Elis Qaisara itu polos dan naif. Bila Raja Ashman si Tuan Pengarah Urusan di tempat kerja barunya selalu ‘himpit-himpit’, dia mula tangkap leleh, jatuh cinta setengah mati.
Namun, pertemuan Elis dengan keluarga Raja Ashman merobek hatinya. Sejarah pahit terungkai semula. Khabar pelangi yang diharapkan, ribut taufan pula yang datang.
“Saya tak pernah pikat awak. Saya tak ada niat nak buat awak jatuh cinta pada saya.” – Raja Ashman.
Kenyataan Raja Ashman pula makin buat luka hatinya parah. Dia kecewa dan menjeruk rasa. Jika itu takdirnya, dia rela undur diri. Tapi, jangan pula suatu hari nanti jilat ludah sendiri!
Tenyata sumpahan Elis memang menjadi. Bila Elis baik dengan Amier, si sepupu yang mahu dijodohkan dengannya, Raja Ashman mula tunjuk belang.
“Lain kali jangan ajak bakal tunang saya ni keluar dengan encik bos.” - Amier “Baru bakal tunang. Belum jadi tunang atau isteri kau lagi kan?” – Raja Ashman.
Dan bila Datin Nazirah mahu kenenkan Elis dengan Raja Afiq, Raja Ashman makin tak senang duduk.
Betulkah Raja Ashman tak ada hati pada Elis? Atau memang Raja Ashman sudah terkena sumpahan Elis, terpaksa menjilat ludah sendiri? Apa sebenarnya rahsia yang tersembunyi antara Elis dengan keluarga Raja Ashman?
Elis Qaisara jenis yg selamba, polos, naif, berkelulusan SPM & kerja operator kilang aje. Rezeki Elis dapat peluang bekerja di Syarikat Multitronics Sdn Bhd. Elis kehilangan Mak, Abah & dua org kakaknya dlm satu kemalangan jln raya, that was 17years ago, and she was 5years old at tat time.
Elis dibesarkan di rumah anak2 yatim, Rumah Cahaya Amal. Elis cuma ada 1 Pakcik sahaja, adik areah abahnhya, Pak Cik Man, tapi ntah kenapa, Elisa tidak dijaga oleh beliau. Pak Cik Man pekerja kampung, & ada 2 org anak Amar & Amier, kerja mereka bukan lah jawatan yg tinggi. Amar kerja di sebuah jabatan kerajaan, Amier pula bekerja di bengkel aje.
Elis ni boleh dikategorikan bukan “org susah”. Dia boleh aje hidup senang dengan Wang & Harta peningggalan arwah org tuanya, tak perlu pun kerja kilang teruk2 mcm sekarang. Mcm Elis ckp, tu bukan duitnya... tu duit arwah mak & abah. Tapi, harta tu semua tk penah pun buat Elis lupa diri. She still want to work untuk sara diri sendiri. Elis ada cita2... impiannya nak buka sebuah cafe dengan hasil modalnya sendiri, tak perlu nk pinjam dari mana2 bank.
Raja Ashman Fariq Bin Datuk Raja Ariffin, GM syarikat tu.... hensem tapi tk pernah nak senyum... muka mcm jus asam jawa, tapi semua pekerja hormatkan Tuan Ash. Setiap tutur bicara Ash lembut tapi tegas.
Pertama kali jumpa Raja Ashman hati Elis sudah dup dap dup dap. Mcm mana hari2 yg akan dtg?
Da few mths keje kat syarikat tu, dan hari tu baru dia terjumpa kembali dengan GM... Raja Ashman. Secara kebetulan aje sebab masa tu hujan lebat sgt, Elis ngah tunggu hujan reda, even tho Elis ada payung comel, dia tkmu leh ambik risiko nanti baju dia basah lencun, kang nampak pulak segala shape kan. Tapi, mamat ni selamba aje suruh Elis pakai payung dia & hantarkan dia kereta. Boss kan, Elis turutkan aje... abis ler dedua basah.
“Dah sampai rumah?”
“Dah. Ni siapa?”
“Ash...”
“Abu mana..?”
“Abu mana pulak ni? Saja Raja Ashmanlah!!” 🤣🤣
Sesuka hati aje Elis panggil Ash ni Abu!!
Esoknya, Ash call Elis. Pukul 1 kena makan tengah hari dengan dia kat office Ash. Elis bwk bekal kot, n nape lak Elis kena lunch ngan si Abu tu?? Elis sah2 ler tolak, hhhmm, Ash ugut pulak kalai tk lunch ngan dia. Dlm office, Ash perasan yg Elis selsama akibat redah hujan semlm. Ash siap kasakan ubat ok 🤔 Alahai... nape Ash ni?? Not only that, in future kalau Elis nak ke office Ash, si Abu ni siap suruh gunakan tangga sebelah kanan yg semmgnya dikhaskan untuk Ash saja. So now, tangga itu khas untuk Abu & Elis 🤔
Elis takmu jumpa Tuannya lagi. Nanti jadi bual mulut org lak. Haila Elis, soal jumpa tu bukan Elis yg tentukan tapi Ash! Kalau Ash kata nk jumpa means Elis tkde pilihan lain. Tuan ni jatuh cinta dengan Elis ke?? Jgn berangan jauh sgt Elis. Tkde maknanya Ash nk jatuh cinta dengan Elis. He cuma buat ni semua sebab rada tanggungjawab sebab Elis pekerjanya... KATANYA la... 😌
Tetiba lak satu hari tu Pak Cik Man kol Elis suruh dtg rumah. Ada perkara penting nk dibincang katanya. Elis tk faham kenapa Pak Cik Man menyampah sgt dengannya. Asyik perli2 yg konon Elis ni kedekut padahal berharta...yelah, Elis kan bnyk duit.
