Kau milik dia, bila darahnya menitis pada matamu...
Setelah bertahun-tahun tidak pulang ke kampung, kini Hakim kembali bersama isteri dan anak-anak atas tuntutan kerja. Hanya itu kampung yang Hakim ada kerana dia dipelihara oleh keluarga angkat sejak kecil. Rumah pusaka itu terpaksa didiami semula meskipun tahu kepulangannya bagaikan menjerat diri sendiri.
Kukur berdarah mencari warisnya. Sudah lama ia menanti kepulangan Hakim. Tanpa siapa ketahui, ada yang menjaga kukur itu. Kukur itu perlukan darah warisnya untuk terus menghidupkannya semula. Persembahan kukur menari sudah lama tidak dimainkan.
Pertemuan semula Hakim dengan sepupu angkatnya, Dina telah menerbitkan kembali bait-bait percintaan antara mereka yang dulunya terhalang. Perkenalan isteri Hakim, Imanina dengan Opah Jarah pula telah mengundang kecelakaan pada mereka sekeluarga. Berjayakah kukur berdarah mendapatkan warisnya?
“Aku tak mahu cucu Abang Megat jadi mangsa! Aku takkan biarkan kau lakukan persembahan tu yang akan meragut nyawa lagi!” - Danial.
“Jangan ganggu kerja aku kalau tak nak pertumpahan darah berlaku dalam keluarga kau! Ingat teh, jangan kata aku tak bagi amaran!- Jarah
“Kita dah tak banyak masa, Akim. Kamu dah guna benda tu. Pak long bimbang keluarga kamu dalam bahaya terutamanya diri kamu. Pak long risau sebab benda tu memang nakkan kamu.” - Haji Yusoff.
Suasana latar belakang cerita yang membuatkan pembaca akan merindui suasana kampung..dan makanannya. Penulis pandai memancing selera pembaca dengan menceritakan menu menu yang sedap walaupun hanya untuk santapan pembacaan.
Judul dan gambar kulit memang menarik, sehingga terdetik di hati, 'sedapnya tajuk buku ni'. Lalu, berusaha membeli untuk tahu cerita dan menghayati apa yang ada di sebalik judul.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan bacaan buku ini. Hampir dua bulan. Selain kekangan masa, sikap polyreader (membaca banyak buku pada satu-satu masa) juga menjadi penyebab.
Dan, satu lagi punca adalah misteri yang terungkai awal membuatkan rasa teruja itu berkurang. Maka, saya banyak kali menangguhkan pembacaan.
Idea cerita dan pemilihan watak utama (saya merujuk kepada watak bukan manusia, iaitu kukur berdua/kembar) itu, sangat mengujakan.
Kukur - alat lama mengukur, mengorek keluar isi kelapa, menjadi sesuatu yang estetik untuk diangkat dan dimuatkan di dalam sesebuah cerita. Lebih hebat apabila ia sebuah cerita fiksyen seram!
Saya rasa bangga apabila ada penulis yang membawa tradisi dahulukala ke dalam penulisan. Tahniah buat penulisnya, Afieyza Isahak!
Suka juga apabila ada beberapa makanan tradisi termuat di dalam cerita misteri ini. Penulisan dan bahasa berceritanya, baik. Tetapi, lebih menarik jika susunan plotnya diperhatikan semula.
Unsur tertanya yang sepatutnya ada, sudah hilang apabila pendedahan terhadap misteri itu dibuat lebih awal.
Sudah tahu siapa Jarah. Sejarah dendamnya. Sudah tahu juga hubungan di antara Dina dan Hakim. Sudah tahu apa rancangan Dina terhadap Hakim dan siapa yang menyuruhnya.
Malah, boleh ditebak apa yang akan berlaku di dalam rumah pusaka dengan kukur tersimpan di dalamnya.
Dari segi watak Hakim yang berubah-ubah dan banyak berahsia, menjadikan ia watak bukan pilihan. Watak anak sulung Hakim yang bernama Fariz itu lebih matang dan banyak menyelamatkan keadaan.
Entah kenapa, watak-watak di dalam cerita ini selalu lambat bertindak walaupun sudah tahu apa yang menanti mereka. Termasuklah watak Haji Yusoff.
Walau bagaimanapun, pergantungan dengan unsur misteri pada penamat cerita, sesuatu yang baik bagi sesebuah novel bergenre seram mistik.
Ulasan Buku: Waris Kukur Berdarah Oleh Afieyza Isahak
Buku ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang berpindah ke rumah pusaka atas tuntutan kerja. Namun, keputusan itu menjadi titik tolak kepada pelbagai gangguan dan tragedi. Di sinilah bermulanya konflik demi konflik, bukan sahaja gangguan mistik, tetapi juga masalah dalam hubungan kekeluargaan yang penuh dengan rahsia dan keputusan yang lemah.
Watak yang paling aku tak suka: Hakim Sengal tahap dewa! Macam tak ada rumah lain atas muka bumi ni, boleh pula heret anak bini tinggal rumah yang pernah ada kes berat. Lepas tu, dia pula boleh bawa adik sepupu perempuan keluar jalan-jalan — padahal mereka pernah ada sejarah! Man, kau tu dah kahwin kot. Tak reti jaga batas, tak malu ke dengan anak bini sendiri? Paling menyakitkan hati bila dia tak nak mengaku dan buat muka tak bersalah. Kurang asam betul. Jenis lelaki macam ni memang buat darah naik.
