Selepas buku Kucing-kucing hota hai karya Shahkang, Kata Pillar sekali lagi menerbitkan buku tentang kucing. Berlainan dengan karya Shahkang, Kitab para ku-cheng ini menggabungkan tulisan beberapa penulis dan biasalah, bila style sebegini, ada himpunan cerita yang best dan suam-suam sedikit. Tapi yang menariknya, buku ini disertakan dengan sedikit informasi tentang kucing, tips daripada veterinar dan trivia. Ada ilmu kekucingan yang boleh kita peroleh daripada buku ini. Tahukah anda, di Australia, mereka memanggil kucing dengan bunyi sebegini... 'puss puss puss'. Di Mexico pula... 'biso biso biso'. Aku pula selalu panggil kucing macam ni... 'miauuuuu... tututut... tututututut... oi kucing!' Hahaha...
Sebab penulisnya berjemaah jadi gaya penulisan akan jadi pelbagai. Ada yang saya suka dan ada yang mehh je. Tapi untuk kucing rescuers di luar sana, saya tabik anda.
Buku ini mengandungi banyak fakta menarik tentang kucing. Ia tidak hanya memberi informasi, tetapi juga pelbagai kaedah penjagaan dan pencegahan masalah berkaitan kucing. Ini membantu meningkatkan kesedaran pembaca tentang pentingnya menjaga kucing.