Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menulis Mengatur Diri Berfikir

Rate this book
Karya sastera itu terbentuk hasil gabungan tiga perkara penting, iaitu manusia, peristiwa dan pemikiran. Manakala esei-esei sastera pula tidak lari daripada tiga unsur yang hampir sama. Hanya struktur penulisan dan khalayak pembaca yang membezakan antara kedua-duanya. Terdapat idea yang lebih indah jika diungkapkan dalam bentuk kreatif. Tidak dinafikan pula bahawa sesetengah isu yang lebih sesuai ditulis dalam bentuk esei.

Sesebuah hasil tulisan yang jelas datangnya daripada pemikiran yang jernih. Gaya penulisan esei sastera di dalam kumpulan ini dipengaruhi dua perkara: pertama, disiplin perundangan termasuk struktur penyampaian. Bidang ini telah mendisiplinkan cara berfikir dan menyusun idea supaya jelas, tuntas dan sesuai kepada pihak yang ditujukan. Kedua, didikan secara langsung daripada Sasterawan Negara Baha Zain dan Maman S. Mahayana yang menjadi pembimbing bengkel penulisan esei Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) pada tahun 2004 di Palembang. Esei-esei alam kumpulan ini ialah suara Nisah Haron yang mewakili pendirian dan juga zamannya.

236 pages, Paperback

First published January 1, 2017

4 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Nisah Haji Haron

27 books376 followers
Born in Seremban, Negeri Sembilan on 20 April 1973, Nisah Haron has been writing as a hobby since 1988. She has written forty short stories, five novels, essays and a few poems published in local literary magazine and newspaper.

Nisah Haron had her legal education from National University of Malaysia and graduated in 1997. She also obtained her LL.M from the same instition in 2006. She practised as an advocate and solicitor as well as a syarie counsel for eight years before becoming a full-time writer in 2006. She advocates on the copyright awareness among writers and publishers. Nisah has also written a copyright book for laymen entitled "Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta" (Al-Ameen Serve Holdings, 2008).

Her works has been received my awards including Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan and many others. Recently, she won first place in Hadiah Sastera Berunsur Islam with her winning short-story, “Aset Istiqamah”.

Her personal blog is www.annyss.blogspot.com, or join her on Facebook "Nisah Haron - Pengarang".

Nisah Haron full bio is available online - http://annyss.blogspot.com/p/biodata-...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (30%)
4 stars
16 (48%)
3 stars
5 (15%)
2 stars
1 (3%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
September 8, 2020
“Orang yang menulis mempunyai kemampuan untuk mengatur dirinya berfikir. Ini berbeza dengan orang yang pandai berkata-kata. Meskipun kedua-duanya memerlukan kemahiran berfikir, cara mengadun daya fikir itu masih lagi ada perbezaan yang tersendiri”- Nisah Haron

Buku ini memuatkan 20 esei mewakili suara penulis, Nisah Haron yang mewakili pendirian dan juga zamannya. Kebanyakan esei berkisar tentang sastera, penulis dan juga menyentuh beberapa isu lain seperti tentang promosi buku, bengkel penulisan kreatif, fiksyen sains, minggu penulis remaja dan lain-lain.

Saya membeli buku ini pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lalu, beli dengan penuh semangat untuk menaikkan semangat menulis. Selepas dibeli, saya membaca hampir separuh esei-esei yang terdapat dalam buku ini. Saya memang lebih laju membaca esei dan rencana berbanding buku fiksyen walaupun sehabis daya saya cuba untuk meminati fiksyen dan sastera.

Tetapi ada esei dalam buku ini tentang sastera yang benar-benar telah membuka mata saya untuk lebih memahami sastera. Saya selalu menyalahkan jurusan undang-undang yang saya ambil semasa pengajian ijazah sebagai penyebab saya sukar membaca karya fiksyen dan sastera. Saya terasa terlalu banyak membuang masa ketika membaca karya fiksyen.

Tetapi penulis seperti Nisah Haron memang mampu mengubah pandangan dan cara fikir saya kepada sastera. Penulis yang juga pernah mengambil pengajian undang-undang malah pernah menjadi peguam selama 8 tahun ini membuktikan disiplin pengajian kita sememangnya akan mempengaruhi, tetapi bukanlah penyebab utama untuk kita bermusuh dengan sastera.

Malah, memang ramai penulis berbakat besar masa kini bukanlah berasal daripada pengajian sastera sebagai pengajian utama mereka. Perkembangan yang dinamik dalam sastera hari ini memperlihatkan kehadiran penulis daripada multi disiplin atau bidang. Contohnya seperti Aminah Mokthtar (seorang jururawat, Dr Rahmat Haroun seringkali menggarap suasana di hospital, sesuai dengan latar kerjayanya. Malah penulis sendiri, Nisah Haron ini juga banyak memasukkan unsur-unsur perundangan sebagai latar penceritaan lewat cerpen-cerpen dan juga novel beliau seperti Mencari Locus Standi.

Malah dalam satu esei bertajuk ‘Generasi Penulis Pascamerdeka’ dalam buku ini penulis telah menyenaraikan nama penulis di luar bidang sastera dalam bentuk jadual beserta latar belakang disiplin ilmu atau kerjaya mereka. Dalam bahagian ini juga Nisah Haron telah membahaskan tentang polemik penulis luar sastera ini yang dulunya hangat diperkatakan tetapi kini telah semakin sayup kedengaran. Sastera kini sudah menjadi milik semua dan bukan hanya dipelopori oleh golongan berlatar pengajian sastera semata.

Seperti yang tertulis di kulit belakang buku ini, esei sastera dalam buku tulisan Nisah Haron ini dipengaruhi oleh dua perkara : pertama, disiplin perundangan termasuk dalam struktur penyampaian. Bidang ini telah mendisiplinkan cara berfikir dan menyusun idea suapaya jelas, tuntas dan sesuai kepada pihak yang ditujukan. Ini yang saya dapat rasai secara ketara, mungkin kerana saya juga punya latar pengajian undang-undang. Sebab itu saya hairan dan kagum dengan diri sendiri, boleh pula saya membaca tentang sastera sehingga habis, tanpa merasa pening dan bosan ketika mentelaah esei-esei dalam buku ini.

Dalam buku ini juga terdapat satu esei tentang Kedudukan Wanita dalam Karya Sastera. Esei ini adalah esei pertama yang saya baca dalam kumpulan esei ini. Tertarik kerana subjek wanita yang ditonjolkan. Penulis melakukan analisis ringkas tentang penulis wanita di empat buah penerbit buku terpilih. Dibentangkan juga dalam bentuk jadual dan graf. Ternyata dari sudut jumlah penulis wanita dalam penerbit yang mengeluarkan buku-buku bersifat karya popular dan sastera ringan. Manakala penerbit yang mengeluarkan buku-buku dalam kategori karya serius atau sastera tinggi pula lebih didominasi oleh penulis lelaki.

Walaubagaimanapun, wanita mempunyai ruang dan peluang yang luas dalam menghasilkan karya dan tidak wujud sama sekali diskriminasi dalam penulisan karya sastera. Di sebalik segala cabaran yang dihadapi khusus oleh penulis wanita yang juga dibincangkan di bahagian ini, hanya penulis wanita yang berhak menentukan hala tuju karya sastera di tangan mereka.

Saya nampaknya sudah termakan dengan beberapa idea dan terma penting yang mahu disampaikan oleh penulis tentang sastera. Malah saya menyedari betapa dangkalnya pengetahuan saya tentang sastera dan penulisan.

Karya sastera terbentuk hasil gabungan tiga perkara penting iaitu manusia, peristiwa dan pemikiran. Begitu juga dengan esei-esei sastera, tidak dapat lari daripada tiga elemen penting ini. Tetapi struktur penulisan dan khalayak pembaca yang akan membezakan antara kedua-duanya. Ada idea yang lebih indah jika dapat diungkapkan dalam bentuk kreatif. Tetapi ada juga sesetengah isu yang lebih sesuai ditulis dalam bentuk esei. Saya sendiri setakat ini lebih suka membaca esei dan rencana berbanding karya kreatif.

Hakikatnya, penulis yang baik ialah penulis yang berjaya meletakkan pemikiran dan perasaan dengan harmoni dalam karyanya. Inilah keseimbangan dalam penulisan seperti kata Nisah Haron. Kata Sasterawan Negara, Dato’ Shahnon Ahmad pula, sastera ialah seismograf kehidupan. Seismograf dalam erti kata lain ialah kayu ukur ataupun penyukat dalam kehidupan.

Ternyata sastera adalah untuk semua, sastera adalah kehidupan.

Selepas membaca buku ini, saya rasa saya sudah menjumpai penulis wanita seterusnya yang akan saya kumpul dan baca semua karya beliau selepas saya mengumpul dan membaca karya Sasterawati Negara, Dato’ Zurinah Hassan.

Selepas membaca buku ini juga saya jadi kurang pasti, adakah saya menjadi semakin bersemangat untuk menulis seperti niat asal saya membeli buku ini atau kini saya menjadi semakin takut untuk menulis. Wallahulam.
Profile Image for Aliff Basri.
17 reviews14 followers
May 29, 2018
‘Karya sastera itu terbentuk hasil gabungan tiga perkara penting iaitu manusia, peristiwa, dan pemikiran’

Andai boleh disimpulkan secara ringkas perihal karya Nisah Haron berjudul ‘Menulis Mengatur Diri Berfikir” (DBP, 2017) ini, ayat di atas yang diletakkan sebagai ayat pertama dalam Prakata karya ini boleh dianggap sebagai tema utama bagi 20 buah artikel yang disusun di dalamnya.

Muka hadapan yang dihiasi susunan aksara seperti yang terdapat pada sejenis permainan yang sohor kini untuk menguji perbendaharaan kata si pemain serta berlatar belakangkan warna merah, menjadi simbolik kepada mesej bahawa: ‘Mengarang sebagai satu kata kerja yang harus diawali dengan kerja berfikir dan menyusun perkataan demi perkataan, perenggan demi perenggan, menjadi tulisan yang bermakna dan boleh difahami oleh pembaca.

Karya yang mempunyai 248 halaman termasuk Prakata dan Indeks ini dianggap unik dan dipilih sebagai karya untuk diulas kerana terkandung elemen-elemen sejarah dunia sastera dan industri buku Malaysia yang penting untuk ditelusuri.

Karya ini mengandungi 20 bab. Walau bagaimanapun, dalam ulasan ini, secara umumnya saya mengkategorikan ia kepada 3 isi penting. Pertama, aspek eknomi perbukuan. Kedua, aspek polemik dalam dunia sastera dan ketiga ialah genre baharu yang perlu dikembangkan dalam dunia penulisan di Malaysia. Ketiga-tiga keunikan ini akan dihuraikan serba ringkas dalam perenggan-perenggan berikutnya.

Aspek Ekonomi Perbukuan

Bab 2 yang membincangkan penglibatan wanita dalam dunia sastera adalah suatu yang menarik. Pengarang memaparkan data jumlah pengarang wanita dan para penerbit yang telibat mengabsahkan lagi bahawa penglibatan wanita dalam dunia kepengarangan memberi kesan yang signifiken dalam industri perbukuan Malaysia.

Selain bab cabaran yang perlu dihadapi oleh pengarang wanita (halaman 17), Nisah turut membangkitkan persoalan kualiti lawan kuantiti (halaman 14), sama ada para pengarang wanita ‘mahu terus berlegar-legar dalam ruang lingkup yangs serupa, ataupun meletakkan diri standing nama-nama besar seperti Nadine Gordimer, Toni Morisson ataupun Wislawa Szymboiska, yang masing-masing emrupakan penerima hadiah Nobel pada 1991, 1993, dan 1996. (halaman 18).

Dalam bab 6, Nisah membincangkan persoalan perkembangan genre fiksyen sains yang belum mendapat perhatian pembaca dan banyak penerbit pada era 1980-an. Namun semakin mendapat tempat dihati pembaca pada ketika itu (2007). Dalam bab tersebut, Nisah menyebutkan beberapa nama yang sudah menulis genre fiksyen sains sejak tahun 80-an lagi seperti Ahmad Patria Abdullah.

Bahkan, Nisah sendiri merupakan seorang penulis genre fiksyen sains pada awal penglibatan beliau dalam dunia penulisan. Bab ini membuatkan saya terfikir, di amnakah tahap genre fiksyen sains pada ketika ini? Yakni setelah 10 tahun topik ini dibicarakan. Pertambahan para penerbit generasi baharu seperti Penerbit X, harus dilihat sebagai perkembangan dalam penerimaan genre fiksyen sains hari ini. Malah Penerbit UTM juga menerbitkan karya fiksyen Sains seperti Leksikon Ledang oleh Fadli al-Akiti dan Nor Azida Ishak.

Persoalan promosi karya-karya sastera turut dibincangkan dalam karya ini (halaman 112). Isu pelabelan karya sama ada karya popular atau karya sastera, kesanggupan beberapa penerbit pada ketika itu untuk menerbitkan karya-karya sastera, peranan kedai buku untuk berkomunikasi dengan calon pembeli karya-karya sastera, medium penjualan bersifat baharu seperti jualan atas talian, merupakan mauduk perbincangan dalam bab 11.

Nisah turut mengkritik penghasilan karya-karya agung terbitan Yayasan Karyawan yang dirasakan ‘tidak mesra pembeli kerana ia ‘dijual dengan harga beratus-ratus ringgit’ (halaman 123). Suatu yang menarik untuk diambil perhatian keranan menurut Nisah, karya-karya klasik di luar negara dijual dengan harga yang murah.

Walaupun Nisah mengakui keperluan Karya Agung ‘wajar diberikan dalam bentuk yang istimewa’ (halaman 123), namun menurut beliau, ‘peluang juga harus diberikan kepada mereka yang ingin memilikinya dengan harga yang lebih selesa kepada poket’ (halaman 123).

Sebenarnya, karya-karya boleh dipromosikan dengan kaedah yang lebih menarik dan kreatif. Antaranya ialah dengan penerbitan menerbitkan filem atau drama bersiri berdasarkan sesebuah karya sastera sebagaimana karya SN Shahnon Ahmad berjudul Srengenge (terbitan DBP), juga seperti Tombiruo (Alaf 21). Jika mahu pergi lebih jauh, karya yang sama boleh diusahakan untuk menjadi sebuah permainan video atau dipanggil ‘gamification’. Watak-perwatakan ‘dihidupkan’ menjadi karakter yang dapat diingati oleh pembaca melalui pementasan teater dan ‘merchandising’.

Selain daripada peranan penerbit dan para penggiat sastera, ‘senario politik di Malaysia juga turut merancakkan lagi industri buku secara tidak langsung’ (halaman 164). Sebagai contoh, menurut Nisah, apabila isu novel Interlok, karya SN Abdullah Hussain sedang menjadi isu hangat di Malaysia, novel tersebut ‘habis di gudang Dewan Bahsa dan Pustaka’ (halaman 164).

SN A. Samad Said dengan kontroversi beliau yang aktif dalam isu-isu politik juga, menjadi modal untuk mempromosi dan menaikan jualan karya-karya beliau di pasaran.

Dalam erti kata yang lain, suasana politik turut mempengaruhi jualan mampu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sesebuah karya.

Isu yang tidak disentuh akan tetapi penting untuk difahami oleh para penulis ialah mengenai isu pengharaman buku. Pasti kita semua mahu lihat sama ada ia mampu berperanan merancakkan jualan buku atau tidak, kerana pengharaman itu nanti, akan turut menyentuh ‘pasaran gelap’ industri perbukuan Malaysia. Aspek pengharaman itu pula, harus menyentuh peranan agensi seperti Kementerian Dalam Negeri yang berperanan untuk mengharamkan sesebuah karya yang diterbitkan mengikut garis panduan berdasarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Aspek Polemik Dalam Dunia Sastera

Di dalam beberapa bab, Nisah menyentuh polemik sastera yang timbul pada ketika itu Sastera Pelbagai Kaum (SPK) dan juga mengenai tanggapan pengarang luar sastera yang kelihatan lebih menonjol berbanding para palajar aliran swasta.

Persoalan bahawa para pelajar sastera yang terperangkap dan hanyut bersama teori-teori sastera sehingga ia mengekang kebebasan untuk lebih kreatif. Kata pengarang, ‘rasa bimbang dan sikap terlalu berhati-hati di universiti tidak menjadi tempat lahir ramai bakat kreatif!’ (halaman 186)

Genre Baharu yang Perlu Dikembangkan

Keunikan ketiga yang boleh dikongsikan ialah apabila pengarang (Nisah) telah memberikan ‘teaser’ tentang keperluan para pengarang tanah air untuk melihat perspektif baharu bagi sesuatu tema. Sebagai contoh, dunia masakan. Nisah membincangkan secara panjang lebar mengenai tema dunia masakan sebagai sebuah tema yang besar dan masih belum diterokai sangat oleh penulis, dalam bab 20.

