Jump to ratings and reviews
Rate this book

Baromkeh Matamu di Mataku

Rate this book
Sebuah novel ala travelog yang menggarap jalur kehidupan pelajar-pelajar Islam di Syria. Keunikan kehidupan di tempat baharu, iaitu di Baromkeh, Republik Arab Syria diberi tumpuan melalui pengalaman beberapa watak seperti Fahda Nur dan Adawiyah dengan Persatuan Pelajar Malaysia di situ.

Fahda Nur, pelajar wanita yang punya semangat kental, menimba ilmu di perantauan - meskipun gagal peperiksaan, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba sehingga berjaya. Kepincangan institusi keluarganya mewajakan ketekunan Fahda Nur untuk berdikari bagi membiayai kos pengajiannya. Sikap berdikari Fahda Nur yang praktikal namun tetap memelihara kesopanan maruah ini bercanggah dengan peraturan kehidupan Muslimah lantas mengundang pemantauan kritis daripada pihak Persatuan Pelajar Malaysia.

Dengan sifatnya yang mirip kepada travelog, novel ini menyelami budaya dan adat resam masyarakat Arab di Syria. Pertembungan dua budaya dari bahagian bumi yang berbeza memberi banyak input dan data yang berguna tentang dunia luar. Maklumat ini menjadikan membaca "Baromkeh Matamu di Mataku" amat informatif.


______________________________
Novel ini telah memenangi tempat KETIGA
Pertandingan Novel Remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2007
Pertama Warisnya Kalbu Sri Rahayu Mohd Yusop
Kedua Tawarikh Cinta Nisah Haji Haron
Ketiga Baromkeh Matamu di Mataku Ummu Hani Abu Hassan

359 pages, Paperback

First published June 23, 2008

20 people want to read

About the author

Ummu Hani Abu Hassan

26 books27 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (35%)
4 stars
13 (33%)
3 stars
9 (23%)
2 stars
2 (5%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
1 review
Read
February 28, 2009
Dari sebuah buku ini, melalui mata pena yg terukir di setiap lembarannya, aku mengenali keinginan diri sebenar...Segalanya bermula selepas ini.
Profile Image for Ema.
1,141 reviews
June 1, 2017
Bagi orang yang tak mahir berbahasa Arab memang payah nak faham. Tapi novel berjaya menyentuh hati. Perwatakan heroin dalam novel ini lebih menyerlah.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews