" Aku nak kau tolong aku tackle Ailin jadi girlfriend aku." - ANIQ
Zafreenn sangka, pada hari jadinya yang ke 29 tahun, Aniq akan meluahkan perasaan dan mengajaknya bercinta. Namun, lain pula yang berlaku bila Aniq jatuh cinta pada sepupunya yang cukup menjengkelkan itu. Kesedihan Zafreen mmbawa kepada pertemuannya denga Imaad, pemain piano terkenal dunia yang ketika ini sedang hiatus. Mamat ni nak merompak aku ke? Ke dia nak culik, lepas tu rogol aku? Eh! Lepas tu jual semua organ dalam badan aku! - ZAFREEN
" Miss, orang-orang tu adalah orang-orang yang merbahaya. Kalau you tak start enjin dan beredar dari tempat ni, you and I... Kita berdua akan dibunuh! - IMAAD
Pertemuan pertama membuatkan perkenalan mereka berpanjangan. Imaad yang mendengar setiap kali dia meluah, Imaad yang menemani di saat dia berduka, Imaad yang selalu ada di sisi. Zafreen terusik dan bahagia. Tiba-tiba... "
Aku rasa kau tak bertepuk sebelah tangan. Aku rasa aku juga ada hati pada kau..."- ANIQ
Zafreen seperti tidak lagi teruja saat Aniq melafazkan perkara itu kerana hatinya telah dicop mohor oleh Imaad. Tetapi dia seorang sajakah yang merasa cinta ini, sedangakan Imaad... kaku dan kejung seolah tiada perasaan. Ini tentang hati yang ingin saling memiliki, tetapi dalam diam saling melukai. Sebuah kisah cinta yang seharusnya lurus, namun jadinya bersegi. Siapakah yang menjadi lagu di hatinya? Atau mungkin juga irama takdir mereka tidak akan pernah bersatu?
Omg!! I really really really in love with this novel 😭❤️
What I've learned from this book is "Hargai apa yang masih ada. Yang ada tak akan selamanya ada" So please, learn how to appreciate people around your circle. Jangan jadi macam Aniq tak pernah sedar yang Zafreen cintakan dia lepastu bila Imaad try Zaf baru dia pun kalut. Bila dah hilang baru nak sedar. But Aniq still gentleman and i salute bcs of what? kena bacalah!!
Apapun, congratulations writer! I really enjoyed this book cuma agak terganggu bila nama watak kerap tertukar seperti Imaad Aqil masa awal2 Imaad lepastu belakang2 asyik sebut Aqil. Abit confused la actually but nasib boleh palatau hahahha.
Imaad, engko ni betul la nasib baik tau si Zafreen tak tinggalkan kau. Jarang nak baca tentang ML as a pemain piano. Lagi suka if author masukkan why Imaad chose to hiatus for 2 years. Aku rasa takde closure tentang ni.
Really hope ada book tentang Ailin dengan Aniq. Second chance romance perhaps?? 😚