Pengalaman sastera dan kesarjanaan membawa beliau mengajar dan melawat banyak negara: Asia, Eropah, Amerika, Australia serta Polinesia. Karya-karya Muhammad sering memperkenalkan sudut dan daerah baharu dalam kesusasteraan dunia. Kini, beliau sedang menyiapkan buku-buku puisi, terjemahan sastera lama, alih aksara Hikayat Hang Tuah (manuskrip tertua), dan menyusun antologi sastera lama Melayu dalam terjemahan Inggeris. Sementara itu, beliau juga sedang menulis autobiografinya.
Esei-esei dalam buku ini yang pernah terbit dalam ruangan "Selingkar Bundaran Kata" dan "Sastera Antarabangsa", cuba mengutip pemikiran dan imaginasi pengarang-pengarang tersohor dari lima buah benua, untuk dikongsi dengan semua pembaca.
Sasterawan Negara yang ke-6, 1991. Penerima S.E.A. Write Awards 1997. Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008.
Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.
Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malah pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.
Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.
Kalau korang jenis yang suka ‘travel’ dalam dunia sastera - nak rasa mengembara ke pelbagai tempat hanya dengan membaca - buku ni memang untuk korang. Ia bukan sekadar buku esei biasa, tapi trip keliling dunia sastera, lengkap dengan panduan yang power: SN Muhammad Haji Salleh, tokoh sastera Malaysia yang sangat dihormati.
Beliau ni bukan calang - calang orang - dah lama berkecimpung dalam dunia penulisan dan kajian sastera. Tambah pula, beliau banyak mengembara ke negara - negara Asia, jadi memang ada pengalaman sendiri dengan pelbagai budaya dan tradisi sastera. Semua tu menjadikan ulasan dan pandangan beliau dalam buku ni lebih mendalam dan real.
Dalam buku ni, korang akan jumpa pelbagai penulis dari seluruh dunia. Ada Basho dari Jepun dengan haiku yang ringkas tapi mendalam, Borges dari Argentina yang suka main dengan realiti, sampai ke penulis dari Asia macam Rendra dan Sitor Situmorang dari Indonesia, Orhan Pamuk dari Turki, Rumi dari dunia Timur Tengah, dan ramai lagi. Dari Eropah ke Amerika, Afrika sampai ke Australasia - semua ada. Pendek kata, buku ni memang bebetul global.
Apa yang best, SN MHS tak hanya cerita pasal penulis moden je, tapi juga sentuh tradisi lisan, penulis klasik, dan kontemporari. Beliau bukan sekadar perkenal penulis, tapi kupas gaya dan cara dorang menulis. Contohnya, dia bandingkan gaya Borges yang suka main dengan realiti dengan Basho yang lebih minimalis tapi penuh makna.
Esei - esei dalam buku ni pun bukan jenis ringkasan cerita atau biodata penulis semata. Ia menyelami isu - isu besar macam hubungan penulis dengan bandar tempat dorang tinggal, cinta terhadap buku, apa sebenarnya makna puisi dan fiksyen, dan macam - macam lagi. Ada juga kupasan tentang sastera Malaysia di mata dunia, pentingnya terjemahan, dan kenapa Hadiah Nobel tu penting dalam dunia sastera.
Gaya penulisan SN MHS pun sangat mesra pembaca. Walaupun isinya mendalam dan penuh ilmu, cara beliau tulis tetap tenang, reflektif, dan mudah difahami. Jadi, tak kisah korang pembaca tegar atau baru nak kenal dunia sastera, buku ni tetap boleh dinikmati.
Pendek kata, buku ni memang satu permata. Ia bukan je memperkenalkan kita kepada penulis hebat dari seluruh dunia, tapi juga bantu kita faham cara dorang melihat dan menulis tentang dunia. Kalau korang nak luaskan horizon sastera dan cari inspirasi baru, buku ni memang wajib ada dalam koleksi.
Aduhhh apa yang aku boleh katakan tentang buku ni?? Dalam kalangan SN yang ada aku rasa MHSlah yang paling baik penulisan eseinya dan kemudian Baha Zain dan seterusnya.
Bahasanya jelas, jernih. Tidaklah marah tak ketahuan, puitisnya mengasyikkan, pembacaannya sangat meluas dan pelbagai hal kau akan temui dalam buku ni. Patutlah dia sasterawan negara, beb.
At first I thought the book is collection of international writings. But this is actually better. It is actually a book about the international writings and about the authors themselves. Quick review on the authors, their other books and the relevant to the current circumstances of that places. It’s divided to different continents and the best writings extracted from each. I can see Forster, Yeats, Pramoedya Ananta Toer, Dumas, well and of course our man Natsume Sōseki. Technically if you like Literature and looking for books of this genre, this book is highly recommended, as it is not only describing the authors, but also the amazing books that we can read! Easily a five stars read.
Bacaan 2024 dibawa ke tahun 2025 sebab tebal. Kumpulan esei tentang buku dan sastera daripada pelbagai negara. Hebat pengetahuan dan pengembaraan SN Muhammad Haji Salleh ni—lepas baca buku-buku puisi beliau dan buku ni, auto beliau jadi fav tokoh sasterawan negara. 4/5 ⭐️, sesuai jadi buku rujukan pelajar sastera dan penerbit yang fokus dalam penterjemahan buku.