to change to become a better Muslim.
Pengharapan kepada Allah yang tertinggi selepas usaha yang maximum diberi, bersama-sama pengorbanan yang boleh menumpahkan air mata darah kepada orang yang melihat. Bersangka baik kepada Allah. Allah adalah sangkaan hambaNya.
Dan boom, teringat terus kisah Perang Badar. Nombor bukan ukuran, tapi jiwa menjadi kekuatan.
The head of the organisation really, really upset with this strength of Muslim, and he decided to build a time machine and kill the one who begin it all.
Antara siri HERO saya paling minat watak Mus'ab dan novel Samurai Melayu merupakan novel yang paling saya nikmati jalan penceritaanya di antara kelima-lima novel di dalam siri ini. Mungkin kerana saya suka 'vibe' Jepun itu.
Jalan cerita boleh diramal memandangkan cerita tiga watak utama ada persamaan. Namun, istilah-istilah senjata dalam bahasa Jepun sangat mengujakan. Juga seperti biasa, penuh aksi!