Watak yang menyusahkan hidup: Mak Teh Kalau Mak Teh berani dan sanggup pertahankan keluarga dari awal, semua ni mungkin tak akan berlaku. Jangan bagi alasan “itu mak aku” — kalau dah terang-terang menyusahkan dan membahayakan anak sendiri, kena lawanlah! Tapi tidak, dibiarkan sahaja, akhirnya menangis terhegeh-hegeh rindu anak bila semuanya dah terlambat. Lemah! Tak tegas, tak berpendirian, dan akhirnya menyusahkan semua orang. Naik angin aku baca perangai masing-masing.
Tema utama buku ini adalah pewarisan saka dan kisah gelap keluarga yang disembunyikan dari keturunannya. Akibatnya, anak-anak seperti Dani terheret sama dalam kegelapan yang bukan berpunca dari mereka pun. Kalau dari awal semuanya jujur dan terbuka, mungkin Dani tak akan jadi begitu-mental😮💨. Tapi disebabkan orang dewasa yang terlalu memikirkan dendam dan berfikiran cetek, akhirnya semuanya musnah perlahan-lahan.
---
Kenapa aku baca buku ni? Sebab aku memang minat cerita berunsur seram, thriller dan aku suka plot jalan cerita ini- bab makanan🤣😅😆 terliur dibuatnya. Tapi bagi aku ada sesetengah part macam saja dihentikan menyebabkan adegan panas mati macam tu je— dan tambahan yang buat aku geram, banyak watak dalam ni lebih menyusahkan daripada membantu. Tapi itu juga yang buat cerita ni “hidup” — sebab dia tunjuk realiti: tak semua orang berani hadap dan selesaikan masalah.
Novel sulung penulis Afieyza Isahak ini berlatar tempat di kampungku, Taiping. Tetapi khusus di Batu Kurau. Menceritakan tentang saka keluarga, yang mencari 'tuan' baru untuk menjaganya, yg suatu masa dahulu dipuja dalam membuat persembahan kukur menari.
Hakim pulang tinggal di kampungnya bersama keluarga disebabkan tuntutan kerja. Dia memilih untuk tinggal di rumah pusaka opahnya, walaupun sedar kepulangannya bakal menjerat dirinya sendiri.
Sejak hari pertama pulang ke kampung itu, Hakim, isterinya dan anak-anaknya sering diganggu. Kukur berdarah mencari warisnya. Kukur yg asalnya sepasang hanya tinggal 1 di rumah pusaka yg didiami Hakim. Tanpa pengetahuan sesiapa, ada yg masih menjaga kukur itu dan kukur itu perlukan darah warisnya untuk terus menghidupkannya semula. Siapa yg menjaga dan memuja semula kukur pusaka itu?? Kenalah baca... 😁 dan untuk tahu kesudahannya...
▪️▪️▪️
Walaupun novel ini novel sulung penulis, tetapi gaya penulisan dan penceritaannya tidak pun terasa seperti penulis baru. Mungkin penulis ini sudah biasa menulis sebelum ini. Gaya bahasanya baik sekali. Cerita tidak bosan dan tidak meleret-leret. Menariknya, ada cerita tentang kekeluargaan yg akrab. Tak lupa juga ada pengajaran tentang amalan syirik yg boleh menghancurkan kehidupan sendiri serta memusnahkan keharmonian keluarga.
Penceritaan yang mendatar. Tidak seram mahupun mendebarkan. Babak imbas kembali diletakkan pada tempat yang kurang bersesuaian menyebabkan penjelasan kepada beberapa perkara didedahkan terlalu awal. Jadi, hilang unsur misteri yang boleh membuatkan pembacaan menjadi mengujakan dengan tanda tanya. Tambahan lagi, dalam banyak-banyak babak imbas kembali tak ada menyentuh tentang latar belakang kewujudan tari kukur secara mendalam. Cerita mungkin boleh jadi lebih menarik dengan sedikit sebanyak maklumat mengenai upacara mistik yang menjadi subjek utama cerita. Dialog watak kebanyakannya kedengaran kurang matang. Beberapa watak juga kerap bertukar personaliti. Mungkin boleh dikaitkan dengan kerasukan tetapi tidak begitu meyakinkan. Keseluruhan cerita lebih kepada kisah rumah tangga dan keluarga dengan unsur mistik yang lebih kurang. Jika mencari dan mengharapkan kisah seram, mungkin buku ini bukan jawapan yang tepat.
It was not bad, HOWEVER the writer lets the evil character keep winning the game until the end tak mati kan watak tu. Cerita ni ada selit curang, suami dayus and bodoh so trigger warning there. The man was stupid. Your wife get tortured almost died yet the man was bluntly being dumb. Dah curang dating last last Baru confess “we can’t do this” bloody hell she should have put the curse on you dude
Bila bersekutu dengan syaitan, yang jadi mangsa adalah anak cucu.. Bukan mudah membuang saka, namun kalau tak berusaha lagilah mengundang bahaya.. Kukur mencari waris, bila ada yang terpedaya kerana nafsu maka huru haralah keluarga..
Sbnrnya aku x mau bagi bintang.sama macam review aku utk yg lain.tapi aku bagi 4 bintang sbb aku nak naikkan rating novel ni.Bg aku novel ni seronok di baca,gaya bahasanya baik,tidak meleret dan tak bosan.