Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fana

Rate this book
Bila hidup abadi digilai, buku bertemu ruas tak terelak lagi!


Ketika nyawa Richard Rotchield di hujung tanduk akibat penyakit misteri ngeri seperti yang dialami oleh mendiang ayahandanya, Aharon muncul untuk menyembuhkannya. Aharon kemudiannya menawarkan kehidupan abadi kepada ketua Majlis Tertinggi Alam Hitam itu melalui Ainul Hayat.

Ainul Hayat dicari tetapi misi demi misi menemui kegagalan. Di kala Richard Rotchield berdepan kebuntuan, Aharon memberitahu satu ramalan akan lahir bayi bertanda lahirkan peta Ainul Hayat.

Ramalan Aharon benar-benar terjadi. Sepasang kembar bertanda lahirkan peta Ainul Hayat lahir dari rahim seorang perempuan Melayu. Selepas bertempur hebat, seorang daripadanya berjaya diculik oleh Majlis Tertinggi Alam Hitam. Seorang lagi berjaya diselamatkan oleh Majlis Syura Tanah Melayu.

Kembar inilah yang akan ditakdirkan menjadi pencetus kepada pertembungan antara dua kuasa utama dunia ketika itu.
Mampukah Sayyid Muhaimin dan lain-lain menghalang kerakusan Richard Rotchield? Siapakah Aharon yang amat misteri itu? Dapatkah Tanah Melayu menghalang Ainul Hayat daripada jatuh ke tangan Majlis Tertinggi Alam Hitam?

“Mahukah kau hidup selamanya?” - Aharon
“Benarkah aku boleh hidup selama-lamanya?” - Richard Rotchield
“Bukankah sesuatu yang benar tu sentiasa menenteramkan?” - Roshil
“Apakah kau tahu makan crossed key atau kunci bersilang pada lencana Paus itu?” – Sayyid Muhaimin

520 pages, Paperback

First published August 1, 2018

3 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Fitri Hussin

17 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (56%)
4 stars
15 (40%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
November 1, 2018
Richard Rotchield, ketua Majlis Tertinggi Alam Hitam menderita penyakit misteri yang menyebabkan tubuhnya tumbuh bisul dan berulat. Kemunculan Aharon, lelaki misteri yang berjaya mengubati Richard mengubah segalanya. DIa mencadangkan supaya Ricjard mencari Ainul Hayat, di mana airnya mampu memberikan nyawa kekal abadi kepada sesiapa yang meminumnya. Walaupun berbagai usaha dilakukan, Richard gagal menemuinya. Sehinggalah Aharon mendapat petanda bahawa akan ada kelahiran bayi yang mempunyai tanda lahir, dan tanda lahir itu merupakan peta ke Ainul Hayat. Maka, bermulalah pencarian bayi tersebut.

Permulaan, penulis menghidangkan dengan pelbagai watak-watak yang berkaitan, berbeza latar dan motif sehingga membawa kepada konflik sebenar. Permulaan kisah, seakan membaca sebuah hikayat yang berkurun lama, bermula dengan keluarga Rotchield, kemudian Sayyid Awalluddin, serta watak-watak yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Namun, semakin meneruskan pembacaan, semua watak akan dipertemukan atas satu titik takdir.

Tidak dinafikan, tatkala membaca intro, terselit ingatan berkaitan filem Pirates of the Caribbean , dari segi watak dan pencarian kolam air hidup abadi), namun semakin menelusuri naskhah penulis, semakin faham rentak dan arah tuju cerita ini. Dan, pencarian Ainul Hayat bukanlah topik utama dalam cerita ini.

Mengambil latar futuristik , sedikit sebanyak pembaca perlu membiasakan diri dengan banyak perkara, berkaitan teknologi, sejarah tempat yang berbeza, latar masa dan sebagainya, sekaligus memudahkan untuk menghadam cerita ini. Kagum dengan olahan penulis, walaupun bertemakan futuristik-sains fiksyen, namun masih tebal dengan jati diri bangsa dan agama Islam terutamanya.

Selain itu, pembaca juga harus 'bersedia' untuk menikmati perdebatan antara Islam dan Kristian, yang menjadi intipati utama naskhah ini. Melalui watak Sayyid Muhaimin dan Roshil, segalanya tertulis mudah dan santai, tapi masih bermanfaat buat pembaca. Begitu juga isu-isu semasa, antarabangsa dan politik yang diselitkan secara tidak langsung dalam naskhah ini. Sedikit sebanyak, mampu membuka minda pembaca. Tidak ketinggalan, sejarah Yahudi dan sedikit hikayat lamaTanah Melayu turut diselitkan.

