“Aku tak nak rancangan kita gagal. Kau dah dapatkan patung dari dalam makmal dan pati sirap?”
“Dah, beres.” Zahid menunjukkan segala barang yang Azali inginkan itu. Dia mengambil patung itu dari makmal sains secara curi-curi. Patung tersebut ditanggalkan kepalanya dan dipakaikan dengan baju putih. Siap disapu dengan warna merah pada bahu dan leher patung tersebut.
“Bagus... bagus... macam inilah anak murid aku.” Azali menepuk-nepuk bahu Zahid.
“Buatnya hantu tu muncul betul-betul macam mana?” Jalil mencelah.
“Kau pernah nampak?” Azali menyoal.
“Habis yang kecoh budak-budak aspuri buat study group nampak hantu dalam kelas kau orang tu?” tanya Jalil.
Azali cuma ketawa....
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
1. Penunggu Meja Belakang / Rhea Permulaan cerita yang sangat baik dan patut diberikan pujian buat penulis. Pada tahun 1980, ada seorang budak perempuan bernama Ana. Dek kerana dia tertinggal kerja sekolahnya di dalam kelas. Dia nekad untuk pergi juga. Takut didenda pada keesokan harinya. Jarak dari rumah ke sekolah juga tidak jauh. Itu juga merupakan penyebab kuat dia kesana. Namun, lain jadinya bila dia ditemui mati.
"..Aku keliru. Itu jin, syaitan atau apa?. Menifestasi itu makhluk apa?
Tahun 2015. Azali & Rusli ingin mengenakan Akim yang merupakan pelajar baru di sekolah itu. Diprovok dengan cerita hantu sehingga Akim sendiri mengatakan yang dia nampak apa yang mereka kerap ceritakan kepadanya. Ada kaitan atau tidak kisah pelajar bernama Ana pada tahun 1980 itu dengan mereka semua?. Akim berhalusinasikah?.
Cerita ini mempunyai plot twist. Storyline smooth. Dialog yang mudah untuk difahami. Dan ternyata, cerita hantu urban legend sekolah memang merindingkan tengkuk bak kata penulis.
2.Penyeru Syaitan / Lyla Mengisahkan tentang 5 sekawan yang bernama Lia, Suhana, Rizal, Akim & Nabila. Cuti sekolah telah membawa mereka berlima ke sebuah sekolah tua yang tidak jauh dari sekolah mereka. Katanya ingin berjungle tracking.
Dek kerana keceluparan salah seorang dari mereka. Mereka diburu oleh makhluk yang berada di sekolah itu. Atau lebih spesifiknya, di salah sebuah bilik darjah di sekolah itu.
Kenapa masa cuti sekolah kau tak rehat dik. Buat aktiviti lain selain dari aktiviti tak berfaedah macamni. Ini namanya cari pasal. Disebabkan mereka, mereka dah susahkan ramai pihak dan menganggu apa yang sepatutnya tidak mereka ganggu. Jalan cerita yang menarik dan ada rasa seperti jalan cerita dipanjangkan untuk tidak bagi pembaca rasa jalan ceritanya terlalu straightforward.
Cerita ketiga mengenai hantu Jepun. Kalau nak cerita ketiga dan yang sebelumnya. Boleh dapatkan buku ini. Overall, antara ketiga tiga cerita ini. Saya suka dengan cerita no 1. 😊
nak buli kawan tu, hati-hati. tak pasal-pasal diri sendiri yang dibuli, dek hantu pulak tu. akim, pelajar baru dimomokkan kisah oleh azali dan rusli tentang hantu pelajar perempuan tanpa kepala. dan akim memang nampak! kenapa hantu tu sentiasa berlegar? apa mahunya?
sedap dibaca. sempoi, ringkas dan menarik.
2) PENYERU SYAITAN LYLA
nia, nabila, suhana, rizal dan akim kononnya nak jungle trekking di kawasan sekolah tua louders tapi rupanya rizal dan azim saja nak menyelongkar sekolah lama itu. siap suka-suka seru mencabar yang tak sepatutnya keluar. rentetan dari itu, ada yang mengikut mereka.
ngeri jugak. rupanya ada sejarah di belakang sejarah. best.
3) HANTU JEPUN! LAVENDER BIRU
disebabkan nak sangat tahu betul atau tidak pak samad jumpa hantu jepun, munir gesa ryan dan alisa untuk bertemu dengan jaga itu. pak samad pula menafikan dengan bertujuan tidak mahu menakutkan pelajar-pelajar. tapi lain yang berlaku.
hantu jepun tapi tiba-tiba keluar hantu perempuan. ada sedikit kecelaruan dan ada part yang mungkin tak perlu.
KESELURUHAN? menepati tema bilik darjah. sekolah lama biasanya jadi sasaran sebaran kisah puaka sebegini. entahkan betul entahkan tidak. ada kisah yang dibawa dari mulut menurun generasi. tapi, permainan jin dan syaitan kadang-kadang memang nak menjunamkan manusia, kan?
Siri Puaka Sekolah: Bilik Darjah oleh @penerbitx ini memuatkan tiga kisah seram yang berkitar di kawasan sekolah dan kelas. Cerita pertama tentang legenda murid tanpa kepala. Cerita kedua tentang misteri sekolah lama Louders dan kisah ketiga menceritakan tentang hantu askar jepun.
3 Perkara:
👻 Saya merupakan peminat filem seram, tetapi saya jarang membaca buku tentang kisah-kisah seram. Buku ini antara buku yang menarik untuk dibaca apatah lagi ia melibatkan bilik darjah, kelas, asrama dan sekolah — kawasan yang identik dengan pengalaman kita semua.
👻 Ketiga-tiga cerita disusun kemas dalam plot menyeramkan dan saya amat menyukai penulisan Lyla di kisah kedua tentang sekolah lama Louders dan penunggu yang berada di bilik darjah tersebut. Tidak kurang juga tulisan Rhea dan Lavender Biru.
👻 Siri puaka sekolah dari Penerbit X ini antara karya menarik yang boleh dibaca oleh semua peminat genre seram/horror dan sekurang-kurangnya menghilangkan stigma buku Bahasa Melayu yang hanya berkisar tentang cerita cinta dan hantu semata.
Lama gila tak baca cerita hantu 👻 koleksi kali ini pada saya tidak menyeramkan sangat.
Buku ini memuatkan 3 cerita hantu pendek. 1. Penunggu Meja Belakang - Cerita agak tak logik sikit. Kurang memuaskan pada saya.
2.Penyeru Syaitan - Cerita paling menarik antara 3 cerita 👍🏻 Kisah mengenai sekumpalan pelajar yang berani menceroboh sekolah larangan yang lama ditinggalkan. Best!
3.Hantu Jepun - Cerita agak tergantung. Mungkin perlu panjang lagi jalan cerita 👻
Cerita yang menarik dari tiga penulis.. Penunggu Meja Belakang memberikan ending yang tak disangka.. Sangat mengejutkan.. Penyeru Syaitan pula memaparkan kisah budak sekolah yang terlalu berani meneroka dan menyeru syaitan yang dah dipasung.. Kisah ketiga dan terakhir pula mengenai hantu jepun yang mengganggu sebuah sekolah..