Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Hamba Orang

Rate this book
Jika kita mengetahui betapa Allah itu maha cinta, kita akan memejam mata dan tersenyum pada setiap takdir yang menimpa.

279 pages, Paperback

Published March 1, 2018

8 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Alifnunwau Nymous

1 book6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (70%)
4 stars
8 (26%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Muhammad Zulhilmi.
41 reviews5 followers
May 20, 2018
Buku ini berkisar tentang perspektif seorang Houseman Officer (HO) dalam menempuh fasa housemanship yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Penulis mengaitkan kejadian yang berlaku di hospital dengan berhikmah. Itu yang membezakan karya ini dengan karya perubatan lain.

So far, saya sangat enjoy membaca buku ini. Ada banyak perkara yang membuatkan saya berfikir dan bermuhasabah. Kehidupan orang lain sebenarnya banyak mengajar kita untuk bersangka baik dengan qada’ dan qadar Allah. Sebab itu kita kena selalu melihat sisi pandang kehidupan kita dengan kaca mata orang lain. Akhirnya kita akan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri.
Profile Image for Nurul Amirah.
109 reviews4 followers
September 13, 2018
Nak habiskan satu buku ni ambil masa sebulan kot.
Okay maybe aku di ambang reading slump.
Tapi... baca satu dua bab lalu teringat saat harungi zaman 2 tahun 3 bulan HOship dlu.
Jauh berbeza langit dan bumi aku dgn si dia anonymus ni.hurm
Semoga aku kembali dan tetap dijalanNya.
Hari hari ingatkan diri,buat baik,buat baik,tapi most of the time aku lupa.aku manusia.dan aku lupa. 😢
Profile Image for Rarai.
4 reviews
June 6, 2018
Mula mengenali penulis melalui tulisannya di facebook yang dijumpai tanpa sengaja.

Kisah ditulis adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri ketika di hospital sebagai seorang doktor.

Diolah mengikut gaya tersendiri dan gaya bahasa serta penyampaiannya sangatlah menyentuh hati aku sebagai pembaca.

Banyak sangat pengalaman yang dikongsi beliau tu membuat aku berfikir panjang tentang dunia, kehidupan, orang-orang sekeliling dan segala rentak kehidupan manusia kini.

Seriously this book is worth to buy! Thanks Dr. Muna for her sharing experiences.

Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah sentiasa. ameen
Profile Image for Erni .
288 reviews4 followers
November 14, 2018
Di Malaysia, pelajar perubatan yang dah grad akan menjadi HO (house officer/pegawai perubatan siswazah) selama 2 tahun minimum. HO ni waktu yg sukar, memenatkan dan sering dikata sebagai hamba orang. Tapi, dalam buku ni, penulis cuba menegaskan yg kita, bukan hamba orang, tapi hamba tuhan. Sebagai hamba tuhan, banyak tanggungjawabnya, dan salah satu ialah menjadi doktor dengan ikhlas. Kena belajar jadi selfless dan banyak kena berkorban. Walaupun ada masa rasa nak quit, tapi penulis tetap meneruskan hidupnya dan cuba menjadi ikhlas dan ihsan dalam pekerjaannya.

Setiap pertemuan dengan bermacam2 orang mempunyai hikmah tertentu, dan setiap refleksi penulis sangat menyentuh perasaan. Jadi hati tisu bila baca ni huhu. Mata berkaca juga banyak kali.

Rasa macam nak bagi buku ni kepada semua rakan2 yg baru grad dan nak start HO tu. Buku ni penuh dgn wisdom yg org lain tak bagi. Biasa kita dapat tips2 teknikal, tp penulis banyak bg life lessons dan mengingatkan kita tentang Tuhan. Kita bukan hamba orang, kita hamba Tuhan. - E, bakal HO.
Profile Image for Ainur Nadiah Mohd Rosli.
1 review
May 21, 2020
Saya sangat tertarik dengan kata-kata penulis di Facebook seterusnya menjadi follower 'senyap' yang sentiasa ternanti-nantikan penulisannya.
Penulisan & kata-kata yang santai dan bersahaja tepat mengena pada target nya. Mungkin kerana diri ini memerlukan nasihat & kata-kata semangat untuk sentiasa lebih positif.

Buku ini mengisahkan pengalaman penulis sendiri yang berjaya membuatkan saya sebagai pembaca untuk lebih menyelami & memahami tugas seorang Doktor; tugas seorang HO khusus nya. Term-term perubatan yang asalnya saya tak familiar jadi seronok untuk belajarnya walaupun saya hanya lah 'orang biasa'.

Salah satu buku tarbiyah & motivasi untuk kita bermuhasabah, refleksi diri, berfikir sedalamnya tentang tujuan hidup. Selamat membaca!
.
Keep yourself motivated
Profile Image for Yana.
28 reviews2 followers
June 19, 2021
Tak sangka buku ni dapat beri kesan.
Entah la, mungkin keikhlasan penulis nak berdakwah tu sampai.
Dakwah yang santai, tapi masuk ke hati yang membaca.
Rasa insaf & bersyukur lepas baca buku ni, ada part buat sebak pun ada 🥺
Profile Image for Fathin Munirah.
6 reviews29 followers
July 29, 2018
Buku yang sangat baik, membuka mata dan minda. Buat kita berfikir dan pandang semua benda dengan berhikmah. Keep it up. Tak sabar nak baca buku kedua pula (kalau ada) 😊
6 reviews
July 28, 2019
Buku yang sangat dekat dengan jiwa. Pengajaran mengisi segenap ruang penulisan
Profile Image for Zatie.
8 reviews10 followers
Currently reading
January 21, 2020
Starting 2020 with this light butvery motivational read. Banyak mengingatkan dan membetulkan semula mindset tentang kehidupan. Rasa lost? Rasa down? Pick this one and keep up! =)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.