Umurnya sudah 29 tahun tetapi masih bujang manakala Danny Richardson, lelaki yang memenuhi sebahagian ruang hatinya itu sudah hampir sebaya Ilham. Danny, berketurunan Baba Melaka namun datuk dari sebelah bapanya berbangsa Inggeris. Bertugas sebagai anggota polis di Kuala Lumpur, Danny tentunya sibuk dan tidak punya banyak masa. Ada waktunya ketika sedang bercuti dia dipanggil bertugas, Danny terpaksa bergegas pulang ke ibukota. Baru hendak menyusun mukadimah tentang hidup berdua dan memulakan keluarga, pasti ada sahaja sebab yang memaksa mereka untuk menangguhkannya.
Mama dan nenek Dian sudah lama risau biarpun telah berkali-kali diingatkan jodoh untuk Dian telah ditetapkan Tuhan, mama dan nenek usah bimbang sampai masanya nanti kahwinlah Dian tetapi ibu mana yang boleh duduk diam selagi anak perempuannya belum selamat diijabkabulkan.
Berkahwin cepat atau lambat bukan penentu bahagia, Dian yakin dia akan bertemu jodoh dengan insan yang mengasihinya dan lelaki itu semestinya seseorang yang telah berjaya menambat hatinya sehingga dia jatuh cinta.
Dalam buku ni ada sebut nama otai - Kak Rinn & Kakwan. Phewitt!. Cherina bangga tiba-tiba 🥰
Harap kakanda berdua tu buat comeback berkongsi rasa semula. Camna, ok tak?
Full review: 28/11/19
Aku baru perasan lama betul aku tak baca karya Nazurah Aishah (NA), aku peram semua buku tiba-tiba baca hat ni. Waduhhh! Teruknya perangai!
1. Dian-Danny. Apa betul ke bukan kisah cinta? Pada hematku, ia masih kisah cinta cuma ia bagaikan dilitupi dengan info lain. Mungkin kerana style NA – bab perincian tu memang dahsyat lah, daripada sekecil-kecil benda pun boleh diceritakan. Tapi tiap info yang terselit tu berguna sebenarnya. Dalam tak sedar banyak yang boleh dikutip kerana ia bukan sekadar google dan tampal.
2. Family bonding memang terbaiklah, even hubungan Dian dengan keluarga Danny pun sangat okayyy. Jadi kita baca pun rasa tenang je, kerana ini bukan kisah cinta dua-tiga-empat darjat ya kawan-kawan.
3. Pacing agak slow, mungkin kerana terlalu terperinci buat keterujaan membaca tentang kisah Dian-Danny jadi hilang. Atau mungkin juga kerana salah satu sikap Dian yang suka termenung tu, penat aku membacanya. Aku lebih tertarik dengan hubungan Dian-Na’il. Tak adil untuk Danny sebab wataknya bagus, tapi bagaikan ditenggelami oleh watak Na’il. Lagi-lagi masa kehilangan Danny tu.
4. Ending. Hmm, tak tahu nak komen sebab rasa cam tak cukup tapi aku tak nak minta sambungan haha.
5. Kisah abang Dian; Ilham tu ada dalam buku sebelum ni tak? Kisah Ilham tu lebih dramatik nampaknya. Bila baca terasa ngilu dalam hati, baru sedikit tu kalau panjang berjela-jela haa adakah aku bakal M? Haha.
Ps: Buku ni bagaikan menggamit rinduku pada keluarga JS, dahlah baru lepas habis reread buku H.
2.5* Maaf author bukan tak bagus tapi tak ada chemistry dgn saya. Saya tak pernah baca karyanya as Nazurah Aisha tapi saya tahu writing under that pseudonymn mmg rating tinggi. Mungkin sebab plot cerita banyak bermain dgn emosi airmata.
Bukan kisah Cinta..Betul kah bukan cinta. Rasanya ia mmg kisah cinta. Sebabnya kisah cinta mereka bermula sejak zaman persekolahan hingga pekerjaan. Jika benar bercinta kenapa rasa seperti acuh tak acuh sahaja. Tapi saat kehilangan baru mula beremosi. Itupun rasa singkat. Namun tetap tak dapat saya rasa sampai sanubari. Hati kering ke saya ni? 🤔🤔🤔
Now I know why people hate people yang banyak termenung. Sebab saya pun memang tergolong dari 'Club Ahli Termenung'. Tapi Dian ni teruk betullah. Dahlah susah nak jumpa dan bila bertemu masa mereka pula amatlah terhad. Tapi dia boleh pula habiskan masa dgn termenung. Lepas tu sesal sendiri. Soalan di balas soalan. Bagi Dian jika kemukakan soalan pun, kesudahannya tetap sama. Danny pula banyak berahsia. Saya pun boleh tersinggung.
Tengku Nail mendapat jolokan 'playboy' hanya kerana dia banyak keluar dengan kaum wanita dan senantiasa bermanis mulut. Walhal its part of his part time job.
Thriller? Musuh? Hmm..ni lagi bagai angin lalu juga. Tiada adrenaline rush. Sifat pelindung Danny terhadap Dian juga kurang terserlah. Sacrifice his love kerana dia tahu statusnya memang tak membenarkan mereka bersama.
Saya tak berapa suka kerana terlalu banyak narrative and description on many things. Its good actually but only to certain extent. Saya lost my focus multiple times. You know author I hate sequel. Akan ada sequel ke atau di biarkan untuk pembaca fikirkan sendiri. Ceritanya tergantung di bahagian akhir. Adakah itu permulaan yang baru buat mereka? Memang lemah lah saya bab ni. 😁
alihkan sekejap fikiran, bila novel cinta akan ada babak bercinta, akan ada babak sweet gula lori terbalik. alihkan sebentar... cuba fikirkan, cinta hanya disimpan di dalam hati, yang berada di sekeliling nampak, nampak hubungan kemesraan yang sangat limitasi dan amat terpelihara kelakuan..
dian, sungguhpun moden tapi dia dilingkungi dengan adab dan adat yang membuatkannya bertindak rasional. walaupun hatinya pada danny tapi dia tak melenting bila mama dan neneknya ada calon jodoh untuknya. danny juga, masih dilayan dengan baik walaupun agama anutannya berbeza. ungku na'il, walaupun dian adalah calon jodoh untuknya, tapi menghormati hati dan perasaan dian yang bukan untuknya.
novel ini sebenarnya bagi akak novel berinformasi, bukan kosong. informasi dari segi watak, tempat dan even ada benda yang mungkin tak terfikir dek kita. macam bila dian tiba-tiba terima 3.5 juta dalam akaun. mesti kita sendiri pun tak terfikir mana datang, apa tindakan yang harus dibuat. mungkin terfikir, duit tu aku boleh belanjakan semewah-mewahnya. suka juga bila info tentang kafe yang dian dan illy usahakan. belum lagi termasuk info tempat-tempat serata pelosok johor dan us yang orang macam akak tak pernah jejak pun.
perjalanan cerita sangat cermat dan cantik olahan. penulis cantik illi nazurah ni memang bijak memerangkap emosi pembaca. sedih beb, bila kekasih hati pergi jauh atas tugas. sedih bila tak dapat berhubung selalu dan jumpa depan mata dan bertambah sedih bilaa.......
perjalanan kisah hidup kita atas bumi sememangnya sudah tertulis. dugaan dan kepedihan akan sentiasa mengiringi kesenangan dan senyuman. saling berbalas dan saling bertindak mewarnai langit kehidupan. sama ada redha dan menerima atau mengeluh dan meratap hiba.. terpulang atas diri masing-masing. sementara masih dipinjamkan segalanya atas muka bumi ini, gunalah dan syukurilah sebelum semuanya dipulangkan semula....
Saya tak pernah baca nukilan penulis ini, Illi Nazurah a.k.a. Nazurah Aisyah, jadi ini adalah pertama kali buat saya. Yang saya tahu, rata-ratanya rakan dalam dunia novel suka dengan karya-karya beliau.
Bagi saya, setiap ayat yang penulis karangkan penuh dengan details. Dalam novel ni penulis suka benar menggambarkan sesuatu tempat, benda dan hubungan seseorang, serta sikap-sikap mereka secara terperinci. Itu tidak menjadi masalah bagi saya. Namun bila semua itu diulang-ulang, lelah jugak nak membacanya.
Memang kena sangatlah dengan tajuknya, Bukan Kisah Cinta, Dian dan Danny memang dah lama gilaaa bercinta sejak dari sekolah lagi, tapi isi-isi didalamnya hanya sikit je yang menceritakan kisah mereka. Kebanyakannya kisah keluarga Dian (dan jugak flashback-flashback), kisah cafe Dian dan Ilyana (bff Dian), serta aktiviti Dian seharian sama ada di cafe atau ofis.
Satu je yang buat saya tertanya-tanya, novel ni ada sambungan ke? Sebabnya part last tu mcm tergantung (sorry benda ni buat saya terfikir je). Disebabkan novel ni berkombo dengan novel TASHI dalam KOMBO CINTA KEDUA, jadi saya tertanya-tanya adakah cinta kedua Dian dengan Ku Na'il atau pun kemunculan semula Danny @ Umar Richardson memberikan peluang kedua utk Dian?
Arghh.. Geram je baca. I really really need a sequel. A good one, please. .
By the way, Illi Nazurah ialah Nazurah Aisyah, penulis Lili Buat Najah. So, tahu la kan, betapa bersemangatnya ku baca novel ni. .
Katanya, bukan kisah cinta. Tapi, bagi aku, ni ialah kisah cinta. Yang buatku rasa 'speechless' dan juga terkilan. Ya, sehebat mana manusia merancang, Allah yang menentukan. .
Dian dan Danny dah bercinta belasan tahun. Kenal sejak Dian masih bersekolah menengah. Keluarga mereka juga sudah saling kenal dan rapat. Tapi, yang masih menghalang hubungan mereka ialah kerana perbezaan agama. Sejak Danny bertugas dalam PDRM, mereka bercinta jarak jauh. Sorang di Johor, sorang di KL. Tapi, Dian masih sabar menanti Danny. Walaupun keluarga Dian asyik menggesa Dian supaya berkahwin dengan pilihan keluarga. Dan alasan Dian ialah, sebab dia tak nak rumah tangganya menjadi seperti abangnya, Ilham. .
Mula-mula, ku rasa slownya cerita ni. Dengan Dian dan Danny yang jarang berjumpa. Pastu penulis banyak describe latar tempat tu. Kat Johor. Dari sana ke sini. Ku rasa orang Johor yang baca buku ni, pasti boleh relate. Tapi untuk aku yang pernah pergi Muar sekali je seumur hidup, memang blur la ceritanya. .
Konflik bermula bila Danny perlu ke oversea untuk selesaikan satu misi rahsia. Tapi, Dian tak boleh tahu tentang misi tersebut. Bila Danny di sana, dia siapkan segala-galanya untuk Dian. Segala harta Danny diserahkan kepada Dian. Cuak la Dian. Adakah Danny tidak akan kembali? Masa tu dah rasa saspen. Apakah misi tersebut? .
Walaupun penulis guna POV 3, tapi segala cerita berkisahkan tentang Dian sahaja. So, part Danny tak banyak sangat. Dahlah Na'il selalu datang cafe Dian. So, somehow, again, ku dapat second hero syndrome. Bukanlah Danny tak bagus. Dia baik sangat, tapi bila kebaikannya sekadar diceritakan, ku tak terjatuh hati. Tapi bila part Na'il, penulis describe and show his character. Macam mana Na'il walaupun penat travel jauh, dia korbankan segalanya demi temankan Dian pergi US. Dan dia tidak menangguk di air keruh. .
Dan kisah Ilham, Wan Amalin dan Min Zahia buatku terdiam. Entahlah. Ilham bercinta lama dengan Min. Tetiba, family suruh kahwin dengan Amalin. Then, lepas beberapa tahun, Ilham nak kahwin jugak ngan Min. Inilah sebabnya kenapa Dian tak nak kahwin dengan pilihan keluarga. Ya, tak banyak pon part dorang dalam novel ni. Sekadar perencah. Tapi, sedikit sebanyak, kisah dorang lebih melekat di hati. .
And the ending, yang buat ku geram. Ku dah beria nangis. Tetiba, Danny masih hidup?? Then, tamat. Apakah? I need the sequel. Full stop.
#BukanKisahCinta dr ILLI NAZURAH @ NAZURAH AISHAH..satu nama yg mmg dh ada peminat tersndri! sinonim dgn kisah yg meruntun hati! BKC- Dian n Danny psgan berlainan agama sudah lama bercinta tanpa halangan kedua pihak. Hanya belum sampai seru utk sebuah perkahwinan! Satu yg membimbangkan Dian bila famili mula mengaturkan rancangan utk jodohkannya dgn Ungku Ni'il. Percintaan jarak jauh tdk mengugat setia mereka! Danny terikat dgn tugasan utk negara. Dian di selatan wlu adakala resah tetap akur lalui hidup PJJ mereka. Misi yg sulit perlu Danny lalui dan misi rahsia kali ini buat Dian jd takut kehilangan! Wlu Danny yakinkan Dian yg ini misi terakhirnya dan mereka akan bersama tanpa berjauhan lg tp Dian tetap tdk senang hati! jiwanya berkata yg sesuatu buruk bagai akan berlaku! Dan takut Dian benar menjd kenyataan! Danny hilang? Sedih Dian tk terkata! Bagai hilang separuh jiwa! kala penemuan Danny semula, mereka sudah terpisah dunia!! Dian tdk percaya Danny tlh tiada! Hatinya kuat mengatakan Danny masih ada! benarkah rasa hati Dian?
Saya suka citer ni...***** utk IL.. Tahniah krn masih kekalkan gaya dgn olahan yg baik! emosi juga masih terusik dgn watak2nya. Pd saya Danny bagaikan misteri! Dia punya rahsia yg tk tersangkakan! Suka dgn Dian yg kuat wlu adakala cengeng dan manja. Bahagianya punya Keluarga mcm Dian yg terbuka sikap dgn hubungan Dian Danny! Terharu rasa bila Mummy Danny juga menerima Dian sbgai pasangan anak tunggalnya! Cemburu plak dgn kwn2 Dian yg sgt menyokong! Akrab dan saling menolong!.. ohhh ya ..Dian ni adik Ilham Muhammad, watak dlm Bukan Hanya Ada Kita. Ada juga terselit kisah Ilham dan Min Zahia! Apakah itu? Siapakah itu? Silalah beli BKC k.., citer ni sesuai tajuknya..bkn kisah cinta semata krn cinta itu satu kejutan! 😘😍
psst...pstt...IN, akhir tu mengujakan! berdebar pulak saya...benarkah dia? BKC 2 hurmm? 😁