Umpama pemakanan, demikian juga ujian. Kalau yang dimakan hanya yang manis saja, kita akan sakit. Dah sakit, terpaksalah cari penawar. Dan penawarnya memang pahit!
Sebab itu, antara tanda Maha Baiknya Allah ialah ditimpakan ke atas kita musibah. Hal-hal yang kita tak suka itu, yang kita anggap musibah itu, sebenarnya adalah penawar. Penawar untuk dosa-dosa kita. Penawar untuk keangkuhan kita. Penawar kepada penyakit ‘lupa syurga hingga mencari sempurna pada dunia’.
Ya, ‘mencari sempurna pada dunia’ juga adalah sejenis penyakit! Dan kita perlu berubat!
Antologi 27 kisah daripada 27 org yg berlainan dlm satu naskah. Kisah yg diharungi oleh mereka melalui ujian berbentuk satu rezeki atau pun musiabah yg pd akhirnya membawa kepada keimanan seseorang dlm menerima segala ujian dan liku2 kehidupan tersebut. Perkongsian yg turut membolehkan kita berfikir bahawa trek laluan kita berbeza setiap apa yg dilalui ada hikmahnya Cuma kita lambat n buta utk menilainya dek kelemahan kita. Quotes : “Semangat itu paling penting! Cita2 biarpun terlihat begitu jauh drpd pandangan mata namun selagi ia ada maka tdk mustahil utk dicapai. Pelan2 kayuh dan kita akan sampai. Jalan terus” “Berjaya itu subjektif dan setiap org itu perlu ada cara tersendiri utk memaknakan kejayaan”
Buku-buku motivasi hasil dari bimbingan Bonda Nor, memang menarik. Dan kebanyakkan artikel yang dimuatkan adalah dari kisah benar yang dihadapi sendiri oleh penulis.
Ini juga adalah salah satu buku kisah-kisah motivasi dari pelbagai penulis. Ada 26 kisah semuanya dari 26 penulis yang berbeza. Kisahnya pendek dan ringkas, malah saya mengambil masa yang tidak berapa lama (berbanding dengan buku-buku yang lain) untuk menamatkan bacaan saya. Banyak kisah pengajaran yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak, merenungi kisah kita pula. Membuat perbandingan dengan kisah sendiri.
Ermm cuma pada pendapat saya (pendapat saya ya, tidak setuju tidak mengapa), kisah-kisah yang dipaparkan bagi saya, ujian dugaan mereka biasa-biasa sahaja. Ianya adalah ujian, cabaran yang sudah biasa saya dengar, dari kawan-kawan rapat saya, dari saudara mara. Tidak berapa DIDUGA. Tidaklah berapa PADU.
Saya teringatkan Dato M.Nasir semasa satu temubual, Dato ditanya - Bagaimakah Dato Menghadapi Saat-Saat Susah? (Lebih kurang begitu soalannya, saya tidak berapa ingat 😅😅😅). Dato sendiri tertawa semasa menjawabnya. Dato kata - "Susah? Saya tidak pernah melalui susah. Susah tu bagaimana ya?"
Mungkin juga saya mengharapkan kisah yang lebih hebat, ujian dugaan yang lebih menyayat hati, menebak jiwa, yang boleh membuatkan saya menitiskan air mata. Tetapi saya tidak jumpa kisah sepertinya ini dalam buku ini.
Sebab mungkin saya sudah biasa membaca kisah-kisah menyayat hati, yang memilukan tangkai jiwa dan perasaan saya, dan boleh jadi juga kerana saya sendiri pernah melalui pengalaman hidup, diuji dan diduga lebih hebat dari kisah yang dipaparkan.
Tetapi walaupun begitu, buku ini masih banyak pengajaran dan tauladan untuk kita renungi. Sebuah bahan bacaan yang baik, dan lenggok bahasanya juga baik. Tahniah buat team Bonda Nor. Saya berhajat untuk membaca lebih banyak lagi karya dari Bonda Nor. Insya Allah.
Pelan-Pelan Kayuh, Lama-Lama Pasti Akan Sampai Jua!
Buku ini menghimpunkan 26 kisah-kisah benar penulis daripada 26 orang yang berlainan. Kisah - kisah ini dikongsikan semasa mereka menyertai Bengkel Penulisan Bonda Nor.
"Saya mahu Tuan Puan semua tuliskan satu kisah pahit-maung tuan puan berdepan ujian. Mungkin ujian itu ialah untuk mendapatkan apa yang tuan puan mahu. Tuliskan prosesnya. Daripada mula berkehendak hingga berjaya mendapatkannya. Atau mungkin juga ia adalah ujian yang berbentuk musibah. Kongsikan bagaimana tuan puan mengharungi satu per satu proses untuk keluar daripada musibah tersebut. Write down the process! Saya mahu yang pahit itu menjadi manis. "
Kisah -kisah yang dikongsikan ini kebanyakannya dugaan, pengalaman atau musibah yang melanda dan bagaimana setiap ujian yang dihadapi menjadi titik perubahan yang menjadikan mereka insan yang lebih baik. Kisah-kisah dalam buku ni semunya pendek dan ringkasa sahaja jadi tak lama nak habiskan buku ni. Kalau jadi lama pun, mungkin sebab berhenti sekejap termenung sebab ada kisah yang buatkan kita berfikir sejenak sambil compare dengan kisah sendiri.
Kisah pertama dalam buku ni dimulakan dengan kisah Bonda Nor sendiri yang bertajuk Puteri Kecubung yang menceritakan kehidupan penulis melalui cabaran dan liku-liku kehidupan sebelum dapat membina kerjaya yang stabil dan berjaya menjadi penulis best seller, menerima Anugerah Buku Popular dan penulisan beliau muncul di pelbagai media massa.
Dalam setiap kisah juga, terdapat pelbagai kata-kata motivasi, petikan hadith dan ayat Al-Quran dimasukkan yang berkaitan dengan kisah penulis untuk penghayatan bersama para pembaca.
"Kadang kau bukan tak mampu, cuma tak tahu. Kadang kau bukan tak tahu, cuma tak sabar!"
Inisiatif Bengkel Penulisan yang dibuat oleh Bonda Nor menghimpunkan sejumlah penulis muda untuk sama-sama menulis menjadi satu wadah untuk tatapan pembaca. Sejumlah 27 anekdot dimuatkan dalam naskhah ini merangkumi pelbagai tema yang membawa motif kemanusiaan dan pengajaran yang amat sesuai dijadikan inspirasi dalam kehidupan. Anekdot yang ditulis ini begitu jujur kerana ia jelas hampir dengan diri penulis dan masyarakat sekeliling.
Buku ni menggabungkan kisah setiap penulis.. Perkongsian kisah mereka mengenai dugaan yang menjadi 'turning point' dalam hidup mereka utk jadi lebih baik.. Manusia tak sempurna.. Dengan ujian yang diberikan antara cara Allah utk menegur atau mengingatkan kita yang mudah lupa.. Sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Walaupun pengisian setiap kisah tu ringkas tapi padat dengan pengajaran dan nilai..
"Sungguh menakjubkan keadaan seorang Mukmin. Seluruh urusannya itu baik. Ia tidak didapati kecuali pada seorang Mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Itu baik baginya. Jika dia mendapat kesusahan, maka dia bersabar. Itu pun baik baginya." _(Riwayat Muslim)
26 anekdot dari lubuk hati 26 orang penulis. Cerita-cerita gagal mereka hingga berjaya.
Alangkah damai menjadi bebijian. Dari bersembunyi dikegelapan, menanti siraman hujan, menggali hunjaman dalam-dalam. Tiba saat untuk tumbuh dan mekar, tidak ada pilihan kecuali menyeruak menampilkan diri, bercecabang menggapai langit, berbagi buah manis disetiap musim pada segenap penghuni bumi.
Semoga, setibanya saat yang menuntut kita bersabar dengan kesabaran yang tiada batasnya, maka dengan penuh kebaikan pula kita menyantuninya. Hingga akhirnya سلام عليكم بما صبرتم adalah ucapan balas atas nikmat kesabaran kita di dunia. Tak mengapa termundur selangkah. Tak mengapa jika di bawah. Pelan-pelan kayuh.
Antara kisah yang paling saya suka dalam buku Pelan-pelan Kayuh adalah tulisan saudari Srikandi Islam bertajuk Suri Seorang Ihsan.
"Aku adalah mengikut persangkaan hamba pada-Ku." (Muttafaqun alaih)
Makna berjaya pada setiap orang sebenarnya adalah apa yang mereka fikirkan. Jika mereka fikir mereka sudah berjaya mencapai sesuatu yang mereka inginkan, maka mereka itu adalah orang yang berjaya. Jika tidak, itulah sebaliknya.
Allah akan beri apa yang kita fikirkan terhadap-Nya. Kalau kita fikir Allah sedang beri kita hidup bahagia, maka bahagialah hidup kita. Jika hidup bahagia itu adalah kayu ukur kita untuk berjaya, maka kita adalah orang berjaya dalam hidup kita.
Sifirnya sangat mudah kan?
Tapi selalu orang mendefinisikan perkataan berjaya itu dengan sesuatu yang sangat objektif.
Buku ini mengajar saya untuk positif dengan banyak perkara; sama ada yang berlaku pada hidup saya ataupun hidup orang lain.
Ada 27 kisah dengan 27 penulis bersama 27 inspirasi hidup.
"Kadang kau bukan tak mampu, cuma tak tahu. Kadang kau bukan tak tahu, cuma tak sabar!"
Buku: Pelan-pelan Kayuh Penulis: Bonda Nor dan tim penulis Penerbit: Galeri Ilmu