Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Nombor ekor (Eqbal Mohaydeen), Bangkit (Ninie Othman), Deejay ( Suzani Nadzir), Khianat (Akma Saidon).
Mengandungi 4 cerita seram pendek yang membawakan kisah tersendiri. Mempunyai vibe seram yang boleh membuat bulu roma meremang. Namun terlalu pendek bagi SH.
Nombor Ekor memberikan 1 plot twist yang menarik. Dek kerana keseronokan memuja nombor ekor akhirnya mereka menjadi mangsa. Tulah dah tau memuja tu syirik nak jugak buat. Kan dah mendapat.
Bangkit, kisah gangguan semasa menjaga jenazah sememangnya sering kita dengar apatah lagi jika semasa hayatnya mengamalkan ilmu salah. Walaupun kisah ini klise namun masih mampu memberikan rasa seram semasa membacanya.
Deejay, ada sedikit kelainan dalam plot ceritanya. Penuh dengan tipu daya yang sememangnya menjadi kerja syaitan dan iblis.
Khianat juga agak klise namun terdapat sedikit kelainan. Biasanya manusia kalau dah dipenuhi hasad dengki sanggup menghantar ilmu hingga menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa malah boleh mengakibatkan hilang nyawa. Namun, di dalam Khianat, dia cuma mahu mangsa terganggu. Cerita klise yang agak banyak pengulangan. Gangguan yang sama sampai boleh diteka.
Nombor Ekor dan Bangkit antara cerita yang paling okay. Cuma epilog bagi cerita Bangkit kalau tak ada lebih baik sebab melemahkan lagi unsur misteri cerita. Tak semua persoalan harus ada jawapan sebenarnya.
Deejay bermula dengan baik tapi bahagian kedua cerita tak rasa disambungkan dengan baik dengan bahagian pertama cerita.
Dalam cerita Khianat pula terlalu banyak pengulangan hal-hal aneh yang berlaku. Sebabkan ia cerita yang pendek, pengulangan itu lagi terasa jelas dan kemudian agak membosankan juga.
Tetapi Vol 3 ini tetap lagi baik daripada Vol 2. Cuma tak dapatlah nak kasi bintang sampai empat sebab masih tak cukup hebat. Bagaimanapun, penulisan dalam cerita-cerita kali ini rasa lebih kemas dan matang sedikit. Lancar sikit proses membaca.
KSMJ datang lagi dengan volume ke-3. Empat kisah daripada empat penulis.
Kisah pertama adalah tentang beberapa orang pemuda yang memuja busut berpenunggu di hutan demi mengejar kekayaan dan kemewahan. Perbuatan khurafat mereka ternyata membawa padah. Ada twist di penghujung cerita.
Kisah kedua berkenaan sebuah keluarga yang mengalami gangguan berpunca daripada jenazah yang mati dibunuh. Sementara menunggu waris jenazah datang menuntut, pelbagai gangguan dihadapi mereka sepanjang malam. Puncanya hanya kerana seutas tangkal.
Kisah ketiga adalah tentang seorang DJ radio yang tak semena-mena terjebak dalam satu permasalahan misteri yang kemudiannya tidak disangka memberi kecelakaan kepadanya.
Kisah terakhir mengenai seorang pelajar wanita yang menerima gangguan akibat perbuatan dengki dan benci orang lain kepadanya.
Empat bintang aku beri untuk setiap satu kisah dalam KSMJ Vol 3 ni.
Dalam buku ni ada 4 cerita pendek. Jadi aku nak bagi review kepada setiap cerita pendek.
1. Nombor Ekor Mulanya aku ingatkan ni cerita dengan plot yang cliche jadi bertahan baca sampai ke tengah. Okay aku silap bukan tipikal plot yang selalu aku baca/tengok. Aku suka plot twistnya. Tak dijangka dan ditulis dengan baik. Secara keseluruhan aku rasa ni cerita yang paling best dalam buku ni.
2. Bangkit Secara jujurnya, aku agak keliru dengan latar yang ditukar-tukar. Sekejap watak yang satu ni, kemudian watak lagi satu. Aku berharap agar setiap sudut pandangan watak ditukar di bab baru. Rasa macam motif yang berlaku dalam cerita aimless dan tak kuat.
3. Deejay Aku agak enjoyed bila baca cerita ni dan mengharapkan lebih lagi. Cerita ni berpotensi kalau penulis cuba gambarkan suasana studio dengan terms radio. (ni pendapat aku saja)
4. Khianat Gaya penulisan mungkin bukan selera aku. Jalan cerita yang agak biasa. Aku mengharapkan plot twist yang berlainan iaitu Wirdatul yang sihir rakan sebiliknya, Kamelia tapi dah diberitahu rakan satu kursus yang dengki pada Kamelia. Watak Aisha yang wujud secara tiba-tiba. Kalau dalam filem, mungkin berkesan tapi untuk penulisan buku aku agak keliru. Sebab aku perlukan pengembangan watak.
Pertama kali baca buku seram keluaran Buku Prima walaupun kurang menepati selera aku tetapi penulis dan editor buat kerja yang baik. Penggunaan tatabahasa dan ejaan melayu yang betul. Terima kasih.
This entire review has been hidden because of spoilers.
kisah pertama, NOMBOR EKOR mengenai perjalanan tiga sekawan untuk mendapatkan nombor ekor. sepanjang perjalanan ada je gangguan yg mengganggu mereka hinggalah tiba di tempat nak ambil nombor ekor tu. cerita seram yg santai dan ada sedikit twist kat hujung cerita.
kisah kedua, BANGKIT lebih kepada kisah mengenai gangguan yg dialami oleh sebuah keluarga yg menyimpan jenazah yg akan dituntut oleh keluarga si mati pada keesokan harinya. sepanjang malam, ahli keluarga tu asyik diganggu je. agak menyeramkanlah juga.
kisah ketiga, DEEJAY. harraz, dj slot seram detik tengah malam, ohsem fm mula diganggu pemanggil wanita misteri. rasa macam pernah tengok movie seram thai pasal dj radio tapi tak ingat tajuk apa. tapi tak sama pun movie tu dengan kisah ni. suka part bila dekat konti rasa 'hidup'. tapi bila harraz start masuk kampung, macam tak seram sangat dah. "benda ni suka dengan manusia yg saban harinya berbual atau menyebut tentang mereka."
kisah keempat, KHIANAT berkisar pada kehidupan empat pelajar kolej iaitu kamelia, wirdatul, arliza dan shazwani yg juga merupakan rakan sebilik. kehidupan empat sekawan ni mula terganggu bila kamelia mula berubah tingkah akibat buatan orang. benda yg ganggu mereka tu pula sering menyerupai diri masing2. jadi seram bila kita dah tahu tu bukan kawan kita tapi 'benda tu'. hehe
I bought this book and a couple more of this series because of the high rating on Goodreads. Ini buku kedua yang saya baca dan rating saya masih sama. Dua bintang, slightly below average.
If you’re the writer/editor/proofreader, I hope you can take this as a constructive criticism.
Kalau baca percuma, mungkin boleh bagi rating average. Tapi untuk naskah yang dibayar, expectation saya tinggi sedikit.
Personally, I read Malay books to improve my Malay.
Memang dari kecil dah baca buku-buku keluaran Karangkraf. Nama-nama yang tertera di halaman redaksi pun ramai yang berpengalaman. Jadinya, rasa sedikit kecewa dengan naskah yang dihidangkan.
Generally, I didn’t get to enjoy the stories because of several issues. Hal-hal kecil yang asyik mengganggu pembacaan.
1) Ada beberapa perkataan yang salah maksud (bukan typo) digunakan. Kalau yang membaca tak tahu dan ikut guna...?
2) Jalan cerita tak digarap dengan baik. Olahan ayat janggal.
3) Tertukar nama characters.
4) Ayat-ayat berulang maksud yang serupa yang seakan berfungsi untuk memanjangkan cerita semata-mata.
To readers, please be fair and honest. Saya tahu ada penulis-penulis yang ‘prop’ one another- aku rate kau tinggi, kau rate aku tinggi juga. Itu hak masing-masing.
But if we want high quality BM books (tak kiralah casual read sekali pun), we need to hold them to high standard.
Pendapat saya, volume yang ketiga ini lebih menarik cerita-ceritanya jika hendak nak dibandingkan dengan terbitan sebelum. Kisah pertama, Nombor Ekor ada pengajaran yang menginsafkan. Janganlah kita berbuat perkara yang terang-terang dilarang agama. Juga ada plot twist yang unexpected di akhir cerita.
Kisah kedua, Bangkit menginsafkan saya juga. Bila mana kita mensyirikkan Allah, sudah tentu balasan nya amat dahsyat. Senang dengan dunia tetapi pengakhiran hidup yang memalukan, apatah lagi di alam barzakh dan akhirat kelak.
Kisah ketiga iaitu Deejay, cerita seram di konti radio. Seorang deejay telah diperangkap untuk mempercayai yang makhluk halus sering mengganggu dia tetapi hakikatnya… itulah. Bila tamak, gilakan harta dan cintakan dunia yang melampau menguasai diri. Sudah tak nampak mana yang betul dan salah.
Kisah terakhir, Khianat menceritakan tentang perbuatan jahat seorang sahabat. Kita anggap dialah teman rapat, tetapi mengkhianati di belakang. Saya kira tema volume ketiga ini berkisarkan tentang perbuatan syirik dan pengkhianatan manusia ke atas manusia lain. Bukan lah makhluk itu yang jahat, tetapi manusia itu sendiri penuh dengan kebusukan hati. Kisah yang paling saya suka dalam volume 3 ini ialah Bangkit.