Surah Luqman mengandungi nasihat-nasihat pendidikan yang sangat berguna, dirakamkan oleh Allah SWT dalam dialog yang berlaku di antara Luqman dan anaknya. Nasihat-nasihat yang dikemukakan Luqman itu bukanlah nasihat yang bersifat rawak, tetapi terkandung di dalamnya satu kerangka yang sangat penting untuk kita jadikan iktibar dalam proses pembangunan karakter.
Apabila kita merenung nasihat-nasihat yang dikemukakan Luqman, kita akan dapat membahagikannya kepada empat dimensi, iaitu physical, intellectual, emotional & spiritual. Untuk itu, sesiapa yang ingin melakukan usaha pendidikan, perlulah melihat kepada keempat-empat elemen ini bagi melahirkan manusia yang seimbang dunia dan akhiratnya - berkarakter dan berhikmah.
Buku ini bukan sahaja sesuai untuk guru, pendidik mahupun ibu bapa, tetapi bermanfaat juga untuk sesiapa yang mahu membangunkan karakter diri berteraskan wahyu.
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.
Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)
“Adapun falsafah walaupun kupasannya begitu mendalam, tetapi kadang kala ia hanya sampai kepada ‘makna' namun tidak sampai kepada Tuhan. Maka ada ramai manusia yang menekuni falsafah tetapi dia bukanlah orang yang tunduk kepada Allah ta'ala.
Orang seperti itu dari pandangan al-Quran tidak dipanggil orang berhikmah. Untuk itu jika falsafah ingin dikatakan hikmah maka falsafah pada akhirnya mestilah membawa manusia sujud kepada Allah.
Kalau ada orang membaca falsafah tetapi kepalanya semakin mendongak dan bukannya semakin tunduk, begitu tinggi falsafah sehingga tak sembahyang, sedarlah bahawa hikmah tidak pernah lebih tinggi daripada nubuwwah, kenabian.” (m/s 41-42)
“…Sheikh Solah Abdul Fattah al-Kholidi menyimpulkan bahawa hikmah adalah kata-kata yang sesuai untuk orang yang sesuai pada waktu yang sesuai pada kadar yang sesuai dengan pendekatan yang sesuai. Dalam erti kata lain, hikmah adalah tepat.
Kerana itulah apabila al-Quran disebut sebagai al-Hakim dalam surah Ya Sin ayat dua, bermaksud al- Quran itu tepat. Tempat yang memutuskan keputusan yang tepat dinamakan mahkamah. Yang menjatuhkan keputusan yang tepat disebut hakim kerana dia mesti memutuskan keputusan dengan tepat. Manakala hukuman disebut hukm iaitu kata putus yang tepat.” (m/s 48)
Kupasan ibrah beberapa ayat pilihan daripada surah Luqman berkenaan nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya. Penulisan yang santai tetapi sarat dengan ilmu, khususnya pada tema mendidik anak dan pembangunan karakter individu.
Sebagai bapa ataupun ibu, apakah yang boleh kita pelajari daripada ahli hikmah ini untuk dijadikan pedoman berkeluarga. Seperti juga apabila membaca buku-buku oleh Ust Syaari Ab Rahman, buku kupasan ibrah ayat-ayat al-Quran seperti ini melahirkan rasa kagum kepada keindahan setiap pemilihan perkataan bahasa al-Quran, kaitan setiap ayat, susunan penceritaan, dsb. Wallahu’alam.
Sebuah naskhah yang sarat dengan kupasan mengenai Pesan-pesan Luqman Al Hakim buat anaknya yang tercatat dalam Surah Luqman.
My takeaways: 1. Karakter perlu diproses. 2. Hikmah itu tidak sama dengan falsafah. Hikmah datang daripada Allah & akan membawa mereka yang menerimanya dekat kepada Allah. Falsafah pula bergantung pada kemana ia memandu kita sama ada semakin dekat dengan Allah atau sebaliknya. 3. Bukan anak yang menilai & menghukum ibu bapa. Ibu bapa juga manusia sama seperti kita. 4. Parenting is such a great responsibility :")
Hikmah itu diberikan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan juga boleh diperoleh melalui ikhtiar & usaha misalnya melalui proses pembelajaran dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan.
"Sesiapa yang mempelajari falsafah & falsafah itu membawa dirinya kepada kehambaan kepada Allah, menjawab persoalan dan menjadikan muslim itu muslim yang lebih baik maka ketika itu barulah falsafah itu dinamakan hikmah." - Sheikh Solah Abd Fattah Al Khalidi
Pada bahagian ini, ia membuatkan saya bertanya kembali pada diri saya sendiri, "Does my reading bring me closer to Allah? Does it answer my questions? Does it make me a better Muslim?"
