Jump to ratings and reviews
Rate this book

Izinkan Aku Mencari Tuhan

Rate this book
“Kenapa kehidupan aku tak macam orang lain? Ya Allah, jangan salahkan aku sekiranya aku semakin jauh daripadaMu, sedangkan Kau sendiri yang memberi sesuatu yang aku tak mampu!”
- Malik –

“Sebenarnya, aku dah lama minat Islam. Aku nak tahu banyak tentang Islam. Tapi, selama ni, kenapa tak ada seorang kawan Muslim pun yang pernah cerita pada aku pasal Islam? Lepas tu, bila aku tengok orang Islam tu sendiri, kenapa tak melambangkan macam apa yang Islam ajar?”
- Kalai –

“Hoi, kau tak payah nak poyo arh! Kau tu bukan baik sangat. Aku tahu segala benda jahat yang kau buat selama ni. Bila-bila masa saja aku boleh cerita kat orang pasal kejahatan kau. Nak berubah konon. Kau dengan aku sama saja, dua-dua perangai syaitan!”
- Syamsul –

“Kenapa jenazah aku kat situ? Aku dah mati ke? Takkanlah!
Aku masih tak puas hidup lagi, masih banyak dosa yang aku buat. Aku tak sempat bertaubat lagi, ya Allah!”
- Tuan Rahim –

“InsyaAllah, saya dah cukup kuat untuk lupakan dia. Masa muda saya masih lagi panjang, jadi saya tak nak sia-siakan lagi macam dulu.”
- Ika –

Banyak lagi persoalan yang akan terungkai dalam novel tarbiah IZINKAN AKU MENCARI TUHAN, suatu pengalaman yang penuh dengan debaran, tangisan, keinsafan, dan kebahagiaan.

Pastinya, jika anda mula membaca helaian pertama, sudah tentu anda tidak akan berhenti melainkan setelah sampai hingga helaian terakhir!

Paperback

First published January 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Aizuddin Hamid

11 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (51%)
4 stars
16 (37%)
3 stars
4 (9%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Nur Arafah.
7 reviews1 follower
July 1, 2021
Jalan cerita yang santai,mengenai Malik yang jauh tersasar dan berusaha kembali mencari cinta Allah.Dek kerana teguran Kalai juga membuatkan Malik sentap dan sedikit demi sedikit mula mencari Allah.Buku ini sangat santai sebab saya baca dalam masa sehari sahaja.Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada buku ni.
Profile Image for Qihaa.
42 reviews
May 6, 2023
Mengisahkan Malik yang sudah jauh dari Allah dek kerana masalah keluarganya dan tersalah pilih kawan. Gaya penulisan yang santai menjadikan saya suka nak habiskan buku ini dalam sehari. Teguran2 yang penulis sampaikan sangat smooth sehingga menyentapkan diri sendiri. 😭
Profile Image for Skylar J.
11 reviews7 followers
October 4, 2020
Pertama sekali, buku ini nipis sahaja, dalam 300 muka surat. Jadi, mungkin sesuai untuk pembacaan santai. Dalam masa sehari juga boleh dihabiskan baca kalau ada waktu yang terluang.

Ceritanya bagi aku ringkas tetapi banyak pengajaran. POV adalah Malik tetapi apabila penulis menyelitkan nasihat atau pengajaran, dia akan menulis seolah-olah dia bercakap kepada kita. Mungkin memang sedang bercakap dengan kita pun. Itu sejujurnya aku tak ambil peduli. Kerana buku pun dari Tarbiah Sentap, memanglah bertujuan untuk menasihatkan kita. Dan memang, kadang aku tersentap juga dengan usaha penulis dalam dakwahnya.

Malik seorang yang bertuah kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk bertaubat. Dia melakukan kemungkaran, banyak sangat kemungkaran lalu sempat kembali ke pangkal jalan. Biasalah, manusia mana ada yang sempurna. Kita semua berdosa. Namun ingatlah, walau setinggi gunung pun dosa kita, pintu kemaafan masih terbuka buat kita. Allah itu Maha Pengampun.

Dahulu mungkin Malik juga seorang yang baik. Namun berubah angkara keluarga yang berpecah belah. Dan bertambah melakukan kemungkaran disebabkan rakan. Tapi Malik akhirnya berubah jua kerana rakan. Ini pentingnya untuk mencari rakan yang baik. Kerana apa sahaja yang rakan kita lakukan, pasti kelak akan menjadi diri kita sendiri.

Mungkin Malik mula berubah disebabkan ditegur Kalai, seorang rakan sebiliknya yang menganut kristian tentang mengapa dia tidak solat sedangkan azan sudah pun berkumandang. Jujur aku katakan aku tersentap. Orang kristian mengingatkan orang islam untuk solat? Sedangkan orang islam sendiri lupa? Allahu. Sangat menusuk kalbu aku ketika itu. Mungkin hanya cerita, tetapi boleh jadi juga di situasi kehidupan yang sebenar.

Alhamdulillah, Malik boleh kembali ke fitrah semula. Mungkin kerana Allah terlalu merindukannya. Membuatkan aku tertanya tanya apakah ini juga cara Allah untuk membuat aku kembali padanya? Dengan membuatkan aku membeli buku ini? Mungkin sudah banyak sangat masa terluang tanpa aku sedikit pun mengingati Allah.

Jika pembaca ingin membeli buku ini kerana tajuknya, maka nescaya kita juga mungkin turut dapat merasai nikmat Malik, mendapat hidayah dalam mencari Tuhan-Nya yang satu. Buat penulis, good job. I feel wonderful after reading it.

Akhir sekali, Semoga Allah memudahkan jalan kita semua dalam mencari-Nya.
Profile Image for airazira.
34 reviews3 followers
April 13, 2022
Sungguh saya sangat meminati penulisan penulis ini kerana penyampaian dakwahnya di dalam novel ini sangat jelas dan teratur. Tidak memaksa malah teguran yang ada di dalamnya seakan menegur diri sendiri. Moga menjadi asbab untuk kalian membaca novel ini. Tiada yang lebih baik dari mencari kebaikan. 🤍
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Perjalanan kisah jatuh bangun Malik dalam mencari diri dan Tuhannya.
Hidayah milik Allah. Disaat dia hampir jatuh, Allah hantar orang orang yang baik untuk menarik tangannya supaya berdiri semula dan terus berjalan lurus di laluan yang betul.

Banyakk nasihat dalam buku ni. Sangat bagus. Sedikit sebanyak menjentik hati kita yang membacanya. Susunan ceritanya mudah untuk dihadam. Tak terasa berat.
1 review
March 15, 2019
Mantap
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews