Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jodohku Jejaka Jelita

Rate this book
"Saya serius, awak. Kahwin dengan saya!" - ANDRA ARRIAN

Apa agaknya jawapan yang kau akan berikan kalau tiba-tiba saja ada seorang jejaka yang jelita dan lagi lembut daripada kau, ajak kau kahwin? Nak terima atau tidak? Itulah yang terjadi kepada aku, Ayesha Humaira. Lagi-lagi baru saja putus cinta, aku langsung tak terfikir untuk mencari pengganti dalam masa terdekat, apatah lagi terus nak berkahwin. Tetapi kemunculan Andra Arrian, lelaki berwajah jelita itu buat hidup aku huru-hara!

"Tolonglah jangan buat lawak macam ni lagi, Andra" - AYESHA HUMAIRA

"Saya tak buat lawak, apatah lagi main-main. Apa caranya untuk awak yakin saya tak bergurau? Saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya, Ayesha." - ANDRA ARRIAN

Dalam aku masih berkira-kira untuk menerima lamaran lelaki tersebut, akhirnya aku nekad. Aku terima! Namun, Rizwan hadir menagih cintanya kembali.

"Kalaupun Sha terdesak sangat nak kahwin untuk jauhkan diri daripada abang, janganlah sampai pilihan Sha macam tu. Lelaki lembik macam tu apa yang dia mampu buat untuk Sha?" - RIZWAN

Keadaan bertambah rumit tatkala seorang lelaki misteri muncul tiba-tiba dan mendakwa Andra, suami yang baru aku kahwini ini punya naluri songsang!

"Actually your husband sukakan kaum sejenis, macam I," - HYKE

Hubungan keruh antara Andra dan mamanya, insiden yang menimpa Indra Arrian, dan kehadiran Aliyah meminta sesuatu yang tidak dijangkakan membuatkan hidup kami berantakan! Semua perkara ini membuatkan aku terhimpit dengan pelbagai dugaan dalam melayari bahtera perkahwinanku bersama Andra. Sungguh, kenapa susah sangat menjadi isteri kepada seorang Andra Arrian? Andai jejaka jelita ini benar-benar jodohku, kenapa jalan yang kami lalui tak selancar orang lain? Adakah aku bisa bahagia, ya Allah? Bantu aku!

534 pages, Paperback

First published February 1, 2018

2 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Aliesha Kirana

10 books109 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (23%)
4 stars
23 (44%)
3 stars
15 (28%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 23, 2018
JODOHKU JEJAKA JELITA
by Aliesha Kirana

Mau tak terkejut Ayesha Humaira apabila kawan baiknya dari kecik, Andra Arrian ajak kahwin! Tau la dia baru putus dengan Rizwan lepas tau Rizwan tu da bertunang sebenarnya, tapi takkan nak kawen dengan Andra yang jelita, rambut panjang n lemah gemalai tu? Ayesha rasa dia lagi jantan daripada Andra! Tapi, sebab semua suka, mama Zahairah mak Andra yang memang berkenan dengan Ayesha, emak Ayesha yang mengasuh Andra dari kecik lagi la suka sebab memang da anggap Andra macam anak sendiri da. Baru je nak terima Andra n bantu Andra berubah, muncul lak Hyke yang mengaku Andra ni boyfriend dia! Rizwan pun terhegeh2 nak Ayesha balik.. nasib baik Ayesha ni kental.

Andra ada kembar, Indra.. da bertunang pun. Hubungan Andra dengan mamanya tak berapa baik sebab Andra lembut n tak nak jadi doktor macam Indra dan mama papa diorng. Andra jadi fashion designer. Kalo bace #mamat muka selenga tu, Andra ni pereka fesyen Rain la.. adalah watak Rain tu cameo dalam buku ni.

Saya suka dengan buku ni, stereotype manusia yang lemah gemalai tu semua gay, susah nk berubah apa semua kan. Nasib baik Ayesha ni sabar je layan Andra yang over sensitif n takut lipas tu. Kelakar jugak la diorang ni.

Cerita ni sweet je, antagonis pun si Hyke tu yang tak paham bahasa nak gak Andra tu sampai sanggup langgar Ayesha. Xde pompuan gedix2 ye... rase macam first lak bace xde watak cam tu (sebab tu suka kot).

Olahan penulis pun santai je, ade sikit ala2 acik syam tapi sikit je la, kadang2 je terasa camtu... tak terlalu meleret pun, n rasa sweet je diorng ni walaupun hero lembut.

siapa suka #mamat muka selenga, mesti suka 3J ni.. hahha... bagi saya, ni better lagi dr #mamat muka selenga tu.

*rating : 4.5*
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
June 11, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

I like the start of the story. N rasa watak Andra sangat menarik. N imagine dia cantik macam lelaki K-Pop yang lembut mengalahkan perempuan. N juga tertarik dengan kisah silam Andra. i was hoping that there will be more of that, but I didn't get much.

Story wise, it was just okay. It was fairly interesting at first, but at the story continues, ia menjadi mendatar. There was no conflict between Andra dan Ayesha kerana fokus lebih kepada Andra dan keluarganya yang tidak dapat menerima diri Andra yang kurang 'lelaki.'
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
April 15, 2021
3.5*

Hanya Tuhan yg tahu betapa janggalnya perasaan aku masa baca buku ni.😧

JJJ bukanlah sebuah karya yg membosankan atau tak best. Sebenarnya kisahnya agak menghiburkan. Cumanya imaginasi aku terasa 'rosak' setiap kali cuba membayangkan penampilan Andra yg feminin tu. Dengan rambut lurus panjang berkilatnya, muka flawless-nya, suara lemah-lembutnya, kesopanan tingkah dia, dan perangai cengengnya mengalahkan perempuan itu buatkan aku rasa...

Rasa nak lempang dia biar jadi lelaki tu jangan cengeng sangat!🤬

Don't get me wrong... Tak salah lelaki menangis. Lelaki pun ada emosi dan perasaan juga. Cumanya...

Tolonglah...

Aku harap ini kali terakhir aku baca buku yg heronya cengeng macam Andra!

Dia. Terlalu. Cengeng!😭

Sikit-sikit menangis. Sikit-sikit menangis. Ya Allah... Tolonglah, aku hanya mampu hela nafas menahan sabar, dan layankan saja buku ni.

Tapi kiranya menjadi laa writer create watak lelaki lembut macam Andra tu. Memang satu dalam seribu sungguh watak hero macam ni. Lembut sangat! Kena tolak sikit dek Rizwan pun, dah terjatuh atas tanah. Alahai, bang...

Walaupun Andra punya kelembutan tu dah mengalahkan perempuan tulen, tapi... dia sangatlah baik dan... kasihan. Aku tak faham apa masalah Aunty Zahirah tu, benci kat anak kandung sendiri. Pada si Indra kemain dia beri kasih sayang cukup-cukup, tapi pada Andra dia buat layan tak layan. Sebenarnya, dia tak mengaku anak pun. Dia cuma kisahkan Indra sorang. Mentanglah Andra tu lembut macam tu... Padahal Indra dengan Andra tu anak kembarnya. Andra tu sangatlah baik, hormat dan sayangkan ibu dia, tapi ibu dia sendiri tergamak buat perangai pilih kasih macam tu sekali.

Aku sebenarnya memang tak suka sangat dengan mana-mana karakter mak atau ayah yg buat perangai pilih kasih pada anak. Rasa tak patut sangat-sangat. Lainlah kalau perangai anak yg dia tak suka tu teruk atau kurang ajar ke... takpelah jugak. Ini anak dah baik kemain, ada jugak mak ayah buat perangai buta hati macam tu. Hmm.

Dan untuk watak Ayesha. Takde apa yg aku nak komenkan sangat. Cuma betul laa apa yg Andra cakap, dia sangat bertuah ada isteri sebaik Ayesha. Ayesha seorang yg sangatlah positif, bukan jenis judgmental. Dia percayakan Andra, dan mampu terima diri Andra seadanya. Baginya, cukuplah Andra jadi suami yg baik untuk dia, so dia dah tak peduli dengan hal-hal lain. Orang nak anggap suami dia lembut ke apa, dia tak terasa. Bagi dia, dia bertuah ada suami yg sebaik Andra. Andra yg langsung tak pernah berkasar dengan dia.

Sebenarnya watak-watak utama dalam buku ni best. Cuma aku tak bagi rating penuh tu sebab jalan cerita dan konfliknya.

Konfliknya berkait dengan hubungan keruh antara Andra dan ibunya. Dan satu lagi, konflik si Hyke yg gilakan Andra dan sanggup buat hal-hal jahat kerana marah dia tak boleh miliki Andra (euww).

Konflik pertama; serius aku rasa agak meleret sikit. Rasa macam annoying dengan perangai Aunty Zahirah. Andra dan Ayesha pula terlalu baik melayan.

Konflik kedua; terlalu lemah, lompong, dan cliché gila. Hyke tu even jantan, tapi tak ubah macam watak antagonist perempuan yg lain. Yg obseskan hero secara membabi buta. Aku katakan lompong tu, sebab aku tak nampak apa-apa alasan yg penulis tonjolkan sebab apa si Hyke tu terlalu gilakan Andra. Then, segala perbuatan jahat Hyke itu terlalu, terlalu, terlalu CLICHÉ. Scenes ugut, upah langgar lari, dan culik dah terlalu basi dalam mana-mana buku atau drama kat tv.

So untuk keseluruhan jalan cerita, memang rasa tak cukup wow lah dengan konfliknya yg begitu. Konflik yg tak menarik, of course memberi sedikit sebanyak kesan pada storyline-nya.

Tapi apa-apa pun, aku tetap terhibur layan kisah Andra-Ayesha ni. Walaupun Andra tu lembut, dia kuat jeles hokeyyy. Selalu dia rasa tergugat dengan Rizwan, ex si Ayesha tu. Dengan Indra, abang kembarnya sendiri pun dia jeles kalau nampak Ayesha dan Indra sembang lama-lama.😂

Perangai Andra tu macam comel, tapi itulah... jangan cengeng sangat, bro! Aku geram!😡
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
October 5, 2020
Cover dia memang lain dari yang lain ya. Jelita habis. Sebenarnya, berbelah bahgi nak ambil dan baca buku ni. Baca blurb dekat belakang buku buatkan saya rasa macam, ah cerita lelaki lembut. 😅 Boleh imagine la kirinya walaupun tak baca lagi. Tapi bulan ni memang plan nak baca sebab why not bagi peluang kan.

Secara ringkasnya, mengisahkan tentang Ayeshah yang baru saja putus cinta dengan Ridwan. Dengan tidak semena mena muncul childhook friend dia, Andra. Andra la lelaki jelita berambut panjang, kulit flawless, kurus, dan lembut. So, Ayeshah walaupun mulut dia kondem Andra tapi cara dia menerima kehadiran Andra tu tak seperti orang lain. Kiranya dia terima Andra walaupun Andra bukan macam lelaki lain.

Disebabkan itu, Andra decide untuk ajak Ayeshah kahwin. Ayeshah of course terkejut. Dia sendiri pun dilema nak terima atau tidak. Mestilah ada perasaan ragu-ragu sebab dia tahu Andra macam mana. Bayangkan kalau di tempat Ayehshah.

Banyak benda boleh kita ambil masa baca JJJ ni.

1. Jangan nilai seseorang dari cara pemakaiannya.
2. Perubahan seseorang yang terpesong untuk ke arah yang lebih baik seharusnya disokong oleh orang terdekat dengannya.
3. Jangan perlekehkan usaha dan niat seseorang unuk berubah.
4. Jangan jua gunakan kekerasan atau ejekan untuk menegur dan memperbetulkan kesalahan orang tersebut.
5. Menerima pasangan yang juga pilihan kita sendiri seadanya.
6. Jangan jadi batu api jika kita tahu ada hubungan kekeluargaan yang tidak baik. Jadi la air untuk menyejukkan keadaan.
7. Avoid ex kalian untuk jaga hati suami.
8. Berterus terang dengan pasangan anda tentang apa jua masalah, perasaan, pendapat dan sebagainya so that pasangan kita tahu dari mulut kita sendiri dan bukannya dari orang lain.
9. Dendam tidak akan menyelesaikan masalah.
10. Jangan ambil kesempatan dengan masalah yang dihadapi oleh diri sendiri atau orang lain.

Watak Andra yang lembut memang ada perkembangan dan perubahan. Dari nafsunya yang terpesong sehinggalah dia sendiri ingin berubah. Ayeshah pula sebagai medan atau tujuan utama dia kekal dgn niatnya untuk berubah. Sanggup buat apa saja untuk bahagiakan isteri dia. Dan dia sangat faham isteri dia hehe. Konflik antara Andra dan Ayeshah itu kurang sgt. JJJ melibatkan konflik keluarga. Bagaimana Andra ingin menyelesaikan masalah dia dengan mama dia. Hm.

Mengenai Hyke pula, kurang sangat cerita tentang dia. Seolah olah cerita dia sampai penghujung tu macam boleh kira dengan jari. Watak antagonis yang aneh. Lelaki yang sonsang. Er meremang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
July 28, 2018
Jodohku Jejaka Jelita

Apa agaknya jawapan yang kau akan berikan kalau tiba-tiba saja ada seorang jejaka yang jelita dan lagi lembut dari kau, ajak kau kahwin? Nak terima ke tak?
Itulah yang terjadi kepada Ayesya Humaira. Lagi-lagi bila dia baru saja putus cinta, langsung tak terfikir untuk mencari pengganti dalam masa terdekat, apatah lagi terus nak berkahwin. Tetapi kemunculan Andra Arrian, lelaki berwajah jelita itu buat hidup Ayesya Humaira huru-hara.
Dalam masih berkira-kira untuk menerima lamaran lelaki tersebut, akhirnya Ayesha nekad. Dia terima! Namun Rizwan hadir menagih cintanya kembali.
Keadaan bertambah rumit tatkala seorang lelaki misteri muncul tiba-tiba dan mendakwa Andra, suami yang baru dia kahwini punya naluri songsang!
Hubungan keruh antara Andra dan mamanya, insiden yang menimpa Indra Arraian, dan kehadiran Aliyah meminta sesuatu yang tidak dijangkakan membuatkan hidup Ayesya berantakan. .
.
.
.
1.Pertama kali membaca watak hero novel yang bukan kategori tall, dark and handsome tetapi versi cantik ala2 Kpop + lembut. Untung Ayesya. Ada Andra yang memahami jiwa wanita, pandai memasak. 😜
2. Jarang-jarang membaca novel yang watak antogonisnya lelaki. 🤔
Tahniah penulis!
#rakbukudedizul
#jodohkujejakajelita
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
May 26, 2018
Sweet sangat! Andra Arrian seorang jejaka jelita telah melamar Ayesha Humaira. Mula-mula Ayesha rasa ragu-ragu namun dicekalkan hati untuk terima jodoh dari Tuhan. Semakin mengenali diri sang suami, semakin dia rasa bertapa rapuhnya hati itu. Andra tidak di layan dengan sepatutnya oleh mama dan kembarnya sendiri. Dia dianggap serong oleh masyarakat kerana kelembutannya. Dia sentiasa rasa keseorangan. Ayesha mahu memberikan semangat dan kebahagiaan kepada suaminya. Dia akan berdiri teguh disamping suami yang selalu berkorban untuk orang yang disayanginya walaupun hatinya akan sentiasa dilukai. Akan bahagia kah mereka?
Profile Image for Lexicon Aficionado.
98 reviews4 followers
January 30, 2021
Mula-mula best, tengah-tengah slow sikit. Explanation ketegangan diantara Andra dan mamanya macam kurang convincing but okay lah. Keseluruhannya cerita yang menark dan saya tabik penulis kerana berani gunakan topik yang sememangnya sensitif dalam masyarakar Melayu Islam kita. Penulis memang mampu menulis cerita dengan baik. Ini adalah buku yang ketiga beliau saya baca.

Cuma saru aje yang menjadi pet peeve saya, terlalu banyak gunakan “bisa” walaupun dalam bahasa Melayi ada aje perkataan yang lebih sesuai. Sungguh mengganggu kelancaran pembacaan saya.
52 reviews4 followers
September 9, 2018
sesuai la dengan tajuk. memang jodoh ayesha dengan jejaka jelita. ahaha. asyik dihidangkan dengan hero maskulin sekali sekali beralih angin why not kan.

andra, lelaki berperwatakan lembut cuma tidaklah sampai tahap pondan berpakaian perempuan tu. sedikit tergelincir ke arah itu tapi dia nekad untuk berubah. mujur ada kawan supportive macam ayesha.

suka dengan anne dan dila walaupun interaksi diorang kejap je. moga jodoh dila dengan anne atau nama lelakinya anuar tu la. hikss
Profile Image for Nana.
84 reviews7 followers
February 23, 2024
Cerita ni ok. Suka dengan watak Andra yanpg dari personalitinya, kita tahu dia seorang yg bertanggungjawab. percintaan mereka sweet cuma syabas pada penukisnkerana masih menjaga batas2 dalam penulisan. Tiada babak2 yang keterlaluan. Tapi ada yang rasa kurang menarik, bila ada pengulangan sikit, dari segi part Andra lelaki cantik, Ayesha bersyukur berjodoh dgn Andra dan seumpamanya.
Profile Image for Sani Nasir.
8 reviews5 followers
May 15, 2019
Biasanya kalau baca novel mesti heronya digambarkan seorang lelaki yang tampan berbadan sasa seorang lelaki yang memang mempunyai ciri idaman setiap para gadis. Tapi tidak pada novel yg satu ini, terima kasih pada cik penulis sebab menghasilkan karya yang lain daripada kebiasaannya.

Lelaki yang mempunyai naluri seorang perempuan lebih dari naluri lelakinya, kesian. Ya kesian pada 'mereka' yang diuji punyai naluri seperti itu. Ada yang berusaha utk melawan tapi ada juga yg tewas. Malu sebenarnya tapi apa boleh buat hanya yang terpilih akan merasai. Dan terima kasih pada yang memahami sudi utk menjadi kawan dan bukan jadi penyebab pematah semangat dengan menghamburkan kata2 hinaan memperolok2kan sesuatu yg sememangnya bukan satu kehendak yg seboleh2nya dijauhkan dari hidup ini.

Panjang pula ayat ni, mencurah2 bagai meluah perasaan yg lama terpendam haha. Sekali lagi terima kasih pada cik penulis sebab menghasilkan sebuah karya yg jarang2 novelis lain nak jadikan cerita dlm karya dorang. Heroin dalam novel ni sangatlah positif dan menjadi penguat semangat utk heronya terus berusaha utk berubah. Ya novel ni memang terbaik, boleh dijadikan tauladan buat semua.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 5, 2018
tahniah buat penulis aliesha kirana kerana menghasilkan novel yang lain daripada yang lain..ni novel yg ke 5 sy bace hasil karya aliesha kirana...tak sia2 beli kat pesta buku kuantan haritu..memang dh aim nak beli..dah bace n memang tak sia2..selalunye bace novel yg jd watak antagonis mesti perempuan kan..dlm novel ni yg jd watak antagonis adalah lelaki..tak terlalu banyak konflik..sometime lelah tau nak bace novel yg terlalu byk konflik...syabas buat penulis..teruskan hasilkan karya2 yang best..taknak tulis panjang2..nanti spoil pulak buat yg baru nak bace ..n sekali lg saye tekankan..TAK RUGI BELI NOVEL NI.😉
194 reviews9 followers
March 24, 2018
ni mmg kisah yg lain dari yang lain. thumbs up!

xsangka sengal2 si ayesha tu, lepas kawen terus jadi matang. supportive sgt2. masyarakat kita kena jadi mcm ni. bila ada yg tersasar jalan nk berubah, jgn mengecam. sebaliknya sentiasa support.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.