Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
JANGAN BACA NOVEL NI
TIADA TAJUK
AKHIR
SERUAN PERTAMA
SERUAN KEDUA
SERUAN TERAKHIR
YANG KE-7

Kita sudah sampai ke penghujungnya. Masa untuk menentukan segala.
Di dalam KEGELAPAN, hanya ada SYURGA atau NERAKA

600 pages, Paperback

First published July 18, 2018

8 people are currently reading
93 people want to read

About the author

Ismi Fa Ismail

31 books339 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
35 (52%)
4 stars
23 (34%)
3 stars
8 (11%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Nadhiah Aida.
517 reviews27 followers
November 25, 2018
novel yang paling tense ...
rasanya segala energy dah digunakan semasa menghayati novel ni
and tak tahu kat mana nak cerita ...
hanya perkataan Awesome yang sesuai ...
ending but it's a beginning to each character .. Munir, Adib, Dalilati, Fahim, Syam, Kemboja and Han ..
sedih part Suraya .. menjadi mangsa yang tak bersalah dan dihukum
siapa yang tak ingat better baca semula siri Jangan Baca Buku ini dan siri Seruan ..




Profile Image for Yazlina Saduri.
1,560 reviews42 followers
May 15, 2020
Semalam saya siap baca semula Seruan Terakhir, yang sebelum ni dah baca akhir 2018, just so that saya ingat semula latar belakang cerita, dan bersedia untuk baca pengakhirannya. Pengakhiran, saya maksud kan, apa akan jadi bila tentera Serafina dan gabungan tentera zon putih geng PURITY & zon Kelabu geng REBEL bertempur. Apa yang Kemboja maksud kan bila dia halang Imam dari join perang tu, saying that the war will end before it begins. Apa maknanya. Adakah persoalan ini terjawab dalam buku Yang Ke 7? Mungkin saya yang mata juling tak nampak, anda cuba cari? Part awal tu dah sedap sangat, kata Suraya "Dia bakal berikanku cinta. Dia bakal kembalikan Adib ke pangkuanku. Dia bakal bawa Dalilati ke dunia ini. Dia bakal korbankan segala-galanya. Dialah Munir. Dan ini... adalah kisah Aku dengannya. Bagaimana semuanya bermula, sebelum kita kembali ke penghujungnya. " And penghujungnya? Dan saya tak faham adengan XXX masa Suraya dan Munir di bilik sebelah time Adib dan Dalilati belum tidur pun. What happened or what didn't happen? Who, what, why? Cik Ponti? Langsir? Eyes roll up and down left and right, fening. Apa yang ke 7? Aduh sorry saya blur pagi ni. Nasib baik la ada Syam dan Han yang comel.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books260 followers
June 21, 2021
Baca sudah lama tapi masih terkenang sampai sekarang. Ismi Fa Ismail kekal sebagai penulis kegemaran no.1 saya. Setakat ni, belum jumpa lagi yang boleh menandingi Ismi dari segi kesenian bahasanya.

TONTON VIDEO ULASAN/WRAP UP YANG KE 7 DI SINI!
WRAP UP | YANG KE 7

Penutup yang baik kepada kisah Anom. Di sini kita dipertemukan dengan jawapan daripada trilogi Jangan Baca Novel Ni dan Seruan. Mengapa Anom sentiasa ditimpa nasib malang? Serafina, watak kegemaran saya dalam trilogi Seruan pun ada pay off yang sangat menarik! Suka lihat dia 'beraksi' dan menunjukkan sisi gelapnya.

Segala warna, lenggok bahasa, gambaran scene tersangat indah hingga mengambil masa lama untuk saya habiskan kisah Anom. Menangis teresak-esak jadinya. Prolog sahaja sudah terpaut.

Plot, Watak, Penulisan, Mesej... Masha Allah. Chef kiss!

Hai... entahlah. Masih jatuh cinta.

Nota: Oh ya. Ada beberapa scene grafik dalam buku ni jadi saya tak sarankan budak-budak baca. Dia tidaklah digambarkan secara luc*h yang rough tu. Berseni. Rasanya hanya mereka yang dewasa sahaja boleh faham bagaimana Ismi menggambarkan manusia (lahirnya suci tanpa seurat benang). Scene gory pun ada ya?

Terima kasih banyak, Ismi, sudi kuatkan diri tulis cerita hebat ni. Jangan berhenti menulis!

YOUTUBE | INSTAGRAM |WEBSITE
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 16, 2018
Expectation aku terlalu tinggi untuk penamat Trilogi JBNN dan Trilogi Seruan. Sangat tinggi. Sebab perasaan aku haru biru, kucar kacir bila hadap enam buku sebelum neh.

Sorry Ismi saya mencari MAGIS yang selalu awak tebarkan dalam setiap buku buku sebelum ni, tapi saya tak berapa jumpa.. Bukan tak ada, ada. Tapi tak menyegat seperti sebelum ni. KE AKU YANG TENGAH TAK DE EMOSI SEKARANG NEH?

Apepon saya tetap salute dengan keupayaan awak menghasilkan karya sebesar ini. Good job darling!

Nak SERIGALA NERAKA!! Saya booked awal, walaupun belum dicetak lagi.

Terima kasih ismi kerana mengenalkan saya dengan watak watak yang sangat melekat dalam kepala ni (aku tak perlu ulang bacaan pun untuk enam buku sebelum neh sebab semuanyanya masih segar dalam ingatan aku.. Nampak tak betapa kuat link aku ngan watak watak dalam siri ni).

Terima kasih kerana memberi saya segala perasaan sepanjang membaca 7 siri ini.. Terima kasih banyak banyak.

Jangan berhenti menulis, sebab saya sentiasa akan membeli dan membaca buku awak!! Laff yuhhh girl! Sehat selalu naaaa 💋💋!
Profile Image for rg Qirin.
35 reviews
December 31, 2025
Yang Ke-7
oleh Ismi Fa Ismail
dari IFI Enterprise

"Di dalam KEGELAPAN, hanya ada SYURGA atau NERAKA"

Yang Ke-7 (YK7), sebuah penamat bagi siri 7 novel, Jangan Baca Novel Ni, Tiada Tajuk, Akhir, Seruan Pertama, Seruan Kedua dan Seruan Terakhir. Novel di mana segala persoalan, dari awal cerita hingga ke hujungnya, terjawab.

Satu konklusi yang baik, mengikut pendapat aku, setelah apa segala yang berlaku. Konflik Suraya, Anom dan Pohon. Kematangan Munir mengawal keluarganya. Perkembangan watak Adib, Dalilati dan Fahim dalam menghadapi cabaran. Relationship Awang, Dahlia dan Syam, Armina yang sentiasa ada pergelutannya. Zack dengan ketaksubannya. Han dengan teknologinya. Atif dengan Imamnya. dan yang carry novel ni, or should I say, siri ni. Dari awal sampai ke penamat, my fav character, Kemboja.

Dari awal aku baca Jangan Baca Novel Ni (dalam Jangan Baca Kombo Ni), aku memang dapat rasa Kemboja akan mainkan peranan besar sepanjang siri ni. Sebab bunga kembojaa ni satu simbolik kematian dan pengakhiran dan siri 7 novel ni pun berkaitan dengan perkara yang sama. Kiamat. lebih tepat, macam mana manusia react dengan kiamat.

YK7 ni memang memberi satu perasan kelegaan. Satu penutup yang baik. takde cliffhanger apa semua, memang semua cerita Ismi Fa Ismail tutup dengan baik.

Oh, kau nak tahu pasal elemen gore, torture, pain, semua tu? ada lagi ke dalam YK7? Hmph. Ngilu aku bila ingat balik. Jemputlah baca, hayati sendiri segala penderitaan mangsa mangsa. Aku cuma boleh cakap, disturbing level kat sini might have gone up a level, or more.

Akhir kata, terima kasih Ismi Fa Ismail untuk karya siri 7 novel ini.

(tapi ada Yang Ke-7: The Untold Story kan?)
Profile Image for Aini.
43 reviews6 followers
December 19, 2018
Novel yang paling dinanti untuk tahun 2018 ni. 6 buku sebelum ni cukup buat jiwa kacau. Akhirnya yang ketujuh ni ada pengahiran bagi setiap watak. Baru muka surat 5 dah ada amaran tentang mentera-mentera yang ada dalam buku ni. Real sangat! Makin banyak yang di baca makin mual, memang ini yang selalu dihidangkan oleh penulis. Good job Ismi Fa Ismail!
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
February 28, 2020
Penghujung keseluruhan siri ini. Akhirnya! Awalnya saya telah siap membeli 6 buku yang sebelumnya tetapi waktu saya membaca buku yang ke-6 nasib baik ternampak buku ini di kedai buku dan barulah saya tahu adalah buku yang betul-betul terakhir (dan paling tebal!)

Berbalik ke siri yang sebelumnya, Kemboja mimpi dan ternampak apakah yang bakal terjadi di dunia selepas ini, dan di siri yang terakhir ini ini Kemboja cuba sedaya upaya untuk memastikan semua orang hidup dengan baik-baik. Suraya pula sedang mencari jawapan tentang apakah kesan kebolehan luar biasa anak-anaknya Adib yang mempunyai kuasa sakti nurnya dan Dalilati yang boleh nampak dunia lain, namun tidak terjumpa dan terganggu kedua-dua belah dunia. Banyak misteri di siri sebelumnya juga mulai terungkai dan siri ini banyak berkait dengan siri-siri yang sebelumnya jadi kena baca baik2 siri-siri yang sebelumnya agar tidak berasa 'lost'. Semua watak bertungkus-lumus mencari helah untuk menumpaskan persatuan sulit yang diketuai James (yang sebenarnys pedofil dan memuat naik video lucahnya di Internet *menjijikan*). Hal ini telah membolehkan mereke semakin dekat untuk menumpaskan James, and everything leads to the main evil in the end, iaitu hapuskan ratu Serafina, ratu kegelapan yang selama ini menguasai di balik tabir kumpulan sulit tersebut dan kini berada di sebuah pulau 'neraka' buatan sendiri yang menumpangkan manusia2 sengsara. Ratu Serafina cuma mempengaruhi minda Suraya kerana Suraya mempunyai kuasa sakti dan boleh membekalkan kuasa untuk menjadikannya lebih kuat. Akhirnya Ratu Serafina berjaya ditumpaskan oleh Kemboja yang luka teruk disiat kulitnya, dengan menggunakan kuasa sakti yang membolehkan Serafina nampak keadaan neraka yang sebenar.

