Ris mendesak Ched menyertai kumpulannya untuk menghasilkan sebuah permainan komputer – Binary. Tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Ched dengan alasan dia sudah tidak berminat terhadap bidang pengaturcaraan.
“Lupakan ajelah cabaran tu. Hidup ni tak cukup mencabar lagi ke sampai kau nak stress pasal coding bagai ni? Dahlah, lupakan aje. Aku pergi dulu.” “300 ribu, Ched. Bahagi enam orang, seorang dapat 50 ribu.”
Ched sertai Ris dan rakan-rakannya yang turut sama menyertai pertandingan aplikasi permainan komputer. Langkah demi langkah, Binary berjaya disiapkan. Pada masa yang sama, beberapa situasi janggal memutikkan perasaan aneh antara Ris dan Ched.
Tengok kulit buku, aku ingatkan kisah hacker. Rupanya kisah nak buat permainan video. Tapi bersungguh juga aku baca novel ni sampai habis. Nak tahu jadi ke tak game yang dia orang ciptakan tu.
Kisahnya bermula apabila Ched menyertai satu kumpulan remaja untuk menyertai pertandingan mencipta sebuah permainan video. Dia merupakan bekas pekerja Weblab. Dari situ, Ris mengajak Ched untuk sertai mereka. Hadiah utama RM300,000. Jadi Ris pasang angan-angan untuk mendapatkan hadiah utama. Di dalam kumpulan itu ada Ris, Vee, Nill, Bae, Jimmy dan ahli terakhir adalah Ched.
Tugasan Ched hanyalah mencipta coding untuk perjalanan game mereka. Ched sertai mereka bukanlah semata-mata kerana game tapi kerana dia berhutang dengan Ah Long sebanyak RM250,000. Jadi dengan hadiah kemenangan itu, dia boleh bebas hutang sekaligus membawa emaknya di penjara dapat keluar dengan selamat.
Perjalanan mencipta game berjalan lancar hingga satu hari Piya merupakan pekerja Weblab mengajak Ched kembali bergabung dengan Weblab. Ched 100% menolak kerana hal-hal negatif di dalam syarikat itu. Apa pun, mereka kenan menang dalam pertandingan itu. Ched mahukan RM300,000 manakala Ris mahu mengalahkan seteru utamanya, Misha. Juga menyertai pertandingan itu. Nama Binary adalah tajuk game yang akan mereka hasilkan.
Pacing cerita sederhana laju. Ada part laju, ada part perlahan. Memang amat mendebarkan apabila Ched sering dikejar oleh Ah Long untuk mengutip hutangnya. Cuma sebulan Ched perlukan untuk menbayar hutang-hutang itu. Dalam kumpulan mereka, Vee dan Nill masih tidak bersetuju Ched menyertai mereka kerana bagi mereka Ched terlalu misteri hingga satu pun sejarah hidup Ched tidak diceritakan pada mereka semua. Genre novel ini lebih pada persahabatan dan teknologi. Aku juga ada beberapa part yang tak faham istilah IT ni. Almaklum bukan budak IT. Aku sama macam Ris, budak Civil.
Endingnya? Happy ending.
Komen negatif nak ke? Cumanya aku tak faham term-term IT. Itu kelemahan aku dalam membaca novel ni. Lain-lain okey. Aku sebenarnya berharap lebih lagi masa part hari pertandingan. Aku mengharap lebih rasa mendebarkan, tapi sayang.
Apa pun, tahniah pada penulis dan penerbit berjaya terbitkan novel. Cetakan pertama tahun 2018.
Bila habis baca keseluruhan buku ni, baru perasan yang sinopsis dan cover buku agak berebza dengan jalan cerita, bukan dalam erti kata negatif. Suka sangat dengan cerita ni, pada saya ia lebih berkisahkan kekeluargaan dan persahabatan. Banyak sangat nasihat yang penulis masukkan dalam dialog-dialog tertentu, nasihat dari mak kepada anaknya, nasihat kawan kepada kawannya, nasihat seorang yang berpengalaman kepada yang masih mentah. Walaupun general thought saya sangkakan buku ni akan bercerita tentang coding dan programming yang memang bukan dalam pengetahuan saya, tapi penulis cuba menceritakan pengetahuan ni dalam cara yang ringkas dan tidak padat. Bahasa dan dialog yang digunakan pun mudah faham tapi kelakar tetap ada. Flow cerita yang smooth dan tak terlalu laju atau perlahan. Tapi saya masih berharap endingnya panjang sikit, huhu. Love it!
Mulanya ingat buku ni sebuah cerita thriller dengan menggunakan coding game sebagai kandungan utama. Namun watak utama dalam buku ini (bernama Irsyad @ Ched) sungguh ego dan misteri dalam menyembunyikan kisah hidupnya daripada semua orang yang baru dijumpai dan dikenalinya.
Hanya yang terdekat sahaja mengenali siapakah dirinya yang sebenar. Dan sepanjang perjalanan cerita ini, terdapat perubahan yang berlaku pada Ched.
Little twist but I really like but at the same time annoyed with Ched's mysterious and ego attitude.