Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Kem remaja (Ebriza Aminnudin), Mangsa (Zaifuzaman Ahmad), Teksi (S.Kausari), Dorm 403 (Hasrudi Jawawi).
Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Kem remaja (Ebriza Aminnudin), Mangsa (Zaifuzaman Ahmad), Teksi (S.Kausari), Dorm 403 (Hasrudi Jawawi)
Kalau ada kamu yang suka baca cerita seram ...boleh try baca ni...seronok jak baca sebab ada 4 cerita yang memang saspen dan menakutkan . try lah baca...paling suka cerita Kem Remaja betul2 tak sangka itu cerita nya
Berturut-turut saya baca volume 1-4, tinggal lagi volume 5 sahaja yang masih belum baca. Menarik dengan terbitan buku prima yang ini sebab ianya sangat mudah dibaca kerana kisah seram nya dipecahkan kepada cerita pendek. Tak adalah rasa seram tu terlalu lama. Hihi.
Kisah pertama, Kem Remaja. Saya suka ! Memang teringat-ingat keadaan berada dalam kem dengan kawan-kawan. Tambahan dengan pengalaman sendiri yang selalu menyertai kem zaman sekolah dulu kan. Jadi penulis memang pandai menyusun situasi berada dalam kem tersebut dan akhir cerita, memang terkejut.
Kisah kedua, Mangsa. Kesian betul dengan si Anis. Memang menjadi ‘mangsa’ manusia yang pura-pura baik tetapi hakikatnya… jahat. Bila tiada lagi Iman dalam diri, sudah tentu kebinasaan yang akan datang. Itulah pengajaran yang saya dapat dari kisah ni.
Kisah ketiga, Teksi. Dalam cerita, ada cerita. Dua orang sahabat yang sedang menunggu rakan mereka bertukar-tukar cerita seram. Banyak betul stok cerita seram mereka ya.
Kisah terakhir, Dorm 403. Seakan serupa dengan kisah yang pertama. Kedua cerita berlatarkan tempat di kem/dorm. Bila dorm yang telah ditinggal lama ni, mula lah ada kisah-kisah yang menyeramkan. Ada juga plot twist sebagai penutup cerita.
Cerita yang paling saya suka ialah Kem Remaja. Tak sangka betul ending dia tu. Pandai penulis membuatkan pembaca tertanya-tanya.
1. Kem remaja : entiti yg tak boleh move on dan masih merasakan diri masih hidup lagi. 2. Mangsa : cerita favorite dalam KSMJ vol 4. Paling suka part ending yg penulis twistkan. 3. Teksi : rangkaian cerita seram pemandu2 teksi. 4. Dorm 403 : tertanya2 jugak dgn ending cerita ni. Apa yg terjadi dengan fizi???
kisah pertama, KEM REMAJA. jangan kata ruddi, i pun keliru apa sebenarnya semua ini. ahaha. tapi menarik ideanya!
kisah kedua, MANGSA memaparkan kisah mengenai misteri kematian penyewa sebuah rumah. setiap penyewa yg menyewa rumah tu pasti akan berakhir dengan kematian. baik lelaki mahupun perempuan. tapi tu lah, selalunya rumah sewa kalau murah sangat tu mesti ada yg tak kena kan. hehe
kisah ketiga, TEKSI. kisah pasal dua orang gadis tengah tunggu kawan diorang datang jemput waktu malam. bila bosan tunggu diorang mulalah bertukar cerita seram. ada lebih kurang 7 ke 8 cerita kot kalau tak silap. semua berkisar pasal teksi dan tempat tunggu teksi. last sekali diorang pun 'kena' juga. pendek je tahu2 dah habis baca!
kisah keempat, DORM 403. kisah pasal empat orang pelajar sekolah kat kem bina semangat. fizi, adlan, ravi dan rahimi. diorang menginap kat dorm 404 tapi selalu dengar macam2 dari dorm sebelah terutama bila malam sedangkan dorm tu kosong. budak2 dorm 402 pun 'rasa' juga. mendebarkan lah juga cerita ni. tapi sampai ke sudah apa yg jadi dekat fizi kekal misteri.
This one is better than the other two I’ve read. Didn’t notice any annoying typo and only minor grammar errors that didn’t affect my reading.
Kem Remaja was well-written with interesting plot.
Mangsa was a bit predictable but still well-written.
Teksi had a plot twist and many mini stories in the short stories.
Dorm 403 was... messed up. In a good-ish way. If only the author explain how it happened that way.
It’s a decent read but it could be better. My fav tale among the four is probably Kem Remaja except for a minor thing. Communist and Japanese are different. Hantu Jepun but tiba-tiba komunis yang kejam kenapa? Pg 34. Sayanglah.
Buku yang perlukan semangat waja untuk habis baca. Membosankan. Ada 4 cerita je tapi nak dekat sama dan lebih kurang jalan cerita atau teknik penceritaannya. Banyak pengulangan. Meleret-leret sesi soal jawab antara watak. Dah macam dokumentari seram membosankan yang ditayang larut malam versi buku yang langsung tak seram atau ada tunjuk hantu. Mangsa je cerita yang agak okay antara kesemua 4 cerita.
Secara keseluruhan, KSMJ Vol 4 tidaklah terlalu menyeramkan. Mungkin pembawaan cerita yang agak santai, adi masih boleh menarik nafas dengan tenang. Tetapi kalau duduk sorang-sorang dan baca pula sebelah malam, meremang juga bulu roma. Plot twist untuk 3 cerita dan 1 cerita lagi dapat diagak penyudahnya.