“Kamu tahu Pak Cik & Mak Cik sayangkan kamu... Kami sayangkan kamu mcm anak sendiri... Kami sebenar nk kamu hidup bahagia, ada org baik2 yg akan jaga kamu sampai kami tua... sebab tu kami rancang nk satukan kamu dengan anak kami... kalau boleh secepat mungkin... Amar da ada pilihan sendiri, tapi Amier pun baik mcm Amar... mmg Amier tkde kerja tetap tapi bila da kahwin, dia boleh bantu kamu uruskan kebun kamu tu...”🙄🙄 (Sayang lah sgt!! Cp aje ler nak harta Elis)
Mmg Elis da menolak permintaan Pak Ciknya tu tapi mahu ke org tua tu terima alasannya?? Mulut Pak Cik & Mak Cik termasuk lah Amier mmg tkde insurans wei!!
“Sementara ada org nkkan kamu, cepat cepatlah kahwin, takut nanti kamu jadi anak dara tu... “
“Kalau ikutkan, tak ada siapa nakkan perempuan hodoh & gemuk mcm kau ni. Aku sorang aje yg sudi tahu tak! Jgn nak jual mahal sgt... untung ada aku, kalau tak, tak ada lelaki nakkan kau...” 😖
Tuan Ash pulak... pening sungguh Elis ngan perangai GM dia ni. Sah2 Tuan Abu pernah ckp yg dia rapat2 ngan Elis bukan sebab nak pikat, but sebab Elis pekerja... tapi jgn lah baik sgt. Ape tk nya, bila Elis shif mlm, si Abu ni dtg belikan pizza khas untuk dia... ajak makan kat kedai mamak pukul 1pagi... weekend, ajak keluar... 🤦🏻♀️Kenapa si Abu ni kasi harapan yg boleh buat mana2 perempuan perasan yg si Abu ni ada hati dengan dia??
Tuan Ash siap “memperkenalkan” Elis dengan parents dia termasuklah adik2 Abu ni, Raja Afiq & Raja Azad. Elis disayangi mereka mcm keluarga sendiri, ibarat anak perempuan keluarga itu. Makin “sayang” lah Elis kat Abu kan...Tapi, Ape motif Ash kenalkan Elis ngan parents dia bila tup2 aje Ash kasi kejutan besar pada hari jadi mamanya. Yup, Ash kenalkan Elis dengan tunangnya, Shiela, da 1 tahun kot bertunang 🤦🏻♀️ What is this Ash?? Kasi harapan kat Elis...padahal, Elis da berangan2 setinggi bintang, padahal, Ash tunangan org lain! Ash ckp, sengaja rahsiakan hal ni sebab nak surprisekan Elis... Kejam kot!!
Tak cukup dengan kejutan Ash da bertunang, ada kejutan lain pulak!! Tipulah kalau Elis tk terkejut dengan berita itu (Yg ni korang kena baca ok...) Patutlah... ada sebab rupanya, selamanya si Abu tk lah seikhlas mana “rapat” dengan Elis, semuanya ada muslihat. Dasar penipu!!
“Tak perlulah sampai awak pikat saya, bawa saya keluar makan, belikan hadiah... Tak perlu buat saya jatuh cinta & mengharapkan kasih sayang awak...” Ya, mmg Elis rasa malu, sgt malu kerana menyimpan perasaan terhadap lelaki yg tk sepadan langsung untuk dia.
“Jgn tuduh saya sembarangan. Saya tk pernah pikat awak. Saya juga tk pernah buat awak jatuh cinta dengan saya. Saya ajak awak keluar makan, belikan awak hadiah kerana saya ikhlas berkawan dengan awak, tak ada niat lain dihati saya... Mama nak jodohkan awak dengan Afiq. Saya pun setuju. Awak dengan Afiq mmg sepadan...”
“Saya da tak ada perasaan pada awak. Saya pun da nak bertunang dengan Amier. Hujung tahun ni. Tahun depan kamin kahwin... Jemputlah dtg majlis kami nanti ye...”
“Lain kali jgn ajak bakal tunang saya ni keluar dengam encik bos. Elis ni bakal isteri saya. Jadi saya tk suka encik bos suka2 hati keluar dengan dia mcmlah dia single...”
