Jump to ratings and reviews

Raja Kesatria: Hijab Raja Zulqarnain

NOVEL IBRAH SEJARAH yang diberi nafas baharu daripada karya asal MACEDONIA ALEXANDER AGUNG Hijab Raja Zulqarnain.

Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran? Saga kembara jiwa, fizikal dan iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama.

Merentas waktu dan jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus berkelana dalam ramainya manusia.

Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan kitab. Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan daripada belenggu penguasa tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang
pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Dengan ilham daripada mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala.

Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah.

512 pages, Paperback

First published January 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Web Sutera

35 books66 followers
Penulis menggunakan nama pena Web Sutera. Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.

Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.

Seterusnya bergiat aktif dalam bidang penulisan makalah ICT, sains, teknologi dan peradaban manusia sejak tahun 1995 dalam sedozen majalah bahasa Melayu di Malaysia.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Komputer dari USM,1992. Kini menjalankan perniagaan sendiri iaitu LUSIANA CATERING sebagai managing partner, setelah bekerja makan gaji hampir 15 tahun.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (62%)
4 stars
2 (25%)
3 stars
1 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Azizah Alwi.
80 reviews6 followers
August 12, 2017
Aristotle,guru kepada Alexander The Great ini juga pernah menyatakan bahawa "kerosakan sesebuah negara bermula daripada kebejatan etika dan moral ahli politik dan pemerintahnya.Matlamat utama politik adalah membentuk sebuah negara bangsa yang baik."

Sesebuah negara itu semakin maju jika pemimpinnya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan mempunyai kesantunan adab dan budi pekerti yang luhur.

Membaca novel sejarah islam garapan Web Sutera banyak memberi ibrah kepada saya.Penulis novel ini mempunyai pengolahan cerita yang menarik dan menggunakan bahasa yang agak mudah difahami.Pada awal pembacaan saya persoalan ini sentiasa berlegar-legar dalam pemikiran saya. Adakah Iskandar Zulqarnain itu adalah orang yang sama?

Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang tokoh atau pemimpin agung yang bernama Alexander.Sesetengah muktabar ulama bersepakat mengatakan bahawa Alexander the Great dan Raja Iskandar Zulkarnain itu adalah insan yang berbeza.

Tetapi pada pandangan sesetengah ulama pula mengatakan bahawa Alexander the Great dan Iskandar Zulqarnain itu adalah sama.Namun,selepas membaca karya penulis,sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada saya siapa Alexander dan kenapa sejarawan barat dan yahudi seperti menyembunyikan kebenaran mengenai Alexander.

Jujur dan ikhlas dari hati,ingin saya katakan bahawa saya berasa begitu kagum dengan usaha penulis yang mahu membersihkan nama Alexander the Great.

Raja Kesatria: Hijab Raja Zulqarnain ini penuh dengan pengembaraan,peperangan serta penekanan mengenai kepercayaan kepada Allah SWT.Perluasan kuasa oleh Iskandar Zulqarnain ini juga digunakan secara bertolak ansur.Bahkan beliau turut menghormati kepercayaan kepada agama lain.

Tawanan perang dan anak buah pula dilayan dengan sangat baik namun pengkhianat perlu dihadapi dengan tegas dan keras.Rumah ibadat anutan agama lain yang rosak semasa perperangan dibina semula.

Antara peristiwa sedih sehingga mengalir air mata apabila Iskandar menangis tatkala terpaksa menjatuhkan hukuman mati ke atas para pengkhianat dikalangan anggotanya sendiri yang membuat plot ingin membunuh beliau sendiri.Beliau terpaksa berbuat demikian kerana mereka bakal menjadi virus yang mampu membinasakan sebuah bangsa dan tamadun yang sedang membangun.


Saya juga mencadangkan agar buku ini menjadi buku teks Komponen Kesusateraan Melayu kerana terdapat unsur kepimpinan,teladan dan nilai-nilai murni yang boleh menguatkan jati diri pelajar-pelajar seperti kata Aristotle, "Sesiapa yang mengkaji seni kepimpinan pasti meyakini bahawa nasib sesebuah pemerintahan bergantung kepada pendidikan para pemudanya."


Persoalannya, Masih adakah pemimpin yang berjiwa murni yang sentiasa kasihkan rakyat seperti Raja Iskandar Zulqarnain pada hari ini? Tepuk dada,tanya selera. :)
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
536 reviews45 followers
August 25, 2022
Tanggapan pertama SH bila tengok buku ni adalah nampak menarik dan nak kena baca cuba sebab belum pernah baca lagi genre ni.

Bila dah baca rasa oh beratnya. Sampai ambil masa 3 4 hari untuk habiskan. Biasanya untuk buku melayu dengan ketebalan macam ni paling lama pun 2 hari je. Tapi sebab banyak yang nak kena hadam jadilah lama.

Sebuah novel yang penuh dengan maklumat dan informasi. Bukan sekadar satu penceritaan.

Watak Alexander dalam novel ni sememangnya satu watak yang gagah, yang hebat dari pelbagai sudut. Fizikalnya, cara pemikirannya, cara bertuturnya, perlakuannya. Semuanya hebat. Sememangnya satu watak yang wajar untuk dicontohi.

Pengembaraan ataupun perjalanan Alexander Agung dapat dipotretkan dengan begitu baik oleh penulis. Keperitan, kepedihan, kegembiraan dan semua emosi semasa perjalanan tersebut dapat turut dirasa. Seolah SH turut sama dalam perjalanan tersebut.

Walaupun buku ni bukan genre kegemaran SH dan pertama kali baca genre ni namun ini satu pembacaan yang penuh bermakna tapi sangat berat menurut SH. Untuk yang sukakan pengembaraan, pertempuran dan sejarah ini adalah satu bacaan yang sesuai untuk anda.
Profile Image for Fey.
238 reviews12 followers
September 14, 2021
"𝘽𝙚𝙩𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙝𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙠𝙡𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙚𝙙𝙖𝙝 𝙩𝙞𝙧𝙖𝙣𝙞. 𝘽𝙚𝙩𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙠𝙖 𝙝𝙖𝙩𝙞. 𝘽𝙚𝙩𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙖𝙝𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙢𝙖𝙠𝙢𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝 𝙟𝙖𝙟𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙠𝙡𝙪𝙠 𝙈𝙖𝙘𝙚𝙙𝙤𝙣𝙞𝙖. 𝘽𝙚𝙩𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙖𝙝𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙥𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣 𝙩𝙞𝙧𝙖𝙣𝙞 𝙂𝙧𝙚𝙚𝙠." —𝘼𝙡𝙚𝙭𝙖𝙣𝙙𝙚𝙧 𝘼𝙜𝙪𝙣𝙜.

This thick book took me some time to finish it, but is it worth it? Yep. Okay, hear me out yeah?

Kita semua kenal siapa Raja Zulkarnain/Zulqarnain yang disebut-sebut di dalam Surah Al-Kahfi, bukan? Tetapi sosoknya yang misteri membuatkan kita semua tertanya-tanya siapakah sosok sebenar Raja Zulkarnain yang disebut-sebut dalam Al-Quran.

Seperti yang disebut di dalam novel ibrah sejarah ini, terdapat dua kem yang membuat kesimpulan sosok sebenar Raja Zulkarnain iaitu, Kem Cyrus Agung dan juga Kem Alexander Agung.

Semasa aku masih kecil, aku berada di bawah kem Alexander Agung. Banyak aku baca pasal persamaan dan ketidaksamaan Alexander Agung dan Raja Zulkarnain. Banyak yang menidakkan, tetapi ada yang membenarkan, jadi aku yang masih berumur 10 tahun ketika itu mengambil keputusan untuk berada di bawah kem Alexander Agung.

Semakin aku membesar, aku berfikir balik. Betul kah Alexander Agung memang Raja Zulkarnain yang disebut-sebut? Aku mula mengkaji dan menelaah segala jenis pembacaan tentang Alexander Agung dan Cyrus Agung.

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk duduk di bawah kem Cyrus Agung pula tetapi dalam masa yang sama, aku masih bingung akan sosok yang memang sesuai dengan Raja Zulkarnain yang misteri itu.

Sehinggalah, aku terjumpa novel ibrah sejarah ini. Sampai sahaja novel ini, aku mula membaca dan tab segala macam fakta-fakta yang aku dapati di dalam novel tebal ini.

Banyak fakta tentang Alexander Agung yang aku tidak ketahui sebelum ini dan sebagainya. Contohnya, pada pandangan ahli pengkaji sejarah, kaum Scythia adalah Yakjuj dan Makjuj yang disebut-sebut dalam Al-Quran.

Dalam novel ini juga, penulis juga menambah scene yang tidak pernah tertulis dalam sejarah pengembaraan Alexander, di mana Alexander diminta tolong oleh Kaum Paraetacia untuk menyelesaikan masalah mereka yang selalu diserang oleh Kaum Scythia (kaum yang mengamalkan kannibalisme). Akhirnya Alexander Agung menitahkan tentera-tenteranya untuk membina tembok yang diperbuat daripada besi panas seperti yang disebut di dalam Al-Quran, di mana Raja Zulkarnain dan tenteranya membina tembok besi panas untuk menghalang kemaraan Yakjuj dan Makjuj.

Aku juga setuju dengan penulis yang mengatakan kebanyakkan ahli pengkaji sejarah Barat, lebih-lebih lagi Yahudi banyak mengubah dan menokok tambah sejarah seperti Alexander mengamalkan polyteism (kepercayaan kepada Tuhan yang banyak) dan bukannya monoteism (kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa).

Bukankah sudah banyak sejarah yang benar lagi-lagi sejarah Islam telah digubal dan ditokok tambah untuk kelihatan negatif oleh mereka (Yahudi)?

Dalam Al-Quran sendiri sudah mengatakan betapa dengkinya ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) terhadap Nabi Muhammad SAW dan orang yang berdiri di jalan yang lurus, jadi aku memang percaya dan sokong penulis dalam hal ini.

After all, only God knows who is the real Zulkarnain and everything that we didn't know. Wallahualam bi sawab.

Apa lagi ya mahu aku katakan? Mungkin tiada apa lagi.

Apa yang boleh aku katakan, aku memang angkat kedua-dua belah jempol kepada penulis kerana berani menulis sebuah nashkah yang sebegini hebat. Terbaiklah! Tabarakallah! Tahniah kerana berjaya menghasilkan naskhah sebagus ini!

Adakah aku akan mengesyorkan novel ini kepada orang lain? Jawapannya, YA! Sebagai pembaca tegar dan peminat sejarah, aku boleh katakan yang ruginya jikalau kalian tidak baca novel yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan yang tidak pernah kita tahu. Minat buku The Song of Achilles? Silalah cuba baca novel ibrah sejarah yang satu ini!

Me ektimisi,
Feyssa.

Rate: 5🌟
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 12 books30 followers
April 5, 2023
Saya sengaja baca novel ni perlahan-lahan kerana tak mahu rasa seronok membaca peristiwa sejarah ini dihabiskan dengan cepat begitu sahaja.

Sejujurnya, pengkisahan novel ini sangat mengikuti fakta mengenai Raja Zulqarnain, ditambah pula beberapa ayat al-Quran yang berkait dengan insan hebat ini. Agak kagum bagaimana penulis boleh garapkan fakta sejarah, fakta ayat al-Quran, tadabbur Surah al-Kahfi yang ada menyebut nama Zulqarnain dan cantuman-cantuman fiksyen seakan-akan masuk ke dunia lain. Beliau juga berjaya menjelaskan dua sisi kajian yang berbeza tentang Raja Zulqarnain.

Cuma saya sedikit ralat waktu membaca dialog watak Zamri dan Zainal di dunia realiti. Penggunaan bahasanya agak baku hingga saya berasa janggal hendak membacanya, tetapi dialog-dialog baku sewaktu zaman peperangan itu sahaja yang saya suka.

Selalu baca novel sejarah tentang Tanah Melayu, bukan? Cubalah baca novel sejarah tentang tentera Islam pula. Cuba baca novel ini, tentunya kamu akan dapat merasai kenikmatan bacaan yang takkan dapat dalam mana-mana novel sejarah yang lain. Memang terasa semangat juangnya.

Walaupun saya rasa janggal dengan dialog baku dalam novel ini, tapi saya tetap beri 5 bintang kerana saya sangat seronok membaca jalan ceritanya sedari awal hingga akhir. Banyak ilmu pengetahuan baharu yang saya peroleh.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews