Mengisahkan tentang pergelutan hidup beberapa watak di pinggir dan lorong gelap Kuala Lumpur. Seorang buruh Indonesia yang cuba menyelesaikan masalah adiknya. Dilema dua pekerja cyber judi memegang wang suapan. Kemelut dua anggota polis yang baru ditugaskan bersama. Kamen Rider. Penjenayah yang kaya-raya. Polis jahat yang makan rasuah. Kesemuanya saling berkait dan bersilang antara tiap satunya — menuju ke sebuah pengakhiran yang celaka. Novel ini berdasarkan skrip filem One Two Jaga arahan Nam Ron yang menemui penonton pada tahun 2018.
Waktu aku di sekolah menengah dulu, ada seorang guru ganti masuk ke kelas aku. Cikgu ni aku memang tak tau namanya sebab dia tak pernah mengajar aku seumur hidup, cikgu ni wajahnya memang serius, berkaca mata, tampak islamik dengan tudung labuh. Cuma satu ajaran je yang dia bagi dan aku ingat sampai sekarang, iaitu,"Rumah cikgu dekat dengan kuarters polis, kalau korang nak tau, anak polis semua jahat2, tau sebab apa, sebab bapak diorang kuat makan rasuah!". Sesedap hati je cikgu ni menyama-ratakan semua polis tu makan rasuah, anak kerani, anak cikgu, anak tukang cuci bahkan anak raja pun ada yang jahat, jadi adakah kerani, cikgu, tukang cuci dan raja tersebut makan rasuah jugak? Wallahu A'lam.
Tetapi, itulah pandangan umum masyarakat Malaysia terhadap polis, bukan saja di Malaysia malah diseluruh dunia. Polis dengan rasuah seakan-akan sinonim. Aku tinggal di flat yang majoritinya orang indonesia, sekali-sekala nampak kereta polis datang bertemu sahabat2 kita dari seberang ni. Aku bertanya kat kawan aku, orang indonesia yang merupakan imam di surau flat aku yang punya suara merdu ketika mengimami makmun2 dari seluruh benua. "Polis tu nak apa?", saja aku bertanya walaupun aku tau jawapannya. Jawab si imam muda, yang muda dari aku 3 tahun tapi sudah berkahwin dan punya seorang anak. "Minta uanglah bang, kalau tak dikasi uang, kami semua bakal dihantar pulang", jawab imam madura ni, selamba sambil menghisap rokok elektroniknya.
Itulah realitinya, tapi kita tau, tak semua polis macam tu, banyak lagi polis yang baik seperti Hussein dalam novel One-Two-Jaga ni. Cuma Hussein ni polis baik yang kurang cerdik. Aku tonton filem dulu sebelum baca novel ni, untuk lebih memahami filem, novel ni perlu ditela'ah sebab banyak lagi perincian watak berbanding filem yang cuma berdurasi 1 jam setengah. Kesimpulannya, jadilah polis baik yang bijak.
Terima kasih Fixi for this free copy as an exchange for an honest review at IGTV Kedai Fixi.
Saya memang salah seorang peminat filem One Two Jaga dan peminat penulis Sahidzan Salleh, yang ditugaskan menulis adaptasi ini.
Kepada sesiapa yang belum tahu, buku ditulis selepas skrip filem dan pengambarannya.
Buku ini mengisi tempat kosong yang filem tak ceritakan, serta beberapa detail yang kita mungkin terlepas daripada filem. Filem lebih banyak bermain dengan visual dan ekspresi muka. Buku lebih banyak bermain dengan deskripsi dan monolog dalaman. Dialog boleh dikatakan hampir 100% sama dan bagi saya, tiada persoalan buku vs filem dalam hal ini.
Sahidzan memang salah seorang penulis thriller terbaik kita dan dia membuktikan dia mampu mengadaptasi sesuatu tanpa membuat pembaca yang sudah menonton filem bosan dan menukarkan filem itu terus.
Review penuh saya boleh didapati di IGTV Kedai Fixi tak lama lagi.
Permulaan bab yang bagus. Point nya terus ke kisah utama-- tentang rasuah. Perkenalan watak agak padat awalnya. Beberapa karakter muncul sekaligus, perlu nota minda untuk ingat mana satu dan nama masing-masing.
Bab di bahagikan kepada One, Two dan Jaga-- di bab "One", setiap karakter difokuskan kepada plot masing-masing. Padat tetapi kemas dan tidak serabut. Walau ada plot yang bertembung dengan plot lain ia masih fokus pada plot utama. Kadang saya pula tak sabar menunggu para karakter bertemu dan bersemuka.
