Jump to ratings and reviews
Rate this book

Maharani

Rate this book
Engkau gadis pesona jiwa, lembut berkuasa memberi cahaya... Edan Israq - Dahulu nampak perempuan sudah lari satu kilometer. Masjid dan surau tempat dia lepak. Di sana dialah budak tukang bentang tikar dan sejadah. Kalau sesekali datang gila, dirakam video syok sendiri waktu dia menari breakdance untuk YouTube. Seandai ada gadis mahu berkenalan, cepat saja dia tolak. Perempuan yang tabarruj, jangan berangan nak jalinkan ukhuwah. Tapi siapa sangka, laluan takdir menentukan dia menjadi selebriti. Jejaka pemalu, berubah menjadi kekasih idaman setiap wanita.

Cahya Kartika - Seindah pengertian namanya. Kartika bermaksud bersinar, bulan, keteguhan, kebijaksanaan, pengaruh dan kekuasaan. Demikian hidup seorang selebriti yang mesra dipanggil Cahya. Namun kelebihan yang dimiliki membawa kesengsaraan, apabila hati Dida Sandra sentiasa rentung terbakar gara-gara dendam dan iri hati. Sisi jelik dan hodoh hubungannya bersama Alriz, menjadi punca Cahya hampir hilang arah hidup. Bertemu dengan Edan bagai membawa dirinya ke daerah ketenangan yang tidak pernah dirasai.

Dida Sandra – Kata orang, perangainya liar. Dia tidak peduli. Cerita orang, ibunya Nuren, pemusnah rumah tangga Datuk Hatta, dia tak ambil pusing pun. Dia tidak pernah kesah kalau orang bercakap tentang dirinya. Fitnah dan caras-mencaras, mainannya. Lebih dari itu, dia mahu menjadi maharani dalam dunia selebriti. Cahya Kartika, manusia yang perlu dicarasnya. Edan Israq, mungkin akan dipangkahnya juga.

I akan cuba jadi orang yang paling ikhlas. I tak janji untuk jadi sahabat you yang paling baik. Sebab dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan. Tapi orang yang ikhlas, insya-Allah, pasti ada sekecil hama baiknya. - Edan Israq

Kalau mahu bertahan dalam dunia glamor, jiwa harus kental. Harus kalis fitnah dan tahan dikecam. Semua bersaing dan tidak pernah lelah bermimpi memetik bintang dan bulan. Misi nan satu mahu menjadi maharani dan maharaja. Tersilap langkah, diri mungkin terlupa hakikat; hidup ini sebenarnya untuk sujud pada Allah nan satu. Dan dalam kalut mengejar gelaran maharani, bagai ada yang terlupa mengejar cinta Yang Maha Kuasa... Edan dengan keikhlasannya, Cahya masih tercari-cari nur yang hilang dan Dida tidak pernah beralah merampas mahkota maharani yang dia idamkan. Milik siapakah mahkota kebanggaan itu akhirnya?

768 pages, Paperback

First published March 1, 2018

4 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Lily Haslina Nasir

48 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
44 (55%)
4 stars
28 (35%)
3 stars
8 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 3, 2018
MAHARANI
by Lily Haslina Nasir

Takhta Maharani dalam dunia hiburan sering menjadi rebutan antara Cahya Kartika dan Dida Sandra, sejak dari zaman kolej lagi. Dan, selalunya Cahya yang dipuncak. Peluang muncul apabila Dida terjumpa video lucah antara Alriz dan Cahya, dan menyebarkannya. Hampir terduduk Cahya dengan semua konflik bertimpa2 yang menerjah Kemunculan Edan, anak bekas pembantu rumah Cahya dan selebriti yang sedang meningkat naik, kembali memberi sinar dalam kerjaya Cahya. Tekadnya, peluang itu harus diragut. Dan, Dida tak akan berdiam diri melihat kebangkitan Cahya. Apa saja dia sanggup lakukan, termasuk lah menggunakan cara kotor.

Ini kisah gemerlapan dunia glamour, perebutan takhta antara Cahya dan Dida. Tak pasal2, Edan yang polos dan naif turut terjebak sehingga hampir tergelincir.

Kak Lily menggunakan POV 1, tapi dari watak2 yang berbeza - dinyatakan di setiap bab daripada siapa. Secara jujurnya, mula2 rasa macam terlalu banyak fakta dari watak yang berbeza diketengahkan, namun lama kelamaan semakin biasa dan rasanya memnag harus diolah begitu. Supaya plot dapat dicantumkan dan digerakkan sebaiknya.

Mula2 memang meluat dengan watak Dida, dan tak sangka pengakhirannya begitu, tapi makin lama makin faham sebab mengapa Dida bersikap bitchy. Mungkin, asuhan mamanya, Nureen yang menjadikan dia sebegitu. Mamanya dulu tinggalkan laki dia sebab nak kahwin dengan Datuk Hatta, sampai bini Datuk Hatta diceraikan. Pastu kuat main mak esah diorang dua beranak ni. Kadang kesian juga dengan Dida ni.. da la asyik kalah je dengan Cahya, lepas tu mostly plan dia tak jalan pun.

Cahya, saya ingatkan celebriti yang beretika dan bekerja keras atas usahanya sendiri, namun ternyata meleset. Selain menyembunyikan sisi gelapnya, dia juga silap memilih kawan. Dan, rasanya di pertengahan cerita, lagi meluat dengan Cahya berbanding Dida.

Edan, seperti terkena kejutan budaya, sejak rapat dengan Cahya terus berubah. Geram denga Edan ni, tak rasa kesian pun.. memang salah sendiri.

Pengakhiran yang tak di duga, dan kemunculan semangat baru yang seolah2 membawa kebaikan kepada semua setelah semua badai berlalu. Saya rasa part2 last ni da macam cerita lain pulak.. tapi still ok. Seolah2, muncul mentari setelah sekian lama mendung berarak.

Siapa yang ingin menelusuri kisah kehidupan penuh glamour, hipokrit dan penuh muslihat, boleh try baca. Masing2 ada agenda tersendiri, namun hanya yang tulus akan berjaya. Mula nya saya sendiri kurang berkenan dengan buku ni, tapi semakin jauh membaca semakain menarik. Banyak yang tak dijangka dan olahan kak Lily seperti biasa begitu halus memikat Berbanding #lelaki linkungan cinta, saya suka #maharani ni lg. Much2 better dan sesuatu yang segar saya kira.
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
December 3, 2018
Aku tertanya-tanya mana perginya anak-anak Nuren ketika bersuamikan Wazir? Hilang tanpa jejak. Yang ada cuma Dida, itupun anak hasil perkahwinan Nuren dan Datuk Hatta.
_________________________________

Puas hati dapat habiskan naskhah hebat ini. Sampai masuk dalam mimpi. Kisah berlatar belakang dunia glamor yang penuh dengan hipokrasi semata-mata.

Mula-mula baca memang dah terserlah betapa negatifnya watak Dida Sandra. Heran aku dengan manusia seorang ini. Dida tak boleh langsung atau memang tak suka atau memang benci sangat-sangat dengan Cahya Kartika. Tak senang hati kalau Cahya lebih dari Dida.

Cahya Kartika, lengkap dengan pakej yang patut ada pada seorang selebriti. Cantik, sweet, baik, seksi and so on. Tapi memang tak sangka rupa-rupanya ada rahsia di sebaliknya. Pemergian ayahnya ke alam fana belum cukup untuk menginsafkan seorang Cahya. Kay dan Shuk betul-betul menghasut. Boleh kata diorang ni lah mastermind dalam tindak tanduk Cahya.

Manakala Edan Israq, budak baik stok masjid dan tak tinggal solat. Bila masuk ke dalam dunia glamor, bertemu pulak dengan Cahya, perlahan-lahan Edan hanyut dengan keseronokan duniawi. Baik dan lurus sangat. Bersangka baik dengan semua perkara tapi belum cukup untuk menjadi benteng pertahanan diri dan iman seseorang. Macam-macam dah nasihat dari mak ayah, Abang Mail dan Sakinah, tapi Edan tetap pilih Cahya.

Keseluruhan cerita membuat aku terfikir begini lah agaknya dunia artis yang melibatkan social media. Bagaimana haters buat kerja untuk menjatuhkan seseorang. Kuasa viral yang boleh mendatangkan fitnah. Gosip-gosip liar yang sengaja diwujudkan. Kepura-puraan yang melampau. Sikap netizen yang tahu segala-galanya dan membuat andaian sendiri tanpa tahu perkara sebenar.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 27, 2018
sebuah lagi masterpiece dari puan penulis Lily Haslina Nasir... suka makan beriani gam tak? bila suapan pertama rasa wah... suap lagi dan lagi sehingga keterujaan rasa tu puas menikmati sebab sedap, cukup rempah ratus, cukup segala bahan dan paling penting cara masak yang menambahkan lagi kelazatan nasi itu, bukan sekadar guna noxxa, 5 minit siap!.. agak-agak faham tak maksud akak?

maharani, permulaannya sejujur rasa bagi akak agak terpinga-pinga. siapa watak utama yang nak diketengahkan ni?. kenapa kisah lampaunya pun macam takde beza dengan kisah sekarang? dan lagi apa relevannya pov 1 berubah-ubah?.. bila teruskan pembacaan, wahhh... makin ada rasa terkesima, jarang sekali puan penulis bersikap sangat daring dalam penulisannya. ni dah macam the other side of Lily Haslina Nasir. sangat segar penceritaan dan lagi buat pembaca teruja dan tersama pulak jadi kaki kepoh.. haha!!

edan, masuk ke dunia glamour tanpa disengajakan. bertemu dengan dua watak utama yang sering bercakaran tapi sangat bermuka-muka, cahya kartika dan dida sandra. edan terlebih dahulu mengenali cahya yang pernah membeli putu bambu buatannya. dida pula, watak yang sangat err... akak pun tak tahu nak explain macam mana. tak dapat nak bayangkan dalam dunia realiti tapi watak yang dibina sangat jahat, menurun dari perangai ibunya juga..

dunia glamour yang dibayangkan dalam novel ini, hmm.. gerun rasa bila baca. bagaikan kita penonton disajikan indah-indah tapi sebaliknya busuk yang terpalit tak dapat nak diterjemah dengan kata-kata. cahya dengan kisah perempuan simpanannya, dida dengan kisah vogue dan playgirlnya, sampaikan edan yang stok masjid pun boleh tergelincir sama...

bila kuatnya hati memegang ajaran dan amalan agama, makin kuat diduga. mampukah edan mengekalkan imej bersihnya itu bila sentiasa direbutkan oleh dida dan cahya? kedua watak yang mahu menjadi maharani dunia glamour - dida dan cahya, sentap jiwa baca pengakhiran kisah mereka.. siapa yang mampu sebenarnya menjadi maharani jiwa edan?

watak lain yang dibina, sangat membantu menguatkan perjalanan kisah. abang mail dan sakinah, orang kuat edan, ney PA cahya sebenar baik orangnya, kaki jejak pada realiti dunia, lisa juga PA pada dida juga tidak begitu menggemari sikap buruk dida. kawan, bila hasutan buruk ada patutnya dijauhi bukan makin disayangi. itu kesilapan mereka tambah bila diri pun tidak kuat, makin jauh terperosok dan kemudian tersungkur... aduhaii... ada watak yang dimatikan dan seksaan yang digambarkan oleh puan penulis sangat hidup.

hidup ini pinjaman dari Yang Maha Esa. sama ada mensyukuri nikmatnya atau lupa diri dan rasa diri amat berkuasa. bila aib orang lain dicanang, jangan lupa diri sendiri juga punya kisah buruk. setiap perbuatan ada kifarahnya dan yang paling penting, mati itu pasti!
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
June 23, 2019
Buku pertama baca hasil karya Lily. Wow! Cerita yang lain daripada lain. Cerita ni pasal kehidupan artis. Watak2 dalam ni, masyaAllah...