Kepelbagaian perspektif atau sudut pandang dalam sesebuah tema atau mempunyai kepakaran mengenainya merupakan suatu kebijaksanaan tempat yang mesti dipelihatkan kepada YBMenteri.

Secara keseluruhannya, keunikan yang ada pada setiap bab ini merupakan keunikan yang tidak baku. Sejak 7 hingga 10 tahun selepas artikel-artikel ini ditulis, isi kandungannya wajar dibaca dan disemak. Ia bertujuan untuk melihat sama ada isu yang dibicarakan masih kekal releven untuk dilaksanakan, atau memadai sekadar menjadi artikel yang tersimpan dalam helaian-helaian buku.

Karya beliau ini amat sesuai untuk para pembaca,penggiat industri buku yang lain dan pembuat dasar supaya mereka tahu letak-duduk dan sejarah perbukuan di Malaysia.


Untuk bacaan lanjut, sila ziarah: teraair.wordpress.com
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
May 16, 2017
Ada 20 esei dalam kumpulan ini, menyorot beberapa isu yang timbul dalam ranah sastera tanah air seperti kedudukan wanita dalam karya, penulis sastera Islam, kedudukan penulis fiksyen Inggeris, generasi penulis muda, fiksyen sains, bengkel penulisan, promosi buku sastera, penulis luar sastera dan sastera pelbagai kaum.

Selain itu, pengarang esei ini turut menyentuh tentang kepentingan sastera, genre puisi tradisional dan sastera gastronomi.

Esei-esei ini pernah terbit dalam majalah-majalah Dewan, namun apabila dikumpulkan seperti ini memberi kelebihan sebagai rakaman sejarah sastera negara setelah memasuki abad ke-21.
Profile Image for Haris Murshidi.
22 reviews2 followers
December 16, 2017
Satu saja perasaan selepas membaca buku ini: Makin takut mahu menulis.

Betapa berat persediaan untuk menulis. Rangkuman pembacaan, pengalaman, dan perspektif harus tersimpul satu. Ia sebuah perjalanan yang panjang dan penuh sunyi.

Tapi kalau kita tidak berani memulakan, bila lagi, bukan?
Profile Image for Niena Aniesza.
197 reviews7 followers
September 22, 2019
Sebagai seorang penulis baru, banyak isi yang membuatkan saya berfikir betapa besarnya tanggungjawab penulis.

Puan Nisah Haron juga menerangkan tentang kepelbagaian genre yang masih baru dan asing di negara ini.

Profile Image for Mohd Helmi Ahmad.
21 reviews5 followers
August 21, 2018
Saya baru sahaja selesai membaca buku ini. Bacaan kali kedua. Kali pertama pada tahun 2017. Buku yang menghimpunkan 20 esei yang membicarakan tentang sastera; penulis-penulisan, buku yang dikupas secara ilmiah dan analitik, menarik untuk ditelaah.

Nisah Haron seorang yang teliti. Saya yakin 20 esei yang disaring dan dipilih daripada 50 buah esei yang pernah beliau hasilkan ini berperanan dan bertanggungjawab mewakili perkembangan semasa dunia persuratan tanah air.

Sepertinya "Menulis Mengatur Diri Berfikir" mampu menghadirkan sesuatu yang istimewa kepada Nisah Haron dalam HSPM 2017/2018 kategori Kumpulan Esei.
Profile Image for neeza  zainal.
164 reviews7 followers
June 1, 2017
Sebuah bahan bacaan yang sangat menarik dan padat dengan ilmu. Buku ini berkisar tentang perjalanan sastera Melayu dari zaman 80-an ke alaf 2000. Penulisannya merupakan esei atau petikan yang pernah diterbitkan di majalah-majalah seperti Dewan Sastera dan Tunas Cipta. Walaupun buku ini bukanlah buku tips atau teknik-teknik 'bagaimana mahu menjadi penulis' tetapi setelah habis membaca, rasa teruja pula ingin turut serta berkarya.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.