Kalau baca nota pengarah katanya dia mahu fokus hal rasuah dan salah guna kuasa anggota polis, tentang peras ugut warga asing terutamanya. Ada dua kejadian benar terjadi yang bagi inspirasi kepada pengarah untuk menghasilkan One Two Jaga. Membaca One Two Jaga dalam naskah adaptasi begini, saya faham bila menulis dengan idea yang sudah dicipta, penulis barangkali rasa fixed dan terganggu untuk develop story lebih variasi. Namun thumbs up buat penulis kerana berjaya bawa skrip filem ini dalam helaian fiksyen.
Hal kepolisian diceritakan dengan cermat-- dibahagikan perspektif dalam pro dan kontra, ada yang buat kerja dengan jujur dan ada yang tidak. Boleh lihat negatif dan positif sekaligus. Bab "Two" adalah kegemaran saya-- perkembangan watak dan jalan cerita yang mengungkap kisah di sebalik segalanya. Scene imbas semula bagi setiap karakter antara paling gemar-- boleh baca the back story of everything. Ada satu excitement membaca bahagian aksi dan rusuhan di sini-- cemas dan gerun. Penceritaannya 'hidup' dan ada thrill seperti setiap tembakan, pukulan dan libasan pedang Adi sedang bermain-main di hadapan mata saya. Watak-watak yang berlainan prinsip dan perangai beri impak emosi luarbiasa bagi naskah ini-- geram, marah, kecewa, sedih semua ada.
Saya suka persahabatan antara Joko dan Adi, walaupun Adi itu tidaklah sebaik mana perangainya tapi sifat seorang abangnya saya salut. Banyak mesej tersirat tentang One Two Jaga-- hal kemanusiaan, kekeluargaan, tekanan hidup dan bagaimana sifat tamak boleh beri satu impak yang merosak masa depan. Bila sudah terbiasa dengan hal yang salah, kejujuran itu kita mudah lupa.
Tahniah Sahidzan! Dan selamat berjaya buat team produksi dan pengarah One Two Jaga. Sekarang saya tak sabar nak tonton filemnya pulak!
"Korupsi bukan bergantung pada pangkat dan kuasa tetapi sikap individu terbabit; One Two Jaga ditulis dengan kesedaran itu." (Nam Ron)
ONE TWO JAGA – Movie Tie-In Penulis: Sahidzan Salleh Genre: Sosio Suspen Thriller
5 bintang besar bukanlah hal yang senang senang diberikan untuk penerbitan lokal. Tulisan yang berdasarkan skrip asal filem One Two Jaga saya dapati sangat lengkap, berjiwa dan tepat olahannya. Hanya ada satu kesilapan ejaan di mukasurat 209 (tekak/tekat).
Selamat datang ke kancah kehidupan yang kasar. Ada kelembutan yang terselit di dalamnya.
Bersedia untuk mendekati watak watak yang agak ramai, namun tidak menggelirukan pembaca (kecuali Hassan dan Hussien yang mungkin disengajakan). Butiran lokasi dan pemangkin cerita agak realistik dan membantu pengkisahan. Sepanjang penceritaan dapat dibayangkan pekan yang kecil, kawasan terpencil, kehidupan dan serakah manusia.
Secara amnya buku ini mencakupi gelojak jiwa, kerakusan, tamak haloba dan survival. Hati hati juga membaca imbas kembali yang diselitkan dalam babak TWO. Dibahagikan pada 3 bahagian. ONE – memperkenalkan segala watak yang ada dan kemelut permasalahan mereka. TWO – menjangkau lebih dalam tindak tanduk watak watak manakala JAGA – memberi kitaran bulat pada segala kejadian yang berlangsung di sepanjang penceritaan.
Sahidzan Salleh mampu melakarkan dialog yang hebat mewakili watak masing masing. Bahasa Indonesia jalanan juga baik dan tepat, termasuk dialog yang mewakili jantina dan sifat berbeza watak watak pilihan. Ini membuatkan pembacaan jadi lebih nikmat. Gerak perasaan antara Hussien dan Hassan sangatlah cermat sambil membayangkan sifat mereka yang bertentangan. Hassan yang korup dan Hussien yang mendukung falsafah sebagai polis baharu.
Kata pengantar dari Namron di awal mukasurat sudah menggambarkan projek sukar ini sudah dilaksanakan dengan baik sekali. Kamu akan faham sendiri kenapa.
“Mereka macam pelacur gilakan wang, baik lagi pelacur kerana tidak meminta paksa wang dari orang”
Terlalu banyak babak yang mampu membuatkan pembaca tersenyum sinis. Hal hal Jabatan Pendaftaran, kesepian gerak ranjang sang isteri, kekasaran hidup sebagai pendatang asing, falsafah berlapik sang apparat dan yang paling penting banyak babak babak yang sangat jantan di dalamnya. Jarang dilihat kisah kisah sebegini dalam karya tempatan (Penulisan dan Filem). Karya dari luar mungkin sudah kamu nikmati dalam filem Hong Kong dan Tamil. Watak watak pilihan yang ditampilkan sangat melengkapi demi penceritaan.
sudah habis baca buku ini. baik filem juga buku, kedua-duanya tak kalah menarik. walaupun buku sangat mirip langsung kepada filem, tetapi tetap ada keistimewaan dan ada yang ada pada buku tidak ada pada filem. inilah kekuatan buku yang tak termampu disensor oleh pemerintah. pemerintah yang tak larat membaca satu demi satu helaian buku tak terdaya menyelongkar sisi kreatif yang terkandung dalam helaian buku. kerana dalam buku, isteri polis telah berzina dengan pekerja imigran yang membaiki aircond. aku tak dapat membayangkan bagaimana scene ini akan dibuat dan reaksi apa yang akan terzahir pada polis-polis yang menonton -juga memboikot- filem ini.
buku filem ini ternyata memberi pengalaman baru dalam melihat dunia kepolisan selain propaganda patriot yang terlalu banyak berlumba-lumba bermain di minda yang dipimpin oleh apparat-apparat Yusof Haslam, A Galak dll lagi. Good Cop sudah terlalu banyak kisahnya membuat kita menjadi semakin mual dan muak sampai ke ketiak. buku filem Bad Cop harus diperbanyakkan lagi di era Malaysia Baru ini.
Entah berapa kali aku berhenti membaca. Hilang nafas. Jantung berdegup kencang. Tenang sebentar kemudian baru sambung bacaan. Bukan sebab geram jalan ceritanya bosan, tapi aku tak bersedia untuk menyelak sisi gelap badan keselamatan negara ini. Rasuah, korup!
One Two Jaga mengisah perjalanan kehidupan Hussein seorang pegawai polis ‘teruna’ setelah dia digandingkan dengan Hassan dalam Unit Siasatan Jenayah. Hussein seorang yang punya wawasan dan semangat yang tinggi ketika baru memulakan kariernya sebagai pegawai polis sedikit tercabar apabila matanya disajikan dengan salah laku polis yang selama ini dia hanya dengar melalui angin. Bermula percubaannya untuk membuktikan cara lurus untuk menjayakan tugas sehinggalah dia diugut oleh golongan atasan dan kemudiannya membawa dia ke tragedi yang membongkar kegiatan haram mereka.
Cerita ini juga mengambarkan sisi kehidupan golongan pendatang asing melalui kesusahan dan kepayahan mereka demi menyambung nyawa. Sanggup berhimpit dalam perahu demi merentasi sempadan Malaysia – Indonesia, diperas ugut oleh si korup dan paling teruk sekali ‘dilupuskan’ sekiranya berlakunya kematian demi kepentingan sindiket pemerdagangan manusia. Terhimpit pilihan sempit.
Tahun lepas aku ada menonton filem yang sama ternyata aku juga ‘pause’ banyak kali atas sebab yang sama dan gagal menyelesaikan tontonan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mula-mula saya beli buku ni, lepas tu saya tengok movie dia, lepas tu saya sambung baca buku ni. Cerita ni ada banyak watak yang akan melekat dalam fikiran kita lama. Apa lagi bila dah tengok movie tu. Watak-wataknya rasa begitu dekat sebab kita selalu juga jumpa mereka dalam kehidupan seharian - PATI yang hidup dalam ketakutan dan mengelak kena tangkap tu hari-hari kita dengar cerita, kan? Depan mata pun ramai. Yang selalu datang tolong kita buat kerja kat rumah pun ada. Dilema pekerja yang bergaji biasa-biasa yang sering ditekan oleh ahli keluarga untuk meng'ada'kan juga duit tu pun memang selalu sangat kita dengar (atau mungkin alami sendiri). Businessman (yang beli Datuk ribu-ribu) yang buat illegal deals pun, kita selalu tengok tapi terpaksa tutup sebelah mata, demi survival kita sendiri. Hehe. Cerita banyak pun tak guna sebenarnya. Silalah beli dan baca sendiri buku ni. Ada sebahagian daripada masyarakat kita yang selama ini kisahnya terlindung oleh bayang gah KLCC mendapat ruang dalam novel ini.