Edan Israq - baik, kaki masjid, muka hansem itu standard lar, watak2 klise dalam novel. Tapi sayang, sejak dia baik dengan Cahya Kartika, dia dah jadi macam orang bodoh je, tak nampak baik buruk lagi, buta dalam cinta, ikut je cakap si Cahya tu, abaikan mak pak dia, abaikan Abg Mail dengan Sakinah yang dah banyak tolong dia. Benci sungguh part tu, sebab dia tak sedar pun yang Cahya tu nak gunakan dia ja. Tapi 1 yang bagusnya, dia masih mampu tahan nafsu tak tidur dengan Cahya. Akhirnya baru dia terbuka mata nampak perangai si Cahya ni yang cuma nak mainkan dia je.

Cahya Kartika - cantik dan digilai ramai, itu standard lar kan watak dalam novel. Model yang paling top sekali, paling banyak dapat job, paling laku dalam industri. Ada hubungan sulit dengan Alriz, perempuan simpanan Alriz. Kehidupan dia memang ditaja sepenuhnya oleh si Alriz tu. Tapi hubungan cinta ni tak direstui oleh parent si Alriz. Bila video porno dia dengan Alriz bocor kat media, habis 1 dunia tau, si Alriz ni tinggal dia terkontang kanting macam tu je. Makanya, masa ni lar dia pasang strategi pikat Edan yang memang suka dia dari dulu lagi tu, so tak susah mana pun si Edan tu masuk perangkap Cahya. Pengakhiran hidup Cahya ni memang tragis, ditipu oleh kawan baik seniri, ditipu lagi sekali oleh si Alriz, tapi memang padan muka lar, dah dapat Edan yang baik tu, masih nak juga pergi balik kat Alriz yang bermulut manis tu. Tapi bagus gak dia tak jadi dengan Edan.

Dida Sandra - rivalnya si Cahya dalam industri. Perangai, tukar2 pasangan, sanggup buat apa saja nak jatuhkan Cahya. Anak kepada Datuk Hatta dan Nureen. Mak Dida ni memang dah ada sejarah curang dengan laki sebelum ni dan rampas laki orang. Mak Dida ni gak jenis hidup dengan minta bantuan dukun2, bomoh2, pawang2 untuk dapatkan apa yang dia nak. Dan dia ajar Dida ni pun guna cara yang sama. Pengakhiran Dida ni lebih tragis dari Cahya. Kena rogol, kena bunuh, mayat dia kena bakar, simen, dibuang. Pergh! Tapi rasanya, patut mak dia pun dapat pengakhiran yang tragis gak lar.

Buku ni memang terang2 cerita pasal manusia2 yang hidup gaya setan. Takda kisah pasal hubungan cinta yang sweet2 ke, takda maknanya okay. Semuanya pasal kemashyuran, populariti, kekayaan yang dikejar, dan lupa jalan Allah. Dan pengakhiran buku ni memang tragis dan penuh iktibar. Masa baca buku ni, memang wow factor je lar yang keluar dari otak sis ni. 😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
September 11, 2018
Buku Maharani dibeli semasa PBAKL tahun ini.. Antara buku yg saya tunggu kan. Ya lah Lily Haslina Nasir kan penulis kesukaan saya.. Wahhh.. Nampak Sangat kelainan dalam cerita kali ini.. Kak Lily Terlebih berani dalam tulisan nya..
Buku ini mengisahkan dunia artis.. Kita dapat selam dunia seni yg sebenar.. Yg pahit dan manis, yang baik dan buruk serta sedih dan gembiranya.. Tidak semua indah dalam dunia seni.. Apa yg saya nampak banyak pengorbanan , kepalsuan dan kepura - puraan. Iri hati, cemburu, busuk hati ada dalam karya ini.
Watak Edan yg pada mulanya sesuci murni, soleh, anak yg membanggakan keluarga, artis yg bersih.. Tapi kalah bila bercinta.. Terlalu hanyut dalam asmara . Tidak sedar diri hanya dipergunakan utk kepentingan sahaja.. Akhirnya kerjaya yg dibina musnah begitu sahaja.. Cepat sgt Lupa family, kawan dan sahabat yg membantu kerjaya dia hingga berjaya.. Nasib baik di akhir cerita Edan sedar akan kesilapan diri.. Kenal mana kaca dan permata. Tapi sayang.. Kisah Edan bersama Kinah sikit sangat.. Tak puas nak menyelami detik2 bahagia mereka.
Cahya dan Dida pula asyik berlumba nak jadi yg no 1.. Nak bersaing siapa yg terbaik.. Hingga sanggup buat apa sahaja. Lupa Allah swt.. Cahya pula konon2 nak bertaubat tapi dia lah yg tarik Adan ke jalan neraka.. Dida pula terlalu ikut cakap mak dia yg sah2 kehidupan yg dah kelaut.. Akhirnya mati dalam cara yg kejam sgt..
Keseluruhan cerita Maharani ini baik dan bagus jika menjiwai dgn mendalam.. Banyak pengajaran yg kita akan dapat..
Bagi saya ada sedikit kekurangan di sini..
Mungkin Sebab kak lily macam nak cepat siap buku ni.. Entahlah.. Korang baca lah sendiri..
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
May 6, 2018
#21

