Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saga Horizon

Rate this book
Novel fantasi sains, mengisahkan pergolakan antara manusia dengan robot.

Dunia huru-hara. Sejarah dan kegemilangan tamadun manusia sudah musnah ditelan zaman. Bumi jadi tandus, dihujani asid. Jermbalang Bertulang Besi bermaharajalela. Manusia diserang, dibunuh, dan diselubungi ketakutan.

490 pages, Paperback

First published April 5, 2008

2 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Fadli Al-Akiti

14 books30 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (25%)
4 stars
8 (50%)
3 stars
4 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
May 3, 2016
4.5 bintang.

Ralit membaca naskhah ini sehingga ke penghujung sambil imaginasi bekerja keras membayangkan dunia selepas Malapetaka Maha.

Bab-bab permulaannya lambat sikit aku nak panas, tapi aku faham pada awal-awal bablah penulis mahu memperkenalkan watak, perwatakan dan latar. Namun semakin lama menjadi semakin menarik.

Aku bukan penggemar genre sains fantasi tapi naskhah ini berjaya membuatkan aku baca tanpa rasa bosan.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
May 12, 2013
Aku cuma tertarik cerita ini hanya di bahagian tengah sahaja...tatkala Asain di cipta...manakala di awal & pengakhiran bab bagi pendapat aku sedikit bosan..sehingga mengambil masa yang agak lama juga untuk aku habiskan...

Walaubagaimanapun, aku kagum dengan idea penulis dalam menceritakan kisah manusia pada zaman akan datang...pada abad kedua & ketiga..Novel Si Fiksi ini mengandungi 3 Bahagian yg menceritakan zaman yang berlainan...Bahagian Pertama kisah peperangan antara Manusia vs Makhluk Jembalang Besi vs Makhluk Orang Makan Orang...bagaimana watak utamanya Rogue yg kehilangan saudara angkatnya dalam peperangan tersebut..Peristiwa ini berlaku selepas Malapetaka Maha...pada mulanya aku ingatkan peristiwa Malapetaka Maha berkait rapat dengan Meteor...rupa2nya...

Manakala Bahagian kedua menceritakan kisah kehidupan Manusia yang bergantung sepenuhnya pada robot dalam melakukan kegidupan seharian...termasuklah penciptaan Mandroid yg seakan2 menyerupai manusia, ASAIN....pada bahagian inilah segala asal usul makhluk2 tersebut akan di dedahkan di penghujung bab...cerita yang menarik bagi aku...

Pada Bahagian ketiga, Rogue akan menghadapi tentangan daripada Makhluk2 tersebut setelah mengetahui titik kelemahan mereka...di bantu oleh Jafni, Ihsan & Ummi, mereka menentang kewujudan Asain di atas muka bumi ini...

Menariknya novel ini, di sertakan peta muka buminya, salasilah pemerintah & sedikit kronologi dengan glosari ringkas bagi menjelaskan sesuatu perkara...terdapat juga serba ringkas catatan tokoh2 @ penglipur lara pada zaman tersebut yang di muatkan dalam novel ini...

Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
November 29, 2013
Membaca novel bergenre sains fiksyen ini,membuatkan saya merasakan sedang membaca sebuah novel yang mengandungi unsur-unsur filem sains fiksyen Barat seperti filem Terminator,The Matrix dan I,Robot. Ketiga-tiga filem menyentuh mengenai hubungan antara manusia dengan robot atau artificial intelligence komputer. Namun,jangan salah faham. Saya tidak mendakwa berlakunya plagiat atau peniruan. Namun,boleh jadi,ketiga-tiga filem di atas mempengaruhi penulisan penulis novel yang bertajuk Saga Horizon (SH) ini.
SH merupakan sebuah novel yang bertemakan post-apocalyptic yang menyaksikan bumi menjadi umpama 'padang jarak,padang terkukur'. Tamadun manusia lenyap akibat 'Malapetaka Maha',yang berpunca daripada letupan nuklear. Namun demikian,masih ada manusia yang terselamat. Malangnya,mereka diburu pula oleh 'Jembalang Besi' yang diprogramkan untuk memburu dan membunuh manusia! Melalui jalan cerita novel ini,manusia digambarkan cuba meneruskan kehidupan dan membentuk ketamadunan manusia yang baharu,di sebalik ancaman yang datang dari Jembalang Besi dan keadaan persekitaran yang tercemar,lebih-lebih lagi daripada hujan asidik. Faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya Malapetaka Maha kemudiannya didedahkan satu demi satu. Pendedahan ini membuatkan manusia mengetahui hakikat sejarah sebenar dan nekad bangkit untuk kembali menjadi sekali lagi umat yang dominan di muka bumi ini.
Saya fikir,penerbitan SH mempunyai keunikannya yang tersendiri. Seperti yang telah dinyatakan oleh salah seorang pembaca SH di Goodreads,SH hadir di tengah-tengah lambakan novel bertemakan cinta,terutamanya yang diterbitkan oleh Alaf 21 (yang juga menerbitkan SH). Saya tidak bermaksud mahu memperlekehkan penulis novel ini. Namun,saya membeli SH ketika Pesta Buku Antarabangsa 2013 pada bulan April yang lalu. Menariknya,novel yang saya beli ini adalah edisi Cetakan Pertama 2008 (sudah 5 tahun). Apakah signifikannya? Ini menunjukkan novel ini,tidak melampau jika saya katakan,agak kurang mendapat sambutan di kalangan pembaca. Ini tidak menghairankan kerana tema/genre yang dibawa penulis novel ini bukanlah sesuatu boleh dihadam dengan mudah oleh sebarangan pembaca. Lebih-lebih lagi oleh golongan pembaca novel Melayu yang terlalu rigid dan tidak mahu meluaskan skop pembacaan mereka.
Ya. Sememangnya tema yang ditampilkan penulis melalui karyanya ini 'berat' sifatnya. Bukan sesuatu yang lazimnya mudah kita temui dan baca. Saya sendiri agak sukar menghabiskan pembacaan saya (ditambah pula dengan mood pembacaan yang semakin merosot). Ditambah pula dengan gaya penulisan yang agak 'unik' pada saya. Sesuatu yang lain daripada yang lain dan baru pertama kali saya temui. Walau bagaimanapun,saya memuji penulisnya,Fadli Al-Akiti,kerana berani untuk menulis sebuah novel yang menarik dan di luar dari genre yang lebih popular di kalangan pembaca di Malaysia. Diharapkan,penulisnya akan lebih aktif menghasilkan karya-karya yang sebegini rupa di masa hadapan.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 23, 2013
Buku ini gerne sci-fi yang boleh tahan. Aku beli sewaktu jualan gedung karangkraf yang hanya dijual dengan harga RM5. Rasa berbaloi beli, murah dan ceritanya menarik! heeee...
Tapi cerita ni dah hampir enam tahun lamanya, dan masa tu genre-genre sebegini bersaing dengan gerne cinta yang memang meletop-letop saat itu, jadi menyebabkan mungkin pembaca kurang memberi tumpuan dengan buku ini. Mungkin kut! (Andaian peribadi), lagipun mungkin aku yang tertinggal untuk mengetahui bahawa buku ini pernah meletop tika dulu. Almaklumlah kat kawasan aku dulu, susah nak dapat buku thriller dan Sci-fi yang mana hanya didominasi oleh gerne cinta!

Bahagian pertama agak datar, hanya penceritaan mengenai Rogue dan kawasan-kawasan yang didiami manusia selepas Malapetaka Maha, dan pada pengakhiran bahagian satu, baru terasa keseronokannya.

Bahagian Kedua jalan ceritanya semakin menarik apabila unsur imbas kembali diberikan. Diceritakan segalanya bagaimana kewujudan ASAIN, kehidupan ASAIN untuk belajar mengenai manusia dan Maisara dan bagaimana bermulanya Malapetaka Maha yang diakibatkan perangai manusia yang sememangnya kekadang pandai SUCK! dan sukar menerima realiti! hahaha!

Bahagian Ketiga, Ok! Bahagian pengakhiran, kematian abadi ASAIN yang sudah menjadi penghancur dunia, diceritakan siapa UMMI dan IHSAN... Not Bad!

Pendek kata cerita unsur sains fiksen macam ni memang terbaik, kerana imaginasi kita diguna memikirkan bahawa adakah dunia sebegitu? Ok, SEkian!
1 review5 followers
Read
March 1, 2011
bole ke saya rate buku saya sendiri? muhahahahahahahha
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
August 14, 2008
Berlatarbelakangkan zaman yang amat jauh ke hadapan, 3024 A.D., Fadli Al-Akiti menyulami kisah zaman darurat ketika peperangan berlaku di bumi. Peperangan ini melibatkan robot-robot/mandroid yang disebut sebagai Jembalang Bertulang Besi. Suasana yang digambarkan, yang ternampak dalam ruang pemikiran saya, menyerupai suasana padang pasir dalam Resident Evil 3, di mana kesemua muka bumi adalah ibarat padang jarak padang tekukur, kecuali bangunan tinggi pencakar langit yang masih utuh berdiri di beberapa kota. Air tulen yang nilainya melebihi jongkong emas, memperlihatkan betapa melaratnya kehidupan penduduk era tersebut.

Pertempuran di antara manusia dengan mandroid ini memakan masa yang sangat lama, sehinggakan ada periwayat yang merakamkan sejarah perkembangannya. Beberapa catatan awal yang memulai setiap bab mencarik-carik minat ingin tahu, dan catatan ini pula tidak semestinya disusun mengikut kronologi. Terdapat kisah yang diceritakan secara imbas kembali, apabila penulis menyoroti kisah lampau yang membawa kepada zaman peperangan manusia-mandroid.

Sungguhpun novel ini dipersembahkan melalui perspektif seorang lelaki, yang mana anda boleh jangka pastinya sarat dengan adegan-adegan lasak bersifat kejantanan, Fadli tidak lupa menyelitkan nilai kemanusiaan, seperti semangat setiakawan, kekeluargaan, dan pengorbanan seorang ibu yang amat pedih untuk dilakukan. Walaupun kisah yang disuntik dengan nilai kekeluargaan tidak mendominasi cerita, nilai ini menjadi intipati dalam perjalanan cerita yang membawa kepada akhirannya, menjelaskan sebab dan akibat pertempuran manusia-mandroid. Malah punca kekejaman mandroid terhadap manusia kemudiannya dapat difahami dan melarik rasa simpati pembaca apabila penulis menyingkap layanan dan sikap manusia terhadap mandroid-mandroid itu sendiri, sebelum bermulanya era peperangan ini.

Ulasan penuh saya di:
http://julianaes.com/bunnybaby-wp/?pa...
Profile Image for Xara_fatima.
9 reviews2 followers
April 20, 2009
Rogue merupakan seorang askar upahan yang tinggal di bumi selepas Malapetaka Maha. Dia dan adik angkatnya Marc ditugaskan untuk memburu dan membunuh Jembalang Bertulang Besi. Rogue, tidak pernah gagal dalam operasinya, tetapi terpaksa menyaksikan Marc dibunuh jembalang. Dunia Rogue digambarkan penuh kemelaratan. Manusia tinggal di gua-gua batu. Mereka bukan sekadar perlu menyelamatkan diri daripada jembalang bertulang besi, tetapi juga hujan asidik dan kumpulan Orang Makan Orang.

Kemudian, Rogue berjumpa Jafni sewaktu hendak menguburkan Marc. Rupanya perjalanan hidupnya sudah ditentukan takdir. Rogue mengepalai misi mendapatkan kepala jembalang Licik, kerana pawang-pawang mahu mendapatkan cip serta mengetahui hakikat sebenar penciptaan jembalang tersebut. Mereka juga ingin mengetahui, apakah sebenarnya yang telah menyebabkan Malapetaka Maha sehingga dunia menjadi tandus. Kemudian, muncul pula Ummi.

Keseluruhannya, cerita ini sangat menarik. Ia tidak ditulis secara linear, tetapi masih boleh difahami. Beberapa istilah yang agak asing kepada saya digunakan untuk menggambarkan dunia Rogue, tetapi glosari yang disediakan sangat membantu. Disertakan juga peta dunia Rogue dan beberapa rujukan lain.
5 reviews2 followers
April 7, 2013
its mine. need i say more?
Displaying 1 - 9 of 9 reviews