"Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dlm beg nak tunjuk dekat kawan-kawan! ini bukan gurauan, ini kejadian benar." -Fadli Salleh
"Kesilapan kita mendidik juga mungkin akan mengakibatkan satu generasi 'tersilap' dalam didikan asuhan. Ramai berkata pekerjaan guru seolah-olah berada dalam ladang pahala namun mngkin sahaja dosa mengajar terhasil akibat hal-hal yang tidak sedari." -Shahidan Shuib
"Mengajar ABC dan 123 kelihatannya kerja mudah. Tapi bagaimana jika yang datang kepada kita adalah anak kecil yang langsung tidak tahu apa-apa? Hatta memegang pensel sekaliun umpama mencengkam batang kayu di telapak tangannya." -Reyna Ibrahim
"Cuma sampai hari ini, aku tetap tak boleh jawab apabila di tanya kenapa boleh di lantik sebagai PGB pada usia yang sangat muda? Maklumlah, ketik menerima surat pelantikan dahulu, usia aku baru 32 tahun. Baru cukup 10 tahun dalam bidang pendidikan." -Firdauz Abdullah
Kisah dan pengalaman guru bersama anak murid dari 4 orang penulis.. Penyampaian dan teguran yang bagus dibaca semua terutama mereka yang ada anak masih bersekolah..
Ada empat orang guru dalam naskhah ini. Masing-masing punya cerita. Kisah anak-anak yang tak bernasib baik untuk bersekolah kerana dari pelbagai masalah. Kisah sikap anak-anak dan ibu bapa terhadap guru. Kisah guru tadika berhadapan dengan anak murid. Kisah si guru besar mentadbir sekolah. Kisah kerja yang tak pernah habis. Ada lucunya ada sedihnya ada marahnya. Setiap satu itu dijadikan pengajaran dan iktibar.
Pengalaman daari 4 orang guru yang berkaliber dalam dunia pendidikan. Bukan sekadar coretan kosong tetapi penuh dengan kata-kata motivasi dan positif. Terkadang apa yang dicoretkan dalam naskhah cerita dari bilik guru ni terkena batang hidung sendiri. Di saat perintah kawalan pergerakan sedang berlangsung ini, bila baca cerita dari bilik guru ni memang motivasi diri mencanak naik. Tak sabar nak ke sekolah dan bertemu muka dengan anak-anak murid. Sambil baca, saya tandakan mukasurat yang bagi saya kata-kata di dalamnya boleh dijadikan inspirasi dan penguat semangat. Tahniah 4 pendidik yang telah berkolaborasi menulis cerita dari bilik guru. Anda hebat!
Stories from teachers. For parents. For students. For community. I would seriously recommend everyone to read this book. Esp parents. We teachers (yes, I am a teacher) have our own struggle that we don't advertise. The 4 writers managed to capture the essence of a teacher.
penulisan yang hebat dari guru-guru. dah kerjanya cikgu mestilah hebat bab menulis kan. segala cerita yang melibatkan anak-anak ada dalam buku ini. teguran secara ilmiah bukan hanya terhadap ibu bapa malahan guru yang mengajar anak didik juga diberi nasihat yang baik.
kebiasaan buku mengandungi tulisan yang pedas dan ditujukan terus kepada ibu bapa, saling menyalahkan serta diberikan pandangan sinis. tetapi buku ni membuatkan yang bukan guru ingin menjadi guru.
bahagian kesukaan adalah guru abc. terbayang macam mana comel anak murid cikgu abc tu. sampai potong bunga pada baju cikgu dier lagi. jika ada modal nak jer buat sekolah tadika sendiri. rasa nak mengajar tu berkobar-kobar pula.
guru sinonim dengan balik awal, cuti sekolah banyak, pok pek pok pek jer dalam kelas. walhal tugas guru sekarang melebihi dari sepatutnya.
rasa-rasa siapa jadi cikgu tu, atau yang bercita-cita untuk jadi cikgu amat disarankan untuk baca buku ini. rasa2 down sikit bila carilah motivasi dengan cara sendiri
Pernah dengar kata2 ni kat mana. Tapi lupa. Benarlah kata2 ini bilamana diri ini telah menempuh sedikit pengalaman menjadi seorang guru sekolah rendah swasta dan setelah membaca buku ini.
Buku yang memberi motivasi kepada guru, bakal guru, pelajar. Juga menjadi nasihat kepada guru, bakal guru, pelajar dan ibubapa. Buku pertama cg Fadhli kelakar, dan buku kedua ni sedih. Saya suka bahasa cg Shahidan. Saya suka baca pengalaman cikgu pra sekolah mahupun coretan pengalaman cikgu besar. Semua isi yang terkandung dalam buku ni sangat mengujakan.
Terima kasih kepada para guru yang merangkap penulis buku ini.
Kompilasi cerita di dalam bilik darjah daripada 4 orang guru tentang setiap murid keistimewaannya berbeza-beza, anak-anak yang terpaksa mengikat perut untuk ke sekolah, ibu bapa yang berhempas pulas membanting tulang bagi menyekolahkan anak-anak, guru juga ibu bapa yang mempunyai keluarga, guru-guru yang tidak berkira dengan anak-anak murid, anak-anak polos yang ikhlas menyayangi guru, pengajaran daripada kasih sayang anak-anak yang bak kain putih, etc.
Ada banyak cerita yang bisa membuatkan air mata tergenang.
Sesungguhnya jasa semua guru tidak terbalas sehingga akhir hayat.
Dulu, saya baca bukan daripada kaca mata seorang guru. Jadi, saya berasa seronok mengetahui kisah-kisah murid, konflik dengan rakan sekerja dan lain-lain.
Kali ini, saya baca daripada kaca mata seorang guru (sebab saya dah jadi guru). Terasa kurang nikmat membacanya sebab saya tak belajar benda baru. 90% cerita turut saya alami di sekolah sekarang.
Tiada cacat cela pun buku ni. Cuma mungkin tidak sesuai untuk guru. Sebab agak bosan.
Kisah pengalaman dari empat orang guru yang ditempatkan di kawasan dan sekolah yang berlainan. Setiap guru ada kisah dan pengalaman yang tersendiri. Kisah yang banyak membuka mata.
Paling tertarik dan terkesan dengan kisah Cikgu Fadli Salleh dan Cikgu Reyna Ibrahim. Betapa gigih dan tekadnya azam anak-anak yang kurang berkemampuan mahu menuntut ilmu. Gigih juga cikgu membantu anak-anak ini agar tidak tertinggal dalam memburu ilmu.
Cikgu ABC. Itulah gelaran yang diberikan kepada cikgu tadika atau pra sekolah. Namun tugas cikgu ABC ni tak kurang hebat juga. Tabahnya mereka melayan karenah anak-anak ABC ni. Yang pasti karenah mereka boleh buatkan kepala cikgu ABC pening jika tiada kesabaran. Suka dengan cerita anak-anak ABC ni. Setiap cerita ada sesuatu yang penulis mahu sampaikan.