Maharani (Lily Haslina Nasir)

Tidak sia-sia memilih karya ini setelah busy dengan hal-hal seorang pelajar. Novel Maharani ini saya kira sebuah karya yang berjaya "menyentapkan" jiwa ini. Hahaha...

Berkisar tentang kehidupan Dida, Cahya dan Edan yang penuh dengan fitnah, duka, dendam dan cinta. Plot penceritaan penulis kali ini membawa kita mengenal kehidupan artis yang sebenarnya. Sedikit sebanyak pembaca dapat mengenal tentang kehidupan dunia hiburan yang sebenar. Fitnah dan dengki tidak akan pernah terpadam daripada dunia hiburan. Sejujurnya, memang saya terasa gerun saat membaca kelicikan Dida dan Cahya dalam mengejar populariti. Kadang terfikir, sebegitu sekalikah artis kita?

Selain itu, penulis senior ini berjaya membuatkan saya sekali lagi gerun apabila sebegitu telitinya penulis menceritakan babak di alam sana. Bagaimana Dida diseksa sebegitu sekali. Membuatkan kita terfikir, apakah kita yang masih hidup ini punya cukup 'bekal' untuk di bawa ke sana kelak?

Konklusinya, Lily Haslina Nasir sekali lagi berjaya membuatkan saya terpegun dengan novel Maharani setelah novel Cinta Hilang Kata dan Izinkan Aku Jadi Sayapmu. Saya kira novel ini lebih 'berani' dari konteks bahasa dan pergerakan cerita. Penggunaan 'aku' untuk setiap watak bagi setiap bab, tidak mencacatkan jalan cerita, malahan membuatkan kita lebih mendalami perwatakan watak masing-masing terutama Dida dan Cahya. Senang cerita, novel ini cukup rencah. Oh ya, novel ini juga ada plot twist. Tahniah buat Lily Haslina Nasir!!! Teruskan berkarya!

* Novel ini antara novel wajib masuk dalam list PBAKL anda ye.
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
July 6, 2018
4 stars.

Agak kecewa sebenarnya kerana kisah ni tak menepati citarasa aku.Tapi takpelah dh beli tkkn taknak baca kan? ..

Ok,rasanya ni kot buku yg pling lama ak ambil masa nk habiskan(dlm 2 minggu lebih) sebab ak annoying gila dgn watak2 dlm novel ni dan ak rasa cerita ni agak slow.nasib ending dia sama dgn apa yg ak hajatkan.

