Sedut. Hembus. Sedut. Hembus. Batuk. Dan sedut lagi.
Hampir separuh daripada jejaka Malaysia melakukan rutin ini. Ia industri yang mengenyangkan kapitalis tetapi barah kepada manusia. Sejambak ros di atas nisan orang lain.
Kehodohannya bukan rahsia. Tetap ia terlalu menjerut, menagihkan sesiapa saja. Politikus. Agamawan. Genius. Termasuk lah gelandangan dan orang merempat. Para perawat kesihatan juga ada yang terjebak.
ROKOK TERAKHIR DI DALAM ASBAK merupakan hembusan pengalaman empat bekas perokok; fighter dan seterusnya menjadi survivor. Ia pertarungan antara kesedaran dan keinginan. Rasional dan ketagihan. Harapan dan putus asa. Ia gelanggang sengit. Berhenti dan merokok kembali. Merokok dan berhenti kembali. Sukar, tetapi tidak mustahil.
Buku yang diisikan dengan tulisan-tulisan bekas perokok. Turut disisipkan fakta-fakta kesihatan berkaitan dengan rokok. Juga disisipkan tulisan beberapa orang doktor pakar berkaitan topik rokok ini. Ada beberapa fakta yang menjawab persoalan yang berlegar di kepala selama ini. Ditulis secara santai dengan bahasa yang mudah.
Pertama kali baca berkenaan rokok dengan pengalaman dan info ringkas dalam sebuah buku.
Paling menarik info bahagian klinik berhenti merokok. Baru tahu ada Infoline Berhenti Merokok.
Dapat aku simpulkan dari buku ni, kalau memang tekad mahu berhenti rokok, insyaAllah dipermudahkan jalannya. Kerana bila ada tekad, barulah bergerak usaha.
I have just finished reading the first story of this book. Reading it made me realised the difficulty a heavy smoker experienced to quit smoking. With such difficulty, I must say one should not even start smoking cos' it is addictive, difficult to stop and harmful for one's health.
I hope many people will read this book as it gives a good account or glimpse on the life of smokers, the difficulty that they face, and the consequence of smoking.
I also think that this book is highly recommended for smokers who want to quit smoking. The stories of how smoking has deteriorated the patients (in the book) should be more than enough to scare you to continue that harmful hobby.