Fantasi Cintaku.
Tertacap mata saya di cover buku itu.
Glup. Saya telan air liur berkali-kali. Tersentak!
Mula selak helaian pertama!
Menarik.. Mula-mula diperkenalkan dengan watak Riya.
Muncul pula watak Alam. Namanya unik. Argh! Lalu, saya melayari kisah cinta mereka.
Alam menyelamatkan Riya dari sebuah kejadian tidak diingini. Hati Riya membentak, kenapa Alam hanya muncul pada malam hari? Kenapa bukan pada waktu siang hari?
Melayari bahtera cinta buat kali pertama, Riya diulit teruja. Entah kenapa, dia rasa seronok bila Alam membawanya ke San Francisco. Kedengaran mustahil sementelah mereka berada di Malaysia. Fantasi Cintaku.. Namun, Alam membuktikan kata-katanya. Lalu, mereka melayari cinta di Kota San Francisco.
Alam.. Sumpahnya, dia akan melindungi Riya meskipun dia bukanlah lelaki terakhir dalam puaknya. Maka, segalanya sanggup dipertaruhkan!
Norisah tak berpuas hati dengan Riya. Yalah. Riya menjadi daya tarikan ramai lelaki termasuklah Zamier. Dia meminati Zamir, lelaki yang sadar dari koma. Lalu, diikat janji bersama Mort tanpa tahu bahananya.
Alam.. Siang malam Riya bagai angau dengannya. Tetapi, Riya lebih berjaga-jaga. Puteri Kamariah tampak curiga di matanya. Siapa Puteri Kamariah sebenarnya?
"Aku terlalu ingin ketemu ayahku!" Ujar Riya suatu hari kepada Alam
Di sebuah rumah, jauh terletak di pinggiran hutan, Alam menemukan Riya buat kali pertama dengan Qiy Rahim, bapa kandung Riya.
Riya mencintai Alam.
"Aku ingin berkahwin dengan mi!"
Lalu, perkahwinan mereka di langsungkan .
Riya gembira meskipun siang terpaksa bekerja dan malam khusus buat Alam.
Alam.. Sinaran mentari bakal menghancurkannya!
Ibraqi, Makcu Diah memaksa Riya berkahwin dengannya. Maka, demi menjaga hati Makcu Diah, Riya turutkan permintaan Makcu Diah.
Alam.. relakan perkahwinan antara Riya dan Ibraqi berlaku. Sadar, perkahwinan mereka terlalu mustahil untuk dipertonton kepada khayalak ramai. Masakan tidak, bayangnya juga tak dapat dilihat.
Zuriat, keturunan..
Untuk menentang Mort, Alam perlu hamilkan Riya. Maka, Riya hamil.
Akan tetapi, Alam.. Alam korbankan dirinya sendiri. Tak tergamak melihat Riya menanggung beban dek kerana perkahwinan mereka yang bagai tidak wujud! Alam ingin Riya bahagia! Sumpah! Dia ingin Riya bahagia di realiti. Bukan fantasi semata-mata.
Riya.. wujudkah kebahagiaan buatnya sementelah ditinggalkan oleh Alam?
Lapangan Terbang Subang,
Riya dipertemukan dengan seorang lelaki persis Alam. Megat Syahriz Alam.
Argh! Fantasi atau realiti kah ini?
Syahriz terpikat dengan wanita bernama Riya. Ketabahan wanita itu membesarkan Nisa, satu-satunya puteri tunggalnya.
Riya.. Anak lelakinya telah diambil oleh seseorang sewaktu melahirkan anak Alam. Argh! Wanita tua yang menjadi bidannya malam itu memberitahu, kalau Khairul Rijal persis Alam. Adakah anak lelakinya bakal menewaskan Mort?
Norisah.. Takdirnya walang. Dia dijemput ilahi tanpa sempat bertaubat. Lalu, Zamier menjadi duda. Beberapa tahun kemudian, dia pulang ke Malaysia setelah lukanya pulih dek penolakan Riya.
Jodohnya kuat bersama Jasmin, rakan baik Riya.
Riya tidak hairan kalau-kalau Megat Dewa Alam punyai keturunan. Kerana, dia pernah berkahwin sebelum mereka bernikah. Berabad-abad lamanya.
Fantasikah cinta mereka sedangkan semua yang berlaku adalah atas ketentuan Tuhan?
18 tahun kemudian,
Riya bahagia bersama Alam nya di dunia realiti, bukan lagi dunia fantasi. Maka, dia tak ingin menceritakan segalanya kerana Fantasi Cintanya terlalu Indah untuk dikenang!
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Banyak bintang saya berikan kepada Kak Fati kerana olahannya yang begitu mantap! Terbuai-buai tatkala menyelusuri kisah Riya dan Alam. Argh!
5 jam sahaja diperlukan untuk habiskan kisah mereka. Terlalu asyik menikmati!