Serafina hilang di udara. Walau bagaimanapun, the sad part is coming, bahawa Suraya sebenarnya harus dibunuh oleh Pohon selepas dlahirkan kerana kewujudannya akan menyebabkan kebinasaan dan kematian orang ramai (bahagian recap berapa orang yg tak bersalah mati disebabkannya. Penjaga pintu dua dunia telah menghalangnya pulang ke dunia asal, dan dia harus berada di pulau keseorangan selamanya sampai bila entah. Kesian pula dengan suaminya Munir yang cinta akannya dan mendalam, dan anak2nyam tapi dia harus dihukum atas kesalahannya.

Syam dengan Armina... Armina mati dikelar leher oleh James ketika Syam dan Fahmi berjalan bersama di pulau tersebut. Armina telah memberikan signal supaya dia dikorbankan agar James dapat ditumpaskan (argh another sad part). Syam juga banyak nampak Fithiryah di dalam imaginasinya (watak yg wujud dalam dunia akhir zaman Kemboja, merupakan anak Dalilati). Syam mulai mengembara dunia dan mencari jawapan di penghujungnya. Dengar kata ada lagi siri seterusnya tentang pemgembaraan Syam. Alaaa kena sambung baca lagi... tapi bukunya belum dibeli. Akan kudapatkan bila kunjungi kedai buku lepas ni (ehh atau belum diterbitkan?).

Secara keseluruhannya, siri ke-7 yang akhir ini agak draggy tapi sangat seronok dan beremosi dibaca. Banyak babak yang mengganggu minda dan dan perasaan jijiknya terasa sangat2. Syabas saudari Ismi atas cara penulisan yang sangat 'hidup'.
This entire review has been hidden because of spoilers.
4 reviews
March 30, 2020
Buku ni terbaik laah😅 sebab jalan critanya best dan tak sabar nak tunggu buku seterusnya serigala neraka, klau bukan sebab kawan aku yang offer aku buku jangan baca novel ni mesti tak terbaca buku best ni😭🤣🤣🤣🤣the untold story, trilogi kunci blom beli lagi😂jujurnya saya suka novel ni lebih panjang supaya jalan ceritanya tak habis dengan cepatt😍
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
February 23, 2021
Memerhatikan angkasa yang menyimpan sejuta pengetahuan. Namun kenapa begitu banyak yang ia rahsiakan? Kenapa dunia ini terlalu sarat dengan persoalan, tetapi hanya sekelumit jawapan?

Suraya/Mahanom orang yang sama, nama yang berbeza, kehidupan juga berbeza.

Aaaaa sedih sikit, ramai yang terkorban .. Huwaaa 😭🤧😭🤧

Syam tu tak boleh nak move on, 2 kisah berakhir dengan tragedi 😢
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
May 4, 2021
AKHIRNYA!!!

pengakhiran siri jbni dan seruan... awesome!! novel yang sangat tebal tapi membacanya tak bosan , tak mcm baca seruan ketiga yg sgt dark dan sgt memenatkan hotak.... ending yg sedih bcmpur happening ..
Profile Image for Akmal Danial.
46 reviews
July 29, 2023
Ending dia 😭😭😭😭😭 satisfying tapi sad at the same time
Profile Image for Shaqira Kamarolzaman.
18 reviews
February 12, 2024
Sambungan "Seruan Terakhir" . Di dalam novel ini memberikan rasa gerun dan nervous kerana di sini bermulanya peperangan demi mendapatkan kedamaian hidup mereka . Segalanya akhirnya berakhir di sini . (Yakin berakhir di sini ?)
Profile Image for Noor Hidayah.
75 reviews6 followers
December 26, 2018
penamat yang baik.. i thin it's better kalau scene 18+ tak terlalu detail atau ditiadakan langsung seperti novel-novel sebelum ni..sbb cerita ni berlatar belakang kalangan berbangsa melayu dan islam yang sedang cuba berpegang kepada agama pada akhir zaman..kalau takda scene tu pun, maybe ceita itu masih kukuh.
selain daripada itu, saya berpuas hati dengan perjalanan cerita ini. Berbaloi beli trilogi ni. very recomended.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.