Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tuan Muda Cik Hana

Rate this book
Hana ke pantri. Tekaknya terasa haus. “Buat air coklatlah.” Dibuka sebungkus Cadbury, dituangkan ke dalam cawan, curah air panas dan kacau.

“Laaaaa, mengular ya?” Muncul Zaiton dengan wajah yang muram.

“Hauslah, kak.” Hana berasa pelik. Zaiton tidak pernah sesedih begini.

Zaiton menarik kerusi. Duduk dan terus mengelamun panjang. Mengeluh diri, mengenangkan nasib akan datang apabila Tuan Rayyan mengambil alih Jaaf Plantations Sdn Bhd daripada Tuan Muda.

“Kak Zai ni, cuba cerita apa masalah?” Soal Hana ingin tahu.

“Tuan Muda makin hari, makin baik. Kak Zai lega sangat. Hurmmm... mungkin disebabkan Cik Tunang dah kerja dekat-dekat si…” Tiba-tiba Zaiton berhenti cakap. Dipandangnya ke arah Tuan Muda yang baru sahaja berdiri di hadapan pintu pantri. Spontan dia berpaling ke arah Hana yang begitu tenang sekali. Tertib sambil mata menghadap dinding. Meneguk dan menikmati air coklat tanpa memandangnya atau menegur Tuan Muda sekalipun.

“Tuan Muda nak air? Saya buatkan.”

“Hana minum apa?”

“Air coklat Cadbury. Nak?” Jawab Zaiton tanpa menunggu Hana menjawab. Tahu sangat dia. Sah tengah bergaduh. Lagi dan lagi!

“Saya nak yang ni!” Badri tidak senyum. Terus diambilnya cawan daripada tangan Hana dan beredar keluar.

Terperanjat Zaiton.
“Cik Hana gaduh lagi dengan Tuan muda?”

“Belum lagi. Kenapa Kak Zai tanya?” Hana relaks sahaja walaupun sebenarnya dia pun tergamam tadi.

“Dah berbaiklah kiranya? Kan?”

“Hmmmm… pun tak juga.”

“Cik Hana dengan Tuan Muda dah tak payah berahsia kan?” Zaiton tongkat dagu ke meja.

“Rahsia syarat tu ya? Dah tak payah. Huhuhu! Bagus kan?”

“Rahsia syarat? Bukan rahsia bertunang?” Pening balik Zaiton.

“Huh? Saya tak kenallah tunang Tuan Muda. Lantak dialah kalau tunang dia dah kerja dekat-dekat sini. Bagus juga. Kalau Cik Tunang dia terjah maki hamun saya pun bagus. Saya ada alasan. Tuan Muda dah tak bolehlah paksa saya buat itu ini, kan? Tuan Muda mesti pilih tunang terchentaa dia tu! Hehehe…” Seketul-seketul Hana senyum dan gelak.

“Dan tak payahlah juga saya kena mengekor temankan dia sana-sini. Tension tau. Saya ni pustakawan peribadi dia aje.”

Ternganga mulut Zaiton dengar bebelan Hana. Apa punya ngok ngek lah budak ni! Allah!

Kelihatannya ada kelibat bayangan seseorang di luar pantri yang mencuri dengar perbualan mereka berdua.

“Bukan. Maksud Kak Zai, Cik Hana dah tahu tak siapa tunang Tuan Muda tu?”

“Oh yang tu. Belum Kak Zai.”

Pap! Zaiton tepuk dahi. “Dia tak tahu lagi rupanya. Aduh! Pening kepala aku!”

“Dah Tuan Muda tak kenalkan, manalah saya nak tahu.” Hana bangun dan membancuh air coklat Cadbury yang baru. “Kak Zai bayangkan ya, tiba-tiba Cik Tunang Tuan Muda datang masa Tuan Muda ambil cawan air yang saya dah minum, tak ke jadi hal? Eeee tak leh blah la! Seram saya!”

Badri terus balik ke biliknya. Curi dengar pun tak begitu membantu tenteramkan hatinya yang rawan. Tarik nafas panjang dibuatnya.

“Aduh!” Zaiton picit kepala. “Apa sampai ke situ kau fikir? Ish kau ni Hana. Macam-macam hallah.”

Hana tercengang. Lain benar, Kak Zai pagi ini. “Malaslah nak borak dengan Kak Zai. Saya nak balik perpustakaanlah!”

Zaiton lambai tangan. “Pergilah berhambus cepat. Sebelum meletup kotak kepala aku ni kau orang berdua kerjakan! Jalan!”

567 pages, Paperback

First published January 1, 2018

18 people want to read

About the author

Chempaka Lyana

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (19%)
4 stars
6 (23%)
3 stars
9 (34%)
2 stars
6 (23%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Squall.
43 reviews16 followers
September 18, 2018
Ramai betul yg obses ngan hana ni eh..hmmm
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
October 5, 2018
Hmmm 2.5.* sahaja.bukan makanan sy jugak kot.olahan ok cuma plotnya bagi sy berulang benda sama.cemburu-gaduh-pujuk-ayahanda Badri tunjuk kuasa.3x plot sama cuma lelaki berlainan!ayyooo towards the end, excitement dia tu dah makin berkurang n rasa nk skip ke ending je terus.

Dan tak taula dimana silapnya saya tak boleh nak menyelami sikap both hero n heroin.rasa tak konsisten n tak matang.kebudak-budakan.Tak rasa chemistry antara Badri n Hana
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
September 20, 2018
Novel pertama daripada penulis.. Tidak memgecewakan.

Kisah hana yang brutal.. Dia ditunangkan dengan tuan muda badri. Novel ni sangat best sebenarnya..cara penulisan chempaka lyana seakan2 herna diana.. Cerita yang boleh dikatakan sempoi.. Bahasa yang mudah.

Cume aku sikit la xsuke bile terlalu banyak lelaki sukekan hana.. 3 orang lelaki yang datang bawak masalah.. Haa yg tu aku sikit... Aduhai... Mungkin penulis boleh kurangkan tang tu la.. Hehe.. Ini cume pandangan aku.. Orang lain aku tak pasti.. Sebab ia seakan2 pengulangan cerita.. Cume berbeza watak n cara ia dijadikan konflik.

Sorry.. Aku memang tak pandai sebenarnya dalam bidang penulisan.. Sebab tu aku hanya jadi pembaca. Haha

Tapi disebabkan penulis merupakan pendatang baru.. Ia tidak menjadi satu masalah pon sebenarnya. Ia boleh diperbaiki dimase akan datang.

Serius.. Aku menunggu novel kedue drpd penulis.. Sebab aku sangat sukekan cara penulisannya yg sangat sempoi.. Serius.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
September 18, 2018
Mayb bukan makanan saya kot. Hana tunang tapi x tau sapa tunangnya... And the tunang very2 kaya..mcm cameron highland tu dia la ayahanda nya...
Haaa.... X tau nk describe macamana.. Buku ni lebih kepada mcmana encik tunang nak memikat hati cik tunang.

Kenapa saya cakap bukan makanan saya novel ni.
I dont know knapa, tapi saya x boleh dihidangkan dengan kematian orang2 yang terdekat dlm cerita ni.. Yes..dalam novel ni, bagi saya ,lagi bagus if org terdekat hana tidak dimatikan.. Sebab kalau dikembangkan watak2 ni, akan nampak plot cerita ni akan jadi exciting dan menyeluruh.

The good sides are, cara gaya penulisan yang x jemu dibaca. Dan, x terlalu diganggu oleh langau, lalat and konflik kritikal...

Good job writer..😘😘😘
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
February 4, 2019
Tuan Muda Badri Shah Datuk Jaafar juga dikenali sebagai Ayahanda Bad. Satu Cameron dalam tangannya. Dia tidak akan cuit orang, kalau orang itu tak cuit dia dulu. Tapi hatinya telah lama tersangkut dengan si brutal, Nur Hana Binti Sulaiman. Empat tahun Bad sanggup menunggu Hana. Bila tiba masanya, Bad harus mulakan dengan bersyarat. Tetapi banyak sangat gangguan dari Gat, Amir dan Xander. Bad bingung dengan sikap Hana yang selalu merajuk. Dua juga cepat baran dan merajuk. Adakah cinta untuk dirinya? Bolehkah Bad dan Hana layari hidup bersama sebagai suami-isteri? Bila mereka akan hidup tenang? Bolehkah Hana terima Bad dengan rela?
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
October 2, 2018
Cerita yg agak santai cuma bila ada ramai lelaki tergilakan seorang perempuan sehingga sanggup buat apa shj menjadikan saya rs ada kepelikan disitu. Hana bg saya bukan seorang perempuan yg lembut or terlalu cantik, sifatnya terlalu degil, brutal dan kadang kala annoying, tetapi ramai pula yg obses terhadap perempuan sebegini. Dan pastinya sikap Hana lebih pada kebudak-budakan. Anyway, tahniah writter utk novel pertama ini. Walaupon ada yg kurang sana sini tetapi anda berjaya buat saya menghabiskan pembacaan.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 29, 2019
Tajuk novel best! Saya dah bayangkan novel pertama penulis baru gerenti give all out nak beri yang terbaik buat pembaca.
Permulaan citer buat saya teruja. Kisah empat tahun kemudian best juga part when Hana mula kerja dengan Tuan Muda Badri Syah. Tapi terus mood saya perlahan merundum selepas tahu ramai orang yang meninggal. Macam mana nak ada kisah keluarga bila mak bapak watak utama dah meninggal. Short and tak sweet pun penulis matikan parents dorang.
Pembacaan saya dah mula perlahan dan kadangkala bosan. Banyak penceritaan yang berulang dan takde excitement walaupun ada terselit gangsterism.
Saya tertanya-tanya semua watak ni umur berapa? Bujang terlajak 40an ke? Cuma tahu Hana dalam lingkungan umur 23-24 tahun sebab baru dapat ijazah. Tuan Muda Badri, Rayyan, along Hanafi, Kak Ida, Pak Mail dan isterinya Tuti (orang Indonesia ke?) semua saya fed up tak tahu tua mana dorang ni.
Sebagai pembaca, saya layarkan video dan gambarkan every scene. Mungkin umur watak tak penting pada pembaca lain, tak tahu lah kan. Actually it relates well with their characters.
Bagaimanapun, bahasa penulis yang santai dan senang dibaca saya kasi kredit. Plot yang lain dari yang biasa pun saya puji cuma kurang rempah ratus dan perencah so cliffhanger is missing.
Profile Image for Sunita Swanto.
26 reviews1 follower
September 17, 2018
Cerita fairy tales yg indah dan penuh bumpy road tapi sangat menarik. Kisah cinta pandang pertama Badri terhadap Hana. Walaupun berbeza usia tetapi itu bukan halangan untuk Badri mengikat Hana dengan tali pertunangan walaupun tanpa persetujuan Hana.

Terus terang saya berasa sedikit sebal dengan perangai Hana yang degil dan tidak mendengar kata. Dia hanya mengikut apa yang ada di kepalanya tanpa menghiraukan perasaan tunang serta abangnya sendiri.

4 tahun masa yang diminta oleh Hana dan sepanjang 4 tahun itu, Hana menjalani hidupnya sebagai pelajar tanpa masuk campur tunangnya. Tunang terpaksa mengikuti syarat yang dikenakan. Hailah! Tabahnya tunang ni. Siapa sangka, Badri yang merupakan bekas ketua gengster yang punya pangkat tertinggi sehingga bergelar Ayahanda Badri tunduk kepada Hana kerana cinta.

Dalam rasa sebal dengan sikap Hana, saya rasa terhibur juga dengan kedegilannya. Suka dengan sikap berdikari dan beraninya. Hana digambarkan sebagai gadis yang happy-go-lucky dan berdikari.

Jalan cerita yang menarik serta menghiburkan. Penuh rasa dan warna. Syabas untuk penulis walaupun ini merupakan percubaan pertamanya. Sesuatu yang membanggakan.
23 reviews2 followers
January 8, 2019
Sayang sekali, saya tak dapat rasakan chemistry atau kasih sayang antara Hana dan Tuan Muda. Hana is too childish. Plot ada tetapi garapan seolah agak longgar, it's all over the place. Not my cup of tea, maybe.

Novel ini utk dijual, sesiapa yg berminat boleh pm.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,529 reviews1 follower
October 9, 2023
Hana yang degil akhirnya bertemu buku dengan ruas.. Badri pun lebih kurang je perangai Hana.. Memang mendapatlah..
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.