Koleksi nasihat oleh Habib Ali Zaenal Abidin yang mudah untuk dibaca, sesuai untuk kita yang sibuk.
Beberapa nasihat yang beri ingatan dan tidak kurang menyedarkan seperti Memahami Erti Menegur dan Ditegur, Jaga Mulut Jangan Cabar Hukum Allah, Bersederhanalah Dalam Mencintai atau Membenci, Mengapa Meniru Mereka? dan Ada Harta Jangan Disimpan-simpan.
Satu saja cadangan penambahbaikan, agar penyusun mengharmonikan penggunaan ayat agar bacaan antara perenggan tidak kelihatan seperti input yang diambil sikit merata dan disusun semula. Walaupun ia sememangnya disusun semula daripada majlis ilmu Habib, setiap nasihat perlu dibaca dalam nada sepadu.
Nasihat Buat Diri mengandungi 40 buah nasihat yang dikumpul oleh penyusun untuk dimasukkan ke dalam buku ini. Tiada tema spesifik, tetapi, bagi yang biasa mengikuti ceramah Habib Ali Zaenal akan mengetahui, bahawasanya lontaran kata dari Habib jarang tidak menusuk tepat ke jiwa. Semua golongan ada di dalam teguran serta doa beliau. Tak kira anak mahupun ibu bapa, muda atau tua, miskin atau kaya, pemerintah atau rakyat jelata.
Jika anda seorang yang sangat sibuk, saya syorkan buku ini kerana ianya sangat padat dan ringkas. Walaupun menempatkan 40 buah nasihat, buku ini nipis sahaja. Laras bahasanya juga santai, lembut, dan mudah dibaca. Saya seakan-akan boleh mendengar suara Habib Ali yang lembut berbicara kerika membacanya.
Buku bertajuk Nasihat Buat Diri ini mengandungi 40 nasihat yang meliputi aspek perhubungan dengan Allah, sesama manusia, rumahtangga, keluarga, adab, infaq dan ibadah serta amalan kita.
Setiap nasihat diulas dengan baik dan dibahagikan mengikut bab. Kak Elle suka buku ini sebab nipis, penulisan yang mudah difahami dan tidak berjela. Poin atau intipati setiap nasihat yang disampaikan juga jelas.
Walaupun hanya 102 mukasurat, buku ini sarat dengan ilmu. Amat sesuai dibaca bila-bila masa dan paling penting sampai ke dasar hati 😍.
Kak Elle baca buku ini ketika mengalami "iman slump", Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu Kak Elle kembali on track.
Leka dari kepatuhan adalah kebiasaan bagi manusia. Maka, hendaklah manusia mengisi kelompongan diri mereka dengan nasihat. Moga nasihat menjadi pendirian dan terbentuklah sebuah pengamalan.
Terdapat 40 nasihat yang dipetik sepanjang majlis taalim Habib Ali Zaenal Abidin sebelum ini. Ada sejumlah kecil pengulangan isi seperti mana telah tertulis di buku pertama iaitu buku yang bertajuk “Nasihat Buat Hati”.
Apa yang dikerjakan oleh manusia, itulah cerminan bagi diri mereka. Samaada iman dan taqwa sekadar permainan kata di pinggiran bibir ataupun sebetulnya datang dari hati. Janganlah hendaknya terlalu merasa selesa dengan apa yang sudah terpegang di hati, kerana yang mengesahkan iman dan membolak balikkan hati adalah si Pemilik hakiki.
Merawat penyakit hati insan perlulah datang dari sikap merendah diri dan saling menghormati sesama manusia. Hatta ia bermula dari hubungan kekeluargaan ataupun berumah tangga. Untuk mengelakkan superioritas mengusai diri, kita perlu melatih diri untuk berlapang dada dan selalu mengambil ibrah dari cara Rasulullah bermuamalat dan mengendalikan maslahat.
Hakikat keberadaan diri kita sebagai makhluk mempunyai pelbagai hak yang harus dilunasi. Ia bukanlah kepentingan kepada Tuhan untuk disembah, melainkan amalan yang diperbuat insan hanyalah wasilah untk meminta pertolongan. Apa yang dikerjakan akan dibalikkan kepada diri sendiri jua.
Buku yang mengandungi 40 nasihat yang dikumpulkan semasa majlis taalim dan ceramah bersama Habib Ali. Angka 40 dipilih kerana diambil sempena keberkatan kitab muktabar Imam Nawawi yang menyusun 40 hadis di dalam kitabnya. . Pelbagai nasihat yang dimuatkan merangkumi kehidupan sebagai seorang hamba kepada Yang Maha-Esa, seorang ketua keluarga kepada apa yang dipertanggungjawabkan di bawahnya. Bahkan, nasihat-nasihat itu sangat penting dalam memandu diri kita ke arah nilai agama Islam yang sebenar. . Selain itu, nasihat-nasihat yang terangkum di dalam buku ini juga sesuai dibaca pada waktu pandemik Covid-19 ketika ini. Hal ini kerana, nasihat-nasihat yang dilontarkan itu bertepatan dengan situasi sekarang. . Secara peribadi, buku ini merupakan satu kompilasi nasihat daripada Habib Ali, yang mana kadang-kadang nasihat itu kita terlepas pandang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin yang sejati.
Nasihat Buat Diri merupakan kompilasi nasihat-nasihat dari majlis ilmu Habib Ali Zaenal Abidin. Pelbagai nasihat-nasihat umum yang dapat diperolehi daripada buku ini yang dapat di amalkan dalam setiap lapisan masyarakat. Terdapat nasihat berkenaan tanggungjawab sebagai suami, bukan bos beri rezeki, sahabat baik, siapa hamba Allah yang kuat dan banyak lagi.
Jika anda seorang penggemar yang selalu mendengar ceramah-ceramah pendek di channel Cocombee di Youtube, maka buku ini menterjemahkan ceramah-ceramah Habib Ali dalam bentuk tulisan.
Komen peribadi sebagai penambahbaikkan adalah penyusun disarankan membetulkan struktur ayat agar lebih mudah difahami. Saya faham bahawa penyusun menulis semula setiap bait-bait perkataan dari Habib Ali Zainal (sewaktu membaca buku ini, saya seakan-akan dapat membayangkan cara percakapan, nada dan intonasi habib di dalam majlis ilmu) akan tetapi adalah lebih baik untuk penyusun menyusun dan menterjemahkan dalam bentuk tulisan yang lebih tersusun ayatnya dari segi bahasa dalam penulisan.
Tambahan pula, disarankan penyusun menambah nota-nota kaki sebagai tambahan maklumat daripada input yang diceritakan oleh Habib Ali. Hal ini sekaligus, membuatkan buku ini bukan sekadar bait-bait dari nasihat Habib Ali, malah terdapat nota-nota kaki sebagai tambahan maklumat dan ilmu untuk pembaca mendapat imput baru sewaktu membaca buku ini.
Apa-apa pun tahniah kepada penyusun atas usaha ini sekaligus menyumbang kepada dunia pembukuan dalam membukukan nasihat Habib Ali.
Nasihat Buat Diri - naskhah ini disusun oleh penulis bersama Habib Ali Zaenal Abidin sendiri di mana ianya dicatat terus daripada majlis-majlis ilmu Habib. Jika anda pernah mengikuti majlis ilmu beliau secara langsung mahupun melalui YouTube, anda akan tahu benar akan kefaqihan dan kelembutan Habib Ali dalam berbicara. Sangat menusuk hati segala kalam (kata-kata) yang disampaikan oleh beliau.
Buku ini menghimpunkan 40 nasihat yang tidak ada tema yang khusus. Kenapa 40? Kenapa tak 35 ke, 25 ke, 45 ke. Haaa. Diambil jumlah 40 nasihat itu sebagai mengambil keberkatan daripada kitab-kitab muktabar yang kebanyakannya disusun intipati isinya sebanyak 40 tajuk, seperti kitab hadith 40 oleh Imam Nawawi rahimahullah.