Saya bukanlah peminat besar buku fiksyen, tidak kisahlah dalam genre apa pun. Kebanyakan buku fiksyen yang dibaca adalah buku yang telah diadaptasi ke dalam filem, mahupun sebaliknya.
Ini buku adaptasi pertama yang saya baca dari arena tempatan. Dan ternyata ianya tidak mengecewakan. Sama perasaannya seperti ketika selesai membaca siri buku Harry Potter beberapa tahun dahulu.
Kisah yang ramai kita warganegara Malaysia sudah sedia maklum, namun jarang dapat diteladani realiti sebenarnya. Isu jenayah rasuah yang berleluasa di kalangan penguatkuasa kita, kisah pendatang haram dan masalah yang dibawa mereka, kisah jatuhnya institusi kekeluargaan, semuanya hanya kerana satu punca - kertas bercetak gambar Agong.
Sama seperti filemnya, buku ini juga menjanjikan suatu pengalaman pembacaan yang menyeronokkan. Lebih terperinci, lebih padat berbanding filemnya pasti membuatkan pembaca bakal tidak keruan untuk kembali menonton karya agung dari pengarah Namron & Bront Palarae ini.
Ianya boleh dinikmati mana-mana dahulu mengikut kesesuaian minat, buku dahulu mahupun filem dahulu. Kedua-duanya mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Jika anda peminat filem Hong Kong 'Police Story', anda pasti meminati buku ini.
Baru saya tahu mengapa filem One Two Jaga diangkat menjadi filem terbaik. Kisah ini berani. Berani dan telus. Polis dan rasuah. Kata orang dua ini susah untuk bersama. Tapi hari ini, macam-macam cerita berkenaan rasuah melibatkan anggota polis. Dan, naskhah ini dikarang dengan baik sekali. Tidak ada babak sekadar mengisi ruang. Semuanya ditulis dengan cukup rasa. Tahniah buat penulis kerana berjaya menjadikan naskhah ini hidup seperti filemnya.
Aku beli novel ini atas sebab filemnya yang bakal keluar panggung di malaysia, nanti. Membayangkan watak Adi yang diperan oleh Amirul Affendi dan watak Hussein yang diperan oleh Bob ternyata membantu aku untuk lebih feel ketika membaca.
Sebuah jalan cerita yang mudah namun fresh ini memang patut untuk diangkat ke layar perak. Dan aku tak sabar untuk menunggu tayangannya, anjing!
A very fresh content from Nam Ron and Bront Palarae! Splendid work too from Sahidzan Salleh and Buku Fixi for this artpiece. Tak sabar nak tengok versi movie! Amerul Affendi as Adi and Zahiril Adzim as Hussein.
Mengisahkan tentang sekumpulan anggota polis yang mengambil rasuah, di samping 'memberi lesen' kepada orang luar untuk menjalankan kegiatan haram di tanah air.
Sejujurnya, permulaan cerita ni agak mendatar dan membosankan bagi aku. Hampir DNF tapi aku teruskan menyelak dengan harapan part klimaks akan rancak.
Masuk tengah buku baru aku jumpa rasa teruja nak teruskan pembacaan. Tapi rasa teruja tu tak lama bila rasa bosan tu lebih menguasai.
Banyak benda yang membuatkan aku tak selesa. Contohnya, penggunaan kata carut yang sangat banyak. Tapi sebab aku dah mindset awal-awal yang penulisan buku fixi ni 'rare' sikit, maka aku teruskan pembacaan.
Best part bagi aku ialah bila Hassan dapat pembalasan atas segala perbuatannya. Tapi tak tahulah apa yang dia rasa sebab pengakhiran untuk kisah dia macam tergantung. Itu kalau tak insaf juga, tak tahulah nak kata apa.
Dalam dilema sebenarnya sama ada nak bagi 2 atau 3 bintang. Tapi sebab aku suka point penting yang pihak penulis berjaya ketengahkan — akibat kalau amalan rasuah dalam pihak bertanggungjawab dibiarkan berleluasa — so, aku tambah 0.5 ⭐
Last but not least, tahniah buat penulis sebab berjaya keluarkan sebuah buku yang mengangkat isu besar ni dan semestinya perlu diambil cakna oleh semua, khususnya pihak-pihak bertanggungjawab.
Tak sabar rasanya tunggu movie ni keluar. Jalan penceritaan yg jarang sekali dipertontonkan & dihidangkan buat industri perfileman negara kita. Jenayah kolar putih sememangnya lebih banyak patut mendapat perhatian & pendedahan kpd masyarakat awam agar masyarakat sewenang²nya 'diperhambakan' pada zaman serba urban ini. Tahniah kepada Nam Ron & semua crew, dan Sahidzan Salleh selaku penulis novel movie tie-in dgn judul yg sama 'One Two Jaga'. Tidak lupa juga kpd penerbit buku Fixi & credit kpd cover maker (just nice, simple & attractive).
Btw, kepada sesiapa yg ingin mendapatkan novel movie-tie yg ditulis berdasarkan movie 'One Two Jaga' ini, anda bolehlah pre-order pada saya. Hubungi saya di +6011-11475473 atau klik, http://firhaterbookstore.wasap.my/Bel... . Jgn lupa drop by ig official saya @firhater_bookstore
Aku baru tahu buku ini wujud dulu sebelum filemnya ditayangkan di pawagam tahun lepas. Jujur aku belum tonton lagi filemnya, jadi ini reviu 100% dari bacaan novelnya sahaja. Bagi aku buku ni agak kurang dari segi aksi, jangan samakan dengan kisah polis dalam Polis Evo. Genre tak sama lansung, dan filem ini jauh dari sisi glamor kerana pelakonnya kelas A yang kurang popular, dan novelnya jugak layak di kelas yang sama. Ambil tahu ya filem dan buku ini dibuat dengan perbincangan dengan pihak polis, dengan usaha pelakon Bront Palare turun naik bukit Aman, dan akhirnya filem dan buku ini terhasil. Mengikut kata Namron selaku pengarah filem ini, karya ini dibuat atas dasar sikap individu, bukan pangkat dan kuasa.
Ceritanya bergerak dengan korupsi beberapa anggota polis dari yang bilis sampai yang sebesar paus. Ada orang atas, dipegang cengkam oleh si inspektor James dan macainya, koperal Shahrul. Ada pengikut anggota biasa yang masing masing sudah ada kawasan sendiri untuk diulang peras ugut semata duit poket ratus dan ribu yang menjadi nafkah untuk anak bini. Ada buruh kasar ditekan tekan demi kebebasan hidup di negara orang, sedangkan duit sendiri pun segan segan munculkan diri, cukai tetap cukai andai ada peluang. Ada orang kaya yang diwajibkan bayar duit cukai setiap bulan demi untuk melindung bisnes haram yang dibuat. Ada isteri makan luar bila institusi keluarga itu bertunjangkan wang haram. Ada anak yang terpaksa menelan perit mendengar si ayah diejek cerca kawan sepermainan. Kisah menang tender dengan bayar cukai, semua buku ni tapau.
Korupsinya melingkungi nilai kecil hingga ke ribu ribu, berlegar sekitar golongan PATI, dato kaya dan anggota keselamatan. Dan di setiap cerita, ada Hussien, anggota polis baru berpangkat lans koperal yang cuba menolak semua kemungkaran ini. Tapi tak mudah, sebab akan ada orang lama memberi amaran jangan cuba buat benda betul, kalau taknak dihilangkan senyap senyap.
Ada rasa kesian pada kisah Adi dan Joko disekitar tapak binaan, ada rasa geram pada helah yang diguna untuk memeras mereka. Dihujung cerita, ada aksi yang berlaku pantas, yang merubah semuanya, menjadi titik tolak pada pertempuran dua pihak yang telah lama tertangguh. Ada nyawa melayang, ada badan terlantar di wad, ada yang lari dalam kegelapan malam.
5 🌟 untuk penulisan yang fresh, tak cliche, tak bosan, aksi dihujung cerita yang power, dan dialog perli melayu yang best. Jangan triggred bila kisah ini bukan kisah mulia tentang unit beruniform, ini cuma buku fiksyen, dan manusia bebas menulis dan tak semestinya mewakili semua dalam 1 unit beruniform tu kan.
P/s: aku terhibur dengan perlian tentang berus halal haram, dialog aku melayu cukup buat kau rasa penulis cuba memerli kita secara halus.
