Dalam era moden ini, atas nama hak dan kebebasan, kononnya semua boleh memberi pendapatnya masing-masing, betapapun karut dan melalut idea yang diucapkan itu. Ruang publik menjadi semarak dengan pertukaran idea tetapi turut menjadi semak dengan idea dangkal, bebal, basi dan keji. Bagi yang tidak kuat dasar prinsip etika dan keyakinan intelektual yang tegap, mereka akan segera lemas dalam kerancuan yang semakin galak.
Penjahanaman pemikiran intelektual lahir dari penjahanam intelektual yang wujud dari diri individu tertentu, kelompok tertentu dan institusi tertentu. Ia boleh menjadi parasit yang mencengkam kehidupan masyarakat dalam jangka panjang, sehingga kesannya membawa bencana yang lebih parah.
Azhar Ibrahim, PhD. is a visiting fellow at the Department of Malay Studies National University of Singapore (NUS). He obtained his PhD., MA, from the same department in 2002 and 2008 respectively. His dissertation focused on the humanism and intellectualism among Malay literary intelligentsia while his MA thesis dealt with the study of religious orientations as reflected in feudal Malay society and its continuities in the present. He majored both in Malay Studies, and Southeast Asian Studies at undergraduate level. He has been a Lecturer for almost ten years at the National Institute of Education, (NIE) Nanyang Technological University, teaching classical and modern Malay literature, sociology of the Malays, as well as Islamic intellectual traditions and civilization. At NIE he also co-teach multiculturalism and critical pedagogy. His research interest includes sociology of religion, sociology of literature and critical literacy, and the Malay-Indonesia intellectual development. Currently he is pursuing his post-doctoral research at the Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark for (2009/2010), and later at Temple University, USA (2010/2011) under the NUS Overseas Postdoctoral Fellowship. His postdoctoral research focuses on Social Theology in Muslim Southeast Asia: Trends and Challenges, and the Theology of Dialogue in Malay-Indonesian Societies: Prospects and Impediments. He has co-edited and published widely in Malaysia and Indonesia.
Penjahanaman Pemikiran Intelektual saya kira adalah penulisan yang menarik dan ianya seolah hujah penyambungan kepada tulisan Intelektual Masyarakat Membangun, karya almarhum Prof Syed Hussein Alatas yang mana sebenarnya Dr. Azhar banyak mengambil rujukan daripada tulisan tersebut untuk bukunya ini. Dr. Azhar saya kira berjaya mencairkan pandangan almarhum mengenai fungsi intelektual dalam membentuk dan membina pemikiran masyarakat.
Di dalam makalah ini, Dr. Azhar memerincikan siapa itu golongan intelektual di dalam masyarakat hari ini dan yang lebih ditekankan peranannya adalah golongan alim ulama. Para ulama agama diminta untuk lebih bersifat progresif dan analatikal dalam menilai semua hujah agama dan lebih penting untuk mereka mendalami ilmu sosiologi; supaya setiap penghujahan mereka lebih membumi dengan pemikiran dan budaya masyarakat.
Dr. Azhar juga turut menemplak akan golongan intelektual jadi-jadian, yang hanya bangga dan mendabik dada di khalayak umum dengan bahasa-bahasa jargon tanpa cuba mendalami dan analatikal dengan idea yang dilontarkan. Dan yang lebih penting, bagaimana idea tersebut harus diterjemahkan dalam bentuk perbuatan yakni amalan dan bukannya hanya berlegar di sekitar diskusi semata.
Turut juga diselitkan penghujahan tentang bagaimana karya sastera sebenarnya juga mampu membentuk dan membina pemikiran masyarakat. Pemikiran sesebuah masyarakat itu tergantung kepada penulisan yang mereka baca. Orang Asia umumnya merupakan masyarakat yang dekat dan kaya dengan sastera terutamanya masyarakat nusantara. Namun, sastera hari ini seolah telah dibina tembok pemisah dimana karya sastera hanya berlegar dalam kalangan orang sastera manakala ianya semakin menjauh daripada masyarakat biasa.
Dan yang terakhirnya (untuk ulasan ini) yang paling menarik perhatian saya adalah bagaimana budaya harus dimaknakan dan dihidupkan semula dalam masyarakat. Memaknakan budaya bererti membangunkan suatu budaya yang mengarah kepada pemberdayaan masyarakat; budaya yang bergerak dengan peredaran zaman, bersifat anjal, yang mampu 'terbuka' apabila perlu dan bersifat 'tertutup' pada ketentuan tertentu. Ramai orang berkata perubahan selalunya boleh dilaksanakan melalui dua cara, yakni melalui kuasa (pemerintahan) ataupun individu. Tetapi sangat sedikit yang menyedari bahawa perubahan budaya juga mampu memberi impak yang besar.
Permainan kata-kata. Penuh dengan mainan kata-kata. Setiap perenggan dihiasi dengan perkataan-perkataan 'aras tinggi', lenggok bahasa juga pada 'aras tinggi'. Mungkin untuk bacaan para elit intelektual. Ironi sekali.
Oleh kerana buku ini bukanlah karya sastera, saya tidak mempedulikan sangat tentang kata-kata indah dan lenggok bahasanya. Saya membelek-belek, mengais-ngais, menguis-nguis, mencari isi-isi, fakta-fakta, hujah-hujah yang menjustifikasikan tajuk buku ini. Bukan tidak ada isi, bukan tidak ada point, tetapi saratnya lenggok kata yang saya kira menggunakan terlalu banyak perkataan untuk menerangkan sedikit sahaja perkara, mencairkan isu yang dihujahkan. Bolehlah disimpulkan, buku yang tebalnya hampir 200 muka surat ini sebenarnya membicarakan tentang 'intelektual' yang katanya tidak bermasyarakat, menggolongkan diri di kalangan elit, tidak berbudaya berfikir, tidak membumi, tidak melawan dan sentiasa memihak. Isu-isu ini bukanlah baru diperbincangkan, tetapi kali ini ditulis semula dengan bahasa aras intelektual yang (agaknya) tidak jahanam. Sebahagian besar perkataan yang digunakan adalah dengan tujuan estetika, bukan mengembangkan hujah atau memperkayakan isi perbincangan. Adakah dengan penggunaan bahasa bombastik sehingga sukar difahami maksud buah perbincangan ini dikira merakyat dan membumi?
Dalam memperkatakan bahawa intelektual yang telah jahanam ini tidak bersikap serantau, sentiasa menulis di jurnal antarabangsa (euro-amerika), tidak mengangkat sarjana tempatan, berkiblatkan barat, penulis pula memetik ungkapan-ungkapan Paulo Freire, Edward Said, Pitirim Sorokin, Bell Hooks, disamping Abdul Munir Mulkhan dan Gus Dur. Tidak lupa juga usaha 'pengkayaan' perbendaharaan perkataan bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan Inggeris yang ditukar ejaannya. Pada muka surat pertama sahaja; Rekonstruksionis, Emansipasi, Opsyen, Kritis... itu baru satu muka surat, dan buku ini hampir 200 muka surat!
Buku yang merungkai segala kecamuk dan ketaksaan yang berlegar di ruang amygdala aku kala melihat senario regresif orang kita. Harapan untuk progresif masih ada, jika tidakpun, sangat perlu. Tidak disangkal lagi, langkah paling kritikal selain yang dibentangkan oleh Dr Azhar ialah dengan mereformasikan sistem pendidikan secara total. Kerana bagi aku, pendidikan mencorakkan pemikiran orang kita. Petikan kegemaran aku, "bekal ilmu mencelikkan, bekal iman menyelamatkan".
Oh ya, buku ini juga satu tempelak besar untuk yang kadang perasan intelek. Jahanam betul! Hahahaaa!
Informasi dan perbincangan tentang intelektual dan masyarakat mencukupi namun terlalu bombastik sehingga kan ada ayat-ayat yang asalnya mudah menjadi sukar difahami dan kurang jelas. Kebanyakan perkataan tidak diterjemah ke dalam bahasa Melayu dengan betul, should have just left those words in English I suppose.
Would recommend for the discussion regarding intellectuals and their roles in society but not for the overly-bombastic usage of words and sentences.
Kalau ditanya buku apa yang mengubah pemikiran seorang Abim, aku akan jawab buku ini. Buku bertajuk Penjahanaman Pemikiran Intelektual karya Dr Azhar Ibrahim. Buku ini adalah buku yang keenam aku berjaya telaah pada tahun 2025. Setiap makalah memberikan pencerahan, pemahaman, semangat dan juga tendangan di celah-celah kangkang - saranan wajib menulis selepas membaca yang bagi aku ilham dan idea hasil pembacaan sudah ada dalam kepala cuma apabila mahu curahkan dalam bentuk tulisan menjadi sukar pula. Ia adalah sebuah buku yang bagus walaupun sebelum ini aku agak sukar untuk menghadam penulisan Dr Azhar Ibrahim yang terlalu banyak jargon digunakan. Mungkin aku sudah terbiasa dengan cara penulisan beliau memudahkan aku untuk menelaah dan mengambil manfaat daripada buku ini.