Antara nasihat yang dimuatkan dalam buku ini adalah tentang tanggungjawab seorang suami, pengajaran daripada rumahtangga Rasulullah, bagaimana kita perlu bersikap terbuka dalam memahami keluasan erti sesuatu wahyu (bukan mudah-mudah melabelkan mereka yang ada pendapat berlainan daripada kita) dan sebagainya. Sangat bermanfaat.
Ianya ringkas dan padat, sangat sesuai untuk dibaca oleh mereka yang sibuk dan mempunyai waktu yang terhad. Laras bahasa yang digunakan juga mudah, jadi tidak ada masalah dari segi ketinggian bahasa dan sebagainya. Jujurnya, saya rasa seakan akan mendengar tausiyah langsung sahaja daripada Habib. Ini adalah bahan bacaan yang baik untuk dibaca sebagai persediaan menyambut Ramadhan 💐
Nasihat Buat Diri memang menyedarkan diri kita tentang perkara2 yang kadang-kala kita anggap remeh tapi kesannya sangat memdalam pada diri kita..Terkandung 40 nasihat yang boleh dijadikan ibrah dalam kehidupan dan mungkin ada nasihat tu terkena pada batang hidung kita..Bacaan yang boleh dikatakan agak santai..Cuma ada sedikit ulangan cerita dgn buku sebelumnya Nasihat Buat Hati..
Syorkan bagi mereka yang hendak mengubah diri mereka ke arah yang lebih baik. Memang rasa sukar untuk membaca sampai habis buku ini tetapi pada masa yang sama perkara yang sukar itulah yang amat baik bagi kita. Pelbagai nasihat hidup yang telah saya pelajari dalam buku ini. Penulisan beliau sangat bermakna dan dapat menginsafi diri.
Alhamdulillah. Buku ini mengandungi nasihat2 yang amat berharga dan bermanfaat sekali untuk diri sendiri. Mungkin ada topik2 yg seolah2 ulangan atau pernah dibicarakan oleh asatizah yang lain tetapi cara tulisan dan susun atur ayat2 benar2 ‘typical’ dengan cara & gaya Tuan Habib Ali Zainal (bagi sesiapa yang biasa melazimi kuliah2 beliau) dan sungguh sentap tepat menusuk ke jiwa.
Satu ilmu dan himpunan nasihat yang akan mengingatkan kita kembali bahawa hati ini memang memainkan peranan besar dalam kehidupan kita seharian. Penulisan yang ringkas dan padat memudahkan kita untuk membaca dan memahami intipati kandungan di dalam buku ini.
Buku ini mengandungi 40 Nasihat yang dihuraikan secara santai dan ringkas bagi peringatan kita semua umat Islam. 5 daripada Nasihat dikupas semula lanjutan daripada buku Nasihat Buat Hati.
Sesuai dibaca pada semua peringkat umur semoga ianya menjadi peringatan dan amalan kita sepanjang hidup.
Bahasa penyampaian ringkas dan mudah faham. 40 nasihat yang sangat berguna untuk diri. Sebagai manusia yang perlu sentiasa diingatkan, buku ini sangat membantu buat saya.
I love how each chapter is short and very straight-forward. Setiap nasihat diberi sangat menyedarkan dan akan sentiasa di ingati. I would definitely recommend everyone to read this.
Habib Ali Zaenal Abidin is probably the only non-English speaker that I would voluntarily listen to. He’s is so mashua Allah & I have such high respect for him. I was reluctant at first because I haven’t read a Malay book in ages, but surprisingly, I breezed through it. The main reason was that the book only contained 40 topics that he focused on. He was precise in his approach & didn’t leave room for doubt. I just wished I was more advanced in my mother tongue, I’m sure I would have enjoyed it even more but that’s really on me. In the future, I hope I'll find the courage to read more books in the Malay language so my book collection will be able to expand.