Aksi thriller yang saya kira sederhana, namun bersesuaian dengan jalan cerita. Turut diselitkan penggunaan sihir dan cara menangkisnya. Walaupun berlatarkan masa depan, namun amalan sihir masih berleluasa.

Seperti biasa, pengakhiran yang tidak dijangka daripada penulis. Seperti novel penulis sebelum ini, pembaca perlu bijak untuk bermain dengan pelbagai watak sebelum segalanya terbongkar. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,537 reviews1 follower
October 20, 2018
Fana ini memang ohsem.. Thriller yang penuh dengan aksi dan sentuhan Islam.. Bila saudara kembar yang terpisah di besarkan dengan dua cara yang berbeza namun akhirnya bertemu jua.. Sesungguhnya kelembutan itu mampu membuatkan hati tertawan.. Semuanya bermula kerana dendam, hati menjadi hitam.. Permainan pun bermula.. Yang jahat ditipu penjahat hanya kerana tamak yang beraja di hati.. Betapa bahagianya membaca kehebatan Tanah Melayu.. Cerita yang tamat dengan satu kepuasan..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
July 23, 2019
fana. apa sahaja di dalam dunia ini tidak kekal. walaupun mampu hidup jutaan tahun, tetap akan ketemu hujungnya. richard rotchield, mahu mencari ainul hayat. keturunannya memang lama mencari mata air yang dikisahkan memberi kehidupan abadi. peta ke tempat keramat itu pula ada pada bayi kembar yang dilahirkan dari keturunan melayu.

tuan penulis Fitri Hussin mengangkat bangsa melayu di zaman akan datang berada dalam zon yang hebat. bukan saja dari segi pengetahuan tapi juga pertahanan dan paling utama dalam keagungan pegangan agama Islam. sepanjang pembacaan, pembaca disajikan dengan sebanyak-banyak ilmu pengetahuan baik dari segi agama, adab, sosioekonomi, pertempuran dan pelbagai lagi.

kembar sayyid muhaimin dan sayyid mikyad dipisahkan dalam perancangan yang sangat teliti. walaupun salah seorang telah jatuh ke tangan musuh yang sangat hendak dijauhi tapi di situlah kebijaksanaan penulis mahu gambarkan yang walaupun serapi mana pun, tetap akan gagal bila Allah tidak membenarkan.

selanjutnya, karya hebat ini secara tidak langsung mampu buat pembaca mencari buku lain untuk memperincikan pengetahuan pada apa yang ada dikisahkan dalam novel ini. walaupun akhir kisah seperti pantas mahu dihabiskan dan ainul hayat menjadi bukan subjek utama, keseluruhan novel ini memang sangat menarik.

thumbs up pada penulis. moga akan terus diberi ilham yang hebat dalam berkarya dan mampu menyampaikan ilmu dengan baik dan berkesan.
Profile Image for Nur Fatehah.
12 reviews2 followers
October 22, 2018
Fana mengisahkan lahirnya sepasang kembar dari keturunan baik-baik yang ditakdirkan untuk mengubah dunia.
Kembar ini dipisahkan angkara dendam dan nafsu untuk memperolehi kehidupan abadi tapi dipertemukan dengan takdir Ilahi
Fana dipenuhi dengan elemen kekeluargaan,persahabatan,keagamaan,teknologi sains,pertahanan negara malah dimasukkan unsur black magic.
Anda bayangkan,macam mana sebuah novel dipenuhi dengan semua elemen tersebut malah digarap dengan baik oleh sang penulis.
Fana juga menekankan tentang kehebatan bangsa melayu untuk kita semua bangkit pertahankan bangsa melayu dan kembalikan kegemilangan melayu.
Anda mahu lebih lagi?dapatkan novel fana secepatnya,anda tidak akan menyesal.
Profile Image for Khusai Manan.
1 review
October 8, 2018
Story - 5*
Plot - 5*
Characters - 4*
Ending - 5*