Kisah yang diangkat dalam naskhah ini lain daripada yang lain. Setahu aku, tiada lagi novel di Malaysia ini yang menceritakan sisi gelap polis di negara ini. Aku pula tertanya-tanya, betul ke cerita ni? Pendatang memang guna cara ni ke nak dapatkan taraf warganegara? Buku ini patut dikupas dengan lebih mendalam.
Tetapi, aku rasa penggunaan anjing dalam novel ini adalah terlampau banyak sehingga menggangu konsentrasi pembacaan aku. Sekejap-sekejap, anjing. Lepas tu, anjing lagi. Tak ada perkataan lain ke orang guna untuk panggil polis macam ni?
Sebuah cerita yang berlandaskan kisah benar yang berlaku dalam negara kita sekarang ni, I guess. Ambil masa lebih kurang seminggu jugak untuk saya habiskan buku ni, mungkin sebab bukan genre yang saya minat. Lepas baca buku ni, saya tak rasa yang saya akan ke panggung untuk tengok movie one two jaga ni. Just not my cup of tea. Anyway, 3stars for this book 😊
Great book to expose the corruption happened within the police organisation. With the power of money, everything can be settled. Regardless putting people's lives in jeopardy. Normalised corruption makes high integrity in work is rare.
Sebuah kisah yang menyentuh realiti gelap masyarakat—tentang polis yang makan rasuah, pekerja pendatang asing yang tersepit demi mencari kehidupan lebih baik, dan tekanan kewangan yang menjerumuskan seorang suami, abang atau anak ke jalan terdesak demi wang.
Buku ini meninggalkan rasa bercampur-baur. Selesai membaca, mata terasa lebih peka—melihat pekerja binaan yang lalu di sekitar rumah setiap hari, berjalan kaki demi sesuap nasi. Tiba-tiba jadi kelu. Tak tahu nak cakap apa.
Dalam masa yang sama, kita dibawa melihat sisi polis yang korup, serta peranan orang-orang ‘atasan’ yang turut bermain tangan. Realiti ini bukan asing—hari ini ia menghiasi dada akhbar dan media sosial. Wajah nampak suci, tapi di sebalik itu tersimpan sisi gelap yang kita semua tahu wujud.
Namun, cerita ini juga mengingatkan kita supaya tidak memukul rata. Tidak semua sama. Tiada cop di dahi manusia yang menandakan siapa baik, siapa jahat. Jika terlepas di dunia, di akhirat nanti tiada siapa yang mampu lari. Jaga-jaga.
Secara keseluruhan, ini sebuah cerita yang menarik dan menyakitkan dalam diam. Geram membaca apabila melihat orang-orang besar sering terlepas daripada hukuman, seolah-olah bebas menikmati hidup. Tapi percayalah—hari pengadilan itu pasti tiba. Insya-Allah.
Lama aku tak aktif di sini, hampir 4 bulan. Macam2 jadi dekat aku dalam tempoh itu. Dalam tempoh itu juga aku tak mampu untuk membaca.
Dan pada hari ini, aku sambung kembali apa yang telah aku tinggalkan. Kembali meneruskan apa yang aku suka buat.
Mengambil semula naskah ini membuatkan selera membacaku membuak2 kembali. Tidak salah lagi, buku ini mempunyai kualiti yang tidak boleh disangkal.
Aku bukan penggemar open ending. Tetapi untuk novel ini, aku menggemarinya. Biarlah itu saja penamat cerita, tidak perlu ditambah terang lagi. Sudah cukup.
Semoga aku dapat meneruskan lagi minat membaca ini.
Filem dah gempak, novel lagilah. Novel ini benar² melengkapkan segala pertanyaan aku tentang filem. Memenuhi segala kosong. Babak akhir dalam novel memang padu. Dan sungguh ku tak sangka Rozita begitu rupanya.
Ulasan saya secara jujurnya berat sebelah sebab saya memang sangat suka filem One Two Jaga. Dan ianya memang peranan penting dalam pertimbangan saya. Penulisan Sahidzan Salleh juga sangat bagus. Buku ini adalah yang paling jarang ada di simpanan saya kerana saya akan sentiasa pinjamkan kepada orang lain. Sebab semua orang berhak merasa perasaan yang saya rasakan ketika membaca buku ini.
Persoalan tentang conscience, hak dan batil, tanggungjawab, kehilangan, perasaan dan realiti hidup. Semuanya terlalu sempurna dan kompleks.