Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ghostpital

Rate this book
30 kali kau tinjau kanan dan kiri
30 kali kau baca pelindung diri
30 kali kau tipu diri “aku berani”

30 kisah ini akan menyingkap indera yang kau tak pernah jelajahi, dan selami seram yang kau tak pernah kecapi.

324 pages, Paperback

First published October 14, 2017

5 people are currently reading
59 people want to read

About the author

Kamarul Ariffin

1 book7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (26%)
4 stars
17 (36%)
3 stars
15 (32%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Siti Salha.
78 reviews8 followers
September 24, 2018
"Pada dasarnya, minda manusia tidak dibelenggu oleh apa-apa hukum. Fizik mahupun logik. Ia hanya perlukan kepercayaan dan keyakinan untuk mewujudkan sesuatu."

Kalau suka membaca kisah-kisah seram di hospital, inilah bukunya.

Sebenarnya, kisah-kisah seram ni boleh saja dibaca di facebook atau twitter Dr Kamarul Ariffin, tapi aku memilih untuk membacanya di dalam sebuah buku. Feel dia lain.

3/5 bintang sahaja sebab banyak kesalahan tatabahasa dan tiada footnote macam beberapa siri Diagnosis yang lain.
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
July 18, 2018
Saya bukanlah peminat genre cerita seram tetapi cerita-cerita seram di dalam buku Ghospital ini satu kelainan dengan cerita seram yang lain. Ada kalanya kita boleh ketawa membacanya. Ada juga kalanya kita boleh terdiam berfikir tentang cerita tersebut.

Ia tidak hanya berkitar tentang makhluk halus berterbangan di wad lama tetapi juga tentang kejadian aneh di sebalik mesin-mesin moden di hospital seperti mesin penyedut darah yang tidak dapat menyedut darah . Baca juga tentang doktor yang bersayap halimunan.

Apa yang saya boleh katakan, pengarang iaitu Dr Kamarul Ariffin adalah seorang yang kreatif!
Profile Image for Namesabil.
1 review
August 17, 2019
Jalan cerita yang sangat menarik
Tak sabar nak tunggu GHOSPITAL-2
Profile Image for Nur Fathinah.
130 reviews6 followers
August 23, 2019
Setelah 2 tahun dihadiahkan buku ni, baru berani nak baca . Berharap juga boleh imun dengan cerita seram apabila membaca buku ini, tapi tak menjadi.

Jalan cerita yang detail membuatkan kita terasa seperti berada di sana . Pernah baca sebelum tidur, menyesal rasanya . Akibatnya tidur dalam keadaan lampu terbuka, takut punya pasal.

Jadi, buku ini dibaca pada waktu siang untuk elakkan ketakutan yang menggunung . Siapa sangka seorang Doktor mampu menulis tulis cerita seram . Tahniah doktor !

Persediaan awal untuk saya sebelum memasuki 3rd year (clinical year ) Mungkinkah ini tindakan yang bijak ?
Profile Image for Alie.
19 reviews
April 17, 2019
Ada seram, ada lawak, ada seram yg lawak dan ada lawak yg seram. Diselit dgn info-info dalam bidang perubatan. Dlm santai membaca ada ilmu baru yg kita dpt. Tahniah doktor!
Profile Image for Sy.Shauqina.
12 reviews
January 9, 2020
Saya bukanlah penggemar cerita seram bahkah juga seorang yang penakut. Namun, saya cuba menjadi pembaca yang adil dan lebih universal. Sesekali berubah angin apa salahnya bukan?

Buku ini memuatkan lebih kurang 39 cerita (tidak termasuk selamat datang(intro), gambar dan nota akhir). Cerita seram pendek ini rata-ratanya berkisar tentang kehidupan manusia bergelar doktor yang berhadapan dengan dunia entiti yang tidak berjasad dan bersiar legar di sekitar kawasan bernama hospital.

Kosakata medikal yang digunakan dapat menambah sedikit sebanyak info tentang alam perubatan. Cuma tiada footnote untuk beberapa perkataan yang menuntut makna.

Sesekali penulis mendatangkan humor yang ringan supaya pembaca tidak terlalu diselubungi seram sejuk. Antara kisah yang berjaya membuat saya sedikit meremang adalah Jabatan Forensik. Ada 'iras' cerita 'The Autopsy of Jane Doe'. Saya juga menyangka Wad Psikiatri adalah sambungan cerita untuk Hospital Psikiatri. Rupanya bukan.

Penulisnya yang kreatif. Simple dan memukau. Baca sahaja. Tak usah membayang dia berada di dalam rumah anda. Jika tidak, alamatnya masuk tandas pintu ternganga. Haha
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.