Saya juga sangat suka dengan huraian maksud ayat yang dikupas secara terperinci. Misalnya bagaimana sakitnya proses seorang ibu mengandung & melahirkan anak sehingga disebut sebagai وَهْنًا عَلٰى وَهْنٍ yang membawa maksud, 'dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah.' Itulah antara mukjizat Al Quran kan. There's always something new to be discovered.
Juga, buku ini memberi satu sisi pandang lain kepada perbuatan mentaati dan menjaga ibu bapa. Anak-anak dari latar keluarga yang berpecah belah pastinya berfikir "Bagaimana aku hendak menjaga orang yang mengabaikan aku?", tetapi dalam buku ini, menurut kefahaman saya, menjaga itu tak sama dengan menyayangi. Menjaga itu amanah buat sang anak namun kasih sayang daripada anak dalam proses menjaga itu adalah hasil daripada corak didikan dan limpahan kasih sayang daripada ibu bapa sendiri. Mengingatkan saya kepada satu hadis baginda Nabi SAW:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.” [Riwayat al-Bukhari (5997)]
Bacaan yang sangat memberi makna dan refleksi diri, baik buat anak, ibu bapa mahupun pendidik, dan bukankah setiap daripada kita itu seorang anak?
walaupun ada sedikit ralat dalam percetakan seperti ayat tidak jarak. Saya berharap Buku ini boleh ditambah baik dengan himpunan lebih ramai huraian ilmuwan agama dan psikologi. Tapi secara keseluruhan, sangat membuka minda dan masyallah gaya penulisan yang sangat senang difahami walaupun menceritakan tentang topik yang agak berat. Cadangan Praktikal yang baik-seperti bagaimana duduk menunggu waktu solat dapat membentuk karakter. Akhir sekali, buku ini menjadi contoh bagaimana penulisan agama dan psikologi dihimpun dengan displin penulisan yang agak baik walaupun tiada nota kaki ataupun bibliografi rasmi. Terima kasih !
Sebut saja Surah Luqman, kita tahu surah ini bertemakan pendidikan dan nasihat-nasihat daripada seorang pemimpin keluarga (bapa) kepada anaknya. Siapa itu Luqman, di mana kisah Luqman terjadi, siapa nama anak Luqman; itu semua tidak menjejaskan mesej yang disampaikan olehnya. Paling mustahak di sini adalah bagaimana dan apa nilai teras yang disampaikan oleh Luqman kepada anaknya. Sungguh, surah ini bukan sahaja dikhususkan kepada seorang bapa kepada seorang anak. Sesiapa sahaja wajib baca dan fahami tafsir dan lakukan tadabbur kepada surah ini. Mungkin ada orang yang belum menjadi seorang bapa tetapi sudah mempunyai anak buah ramai, maka iktibar dan pengajaran dalam Surah Luqman boleh dirungkai dan dinatijahkan. Ust. Hasrizal menegaskan nasihat-nasihat Luqman kepada 4 sisi iaitu sisi spiritual, intelektual, sosial/emosional dan fizikal (PIES). 4 sisi ini akan menyeimbangkan pembangunan karakter individu berteraskan Al-Quran. Satu sisi yang tidak dititikberatkan akan melohongkan pembangunan karakter pada individu tertentu; sebagai contoh orang yang tidak menjaga fizikal diri (pengotor) akan menyebabkan kemahiran berkomunikasinya merudum (orang sekeliling menjadi tidak selesa dekat dengannya); memberi ruang kepada syaitan untuk “mengganggu” ibadahnya; dan lain-lain. Itu baru pada satu sisi pandangan di bahagian fizikal. Pelbagai rungkaian boleh dikeluarkan pada sisi yang lain juga. Maka, seimbangkan keempat-empat dimensi tersebut. Malah, Surah Luqman ini juga temanya adalah untuk mengukuh dan mempertahan dalaman manusia. Nampakkan terkaitan antara 4 dimensi tersebut kepada dalaman manusia? Bila kita jaga dalaman kita, luaran kita juga in sha Allah akan terjaga dengan baik.
p/s: Personally I want to give a 5-star solid due the strong point and proposition are well explained but because of too many typing errors, I am going to rate it 4.7-star.
Buku ini menghuraikan tentang nasihat Luqman al Hakim kepada anaknya seperti yang diceritakan dalam surah Luqman bermula daripada ayat 13. ala ayat yang kita hafal masa sekolah menengah dulu tu.
Penulis pada awalnya menerangkan apa itu tadabbur Quran, kepentingan Bahasa arab dalam mentadabbur al-Quran, dan golongan yang mengambil pengajaran dan manfaat daripada ayat-ayat al-Quran.
Seterusnya, penulis mula masuk kepada nasihat Luqman kepada anaknya. Penulis membahagikan nasihat ini kepada sisi spiritual, intelektual, emosi dan sosial seterusnya sisi fizikal. Pengolahan daripada penulis agak terperinci bagaimana kita sepatutnya mendidik anak melalui setiap sisi yang ada dalam setiap ayat nasihat ini.
Penulis juga mengaitkan hikmah syukur ataupun implikasi syukur itu kepada karakter anak-anak. Secara ringkasnya, buku ini sarat dengan nasihat dan tips mendidik berdasarkan nasihat Luqman Hakim kepada anaknya. Kalau kita tadabbur sendiri ayat nasihat tu, mungkin kita dapat yang surface sahaja. Tapi cara pengolahan penulis dalam buku ini sangat menarik dan berguna untuk diaplikasikan oleh setiap ibu bapa.
Antara tips menasihatkan anak yang dikongsi ialah: 1. Mesti bersifat waizur (ada elemen penjelasan tentang risiko, hukuman dan ancaman sesuatu perkara), 2. Ada masa spesifik untuk menyampaikan nasihat, 3. Memulakan nasihat dengan perkataan yang kaya emosi. Contoh yang diberi, ya bunayya (wahai anakku), 4. Ibu bapa perlu pastikan masa nasihat itu diberikan, anak merasa dirinya disayangi (emotionally secured).
Penulis menutup dengan tadabbur al-Asr (demi masa). Kenapa Allah menggunakan kalimah al-asr instead of al-wakt ataupun al-dahr? Al-asr itu sendiri bermaksud perahan. Bukan setakat demi waktu, tetapi Allah memaksudkan demi waktu yang tidak diperah. Masa yang tidak diperah untuk mendapat manfaat daripadanya akan meletakkan manusia dalam kerugian. Part ini, saya rasa deep sangat lah. Betapa dan bagaimana kita menghabiskan waktu itu, adakah menambah pahala ataupun dosa. Astaghfirullah.
Jadi, silalah membaca. Sangat bermanfaat. Truly recommended!
Nasihat pertama Luqman kepada anaknya adalah tentang mensyirikkan Allah. Dalam nasihatnya, dia memulakan dengan ungkapan yang kaya dengan emosi iaitu “wahai anakku”. Inilah pra syarat sebelum memulakan nasihat dan memastikan anak berada dalam suasana bahawa dia yakin ayahnya menyayanginya.
Nasihat kedua pula dari sisi intelektual yakni proses mengenal Tuhan. Bagaimana? Kita tidak perlu kenalkan anak tentang Tuhan dlm bentuk ilmu teologi. Contohnya apakh itu Tuhan, di manakah Tuhan? Yang perlu adalah terus kepada mengenal Allah dengan bermulanya sebuah larangan. Kerana larangan itu adalah sebuah kemungkaran yang perlu diketahui. Selain itu dengan cara memberitahu bahawa Allah mempunyai 99 nama dan memperkebalkan asas akidah.
Nasihat ketiga pula tentang perintah Allah supaya menyuruh, mendidik dan memupuk anaknya supaya mendirikan solat. Jika tidak bersungguh-sungguh menyuruh anak bersolat, jangan terkejut jika usianya 10 tahun ibu bapa mahu merotannya, elokla rotan diri sendiri dahulu.
Nasihat terakhir dari sisi fizikal iaitu tertib berikteraksi dengan manusia dalam bentuk emosional dan sosial. Nasihat Luqman, apabila berbicara janganlah memalingkan wajah kerana sombong. Sesiapa yang memalingkan wajah ketika bercakap, sesungguhnya dia berpenyakit dan Al-Quran memerintahkan supaya perbuatan ini dijauhi. Tanda takanbur lainnya pula apabila berjalan dia suka orang membawakan bungkusannya kemudian suka apabila orang berjalan mengikut belakangnya. Antara lainnya yang disebut, tidak mahu berpakaian murah dan tidak mahu membeli belah di kedai murah. Kesombongan ini adalah cerminan dari hati yang berpenyakit takabbur.
Pemahaman yang ringkas padat dan tepat mengenai ibrah dan hikmah yang boleh didapati daripada Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam menjalani bahtera kehidupan di dunia dengan zikir dan fikir.
Awal buku ustaz menerangkan tentang pecahan surah ini kepada aspek spiritual, intelektual, sosial/emosi dan physical.
Terus buka nota dari PUISI 2012 apabila Ustaz membentangkan surah al-Kahfi dalam bentuk SPIES juga.
Beza nya hanya pada contoh cerita. Contohnya relatable.
Pembukaan mengenai ulul albab dan pembinaan jiwa sangat menarik sebagai pendahulu. Dan ustaz menyentuh tentang hikmah. Salah satu perkara yang besar dalam hidup saya ialah mendidik diri mencari hikmah yang tersembunyi. Banyak buku falsafah yang saya baca, dan saya cuba fahami tulisan Plato atau Aristotle, Kent mahupun Karl Marx, tetapi Ustaz Hasrizal tulis mengenai falsafah yang membuat kita lebih tunduk kepada Tuhan. Terus saya merasakan ini lah jenis hikmah tersembunyi yang saya cari.
Ustaz mulakan dengan aspek paling penting dalam Islam iaitu, spiritual. Allah di atas segala-galanya, dan ibubapa punyai kedudukan yang tinggi. Paling gemar bila ustaz menyentuh tentang bagaimana cara kita berinteraksi dengan ibu/bapa yang dimana sepanjang kehidupan kita hanya memberi tekanan kepada kita, sebab ini satu persoalan yang menjadi tanda tanya.
Kemudian aspek intellectual. Dalam akidah mencorakkan pemikiran kita. Dan yang penting, insight kita. Bagaimana kita meneliti sesuatu yang kita lihat, dengar atau pelajari. Dari sisi manakah yang kita lihat apabila kita menuntut ilmu. Zikri dan Fikir.
Masuk bab sosial dan emosi, dalam bagaimana basic asas spiritual membawa kita kepada cara kita berinteraksi kepada orang lain dan menyumbang kepada emosi dalaman kita sendiri.
Sebagaimana ustaz sebut dalam bab fizikal, dalam body language kita.
Buku ni secara keseluruhan bila dibaca dengan baik senang membuat orang jatuh cinta kepada surah Luqman dan berimpian untuk mempunyai hikmah tersebut.
Sebagaimana buku-buku Ustaz Hasrizal yang pernah dibaca sebelum ini, buku ini juga mengetengahkan tentang berfikir. Dalam pendidikan anak-anak, kemampuan berfikir selaras dengan spiritual yang benar sangat diperlukan. Bila mampu berfikir dengan kayu ukur spiritual yang benar, seorang anak mampu memandu hidupnya ke arah mencapai fizikal dan emosi yang bermanfaat buat dirinya dan orang sekeliling. Satu perjuangan yang bukan mudah namun inilah pelan kehidupan yang digariskan oleh Luqman al Hakim sebagaimana dirakam oleh Allah di dalam Surah Luqman. Satu garis panduan yang dikongsi kepada anaknya dan sudah pasti garis panduan tersebut adalah anugerah Illahi, pemilik ilmu hikmah itu sendiri. Pembacaan yang menjentik minda dan hati.
pengarang menyarankan kepada pembaca supaya mendidik pelajar secara holistik seperti mana yang Allah kehendaki yang dirakamkan di dalam al Quran melalui nasihat Luqman kepada anaknya.Malangnya kita lihat umat islam masih belum mempraktikkan suruhan ini dan masih belum memahami sepenuhnya kepentingan mendidik pelajar kepada pendidikan yg seimbang bukan terlalu menumpukan kepada pendidikan kerohanian atau akademik shj. Seharusnya pusat2 pendidikan Islam memikirkan hal ini dengan lebih serius dengan menyediakan prasarana pendidikan yang lengkap bagi membentuk pelajar ug seimbang dari segi rohani,jasmani,emosi dan intelek serta spiritual
Buku yang sangat bagus. Bermula dari bercakap tentang tadabbur, kemudia tadabbur ayat AQ daripda surah Luqman. Bagaimana nasihat Luqman kepada anaknya dari 4 aspek iaitu fizikal, intelek, emosi dan spiritual.
Paling suka bab spiritual. Dan setiap aspek tu bukan seperti yang aku sangkakan. Membuka mata aku untuk melihat sesuatu lebih luas dan jauh.
Sangat rekemenkan untuk semua orang. Bukan hanya kepada ibubapa, keluarga (abang dan kakak), pendidik (lebih2 lagi) dan setiap orang yang bergelar khalifah seperti polis dan jiran. Sebab. Kenapa tidak kan?
Parenting is the toughest job of all. I always say to my family & friends that reproducing successfully is not a hallmark of being a good parent.
Parenting is an honourable task that God has bestowed on us; to ensure that the little creatures grow & bloom to be a human being that serves its purpose in this world: as a servant of God and as a beneficial person to mankind/other creatures.
This 📖 highlights lessons taken from the advice of Luqman to his child as inscribed in the Quran; focusing on “hikmah” حكمة & character development of a child.
Among the important ingredients in raising a child to be Ulul Albab “the people who have strong analytical minds with deep spiritual connection to God” are emphasis on shaping 4 elements: physical (body language, how you carry yourself), intellectual (faculty of reasoning, insights), emotional (perseverance, grit, empathy, grateful) & spiritual (connection with God, understanding the reasons/meaning behind the rituals of ibadah).
One of the strengths of @iamhasrizal ‘s books are his style of writing/narration is presented in a manner that’s easily grasped by laymen; despite many of the topics/subjects that he has explored are of higher learning.
Another plus point is that his writings are thought provoking; and also connects common life/parenting issues with lessons from Quran, Sunnah & renowned educators/thinkers.
Despite the slim size of the book; it packs in deep insights & practical lessons that can be applied in parenting.
May Allah guide us parents in guiding our children in their uncharted journey of this murky, troubled complicated world.
5 ⭐️ Recommended for parents, for thinkers and for those who want to gain some insights into parts of Surah Luqman.
*This 📖 is written in Bahasa Melayu/Malay language.
Satu malam, sedang menghabiskan juzuk semasa saya, saya “bertemu” dengan Surah Luqman. Memori saya terus menangkap bahawa tema surah ini ialah pesan seorang ayah kepada seorang anak. Terus saya berfikir penulis mana yg ada keberangkalian membuat tadabbur surah ini. Baru saya teringat, saya ada buku ini di rak buku. Cuma taktahu di rumah sendiri atau di kampung.
Maka ini ialah bacaan kali kedua saya. Cuma kali kedua ini, ia dibaca dengan lebih bermakna kerana saya sedaya upaya cuba meletakkan perspektif sebagai bakal ibu yg ingin mendidik anak lelaki beberapa bulan lagi.
Buku ini, ringkasnya, berpaksi kepada akronim - PEIS. Apa itu PEIS?
Penulis menghuraikan bahawa pendidikan anak-anak itu harus berpaksikan kepada 4 elemen :
P - Physical E - Emotional I - Intellect S- Spiritual
Dan 3 yg di dalam senarai, harus lah berpandukan S sebagai tunjang utama.
1. Spitual - Ayat 14, Surah Luqman Ayat ini menjadi penenang saya sepanjang kehamilan ini. Mengingatkan Allah validate perasaan seorang ibu bahawa mengandung ini - wahnan a’la wahnin -. Dalam ayat ini, Allah mengingatkan kita untuk bersyukur kepada Allah terlebih dahulu. Kerana Allah lah pemberi segala kebaikan.
Anak-anak bersyukur kepada Allah > Anak-anak akan menghargai ibu bapa. Logiknya : kalau kita dapat kebaikan, of course kita akan menghargai sumber/ yang memberi kebaikan tersebut. In this case : Allah.
2. Intelektual - Ayat 16 Bak kata penulis, ayat ini “membangunkan keupayaan berfikir anak melalui analogi”. Sifat Al-Latif dan Al-Khabir Allah di “visualize” kan oleh Luqman dengan mengambil analogi biji sawi.
3. Emosi - Ayat 17 Antara point menarik dan baru bagi saya, penulis menyatakan ada hadis yg menyebut tentang indikator untuk mula mengajar anak tentang solat ialah apabila anak dapat membezakan kiri dan kanan.
Selain itu, selain dari Luqman menyuruh anaknya solat dan melakukan amar makruf nahi munkar, Luqman juga berpesan tentang “reality check” yg mungkin akan dihadapi anak nya. Sebab itulah sambungan ayat tersebut menyebut tentang - bersabarlah atas apa yg menguji kamu.
4. Fizikal - Ayat 18 & 19 Untuk sisi fizikal, ayat ini menekankan tentang gaya tubuh badan kita berinteraksi dengan orang lain, janganlah memalingkan wajahmu kerana sombong.
Ayat 19 juga menegaskan supaya kita bersederhana dalam berjalan dan berbicara (nada/suara).
Apapun, antara hal yg penting juga yg perlu kita bear in mind - surah ini tidak menyatakan samada anak Luqman ini “menjadi” atau tidak. Ini memberi mesej kepada kita bahawa yg penting itu usaha dan proses kita mendidik anak. Bukan sekadar hasil akhir pada peribadi anak tersebut. As long we have done our best as a parent, kita tawakkal kepada Allah utk menjaga anak-anak kita.