Overall - 5*

Epic.
Profile Image for Nurul  Syakilla Zariman.
2 reviews
November 2, 2018
Permulaan pembacaan kita seakan membaca sebuah hikayat lama yang dimulakan dengan keluarga Rotchield dimana Richard Rotchield,Ketua Majlis Tertinggi Alam Hitam menderita penyakit misteri dimana tubuhnya ditumbuhi bisul serta berulat.Aharon,lelaki misteri yang berjaya mengubati Richard mencadangkan beliau mencari Ainul Hayat,air yang diminum mampu memberikan kehidupan abadi.pelbagai usaha telah dilakukan oleh Richard tetapi masih gagal sehinggalah Aharon mendapat petanda akan lahir seorang bayi yang mempunyai tanda lahir yang merupakan peta ke Ainul Hayat..maka pencarian pun bermula..
Kita di hidangkan dengan pelbagai watak,latar serta motif yang kemudiannya membawa kita kepada konflik yang sebenar.novel ini bertemakan sains fiksyen dan futuristik tetapi penulis masih menyelitkan mengenai agama Islam serta kehebatan Tanah Melayu.Fana adalah sebuah novel yang menekankan tentang kehebatan serta kegemilangan bangsa Melayu.
Perdebatan antara Islam dan Kristian dan isu isu semasa menjadi intipati utama dalam novel ini dimana mampu membuka minda serta banyak memberi manfaat kepada pembaca walaupun ditulis secara santai..
Seperti biasa pengakhiran cerita tidak dapat dijangka.pembaca perlu menghayati setiap bab dengan pelbagai watak yang saling berkaitan sebelum membongkar segalanya..novel yang memberi satu kepuasan apabila menemui perkataan TAMAT..
Profile Image for Hamidah Effendi.
438 reviews6 followers
December 5, 2025
Fana oleh Fitri Hussain

Buku ini mengisahkan manusia yang mengejar kehidupan abadi, hingga sanggup membunuh dan memisahkan pasangan kembar. Namun, misi itu tidak berakhir di situ — pasangan kembar tersebut masih diperlukan untuk mendapatkan lokasi sebenar Ainul Hayat.

Kalau pernah membaca Projek Thriller CIP, ada selingan daripada episod terakhir yang memaparkan watak Nathan R. Di sinilah plot bermula daripada watak Itu dan satu ‘tangan’ yang memanipulasi organisasi kerana dia sendiri mempunyai agenda tersendiri.

Buku ini membawa genre sejarah, konflik kekuasaan, keluarga, persahabatan dan penuh aksi. Sabar diperlukan ketika membaca kerana terdapat banyak watak, lokasi dan konflik yang perlu dilalui sebelum sampai ke ketenangan di penghujung cerita.

Tahniah kepada penulis. Usaha beliau jelas — terlalu banyak informasi yang cuba digabungkan dalam satu cerita Fana. Saya mungkin suka, tapi orang lain… saya tak pasti. 😆😁

Saya beri 4/5 kerana saya penat membacanya, tapi puas. Kita selalu dihidangkan kisah adventure dan aksi dari buku luar negara, tetapi karya lokal juga tak kurang hebatnya. Saya dihidangkan dengan begitu banyak perjalanan dan aksi sehingga saya sendiri tersadai selepas buku tamat.
1 review
October 5, 2020
Saya baru nk berjinak dengan buku terbitan Buku Prima dan novel Fana adalah buku pertama saya. Saya suka sangat sepanjang baca novel Fana ni. Selepas habis sahaja baca novel ni, saya memang tekad dalam hati nak baca hasil karya yang lain daripada Encik Fitri Hussin ni. Penulisan yang bermanfaat ditambah dengan fakta dan sentuhan Islam. Hujah-hujah Islam yang dibawa dalam novel ini sangat teliti dan menusuk ke kalbu. Selain itu, sejarah Melayu yang diterapkan juga boleh membuat bangsa Melayu berasa bangga dengan kegemilangan Melayu yang pernah dikecapi dahulu. Kesimpulannya, jalan penceritaannya yang asli membuatkan saya sentiasa tertanya dan ingin menyelak ke helaian seterusnya dan terus membaca. 100% katakan ya pada buku ini dan penulisnya. Penulisan yang bagus dan bijak, Encik Fitri Hussin. Saya akan menjadi peminat anda.
Profile Image for Haliza Mohd Dan.
15 reviews1 follower
January 13, 2025
Boleh rasa tak 'feel' macam dalam filem aksi ala2 Mission Impossible kalau hanya membaca saja?

Jawapannya : Ya..

Lebih menarik, heronya adalah lelaki melayu, bukan Mat Salleh.
Sayyid Muhaimin & Sayyid Mikyad, kembar yang terpisah sejak lahir, kerana satu agenda jahat. Mencari legenda Ainul Hayat. Turut dibongkarkan konspirasi Holocaust...
Sangat menarik...

Tq tuan Fitri Hussin untuk karya yg hebat
Profile Image for Ahmad Fuzi.
Author 18 books
October 15, 2019
Jalan cerita padat dan mendebarkan. Namun penamat seolah-olah meninggalkan pelbagai persoalan tidak berjawab.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews