Jump to ratings and reviews

Alpa

Alpa? Siapa yang tidak pernah alpa? Tapi alpa ini penyakit yang berbahaya. Bersebab alpa, kita rugi banyak peluang untuk berbuat baik. Tahu tapi sengaja buat tidak tahu, lalu melangsungkan perbuatan-perbuatan yang tidak produktif sebagai remaja Islam. Sekian banyak perkara-perkara negatif dihubungkaitkan dengan mereka: buang masa, tak solat, tak bersyukur, putus asa, rasa tidak tenteram, gelisah kerana rezeki yang sedikit.

Benar, buku ini menyentuh sisi-sisi negatif remaja, tetapi ia bukanlah untuk menyalahkan tetapi lebih untuk ‘menekan butang-butang positif’ dalam diri remaja supaya ‘terjaga’ lalu membuahkan tindakan-tindakan yang berfaedah. Never take for granted untuk apa yang Allah telah beri dalam hidup. Syukur dan upgrade diri kerana di hujungnya, manusia tetap boleh berubah.

128 pages, Paperback

First published May 1, 2018

Loading...
Loading...

About the author

Afdholul Rahman

5 books3 followers
Afdholul Rahman bin Che Ani. Seorang krew sepenuh masa di LangitIlahi.Com. Beliau lahir pada 3 Oktober 1991. Beliau menetap di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Pada peringkat menengah, beliau bersekolah di Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI), Perlis. Beliau pernah mengendali dan melaksanakan program-program motivasi, perkhemahan remaja, dan seminar-seminar bersama beberapa badan NGO. Kini, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi dan perbankan Islam di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (42%)
4 stars
3 (42%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Little Meow.
9 reviews1 follower
October 9, 2021
"Mati adalah sebaik-baik tazkirah. bila kita dipanggil pulang, semua yang kita miliki akan dilepaskan. Kita bukan lagi pemilik harta itu."

Dihimpunkan beberapa teguran untuk sentiasa mengingati Ilahi. Cantik isi kandungannya. Berwarna-warni dan pelbagai rupa. Bagaikan dibawa berjalan pun ya. Kata-katanya dapat diserap, mengingatkan kita bahawa Tuhan tak rugi apa-apa dengan semua yang kita buat, sebaliknya kerugian itu terpalit pada kita sendiri.
Profile Image for Starlit Stories by S.
120 reviews1 follower
March 14, 2026
Dalam perjalanan menuju ke negeri abadi, banyak ujian yang akan kita tempuhi.

Buku Alpa terkandung kompilasi pesanan dan nasihat ringkas untuk kita. Antara nasihat yang paling aku suka:

- Mengadu dan berbicaralah kepada-Nya kerana Dia maha mendengar. Maka letaklah pergantungan kepada Allah.

- Ketaatan kepada Allah menenangkan jiwa dan melapangkan pintu-pintu rezeki.

- Allah akan tambahkan kebaikan untuk kita apabila kita bersyukur.

- Janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah.

- Diam tak bererti kalah, sabar tak bererti tewas. Kesabaran akan mendidik kita mencari ruang berbicara dan memenangkan kebenaran.

- Mintalah pertolongan daripada Allah dengan solat dan sabar.

- Doa yang baik untuk diamalkan "Ya Allah, janganlah Kau jadikan dunia sebesar-besar cita-cita kami.

- Mati adalah sebaik-baik tazkirah.

Seronok baca buku ni, berjaya memujuk hati yang sedang berduka lara. Cuma sedih sebab pendek sangat sangat. Tiba-tiba habis 😭
Profile Image for Najwa Azrin.
142 reviews1 follower
September 24, 2026
Rasa tak puas baca sebab banyak kata-kata nasihat dan teguran yang disampaikan benar-benar jelas dan menusuk ke dalam sanubari yang terdalam.

Sesiapa yang rasa tengah down, overwhelmed, loneliness, helpless sangat-sangat sesuai baca buku ni untuk dapatkan motivasi dan kekuatan nak bangunkan diri semula.

Bukunya nipis tapi padat dan bermanfaat!
Profile Image for Nurul Saadah.
50 reviews1 follower
October 7, 2024
Light read, easy read; whichever you name it. The kind that is pick-up-and-go over breakfast before heading out to work.

It has a few themes, elaborated in chunks. On average one title per page, a few pages for a theme.

Easy wording but non-fiction remains not my cup of tea.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews