Hipotesis Lunar. Bila membacanya, aku dapat membayangkan seperti menonton anime. Mungkin imaginasi terlampau tinggi agaknya. Menggunakan teknik first person sebagai naratif penceritaan, ada 5 bahagian dalam ni iaitu :
I - Luna Scarlet
II - Lazarus
III - Nimbus
IV - Roth
V - Joseth
Setiap bahagian mempunyai perkaitan dan menyelongkar setiap perjuangan melalui point of view watak tersebut. Okey, watak-watak dalam novel ini sememangnya hidup. Setiap watak ada kepentingan dan pendirian masing-masing untuk ditegakkan.
Oh, part Lazarus memanggil Nimbus dengan gelaran 'uncle', tiba-tiba dapat flashback dari novel Monarki (scene Kadir panggil Uncle Tom).
500 tahun ditidurkan? Macam babak dalam filem Alien : Convergence. Ia sangat menarik bila aku dapat recall kembali.
Secara ringkasnya novel ini ada banyak menyentuh tentang kepercayaan kepada Tuhan, manusia ingin menjadi Tuhan, mengelak kematian hakiki (meski setiap perkara pasti ada penamat), pengkhianatan, gila kuasa, dan macam-macam lagi.
Manusia menjadi Toritu. Ia seperti manusia melepaskan syaitan dalam diri mereka. Ah, aku fikir ia ibarat Hollow (Bleach) yang ganas dan hanya mempunyai niat membunuh sahaja. Elemen false memory antara perkara menarik dari POV Luna dan juga POV Joseth.
Setiap watak dijadikan buah catur kepada watak lain. Dan cycle itu berulang. Ia ibarat kau kawal dia, tapi ada orang lagi atas kawal kau. Macam itulah.
Perasaan cinta Lazarus pada Luna agak kurang. Mungkin aku tak dapat memahami sisi cinta Lazarus. Nimbus dan Rubina, aku okey dengan itu. Ia baru betul cinta. Kalau boleh tambah sikit elemen pikapline atau mengorat... Mungkin dari situ ada sedikit perasaan cinta. Hmm.
Untuk pengetahuan korang juga, jangan terkejut kalau setiap watak menghadapi kematian. Memang itu agaknya cara plot driven. Kasihan watak yang baru aku nak suka, tiba-tiba mati. Itu mati, ini mati... Siapa yang hidup? Sendiri bacalah.
Apa pun, satu novel yang sangat enjoy selaku pengembaraan saifai. Harap Lokman Hakim dapat menulis sebegini lagi.