Jump to ratings and reviews
Rate this book

200 Tip Keluarga Bahagia Gaya Rasulullah

Rate this book
Buku 200 Tip Keluarga Bahagia Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita tentang bagaimana ingin menjadi bakal pasangan, suami isteri, ibu bapa, anak serta keluarga mengikut panduan Islam dan acuan gaya Rasulullah s.a.w.

Buku ini memberi menyediakan 200 tip yang praktikal dalam menuju ke arah pembentukan keluarga bahagia gaya Rasulullah s.a.w.

Buku ini juga menyediakan 40 hadith sahih dan hasan yang sesuai dijadikan amalan serta panduan dalam membina keluarga yang dekat dengan redha Allah s.w.t. juga sunnah Rasulullah s.a.w.

104 pages, Paperback

First published September 1, 2018

1 person is currently reading
10 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (52%)
4 stars
6 (35%)
3 stars
2 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
November 13, 2021
Siapalah yang tidak mahu keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah bukan? Oleh itu, untuk membentuk sesebuah keluarga yang bahagia, kita perlu mencontohi gaya Rasulullah, dan untuk melakukannya, ilmu haruslah diperolehi dan diamalkan.

Melalui pembacaan saya, saya dapat merumuskan bahawa :
- Asas pembentukan sesebuah institusi kekeluargaan perlu dimulai oleh pencarian calon suami/isteri yang berkualiti dari pelbagai segi, tapi bukanlah bermakna mencari yang sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan Allah S.W.T.
- Memperbaiki dan mempersiapkan diri semampunya sebelum berkahwin akan memudahkan proses membina keluarga yang bahagia.
- Sikap tolak ansur, toleransi, dan saling membantu sesama pasangan, memudahkan kerja seharian. Isteri yang mempunyai rehat secukupnya akan menjadikan dirinya madrasah terbaik buat anak-anaknya.
- Apabila kedua-dua pasangan itu bahagia, menjaga agama, berilmu, dan menjaga akhlak masing-masing, InshaaAllah, kuahnya pasti tumpah ke nasi. Anak-anak yang dibesarkan justeru menjadi pelengkap keluarga yang bahagia.
- Pasangan yang menjaga hubungan dengan ibu bapa dan mertua, serta rakan baik, menjadi teladan buat anak-anak di kemudian hari. Mereka akan belajar cara menyantuni orang tua, keluarga, dan rakan melalui perbuatan ibu bapanya.

Bacaan ringan bersaiz poket ini sesuai untuk sesiapapun tidak kira sudah berkahwin atau belum, kerana ia boleh jadi bahan bacaan yang mempersiapkan seorang anak menjadi orang dewasa yang lebih bertanggungjawab, seorang dewasa yang ingin menempuh bahtera perkahwinan, pasangan yang mahu memperbaiki rumahtangganya agar lebih bahagia.
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
September 19, 2023
Sept 2023: 200 Tip Keluarga Bahagia Gaya Rasulullah

Membina keluarga yang bahagia, gaya Rasulullah adalah impian setiap daripada kita.

Kandungan buku ini disusun sejajar dengan proses pembentukan keluarga yakni pra perkahwinan, perkahwinan, alam rumahtanga dan seterusnya memiliki anak.

Setiap subtopik disandarkan pada Hadis Rasulullah berserta rujukan, Komen Pakar serta Tips2 ringkas. Secara peribadi, saya rasa ini permulaan yang baik untuk belajar lebih mendalam tentang hadis.

Tak hairan buku ini laris di pasaran dan mendapat reviu positif daripada pembaca. Presentation dan susun aturnya sangat menarik. Mudah untuk rujukan semula dan harga berpatutan.

Terima kasih sahabat membaca saya di Bintulu yang meminjamkan buku ni. Terasa nak baca 200 Tip yang lain pula✨️
Profile Image for Dayana Wong.
66 reviews7 followers
September 1, 2022
📍Salah satu ciri utama yang Dayana suka dengan buku ini adalah ia mudah untuk difaham, nipis tapi banyak informasi berguna yang disusun dalam bentuk poin. kandungan dia "straight to the point" gituu 😆 tak perlu dah buat nota, sebab buku ni memang dalam bentuk nota! hahaha
-
Bila cakap tentang keluarga, selalunya mestilah terdiri daripada pasangan suami isteri, ibu bapa, dan anak-anak.

Dalam buku ini, penulis berkongsi tips-tips:
❤️ mencari pasangan untuk membina sebuah keluarga, dan diikuti dengan
❤️cara komunikasi antara suami isteri (setelah berkahwin),
❤️bagaimana suami isteri seharusnya mendidik anak-anak mereka kemudian, dan
❤️cara anak-anak membalas budi ibubapa.
-
📌Yang menarik lagi, setiap bab mahupun tips yang diberikan pasti disokong dengan hadis sahih berkenaan cara Rasulullah S.A.W. melayan keluarganya yang pastinya penuh dengan kasih sayang.
-
📌Selepas baca buku ni, baru Dayana sedar sebenarnya betapa mudah untuk kita mengumpul pahala dengan berbuat baik dengan keluarga! Sebagai ibubapa, mendidik anak-anak adalah satu amal ibadah kerana anak-anak adalah saham akhirat buat ibubapa sekiranya mereka menjadi orang yang soleh solehah🥰 dan merekalah yang akan mendoakan ibubapa.

"Jikalau seorang manusia mati, maka terputus amalannya kecuali tiga hal, iaitu sedekah jariah ataupun ilmu yang dimanfaatkan daripadanya ataupun anak soleh yang berdoa untuknya."
-
🌟5
Buku ni nipis dan mudah dibawa ke mana-mana, sesuai juga untuk pembaca yang sibuk dengan kerja harian tetapi nak baca dalam tempoh singkat / rehat 😆 bacaan 2-3 minit satu bab)
Profile Image for Ani.
44 reviews
December 27, 2025
200 Tip Keluarga Bahagia Gaya Rasulullah SAW is a meaningful and practical book that offers simple yet powerful guidance for building a harmonious family based on the sunnah of Rasulullah SAW.

The tips are easy to understand and can be applied in everyday life, making it suitable for readers of all ages.

A very beneficial read for anyone who wants to strengthen family bonds with love, patience, and good character.

Highly recommended.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.