Hasya Humaira Danial Tarmizi atau Aira yang bertugas sebagai dietitian akhirnya terpaksa akur dengan prinsip sendiri untuk tidak jatuh cinta dengan mana-mana doktor di hospital tempat gadis itu bekerja, setelah melihat kesungguhan Doktor Afiq Naufal yang mula membuka pintu hatinya dan menerima kehadiran lelaki itu sebagai teman istimewa, biarpun pada mulanya mereka berdua sering bertengkar tentang profesion kerjaya masing-masing.
"Aira, saya ikhlas nak memperisterikan awak. Saat pandangan pertama, saya sebenarnya dah jatuh hati pada awak. Bila awak datang tegur saya, waktu tu saya rasa sangat bahagia sebab awak perasan kewujudan saya. I really love you, Aira." – DOKTOR AFIQ NAUFAL
"Aku takkan sesekali kahwin dengan doktor!" – AIRA
Dalam mula menyulam cinta bersama, kemunculan Emir Rayyan telah mula menimbulkan kekusutan Aira yang asyik diganggu oleh lelaki kasar dan bengis ini. Kecantikan Aira telah membuatkan lelaki bergelar diver ini nekad mahu menjadikan Aira sebagai isteri dan juga melahirkan anak-anaknya. Lelaki ini juga bersedia untuk bersaing dengan Doktor Afiq Naufal. Dan satu kejadian tidak diigini yang telah terjadi menyebabkan Aira kini berasa rimas dengan Emir Rayyan!
"Emir, boleh tak awak terima kenyataan yang kita ni memang tak ada jodoh? – AIRA
"Kalau aku tak dapat, aku akan make sure orang lain pun tak dapat kau." – EMIR RAYYAN
Gila! Itulah yang Aira rasakan apabila mendengar permintaan mengarut itu. Dirinya terus diburu dan lelaki keras kepala seperti Emir Rayyan bukanlah orang yang boleh dibuat main. Gara-gara lelaki itu juga, hubungannya dengan Doktor Afiq Naufal hampir musnah.
Antara Emir Rayyan dan Doktor Afiq Naufal... Siapakah yang menjadi pilihan Aira? Berjayakah Emir Rayyan merangkul cinta Aira? Atau dapatkah Doktor Afiq Naufal menjadikan Aira sebagai suri hidupnya? Kejadian tidak diingini apakah yang telah terjadi kepada Aira ketika gadis ini bersama Emir Rayyan?
Kali pertama lihat novel ni dipamerkan di rak kedai buku Popular. Terus saya capai dan bayar tanpa baca blurb di belakang.
Dan setelah baca sampai perkataan tamat, penceritaan Pesonamu saya lihat kurang matang. Pesonamu? Dekat bahagian mana yang pesona sangat tu? Saya cuba cari namun saya tak jumpa.
Ada kurang rasa dalam karya una unee kali ini. X sampai rasanya. Romantik pun macam dibuat dalam keadaan yang janggal. Its different from the other 2 books... Buku penulis yg paling saya terkesan ialah Mia. Rasanya sampai. Pedihnya sampai, sakitnya sampai..Even calon menantu tu pun..Sampai rasanya pada saya.
But pesonamu ada tarikan nya. Personally, saya memang teruja untuk baca karya penulis yg terbaru ni. Antara yang lack bg saya.
1. Ayat2 romantik tu macam janggal. I dont know why. Bila saya baca, dia x da feel. 2. Cara aira bermonolog macam pelik. Agak kebudak-budakan pun iye jugak..😂
Anyway...congrats for the new books.. I hope for more after this...😘😘😘😘
buku ni sangat banyak lack of something nye. for me.
first, dialogue diorang. i know author nak bagitau information yang bagus, but make it macam diorang betul ii macam tengah bersembang. you buat dialogue diorang macam nak buat iklan promosi tau 😭
second, point of view. jujur saya hampir dnf this book sebab mix of pov. sekejap pov 3 pastu tiba ii characters ber'inner talk'. baik awak buat dual pov kalau gitu. lagi buat orang berdebar ii nak tau the others tu tengah feeling apa.
third, tak perlu kot eja nama characters tu penuh ii. sekadar afiq, emir, prof danial, tuan iskandar boleh dah kot. setiap kali nak kene baca doktor afiq naufal, emir rayyan. penat jugak otak ni 😌
overall saya rasa semua character dalam buku ni problematic. kecuali bapak emir je. dia je paling diam dan function dalam ni.
we start from my favourite to least favourite character.
emir, mula ii memang red flag habis. tapi bersebab HAHAHA. nervous sangat eh sampai kasar macam tu. emir, emir HAHAHAHA. tapi lepas je dia kahwin ngan aira, fiuh, lesap terus red flag dia. terus bertukar jadi seperti warna hutan hujan tropika. boyfriend material ❎ husband material ✅ dia sangat memahami. love how he loves to hear aira's talking walaupun dia tak paham mende ( 360 ). and dia tunaikan pulak tu wishes aira ? SCREAMING GREENNN. dia kaya, dia hensem, dia PERENANG YALL. helo polis 😭😭🙏🏻 mana nak cari emir rayyan 😭
afiq, dia ni pun sama awal ii red, but he doesn't turn out green terus. he is for me is traffic light. sekejap hijau sekejap merah, ha pastu kuning datang pulak. how he said dia suka aira from before diorang bergaduh tu lagi for me is not valid. dia tak suka dietitian but he dah fall in love dengan aira sebelum tu ? semata ii untuk bercakap dengan aira ? nonsense 😌🙏🏻. and the way dia still panggil aira "sayang" walaupun dia dah 'reda' aira dah berkahwin ? ni lagi sorang nak kene call polis.
aira, dia orang terpaling bermasalah dalam buku ni 😌 dia seseorang yang berkonsepkan reda. but, what's with her behaviour? dengan afiq dia selalu mengalah. tapi bila dengan emir, yang jenis lembut je dengan dia, terus naik tanduk eh ? pastu, masa dia lari gi kampung mak som tu. dia dah tau dia tengah berdosa buat suami dia macam tu, but she teruskan jugak berlama ii macam tu ? siap cakap seronok pulak tu bila dah balik ke pangkuan emir sebab katanya ramai orang rindu. apaan ko ni ? 😭🙏🏻
masa awal ii buku ni memang suka buka tutup buku ni sebab bosan. their banter tu blah blah blah. sampai part doktor khairil meninggal then emir kahwin dengan aira, baru la syok buku ni. tu pun sebab emir mengayat. kalau tak lama dah dnf buku ni.
this book deserves 4 stars ( from me ) just because of emir, honestly. thanks to him yang buatkan saya rasa macam nak teruskan buku ni.
oh ye, part aira dah balik ke pangkuan emir tu pun sama. senang ii je emir tu maafkan dia ? kalau i cannot la 😌😭 tapi takpelah, emir memang seseorang yang sangat ramah. sangat baik hati jadi saya maafkan dia dan aira.
anddd, the plot twist. i didn't see its coming. so itu yang buat i jadi lagi tertarik.
buku ni kalau buat drama tv3 confirm best HAHAHAH. cukup lengkap la, mak tiri yang tak ramah, perangai female lead yang tingtong, best husband material, orang ketiga. letops HAHAHAH.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Phew akhirnya dapat juga saya habiskan novel ini walaupun ambil masa yang agak lama. Genre romantik yang santai dan sempoi namun tidak menyentuh perasaan saya. Isi cerita dah ada tapi tidak mengembang dan hambar dengan olahan serta garapan yang kurang mantap. Penceritaan yang tidak cukup perencah dan rempah ratus untuk sampai ke jiwa. Watak utama ialah Hasya Humaira atau Aira, seorang dietician yang bercinta dengan Doktor Afiq Naufal dan mereka punya impian untuk berkahwin. Emir Rayyan pula jatuh cinta dengan Aira selepas menyelamatkan Aira dari mati lemas. Berbagai cara yang dilakukan oleh Emir sampai sanggup pukul Doktor Afiq hanya untuk dapatkan Aira. Watak sampingan Iskandar Zulkarnain ialah papa Emir. Berkahwin dengan Julia, bekas kekasih Emir kerana tahu Julia hanya mahukan harta bukan cintakan anaknya pun. Emir keluar rumah kerana benci dengan mak tirinya tanpa diketahui Emir yang papanya ada sebab tertentu. Ini buat saya teringat satu novel si daddy kahwin dengan sekretarinya sendiri. Sekretari cintakan si anak daddy tapi si anak tak layan jadinya pikat si daddy supaya dapat dekat dengan si anak. Anak daddy kena pukul dengan kayu golf selepas isteri daddy menuduh si anak cuba merogolnya. MasyaAllah saya lupalah pulak tajuk novel itu tapi the whole scenario a bit similar. Please somebody enlighten me. Segalanya tentang dietician and nutrition yang penulis berkongsi ilmu bersama pembaca saya puji though slightly long winded and too much English usage sampai grammar pun haywire. Bagaimanapun saya suka dengan ending cerita ini. Last but not least, tajuk Pesonamu doesn’t fit well with the storyline. It runs out of context. Sorry Una Unee, my two cents worth. Semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang, insyaAllah.