Edan - Bila diri dh mabuk cinta,buatlah apa pun mmg dia akan angau aje kat si dia.inilah yg terjadi kat Edan,disebabkan terlalu cinta akan Cahya,ibu bapa dia pun dia dah tak kesah walaupun dh terus terang yg Cahya tu cuma nk mengikis duit dia aje.Duit dia ni Cahya buat enjoy dengan geng2 dia,kat mak bapak dia langsung dia tak kasi duit(bodoh btl la Edan ni)walaupun ramai dh yg nasihatkan dia supaya tinggalkan Cahya tpi dia tetap dgn keputusannya kononnya nk ubah Cahya la ape la..Cinta pun ad hadnya Edan.😒

Cahya - Ak annoying gile dgn minah ni.Perangai dia dengan Dida tu 2kali5 aje.Hidup minah ni cuma nk bersenang lenang aje,dgn duit org pulak tu..Last2 ditimpa byk penyakit(akibat ats perbuatan dia la ni)😌

Dida - Aku taknak cakap byk.Yang aku thu minah ni mmg annoying tahap mintak penampar..Tpi seram gila cara dia mati,even mati kena bakar pun tpi anu dia berulat juga.😣.

Pengajarannya ,ingatlah bahawa hidup ni kita bukan sentiasa kat atas aje,ad masa kita kat bwah jugak,jgn terlalu dikejar dunia hingga kita lupa pulak akhirat yg akn menyusul nanti.😊
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
August 10, 2018
Plot twist! Kejutan demi kejutan! Ini yang boleh saya simpulkan setelah habis pembacaan. Saya juga dapat membayangkan watak-watak seperti Cahya, Dida dan Edan sebenarnya benar-benar wujud di dunia nyata industri seni di Malaysia ini.

Penulis sangat-sangat berani untuk penghasilan sebuah novel yang banyak mengetengahkan asam-garam artis Malaysia. Melalui karakter Edan, saya membayangkan Fatah. Cahya saya membayangkan Fazura. Dan Dida saya membayangkan Neelofa. Ini bayangan karakter yang saya rasakan di sepanjang pembacaan saya. Seperti imaginasi saya sangat-sangat melampau bukan? Maaflah. Ini hanya ulasan dan pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan. Itu saja.

Di penghujung cerita, sekali lagi Lily Haslina Nasir memberi 'wow' kepada saya. Sungguh saya tak sangka dengan penamat cerita ini yang sangat-sangat memberikan kejutan buat pembaca. Syabas buat penulis. Andalah antara novelis yang berjaya memasukkan jiwa dan 'roh' ke dalam setiap karya-karya yang anda hasilkan!
Profile Image for N.A.N.A.
215 reviews5 followers
May 27, 2023
Boleh la. Suka. Nnt nak try baca nefertiti pulak
11 reviews1 follower
February 19, 2019
Kisah glamour di dalam dunia artis. Bagaimana kerlipan bintang itu boleh menjadikan mereka menjadi insan yang begitu kemaruk terhadap dunia artis tanpa mengenal dosa dan pahala, Menjadikan Edan seperti orang yang lupa daratan . Dida dan Cahya yang tidak sempat bertaubat atas dosa -dosa mereka. Moga Allah merahmati mereka. Terima kasih kepada pengarang kerana menjadikan novel ini lari dari novel yang klise seperti yang yang ada di pasaran.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
August 1, 2022
Cahya Kartika , Dida Sandra & Edan Israq . 3 watak utama dalam naskhah ini . Dari permulaan bacaan sehingga ke helain terakhir , aku kagum . Begitu kagum dengan penulis yang mampu menggunakan POV untuk ketiga-tiga watak. Cerita dunia glamour yang penuh dengan 1001 rahsia yang kita semua mungkin tahu & mungkin juga tidak . Banyak pengajaran yang boleh diambil dalam naskhah ini . Tahniah penulis .
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
October 21, 2019
Kak Lily gave me hard times with this one. Hmm. Takde sweet langsung 😭 Lain dari yang lain gaya penceritaannya. Rasa macam disuap lemon berbiji biji secara paksa. Haha.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
October 31, 2020
Saya sungguh meminati karya Lily Haslina Nasir yang pernah dibaca sebelum ini. Ada dalam 7 atau 8 tajuk, semuanya saya suka, ada yang betul betul suka. Maharani, memang lain dari yang sebelumnya.

Saya fikir Maharani adalah kisah Nuren, bagaimana dia meledakkan dendam terhadap Wazir setelah dihalau dan dipijak-pijak keegoannya. Namun pendek sekali cerita tentang Nuren. Apatah lagi Wazir.

Kisah persengketaan Cahya Kartika dengan Dida Sandra bagi saya terlalu panjang. Tak penat ke mereka bergaduh, berebut dan beriri hati. Betul Maharani sangat lain. Saya ni yang agaknya mengharapkan stereotype tapi bila Lily Haslina Nasir tulis cerita yang di luar dari biasa saya tak boleh nak hadam. My bad.

Edan juga, tak macam watak lelaki baik, gentlemanly berkarisma yang saya harapkan. Apa yang jadi pada Dida dan Cahya, too dark too sinister too.... I cannot telan huaaaaa so sorry
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 1, 2024
[BOOK 56]

Maharani by Lily Haslina Nasir.
.

Aku biasanya ada love-hate relationship dengan buku LHN ni. Ada buku beliau yang aku suka, ada yang sebaliknya.
.

Untuk buku ni sendiri, aku berbelah bahagi nak bagi 3 atau 4 bintang sebenarnya. hahaha.
.

Generally, aku tak suka kesemua watak utama dalam buku ni.
.

Watak Dida yang dari awal lagi kita tahu jenis kaki dengki, kaki bomoh. Tu semua ajaran daripada mamanya.
.

Watak Cahya yang nampak suci murni tu pun, hipokrit sebenarnya.
.

Watak Edan pula awalnya baik, soleh. Tapi aku tak percaya la kalau tak terpesong akhirnya, sebab apabila shooting, kena berpelukan bagai. Dan ternyata, Edan tewas pada panahan cinta Cahya, biarpun Cahya fake je sebenarnya.
.

Pada akhirnya, Dida dan Cahya mendapat balasan setimpal.
.

Yang aku bengang, bila Edan pun lebih menyalahkan Cahya atas kejatuhan kariernya. Kemon...Kalau kau tak melayan, tak jadi eh semua benda tu. Kalau kau tak spend duit berpuluh ribu untuk Cahya, takyah la salahkan orang lain yang kaki kikis. Bukannya waktu kau bagi kad kredit pada Cahya, Cahya letak pisau kat leher kau. Eh jantan ni.
.

Dalam buku ni, watak Abang Mail lebih menarik la berbanding Edan. Abang Mail tu berbuih mulut duk nasihat Edan, bukannya nak dengar. Kata Abang Mail, lelaki ialah khalifah. Takkan lelaki perlu tunduk pada semua kemahuan wanita.
.

Okay, kan aku cakap kenapa aku contemplating nak bagi 3 atau 4 bintang.
.

Sebabnya, at the end of the story, Edan kahwin dengan Sakinah, PA merangkap adik Abang Mail.
.

Beberapa bahagian akhir buku ni, buatkan aku terfikir, kalau takde scene ni, it would be better. Untuk aku la. Sebab rasa macam tiber je Sakinah naik jadi watak utama. Dahlah sebelum tu, hubungan tu dorang macam adik dan abang je.
.

Dan buku ni gunakan POV 1. So, setiap chapter ada POV masing-masing. Bagi aku, buku ni agak tebal sebab ada banyak unnecessary scenes.
.

Apa-apa pun, penulisannya sedap. Tidak terlalu membuai, tapi sharp. Ayatnya padu menyentap rasa.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
October 29, 2024
4.5 bintang

Best, ngeri, takut dan teruja.. semua rasa ada bercampur-baur. Lepas satu bab, terus nak selak baca lagi satu bab. Walaupun tahu, esok masih hari bekerja. Jangan tidur lewat sangat.. hahhaaa. Dan saya suka bila penulis buat setiap bab mengikut pov watak tu.. brilliant!

Tapi kan.. kalau beginilah kehidupan glamour seseorang artis.. huwaaa.. semoga kalian sentiasa berpegang teguh kepada niat yang satu kenapa mula-mula nak terjebak ke dalam dunia yang penuh dengan kemasyhuran ni. Lillahita'ala..

Typo sangat sikit untuk dijumpai. Good job team. Keep it up!
Profile Image for Miss Lapis Karamel.
5 reviews
March 14, 2025
4hb March novel nie sampai ke tangan aku.. harinie 14hb March, aku selesai baca hingga ke mukasurat yg terakhir..This masterpiece is marvelous.. 😍😍😍😍😍... Ada lagi tk novel2 yg best mcm nie..recommend pls...
Profile Image for Eta My.
79 reviews1 follower
July 25, 2020
Another collection from Lily Haslina Nasir

Overall 4*
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
June 19, 2025
A very bold one i say, interesting story and non-cliche at all.
Profile Image for Ajoilynn Fadlina.
37 reviews2 followers
April 13, 2018
Maharani
#PenerbitanKaryaseniSdnBhd
#bukusedap
#novelbest

Rasa puas dan rasa sangat teruja selepas saya berjaya habiskan membaca novel garapan puan penulis, Kak Lily kita ni. Saya ibaratkan novel ni cukup 'garam gulanya'.. cukup 'masam masinnya'. Pendek kata cukup serba-serbinya. Terus-terang ya, pada awalnya saya agak keliru sedikit. Siapa sebenarnya watak utama dalam novel ni..? Dipertengahan barulah saya mula memahami dan kemudiannya larut dengan penceritaan yang puan penulis sajikan.

Novel ni mengisahkan perjalanan hidup tiga orang artis iaitu Cahya Kartika, Dida Sandra dan Edan Israq. Hidup mengejar dunia glamor yang tiada kesudahannya. Dida yang dari awal lagi pembabitannya dalam dunia seni cukup tidak menyenangi kehadiran Cahya, dirasakan menjadi saingan sengit padanya dalam mengejar nama dan glamor. Dan Edan pula pembabitannya dalam dunia seni ini adalah secara tidak sengaja. Entah bagaimana, mungkin juga sudah rezeki dan takdir membawa dia menjadi seorang selebriti pujaan ramai. Tapi sayang, dia juga menjadi mangsa tersepit dek kerakusan Dida dan Cahya yang gilakan perhatian dan nama.

Hidup dalam dunia seni ni sebenarnya penuh dengan pancaroba dan onak durinya. Diluaran mungkin nampak cukup sempurna dan cukup bahagia, namun hakikatnya taklah semanis mana. Mereka terpaksa bersaing sesama sendiri dan sedaya upaya cuba menjatuh antara satu sama lain semata-mata ingin jadi yang terhebat, paling berkuasa dan sudah pastinya mendambakan hidup sesempurna seumpama seorang maharani. Dek kerana terlalu kejarkan glamor, mereka terlupa dan alpa mengejar cinta dan keredhaan dari yang Maha Berkuasa.

Saya cukup terkesan dengan watak Dida, sanggup dia lakukan apa saja demi mencapai cita-citanya, menjatuhkan dan mengaibkan Cahya dengan pelbagai cara. Cahya pula pada mulanya saya sangkakan dia seorang artis yang cukup bijak membawa dan menjaga diri, namun sangkaan saya jauh meleset. Manakala bagi Edan pula, hampir-hampir hanyut hidupnya dalam keasyikan dunia artis yang penuh dugaan dan cabaran. Mujur saja dia masih lagi berpeluang kembali semula kepangkal jalan setelah jauh tersasar. Kini tinggal Dida dan Cahya.. antara mereka siapakah yang selayaknya merangkul gelaran 'Maharani'..? Ataupun semuanya hanya sia-sia belaka.. mesti anda tertanya-tanya kesudahan kisah mereka bukan.. apa kata anda cuba membacanya sendiri. Sebuah naskah yang cukup menarik ideanya, lain dari yang lain dan sudah pasti ianya sangat mengujakan.. !!

DONE
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.