“Baru bakal tunang, belum jadi tunang atau isteri kau lagi. Kalau Elis betul2 da jadi tunang kau nanti, baru aku stop keluar dengan dia...”
“Itulah kau, ada org sukakan kau tapi kau tk nak. Org yg bencikan kau jgk yang kau kejar... Ya, aku da lama sukakan kau dlm diam, sejak kita sekolah menengah lagi. Perasaan suka aku tu tu semakin bertambah hingga jadi sayang. Aku sayangkan kau Elis...”
Sepupu yg dianggap sebagai abg & kwn baik meluahkan perasaan pada dia. 😳
“Elis, sudi tak jadi menantu mama? Abg Afiq dah setuju tu...”
“Ya, mmg dulu saya pernah sayangkan dia. Tapi makin lama saya kenal dia, semakin saya rasa tk serasi. Saya muak dengan perangai dia, sebab tu saya asyik tangguh nk kahwin dengan dia. Dia bukan sayangkan saya, dia sayangkan duit saya, saya benci perempuan mcm tu..” “Saya sayangkan awak Elis. Saya sangat sayangkan awak. Saya tahu awak pun sayangkan saya.. betul tak? Elis, apa kata kita bertunang sebelum awak ke Termerloh..”
Haila 🤦🏻♀️ Pening Elis. Mcm mana ni?? Antara Amier, Raja Afiq atau Raja Ashman... siapa yg Elis pilih? Amier, sepupunya... Raja Afiq, adik si Abu... atau Raja Ashman, yg masih tunangan Shiela & lelaki yg pernah patahkan hatinya...?
Maaf ler ya kalau Review Terpanjang 😅 Kalau nak tau ape jadi... Siapa yg jadi pilihan Elis, apa kejutan yg terjadi padanya... Semuanya terjawab dlm #TungguSayaBos ❤️ Ohsem novel!! Lain org, Lain pendapat kan... But I Love this Novel! Nureen Mirza Franzee Novelist
"Cinta itu medan kuasa—siapa tewas, siapa berkuasa?"
Kisah cinta pejabat biasa? Oh tidak. Ini bukan sekadar main tarik tali antara bos kaya dan staf biasa. Ini cerita tentang ego, kuasa, dan cinta yang tak boleh lari dari sejarah silam.
Raja Ashman, lelaki yang terbiasa menang dalam segala hal. Tapi dalam hal hati, bolehkah dia terus mengawal keadaan? Elis Qaisara, gadis polos yang jatuh cinta tanpa sedar—tapi bila rahsia keluarga mula terbongkar, siapa sebenarnya yang bakal tersungkur?
Novel Tunggu Saya, Bos! menghidangkan konflik yang buat pembaca geram, marah, dan dalam masa yang sama tak boleh berhenti membaca. Setiap patah kata ada permainan psikologi, setiap adegan ada tarikan tersendiri. Satu pengajaran jelas—kuasa boleh mengawal banyak perkara, tapi tidak cinta.
Kalau anda suka kisah yang penuh drama, intens, dan ada rasa ‘berbisa’, buku ini wajib ada dalam koleksi anda!
Sudut Pandang: Cinta Bukan Sekadar Rasa, Tapi Juga Logik
"Yang ikhlas tak perlu berpura-pura."
Elis Qaisara—gadis yang percaya pada cinta, tapi akhirnya diuji dengan kenyataan yang menyakitkan. “Saya tak pernah pikat awak.” Aduh, pedih!
Tapi itulah realiti dalam hubungan. Kadang-kadang, apa yang kita sangka cinta, cuma permainan emosi. Elis belajar bahawa harga diri lebih berharga daripada perasaan yang dipermainkan. Tapi peliknya, bila dia mula menjauh, Raja Ashman pula yang gelisah. Kenapa ya?
Inilah kekuatan novel ini. Ia bukan sekadar tentang jatuh cinta dan patah hati, tapi juga tentang belajar melepaskan sesuatu yang tak menghargai kita. Pembaca akan rasa seolah-olah melalui fasa ‘healing’ bersama Elis.
Kalau anda suka novel yang bukan sekadar ‘sweet’, tapi juga ada mesej tentang harga diri dalam cinta—buku ini memang untuk anda!
Elis Qaisara, gadis biasa yang bekerja di kilang. Tiba-tiba dapat tawaran kerja dengan gaji yang besar. Big boss, Raja Ashman terlebih prihatin sampai jatuh hatinya kepada Raja Ashman.
Rahsia keluarga Raja Ashman & status Raja Ashman buat Elis marah & berdendam. Amier pula sukakan Elis.
Haa... Mama Raja Ashman serius baik. Memang dia nampak ikhlas minta maaf. Just Elis terlebih berdendam. Ya... memang sakit kehilangan tapi dendam terindah adalah kemaafan kan.
Apa yang sis rasa marah sikit bila Raja Ashman terlebih prihatin & caring melebih sampai salah faham. Kalau aku pon salah faham beb! Baik sangat. Hahaha...
Apa-apa pon sangat menghiburkan. Kisah yang simple dan tidaklah membebenkan otak. Weee...