personally for me I don't fancy this book, a good read but not for me.
first of all, the whole story is very rushed n abrupt. there's so many big things and events happening that it's getting choppy and tak smooth la senang kata. like the transition of how afiq n aira got together, or the whole mess of emir's family and so on. probably not my cup of tea but tbh most of the time i skimmed thru the pages as the description may get quite lengthy.
some of the dialogues seem very unnatural and they simply don't attract me. like the dialogues just... idk i can't imagine how the conversation works BUT im very pleased with how the author incorporate jokes or "loya buruk" cus it worked. good job 👍
english grammatical errors.... there's quite a handful of them in this book such as "I don't interested" when it's supposed to be "I'm not interested". regardless, if u dun mind errors, definitely go for it.
i would totally suggest this book IF: - u don't mind reading fast-paced books - u don't mind english grammatical errors - u r here for the plot of love triangle - u r interested in dietitian's job
❤️❤️❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ok... This book is the real roller coaster for me...
At first ingatkan Aira akan end up dengan Afiq... But... Noo..
Andddd.... Yang paling lawaknya... Sangat oening ye baca buku ni...
Sebab,
Memula fikir si Afiq tu red flag sebab tak puas hati ngan Aira. Then bila diorang dah berbaik and rapat rasa Afiq tu green flag pulak... Then time Afiq tak muncul time perkahwinan ni kembali rasakan dia ni red flag... And thennn... Time dah tau apa jadi baru la end up... Boleh buat keputusan yang dia ni green flag sebenarnya... 😂
For Emir pulak... Time mula-mula dia muncul then selamatkan Aira... Ok, red flag... Time dia jadi pesakit Aira un red flag... Still ye... Then time dia gantikan majlis perkahwinan tu pun still red flag..But, lps dia kahwin dengan Aira baru mamat ni start menghijau...
Kalakar sungguh kekacauan perasaan yang terjadi ketika membaca buku ini yee...
HAHAHA... Recommended sangat kat hangpa semua... Lagi-lagi pulak dalam buku ni banyak sangat ilmu yang boleh dapat... Lebih kurang sambil menyelam minum air la gituuu...
This entire review has been hidden because of spoilers.
omg i cannot lie but i like this story so much ! walaupun memula macam geram sikit dengan Emir punya perangai but fuhhh .... makin lama makin berdegup jantung dengan ayat-ayat sweet dia tu !
Buku ini mengisahkan tentang Hasya Humaira aka Aira yang bertugas sebagai dietitian. Aira sudah lama bertekas yang dia tidak akan bercinta dengan mana-mana doktor di hospital tempat dia bekerja. Namun,takdir menemukan dia dengan Doktor Afiq Naufal. Doktor Afiq telah membuka pintu hati Aira & atas segala usaha demi memikat Aira, Doktor Afiq berjaya menarik perhatiannya. Tanpa disangka,kemunculan Emir Rayyan membuatkan Aira tak tentu arah. Emir sangat bengis & kasar terhadap Aira. Emir melihat Aira sebagai seorang wanita yang sangat sesuai dengannya untuk dijadikan isteri. Jadi, dari sini bermulalah persoalannya, siapa yang bakal Aira kahwini?
Sejujurnya, saya tertarik dengan buku ini kerana saya terjumpa satu video tiktok yang mengatakan buku ni macam kdrama Hometown Cha-Cha-Cha. Memandangkan kdrama tu one of my fav, saya pun tertarik. Akan tetapi, jauh sungguh kaitannya dengan kdrama tersebut🤣rasa macam kena scam tapi takpe sebab cerita ni bagi saya enjoyable. Sejujurnya, perjalanan ceritanya saya sangat dapat jangka. Saya tetap teruskan bacaan sebab saya enjoy baca ceritanya.
Karakter-karakter dalam buku ni pun semuanya okay. Oh ya, memandangkan Aira seorang dietitian, penulis bijak dalam menyelit beberapa info mengenai pemakanan dan juga tugas seorang dietitian. Saya sendiri kurang pengetahuan mengenai dietitian, jadi saya memang suka bila penulis selit info dalam cerita. Mudah difahami. Cara penulisan juga memang tak complicated. Apa apa pun, buku ni saya memang enjoy bila baca🥰