Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biarku Lindung Mendungmu

Rate this book
Tatkala Tuhan memerdekakan seseorang hamba kerakusan dunia, maka dia berlari keluar daripada penjara 'Syaitan' yang bersalut duka demi menjadi pengganti sang ayah yang mati kerana agama.

"Kenapa kalimah Allah ada di pergelangan tangan aku?"

"Mengapa muncul lelaki bercahaya dalam mimpiku? Siapa dia?"

Aisyah Hijanah, wanita berjiwa lemah, kudratnya keletihan dek sering jatuh tersungkur. Rambutnya ditarik bertubi-tubi, kepalanya ditebuk sehingga dibuang kemanisan dunia, lalu diisi dengan kesengsaraan. Ujian Tuhan menembusi benteng hatinya, lalu memecahkan keprecayaannya kepada manusia bernama 'lelaki'.

Berjayakah suaminya menjawab 2 soalan yang memecah 'zon keselesaan' kaum lelaki?

Tembakan tajam, menerobos jauh ke dalam tubuh ayahnya, menjadi kesan dakwah yang melahirkan darah mujahid dalam jiwanya, Tusukan mendalam hingga terputusnya urat suara sang ummi, menjadi kesan yang membangunkan semangatnya demi menjadi wanita hebat, menggantikan ayah dan ummi. Apakah yang terjadi di saat dia ingin mengubah hidupnya, menjadi ibu dan ayah untuk diri sendiri sehingga berjaya menjadi wanita yang berinspirasi?

Apakah soalan yang diberikan kepada suaminya jika ingin menghalalkan dirinya? Bagaimana dia mengatur hubungan cintanya bersama suami agar kekal dalam landasan iman? Siapakah 'aku' yang melindung mendungnya?

Paperback

First published January 1, 2018

12 people are currently reading
119 people want to read

About the author

Hijanah

2 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (37%)
4 stars
18 (29%)
3 stars
14 (22%)
2 stars
3 (4%)
1 star
3 (4%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Batrisyia M.
25 reviews
November 12, 2021
"Cinta kita adalah cinta yang terbaik, kerana engkau meningkatkan imanku dan membantuku di dunia ini, dan kerana alasan itulah aku ingin bejumpa lagi denganmu di syurga kelak. Terima kasih Ya Allah, kejutanMu melahirkan cinta kepadaMu jua. Semuanya buatMu... Benarlah janji Engkau dulu."

"Pelihara agama Allah, Allah akan pelihara kita."

"Sesungguhnya ujian yang tiba dalam kehidupan kita untuk menguatkan bukan melemahkan, Allah amat merindui hati-hati yang jauh terpesong dari mengingati Allah, maka itu Allah berikan ujian supaya kita kembali berharap kepada Allah."

A heartfelt love story of two individuals who met through fate. This is the first non-fiction book I've read this year, I actually bought this book years ago but never I never really got the time to get around to it. So now, since I finally have all the time in this world, I figured I'd read it.

It's crazy to think about what these two amazing human beings went through. The ups and downs, the loss of a father at a young age and the trauma that is developed through that.

This book taught be so much, as someone that is still learning and have not tasted much of the sweetness and the bitterness of life, this book introduced me to one of the greatest things in life, which is the life before and after marriage through the Islamic way. It touches about love after marriage, which many people would get confused on that matter, they'd say, "How can you just blindly marry someone without getting to know them first?". From this book, it was shown that true halal love after marriage will make you happier and content than that of forbidden love before marriage, because forbidden love typically only sustain up until marriage.

Teachings I got from this:
- Selalu percaya dengan rancangan dan janji Allah, sebab dengan jalan Allah, hati pasti akan sentiasa tenteram dan tenang dan in shaa Allah syurgalah buat kitani di akhirat kelak. Indeed, Allah is the best planner of all.
- Manusia akan sentiasa buat salah, iman turun naik, kita semua inda sempurna, and that's okay, sebab itulah fitrah manusia yang ditetapkan oleh Allah. So we have to learn to understand the people around us, the evil ones could change to a better person the next day solely with Allah's consent.
- Apasaja ujian yang Allah berikan atu untuk perjuangan ke syurga, untuk mendapat pahala. Allah uji kerana Allah sayang.
- Setiap kesusahan ada nikmatnya.
- Pentingnya bertawakkal kepada Allah.
- The right person for us will come at the right time at the right moment. Solat istikaharah dan berdoa kepada Allah untuk permudahkan pilihan kalau ragu-ragu.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
Read
December 25, 2018
3.5-4 bintang. Tulisan di dalam buku ini dramatik sekali! Mungkin ada yang tidak kisah, tetapi saya cenderung bosan dengan penggunaan hiperbola yang agak melebih-lebih. Jikalau merujuk ulasan di muka surat belakang, jalan ceritanya dipetik dari kisah benar. Menarik juga, meskipun saya terkeliru dengan dengan beberapa babak di dalam buku, contohnya kemunculan lembaga-lembaga hitam - adakah sekadar imaginasi?

Sejujurnya saya langsung tidak mengikuti @401production dan @alifteega di laman-laman sosial. Buku ini dihadiahkan teman rapat, untuk tujuan ganding baca katanya. Moga Allah redha.
Profile Image for Nurwani Enn.
7 reviews
January 13, 2019
Pembacaan yang membawa kita mendalami laluan hidup si penulis. Tahniah Aisyah berjaya hasilkan buku ini.
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
December 10, 2023
Buku ni lebih kepada perjalanan hidup seorang wanita bersama Aisyah Hijanah. Nama-nama watak yang digunakan semuanya nama sebenar namun tidak pasti adakah kisah ni 100% kisah sebenar atau ditokok tambah.
Aisyah digambarkan sebagai seorang yang manja dan sangat rapat dengan ayahnya. Hidupnya menjadi murung setelah kematian ayahnya dan ujian yang datang bertimpa-timpa. Awalnya Aisyah tidak dapat menerima hakikat ujian dan kerap menyalahkan takdir. Setelah menyambung pelajaran ke KUIS beliau telah mewujudkan 401production bersama rakan-rakan sebagai platform dakwah. Daripada videonya, sebuah produksi lain iaitu Teega melamar mereka untuk berkolaborasi. Di situlah bermulanya perkenalan antara Aisyah dan Alif sehingga Alif menyatakan hasrat untuk menjadikan dia isteri. Aisyah sedaya upaya menolak kehadiran mana-mana lelaki di hatinya. Beliau telah memberikan dua soalan yang dia sangka Alif takkan mampu menjawabnya. Ternyata Alif dapat menjawab soalan tersebut dan mereka jadi berkahwin. Turut diceritakan pengalaman ujian dalam fasa pertunangan mereka dan kenangan manis setelah nikah.
Apa-apapun Alif berjaya menjadi lelaki pertama yang mengubat hatinya yang lara setelah pemergian ayahnya.
Walaupun ia hanya sebuah novel, terdapat beberapa ayat Al Quran, hadis dan pesanan syeikh diselitkan sebagai peringatan. Daripada buku ini juga kita belajar bahawa segalanya dalam kekuasaan Allah. Tiada yang mustahil untuk Dia menjadikan sesuatu. Sebagai makhluk yang lemah kita tidak boleh bergantung harap pada makhluk. Kita perlu berlapang dada untuk menerima segala takdir. Ambillah kebaikan daripada sesuatu kisah untuk dijadikan peringatan 👍🏻
Profile Image for marble .
62 reviews1 follower
January 1, 2021
Buku yang sangat hebat. Daripada segi jalan cerita dan sebagainya. Cover buku lawa sangat. In love!

Ya Allah! Intipati dalam buku ni sangat sangat meruntun jiwa saya. Sedih sangat sebab dapat mendalami kisah hidup Kak Aisyah. Apa yang nak disampaikan tu betul betul kena pada jiwa. Saya dapat merasai sama perasaan tu.

Overall, buku ni memang superb! Banyak pengajaran dan ilmu yang kita boleh dapat ❤️✨
Profile Image for pelangibintanggg.
4 reviews
Read
August 30, 2020
Buku yang hebat , dan banyak memberi pengajaran kepada pembaca . Buku ini juga umpama menjadi mantera semangat pembaca untuk meneruskan hidup dan mencari cinta juga keredhaan Allah SWT .

Sebuah karya yang menyentuh hati :)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.