Antologi Segitiga ini ditulis oleh 3 orang penulis yang meningkat naik menerusi beberapa laman fiksyen seram di Facebook.
Mengandungi 22 buah kisah seram yang diadaptasi daripada kisah sebenar penulis yang pastinya meremangkan dan membuat para pembaca tidak lagi berani ke tandas di tengah malam dan tidak lagi berani tutup lampu ketika tidur bersendirian di dalam bilik.
Walaupun semua kisah dalam cerpen ni genre thriller horror, kebanyakan cerita boleh dijadikan pedoman.
Cerpen Sihir Berdarah misalnya, kita boleh kaitkan dengan persoalan kebergantungan kepada Allah. Sejauh mana seseorang itu mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan laranganNya. Perihal hasad dengki yang tidak mengira sesiapa, sejauh mana seseorang itu bersyukur dengan nikmat Tuhan.