Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hati Sebening Mata Air

Rate this book
Satu buku spiritual manajemen hati.

Dengan fitrah yang dimiliknya, manusia menginginkan hati yang sehat (qalbun salim). Suatu kondisi hati yang membuatnya mampu menembus pintu langit, dan terbebas dari noktah-noktah kemaksiatan.

Masalahnya bagaimana mencapai kondisi hati seperti itu?

Terlebih, ritme kehidupab yang kita jalani sehari-hari kurang memberikan porsi seimbang untuk merawat hati. Di saat yang sama, setan selalu berusaha membenamkannya ke dalam lumpur kemaksiatan sedalam-dalamnya.

Dus, sulitkah memiliki hati yang sehat?

Hadir dengan refleksi-refleksi menyejukkab khasnya, Amru Khalid, sang penulis mencoba menepis anggapan sulitnya menjaga kondisi hati. Bagaimana alurnya?

Mari kita simak bersama!

264 pages, Paperback

First published May 1, 2010

46 people are currently reading
333 people want to read

About the author

Amru Khalid

31 books36 followers
Nama diberi Amru Muhammad Hilmi Khalid atau lebih dikenali sebagai Ust. Amru Khalid. Beliau merupakan seorang ustaz dan da’I muda Mesir yang banyak berkecimpung dalam medan “pengurusan kalbu”. Beliau dilahirkan di Alexandria, Mesir pada 5 September 1967. Amru Khalid pernah aktif mengisi pengajian di masjid-masjid sekitar Kaherah. Da’i yang memiliki hobi olahraga tenis dan squash ini menjadi penyampai di salah satu acara televisyen paling popular di Timur Tengah, Shuna’ul Hayah (Pengurus Hidup).

Beliau sangat disukai oleh semua lapisan masyarakat, atas mahupun bawah, kecuali pemerintahan sekular yang tidak menyukai orang-orang yang menganjak masyarakat, khususnya golongan muda ke jalan kebenaran kerana hal ini akan mengancam kesetiaan mereka kepada pemerintah (sekular). Disebabkan beliau dilarang keras berceramah di dalam negeri Mesir, seperti yang berlaku kepada Dr. Yusuf Al-Qardhawi, da’i yang satu ini akhirnya memilih untuk tingal di Birmingham, England sambil meneruskan pengajiannya.

The New York Times Magazine, merujuk kepada populariti beliau di negara-negara Arab, menyifatkan beliau dalam isu April 30, 2006 sebagai “pendakwah televisyen Islam yang paling terkenal dan berpengaruh di dunia.” Amru Khalid baru-baru ini telah dipilih sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time. Beliau telah memberi inspirasi kepada belia Arab untuk menyumbang kepada pembangunan sosial ekonomi negara dengan melancarkan konsep “Lifemakers”.

Pendidikan:
Beliau berkelulusan dari Universiti Kaherah pada tahun 1988 dengan ijazah dalam Perakaunan. Pada tahun 2001, beliau menerima diploma dari Institut Pengajian Islam. Beliau menerima Ph.D beliau di Universiti Wales, Lampeter pada Mei 2010 dengan gred A. Beliau mula mengajar di masjid-masjid pada tahun 1990 ketika masih bekerja sebagai seorang akauntan. Pada tahun 1998, beliau berpindah ke dakwah sepenuh masa, terutamanya di televisyen satelit. Kuliah popular Khaled, yang dapat dilihat pada saluran Iqraa TV melalui siaran satelit langsung Nilesat, juga diedarkan melalui Internet dan pada pita kaset audio dan video.

Pekerjaan:
• Akauntan awam untuk syarikat dan yayasan di Pejabat Biro Akauntan Arab, Mesir (1998).
• Menyampaikan ceramah umum secara rutin selama dua tahun di Mesir, dengan anggaran jumlah hadirin mencapai hingga 35,000 hadirin (2000-2002).
• Penyampai dan pengaturcara bagi acara “Shuna’ul Hayah”.
• Pengasas laman web miliknya, yang merupakan salah satu laman web peribadi paling popular di seluruh dunia. Lebih dari 2 juta pengunjung setiap bulan.

Pengalaman berorganisasi:
• Ketua Himpunan Mahasiswa Fakulti Perdagangan Universiti Kaherah (1988).
• Wakil Presiden Badan Eksekutif Mahasiswa Universiti Kaherah (1988).

Penghargaan:
• Penghargaan dari WHO dalam Peringatan Hari Bebas Rokok Antarabangsa atas dedikasi beliau dalam program “Shuna’ul Hayah” (Mei 2004).
• Beliau terpilih sebagai orang kedua paling popular setelah Presiden Mesir dalam sebuah tinjauan pendapat yang dikendalikan oleh Majalah Asy-Syabab, salah sebuah majalah Arab popular.

Program televisyen:
Amru Khalid juga adalah seorang pendakwah Islam dan penceramah motivasi. Program televisyen beliau dibawa pada IQRAA TV dan penyiaran melalui satelit di seluruh dunia Islam. Beliau juga menerbitkan laman web sendiri, buku, CD dan kaset. Walaupun ceramah beliau biasanya dihantar dalam bahasa Arab, program sering sari kata dalam bahasa Inggeris. Laman web beliau membawa artikel dalam hampir 20 bahasa.

Kementerian & Penonton:
Amru Khalid menolak ekstremisme . Beliau mengumumkan bahawa orang Islam Arab mahu hidup aman dalam kewujudan bersama dengan Barat. Ajaran utama beliau kekal sama seperti orang-orang terdahulu dalam media yang lebih moden, bercakap tentang tindakan setiap hari untuk lebih dekat kepada Allah seperti kejujuran, merendah diri, dan bersikap sopan. Beliau percaya bahawa untuk memperbaiki masyarakat ia mesti berubah dari akar umbi (dari bawa

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
99 (67%)
4 stars
35 (23%)
3 stars
6 (4%)
2 stars
2 (1%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Wildiana Zuhrina.
1 review3 followers
Read
October 22, 2008
buku ini terdiri dari bbrapa chapter,dan beberapa bagian mengajak pembaca untuk muhasabah atau mengoreksi diri sejauh mana kedekatan kita atau cinta kita kpd SANG KHALIK.
Disamping itu juga kita diajak untuk bisa mengambil contoh dari hamba-hamba Allah yang bisa deket banget dengan Tuhannya padahal mereka sama dengan kita yaitu sama2 manusia yang diberi waktu 24 jam,punya keluarga, bekerja dst pokoknya sama dech dgn kita tapi apa rahasia mereka shg mereka mendpt predikat yamg luar biasa dihadapan SANG PENCIPTA.
manusia punya kelemahan2 yang mengakibatkan diri kita jauh dari ALLAH salah satunya adalah penyakit hati- dengki, iri, adudomba, seudhon dll- tp jgn khawatir, penulis telah memberikan bgmn cr mengobatinya Insa Allah kita bisa yang penting ada niat yg kuat dan kemauan utk sembuh.
semoga berhasil krn setelah itu kita akan diajak bgmn cara kita menjadi pencinta tuhan kita, dan itu semua melalui proses dan ALLAH akan melihat proses kita. This book is good for correcting ourself and the language is easy to understand eventhought translation's book
Profile Image for Purbandini.
25 reviews9 followers
February 26, 2012
Hati adalah raja. Disinilah segala perintah dikeluarkan, seluruh anggota tubuh tak terkecuali otak tunduk atasnya. Jika sang raja baik, maka baiklah seluruh kerajaannya, sebaliknya, jika sang raja buruk, maka petaka akan menghampiri.

Terima kasih kepada sahabatku, Ino, yang menghadiahkan buku indah ini untukku. Jika air yang mengalir dapat menggugurkan dosa pada anggota tubuh saat berwudhu, buku ini menjernihkan hati dari noda pnyakit. Membaca perlahan dan menyerap setiap kata yang tersaji, membuat hati terdiam, seakan mengatakan.. iya, kau benar.

Basuh hatimu, setiap detik, setiap hari. Jangan biarkan titik berkumpul menjadi noda yang kelak akan menghitamkan hati. Selamat membaca sahabat..

Author 3 books9 followers
May 31, 2013
Hati Sebening Mata Air.

Kalau terasa hati itu semakin keras dan semakin tak makan saman dengan apa-apa perkara yang melembutkan hati, cubalah baca buku ini. Kandungan buku menyentuh pelbagai bab, dari jiwa-jiwa yang kotor, lalai dan gelap, kepada jiwa-jiwa yang mahukan sinar cahaya untuk kembali kepada Tuhan.

Sejujurnya, ketika memperkosa lembaran demi lembaran buku yang diterjemah dari buku bahasa arab ini, saya merasakan penulisnya iaitu Amru Khalid seakan-akan sedang berbicara dihadapan saya. Malah, buku-bukunya yang lain juga begitu.

Mungkin asbab beliau menulis dari hati. Maka buku ini sudah banyak kali menjadi asbab insafnya ramai manusia dengan izin Allah SWT. Jadinya, terima kasih kepada Kak Nisa yang telah menghadiahkan buku ini.

Recommended!
Profile Image for N.otabene.
192 reviews3 followers
April 13, 2021
Merupakan siri khutbah Ustaz Amru Khalid yang bertajuk Islahul Qulub di sebuah masjid di desa El-Agouza, Mesir.
Membaca buku ini terasa seperti sedang mendengar nasihat daripada seorang guru kepada muridnya , dengan laras bahasa yang mudah difahami , dengan kelembutan dalam memberi peringatan dan dipenuhi dengan doa-doa yang menyejukkan jiwa.
Masyarakat Mesir tidak lokek dengan doa. Sentiasa mendoakan siapa sahaja yang dijumpai , tidak kira sama ada beliau pemandu teksi, penyapu sampah , peniaga dan juga guru di universiti. Aku sering kali didoakan oleh mereka walau tidak pernah bertemu sebelumnya , pasti diiringi dengan nasihat tentang Nabi, al-Quran dan diakhiri dengan doa. Sungguh indah akhlak mereka.
Di sini Ust Amru Khalid berkongsi tentang makna ikhlas , riya’ , bagaimana untuk tawakkal kepada Allah , cara untuk menggapai cinta Allah dan juga bukti cinta Allah kepada kita. Sangat menyentuh jiwa ✨
Profile Image for Wandi Suhendi.
172 reviews11 followers
April 29, 2019
Amr Khalid, Penulis yang benar-benar sangat saya sukai. sepertinya tidak berlebihan jika beliau disebut-sebut sebagai Ibnu Athaillah Sakandari Abad ini. senang sekali ketika Kitab "Ishlah Al-Qulub" ini sudah ada versi terjemahnya.

Seperti biasanya, Amr Khalid berbicara mengenai Alkimia Hati agar bagaimana kita terbebas dari noktah-noktah kemaksiatan. Qalbun Salim suatu kondisi di mana hati yang membuatnya mampu menembus pintu langit. seperti apa yang beliau katakan bahwa hati adalah Raja sedangkan Lisan Mata serta perasaan ibarat bala tentaranya. dengan demikian semua tergantung dari Hatinya, jika hatinya bersih maka bala tentaranya akan bersih. pun demikian jika hatinya sudah kotor maka sudah dipastikan bala tentaranya juga kotor.

Kedekatan kita dengan Allah bukan karena banyaknya amal, bukan pula karna banyaknya ilmu tetapi bersihnya hati, bahkan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali mengatakan. "niat tanpa amal lebih mulya daripada amal tanpa niat". ketulusan niat tentu berawal dari hati yang bersih. tetapi bukan berarti melarang untuk beramal, ini hanya sekedar membuktikan bahwa niat yang berawal dari hati bersih lebih unggul daripada sekedar melakukan kebaikan tanpa niat yang benar.
Berniatlah pada perkara yang kita tidak mampu! apa yang kita tidak mampu dari ketaatan? Haji, Umrah? Katakan, "Ya Allah, jika Engkau memberiku harta, maka aku akan melakukan umrah, mengunjungi masjid Rasul setiap tahun" dengan ini, kita telah meraih pahala umrah setiap tahun. Hal:37

Seni menata niat memang sangatlah penting, banyak perbutan biasa menjadi bernilai karena terbungkus dalam niat yang bagus sebagaimana banyak kewajiban menjadi tak bermakna lantaran niatnya yang tak lurus. soal perkara hati memang sulit untuk dijelaskan, tetapi bukan tidak mungkin untuk diamalkan. banyak sekali ibadah hati yang sering kita abaikan. seperti sabar dan syukur sejatinya adalah ibadah hati yang bisa membuka gerbang kabahagiaan.
Ketika kita tertimpa musibah, kita sangat jauh dari Allah sehingga kita layak mengatakan "Ya Tuhanku, Kau telah memotong semua jalanku, karena Engkau ingin aku kembali kepada-Mu" Hal: 116

bisa jadi Allah tidak mengabulkan apa yang kita inginkan karna Dia maha tau bahaya dibalik keinginan kita. Allah ingin kita kembali kepada-Nya melalui Hikmah dan Karunia Allah yang tidak bisa diukur dengan logika manusia. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. bukankah begitu Firman Allah dalam Al-Baqarah 216?

Hal tersebut diperkuat dengan pendapat Ibnu Athaillah Sakandari bahwa "Mungkin saja Anugerah tersimpan dalam ujian dan cobaan tersembunyi dibalik anugerah. dan bisa jadi kau mendapatkan manfaat lewat tangan musuh dan binasa lewat orang yang kau cinta." dengan kata lain, Hikmah dan Karunia Allah sangat luas dan tidak dapat diukur dengan rasio.

________________________
Hampir semua buku dari Amr Khalid sudah saya baca, namun sangat disayangkan, bukan saya menjelek-jelekan tetapi hanya sekedar mengkritik yang bersifat membangun agar lebih baik. untuk penerbit Aqwam, buku yang saya baca ini adalah cetakan KeTujuh tetapi masih banyak typo, terjemah yang kurang greget, tata letak tulisan yang kurang enak dilihat seperti baru dua baris sudah Alinea baru, jadi tidak begitu rapih. teapi secara konten isi, Luar Biasa. Great
August 24, 2020
Analogi-analogi serta penerangan berkenaan penyucian hati di dalam buku ini memberi suatu nafas yang segar. Konsep Ikhlas, Taubat dan sebagainya diterangkan dengan jelas dan nasihat yang praktikal juga diberikan.
Profile Image for Kalysta Fellatami.
48 reviews84 followers
July 29, 2020
Bener-bener definisi worth to read.
Isi bukunya ngajak untuk intropeksi diri tapi dgn penjelasan yang ringan. Keren.
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
June 19, 2018
Hati Sebening Mata Air, Amru Khalid
.
Sejujurnya aku taktahu tentang penulis sampailah rakan-rakan ada memesan buku-buku tulisan beliau. Maka, aku cuba untuk membeli satu buat bahan bacaan kendiri.

Buku ini mengajak kita memuhasabah diri , terutamanya hati, dalam perjalanan kita memiliki Qalbun Salim - Hati yg sejahtera .

Kadang, bila baca bait-bait yg tertulis yg seakan-akan memanggil kita dengan lembut, membayangkan seruan-seruan itu datangnya dari Allah dan Rasul SAW , membuatkan hati kita tak tertahan hingga ada air mata yg mengalir.

Buku yg sangat di cadangkan untuk kalian yg terasa memerlukan bacaan buat pembaikan hati. Semoga selepas membaca buku ini, kita lebih menginsafi keadaan hati kita sebelum ia kembali bertemu Tuhan yg Esa.
Profile Image for shazalih.
15 reviews3 followers
March 25, 2011
Menarik dan mudah untuk menjiwai segala isi yang hendak disampaikan
Profile Image for Sun.
3 reviews
November 5, 2011
di pinjemin ke teman. Si bapak nyari bukunya ini.
*pura2 gak tau*
Profile Image for Zavira.
1 review
February 28, 2018
Selama membaca ini, saya selalu menangis tersedu-sedu. Buku ini sungguh baik untuk dibaca khususnya anak anak muda yang ingin atau sedang atau sudah berhijrah. Rekomen!
Profile Image for Zuzu Syuhada.
17 reviews3 followers
August 19, 2021
Buku ini adalah salah satu buku paling berpengaruh dalam hidup saya.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.