Jump to ratings and reviews
Rate this book

Stereograf: 33 Esei

Rate this book
Stereograf ialah himpunan 33 esei Ridhwan Saidi yang menyentuh tentang sastera, arsitektur, muzik, falsafah, teater, filem, dari hal-hal sekecil kopi, tiffin dan batu lesung ke sebesar roh dan solitud. Ada esei berbentuk memoir, ada juga yang berbentuk nasihat dan ada yang mendekati blog.

111 pages, Paperback

Published August 1, 2017

1 person is currently reading
15 people want to read

About the author

Ridhwan Saidi

34 books187 followers
Ridhwan Saidi is a Malaysian writer, theatre practitioner, and filmmaker known for his interdisciplinary experimentation with language and his fearless exploration of taboo subjects, with his trademark mix of ‘art berat’ and ‘art ringan’, dry humour, and esoteric discourse.

In 2011, Ridhwan penned his first novel, “Cekik,” followed by “Amerika” in the same year. Since then, he has authored “Mautopia” (2012), “Stereo Genmai” (2012), “Babyrina” (2014), and “Brazil” (2015). Each of these works delves into a wide array of themes and courageously challenges conventional storytelling. However, his examination of the darker aspects of human existence has elicited both admiration and concerns regarding its moral implications.

In addition to his association with Moka Mocha Ink, Ridhwan’s enthusiasm for theatre and the performing arts led him to establish Ensembel Teater Kaos Nol. Through this collective, he nurtures artistic talent, encourages conversations, and addresses important issues through artistic means.

“Our aim is to be open and inclusive when it comes to diverse modern art forms and traditional craft. When you have a thirst for knowledge, value historical understanding, and have a sense of humour, things will fall into place.” –Ridhwan Saidi (Moka Mocha Ink, an indie publisher, is making strides in literature and theatre circles. The Star, 20 July 2019)

Ridhwan has made contributions to the field of theatre performance through his works in Teater Modular and Teater Normcore. Teater Modular employs a system of independent modules, creating an ever-changing and interactive experience for the audience. On the other hand, Teater Normcore explores the intricacies of the creator-creation relationship in “Stereo Genmai,” delves into the roles we assume in both private and public spaces in “Masam Manis,” and examines the human condition within urban settings through productions like “Hamlet Fansuri,” “Karaoke Medea,” and “Tahun-Tahun Seorang Novelis.” “Pengalaman Prangin” (2024), is a 2 km roaming performance—incorporating walking and bicycling—that explores memory, history, and spatial sensibilities between geomorphology and built environments in George Town, Penang. His approach remains firmly rooted in unconventional and grassroots theatre.

In his film “Tiada Cinta Selama Muda” (No Love for the Young), Ridhwan blends body movements, documentary footage, and poetry, creating a peculiar audiovisual experience. He welcomes spontaneity while filming on-site and fosters a sense of collective creativity. “Air Mata di Kuala Lumpur” (Tears in Kuala Lumpur) is his second feature length film premiered in Rotterdam.

Apart from his own projects, Ridhwan actively collaborates with others and works as a dramaturg in productions such as “Tidur Lambak” (2022, Kuala Lumpur & 2025, Jakarta), an immersive performance exploring communal sleeping, and Lau Beh Chin’s “Beyond Moving with Artisans” (2021-2024), a choreography exploring fading crafts.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (9%)
4 stars
21 (63%)
3 stars
8 (24%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
August 29, 2017
3.5* untuk Stereograf!

Membaca Stereograf kadang-kala buat aku rasa bijak, bodoh, suka, meluat, abaikan apa yang dibicarakan atau pendek kata, semua rasa itu ada. Ia seperti berlari setempat di ruangan yang sama. Yalah, esei-esei yang dipersembahkan di dalam buku ini, tidak fokus pada satu-satu perkara, tapi menyentuh pelbagai isu. Jadi rasa yang hadir itu sudah tentu berbeza-beza mengikut suka atau bencinya kita pada esei yang kita baca itu.

Dari kulit buku sampailah ke blurb belakang buku, semuanya serba ringkas tapi padat. Yalah, ini buku Ridhwan Saidi kut!

Buku ini nipis saja. Dalam lingkungan seratus lebih muka surat. Kalau kau peminat RS dan mengumpul karya-karyanya, kau harus beli naskah ini. Kalau kau nak baca bahan ringkas tapi macam-macam rasa, kau patut beli ini. Kalau kau nak buku yang tebal tapi dengan harga yang murah, kau patut pilih buku lain.

Tapi buku ni, masih seronok dibaca. Aku suka.

Korang tak nak cubakah?

Peace!
Profile Image for hans.
1,166 reviews152 followers
September 13, 2017
Himpunan esei dan cerita dari hal-hal masa lalu ke bicara umum dan kata-kata filsuf, penuh pendapat dan judul ilmu-- tentang sastera, arsitektur, muzik, teater dan filem juga kisah baru yang saya belum tahu. Agak menarik, pelbagai rasa dan buah fikiran. Membaca itu ilmu sakral, kata Ridhwan Saidi-- ada sinikal dalam bersahaja, autentik.
Profile Image for Steff.
108 reviews17 followers
October 2, 2017
Pendek saja buku ini. Konten boleh tahan oh. Banyak juga ayat saya highlight pakai highlighter kaler peach beli murah dekat Mr DIY. Nanti boleh belek-belek balik. Banyak nama Uncle Pythagoras dalam ini. Ini Ridhwan bagi nasihat mau baca/tulis/fikir itu macam mana. Bukan dia kasi tau you untuk baca/tulis/fikir ini macam itu macam. Tapi dia kasi you tau, okay ini macam orang bikin cerita, dan ini macam orang baca cerita. Ini macam orang fikir. Banyak bagus oh kalau you mau menulis atau jadi itu orang seni.
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
611 reviews426 followers
August 5, 2023
"Ilmu persis teori evolusi Darwin yang tidak statik, dan sentiasa berubah dan berkembang - sepertimana alam semesta."


Sebuah kumpulan esei yang aku kira santai dan bercerita tentang hal-hal yang niche dan mungkin tidak diketahui oleh semua orang, tetapi ia seronok untuk dibaca sebagai bacaan ringan. Esei-esei yang ditulis ada yang mengundang nostalgia, dan ada pula yang mengkritik masyarakat dengan cara yang halus; dan sebanyaknya tentang hal-hal literatur, seni, muzik dan sinema.

Antara benda paling aku suka adalah kekerapan penulis menerapkan konsep menimba ilmu untuk menjadi manusia yang lebih baik - dari pelbagai aspek. Ada juga esei yang memperkenalkan aku dengan beberapa penulis yang akan aku baca karya mereka selepas ini.

Secara kesuluruhannya, koleksi yang membuka mata dan juga memberi perspektif baru terhadap beberapa perkara.

4 🌟 untuk buku ini

Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
September 16, 2017
Dihabiskan dalam masa 5 jam dan esei2 dari seniman serba bakat ini saya fikir sangat menghiburkan. Ridhwan menyentuh beberapa perkara seputar peribadi, sosial, seni, arsitektur dll denga gaya bahasa yang relaks dan yang lebih penting ianya mudah difahami.

Yang paling saya suka ialah Apresiasi Pasar Karat.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 21, 2022
Ideanya kritis dan kadang saya tak faham. Banyak juga saya dapat belajar, dari filem, sastera, bunyi muzik dan kehidupan serta agama. Eseinya pendek dan bagi saya, sesuai kerana saya dan mungkin orang lain tidak punya attention span yang tinggi untuk fokus kepada tajuk yang mendalam dan dihurai panjang lebar dalam satu esei. Saya suka.
Profile Image for Aliff Awan.
Author 6 books19 followers
April 30, 2020
Ada masa, gambaran Ridhwan macam sesuatu yang kita pun rasa nanti2lah nak sentuh, ada masa ia terus masuk jari dan terus menjadi.

Esei2nya tentang ambien dan ilmu sangat menarik.
Profile Image for Shazni.
30 reviews1 follower
August 7, 2023
Saya suka bagaimana esei-esei yang awal efeknya disarming. Ridhwan bercerita tentang memori semasa masih bersekolah. Nikmat cuti, membaca. Evolusi menu air minuman. Buat saya rasa nostalgik. Kenangan kita membesar tu lebih kurang sama. Masuk ke alam pekerjaan pun pengalaman bawa bakal yang sama - dilema tempat paling sesuai/selesa/tak kekok. Esei Meja Tulis Saya dan Makan Laju langsung meruntuhkan apa saja praanggapan yang saya ada sebelum memulakan bacaan. Saya anggap esei-esei sampai Bekal Tiffin seolah pembuka kata sebelum Ridhwan bawa kita ke esei-esei seterusnya yang mungkin, memerlukan keterbukaan/kesediaan kita untuk berdialog bersama beliau.

Esei-esei seterusnya membincangkan pelbagai topik/ranting ilmu - disimpulkan dalam Epistemologi Ilmu. Daripada esei-esei ini kita boleh nampak hala tuju setiap ranting dan nampak keindahan hasil galian pelbagai lubang ilmu hingga ke teras ilmu.

Saya suka juga esei-esei pengakhiran buku ini. Frasa Pasaran, saya rasa ini esei dakwah yang paling diplomatik. Esei-esei yang seterusnya.. Ridhwan menulis tentang solitud, mata hati, mata minda (...) yang susah untuk saya simpulkan, tapi buat saya berfikir lebih lagi dan terus berdialog dengan esei-esei beliau usai bacaan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Luqman Tarmizi.
41 reviews3 followers
June 28, 2025
Himpunan esei yang banyaknya berkisar topik-topik berat namun dikupas secara santai dan bersahaja. Tulisan yang terhasil daripada renungan-renungan mendalam tentang makna hal-hal di sekeliling dan di lingkungan, yang sering diambil ringan (taken for granted) oleh kebanyakan kita.

Side note: buku ini menyuntik semangat untukku mula menulis memori zaman remaja dan kanak-kanak. Bimbang ia akan hilang ditelan zaman dan penuaan jika tidak diabadikan dalam bentuk penulisan.

112 reviews3 followers
June 17, 2018
Satu naskah yang disampaikan mesejnya secara ringkas dan berterus-terang. Banyak topik yang aku boleh relate. Ada yang tak boleh sebab terlalu deep. Soal kosmos misalnya.

Bahasanya betul-betul mudah. Sangat membantu untuk membolehkan bacaan jadi lancar dan cepat. Aku rasa bagai dekat dengan lokasi dan situasi yang penulis sedang ceritakan.
Profile Image for faizal hamid.
18 reviews
December 1, 2022
ada yang lucu, ada yang buat saya tertanya-tanya sama ada ridhwan hisap gam, minum ketum atau telan ais, ada yang "hmmm, ok la", ada yang senggama minda dan macam-macam lagi. ridhwan menulis tentang pakaian bundle, pawagam, tandas, meja menulis, konsumerisme dan lain-lain.

antara yang saya suka ialah :-
1. pembeli yang membeli pakaian bundle sedang mencari kebenaran.
2. suatu masa nanti apabila makhluk asing tiba ke bumi, mereka akan menyangka pusat membeli belah adalah rumah ibadat.
3. dalam pawagam, kita diberi petunjuk melalui pencahayaan dalam gelap.
4. tandas tak perlu luas tapi perlu susunan tertentu agar manusia tidak tertekan dengan ruang tandas yang teruk.

buku ini wajar dibaca oleh semua dan wajib dimiliki oleh peminat ridhwan. suatu ketika dulu, ada seorang instagrammer beritahu saya, koleksi awak belum lengkap kerana tiada stereograf. barangkali saya jujur, mungkin juga saya ego lalu saya jawab "aku hanya baca karya fiksi". selepas membaca stereograf, saya malu kerana pernah mengungkapkan kata-kata itu. bacaan yang sedap itu hadir dalam pelbagai genre, bukan hanya fiksyen.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.