Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suamiku Si Mata Biru

Rate this book
Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?

“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”

Lalu takdir pun terlukis indah…

James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.

Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual
tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.

I want this guy.

Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?

“Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.”
- James Howards

“Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina

Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?

“ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina

“Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina

Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?

Paperback

First published January 1, 2017

34 people are currently reading
433 people want to read

About the author

Evelyn Rose

5 books312 followers
Librarian Note: There is more than one author in the GoodReads database with this name.

This is Evelyn^^Rose, where ^=space.

As written in her novel:-
"I'm Iman. A PhD researcher in UK. Graduated Master Engineering in Microelectronic in UK. Worked as PTD and involved in entrepreneurship."

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
61 (26%)
4 stars
49 (21%)
3 stars
52 (22%)
2 stars
33 (14%)
1 star
37 (15%)
Displaying 1 - 30 of 44 reviews
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
August 19, 2019
Ini pandangan peribadi. Pandangan kita tak akan sama. Jadi, maafkan saya.

Untuk karya ketiga dari Evelyn Rose, saya sudahi pembacaan dengan perasaan, tak puas. Sangat tak puas.

Saya tidak berniat untuk mengulas mengenai isi kandungan, tetapi secara jujurnya, karya ini kurang menyengat. Tidak ada 'WOW' factor, tidak berniat untuk mengulang pembacaan, tidak ada rasa 'umphh', tidak menganggu emosi amarah, sedih dan sebagainya, tidak ada perasaan turun naik, ianya mendatar, plain, kurang rencah, seakan-akan ini bukan dari novelis terbaik, satu ketika dahulu. Saya tidak gembira.

Soalan serius, adakah novel ini dari kisah benar puan penulis sendiri? Siapa boleh jawab? Been following her IG's for ages, so, dah lama sebenarnya boleh hidu ............... 'something'

Jadi, apabila membaca, saya memang terbayangkan Puan Penulis dan Suami Si Mata Biru itu. Agak terganggu. Entah lah.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
October 8, 2017
**REWRITTEN**

Bukan mudah nak complete pembacaan novel ini. Seperti membaca biography or journal seseorang in narrative form. Why Suamiku Si Mata Biru? Kenapa tidak IRINA sahaja kerana coretan dalam novel ini bermula dari majlis perkahwinan adiknya ke apa..tak ingat, sorry..then umrah followed by interview for PHD. Namun novel ini lebih focus pada apa yg Irina lalui di bumi asing semasa menjalani pengajian di peringkat PHD serta pendapatnya tentang banyak perkara dan juga isu seperti jodoh.

Isu seperti adat dan adab sesebuah negara juga di ketengahkan. Tidak lupa Islamophobia dan institusi sesebuah perkahwinan. But all these jenis yang touch and go tak di beri penelitian except for perkahwinan. The rest macam pakcik2 duk sembang kat kedai kopi.

Kenapalah begini jadinya..It talked about her struggles as a Muslimah, pelajar and unwed lady at the age of 30. Nak kata bersedia untuk single selamanya tapi adakalanya dia juga ingin rasa di cintai dan di sayangi. Wanita mana yg tidak berperasaan begini? Tapi sejauh mana langkah yg di ambil seseorang itulah membezakan pendirian seseorang Muslimah.

1* kerana pengisiannya ada walaupun saya rasa biasa je persoalan dan pendapat yg di ketengahkan namun adakalanya I am in sync dengan pertanyaannya.

Pendapat saya
1. Tudung
Jika orang Islam yg di lahirkan di negara asing telah bertudung sejak lahir or baligh can survived and is surviving there with all those condescending look and close scrutinization from the authority and public, why shd Irina discarded her tudung just so that her mom in law, who was against Islam, get to know her in that manner. Kenapa tak introduce herself as a muslim lady with her tudung on and prove to MIL that she is a muslim lady in every essence. Well, James is around to protect her against harm, if any. Not that the MIL was a psychopath. 😜 As I said bila kita tak melalui pengalaman ini secara dekat, ketakutan kita tentang penerimaan dan pandangan orang lain terhadap kita takkan sama. Only people who faces death at guns pointed to their head may relate well or any other almost death like situations. Jadi maaf author jika saya terlebih menilai tentang issue ini.

2. Marriage
Islam itu mudah dan indah. Tapi semudah itu kah langkah yg diambil hanya kerana niat takut jatuh pada zina. Zina pada hati, minda dan mata, kerja ni dah lama dah dia buat..Makin lama makin kemaruk dan teruk. Adopting nikah misyar in which dia samakan dgn hubungan bebas between man and woman in western countries but in halal way. Mmg ada terangan tentang nikah misyar di negara arab tapi niat dia tak sejajar. Her explanation and her stances on this frustated me. Jika tak persefahaman boleh je bubarkan ikatan itu. Not that she is looking forward to being divorced. Cuma cara nukilan dia sound that way. Kenapa saya kata begini?
~ Right from her 1st meeting with James she was smitten.
~ Bila bertemu tak jaga minda dan mata. Its like mind and eye raping him privately. When I said this I mean it literally. Ada je manusia begini but for Irina, my expectations of her, tentang pendirian dia, sangat tinggi. Tu lah orang kata dont expect too much from human cos u will end up disappointed. Harsh, am I?
~ Nikah dirahsiakan dari sahabat2 sehingga mereka salah sangka kerana baginya it between two people in love why shd hebahkan when they are not ready. Well dalam Islam, bukankah nikah harus di hebahkan? Dia biarkan diri di fitnah dan honestly is this something to gloat about in person when people misunderstood your relation with James? Kerana dosa orang yg memfitnah tu tak jatuh pada dirinya? But Irina did it intentionally. Question is why encouraged those fitnah? To me simple..hebahkan even without kenduri then terserah pada mereka whether to believe it or not. In a way u have already done ur part.
~ As soon as they reach home after nikah..betul2 macam minah ni tersangat GERSANG. Dah lama merenyam cuma tak nampak sahaja. She made the moves as soon as the door closed. This topic turned me into makcik2 typical yg kuat mencarut..Seriously cant help it.
~ Dari sini alone, she made it so obvious that her marriage is because of nafsu. First u said it..then follow thru action.

Dalam novel ni..Irina seems like minah lalang. Cakap lain, buat lain dan fikir pun lain. Im not saying that she was stupid cos obviously she's not. Tapi tindakan dia nampak lebih bodoh dari tahap pengajian dia. Saya tak rasa apa dia rasa. Namun saya percaya setiap tindak tanduk yg di ambil dia telah berfikir dengan teliti melalui nukilan author dan mungkin dia ada sebab2nya tersendiri and I respect that.
Dan saya juga antara setuju dan tidak dengan pendapat makcik2 dia yg berkata dia sombong atau angkuh sebab berpelajaran..eventhough I know sebenarnya dia tidak begitu but she seems to potray that personality well. Kerana apa, makcik2 ni semua geng gossip dan sindir menyindir..Lihat saja cara dia layan sahabat2nya. Terlalu memilih tanpa sedar. Boleh relate on this tapi sejauh mana.
Honestly, if Irina seorang yg begitu tulus dan jujur herself, she will understand others better & lebih mudah bergaul. In a way I found that she was just as hypocrite as the rest.

Nak review lebih2 pun susah..saya tak boleh cari perkataan atau ayat yg sesuai nak describe Irina serta pendapat Irina dengan lebih tepat dan tanpa prejudice. Maaf author..honestly this novel is a flop compared to the other two. Mungkin jika ia di publish in biography form or cara Mat Luthfi..I am able to accept it better.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
June 5, 2017
-_-

Saya banyak buat lompat kijang untuk menghabiskan naskhah ini. Jadi maafkan saya andai banyak hal yang saya terlepas pandang...

Ini kerana banyak faktor yang mengganggu bacaan saya. Saya tak ingin sentuh hal pengisian, ya sedikit sebanyak pasti ada pengisian yang boleh kita ambil jadikan iktibar... tetapi kali ini saya terpaksa angkat tangan kerana seringkali terganggu dan tidak dapat lari daripada membayangkan watak heroin adalah diri penulis sendiri.

Sangat ketara!
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 31, 2017
Lain sgt gaya penulisan kali ini. Agak sukar CP nak terima. Seperti membaca jurnal penulis sendiri dengan suaminya yang bermata biru.

Apa2 pun tahniah kepada Puan penulis. Moga dapat membimbing suami dan sama-sama belajar alam rumahtangga. CP doakan semoga kalian dikurniakan anak-anak yang comel dan bahagia sehingga ke Syurga. 😍
Profile Image for Nurul Amirah.
109 reviews4 followers
May 24, 2018
Ok firstly,lega sudah rase bile dpt habiskan novel ni,lame gile tangguh and kalo tak baca tak best pulak sbb org hadiahkan as birthday present.
Yup i am a big fan of her 2nd novel.but this one really bring me down.baca tajuk n sinopsis novel pon dah tau pasal siapa.and yg paling keciwa,penulisan mcm amatur sgt.tak mcm the previous novels.
Warning : spoiler alerts.

Memula baca kisah pasal wedding adiknya dan pasal keluarganya yg rasenya tak perlu diceritakan langsung kot.dan promoting her mother’s products really not a profesional move i think.
Then berkisar pasal cerita org burukkan dan pandang rendah keluarganya also not supposed to be there.
Then etc etc pasal dia cantik,suami kacak,senyum menggoda etc etc,really?arghh so frustrated when i had to read those lines over and over again.
Cerita pasal nak cegah maksiat tp i cant help to cringe when i read about her n james dating period.
And nikah misyar sbb nak menghalalkan hubungan kelamin?dan cerita pasal malam pertama?i literally doing this 🤦🏻‍♀️.we sold this novel for public reading then no wonder ramai datang with teen pregnancy nowadays.hurm,takkan sebab menikah sebab tu je.dlm fikiran takde mende lain ke.
Dan bukak tudung sebab tak nak dipandang pelik oleh masyarakat.idk about you but hukum tuhan tetap sama dimana shj bumi Allah kite berpijak.and im proud wearing my hijab everywhere i go.maybe im not living in uk,but whoever react to muslim the same way pengebom berani mati buat,mentaliti mereka sama.tp,aku rase bkn alasan utk bkk tudung sbb nak jumpa mak mertua for whatever it is the excuse.i think,kalo dia pki tudung lg bagus,tunjuk yg u tegas dgn pendirian you,bkn lalang ikut suka hati decide nak pakai tudung or not.i cant help to give this novel a star only cause,bg aku walau sebanyak mana anda letak ayat Quran tapi sgt bercanggah dgn penulisan anda.
Dan apetah lg bile follow your ig currently.im not going to kecam cause she decide for not wearing hijab right now but,i am really sad sbb ia berlaku slps dpt kejayaan dan berkahwin.cant help to relate with your real life. 🤷🏻‍♀️

So not worth buying it.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
September 28, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Honestly, N sangat terkejut bila novel ini received a lot of flak by many reviewers sebab this is by Evelyn Rose! Disebabkan itu N sedikit teragak-agak sama ada untuk beli or just remove it from my to-read shelve.

I decided to buy it anyway because it was on sale.

I understand why this novel received the (mostly negative) reviews that it did.

N setuju dengan sesetengah pembaca yang mengatakan it is more like a journal, a diary. At times N tertanya-tanya juga, apa jalan cerita sebenarnya ni?

Permulaan cerita tentang dia bercuti di kampung dan kemudian pergi menngerjakan Umrah bersama keluarga, those were not interesting at all. At that point, ia membuat N tertanya-tanya, is there a point to all this?

I only started to enjoyed reading it selepas kembalinya Irina ke UK. To me, that is when the story really begin.

Yes, it is a little bit like reading kisah hidup penulis, seperti membaca diari penulis. But you know what, I like it. It felt personal. But the downside is that, cerita ini tiada klimaks dan tiada penutup yang pasti. But I think that's what the writer is trying to tell her readers, and perhaps her own family members, that her life and her life with her blue-eyed husband are still on its journey. Ia masih belum ada pengakhiran yang pasti.

Maybe it will have a happy-ending. Maybe it won't. In the meantime, Irina dan James akan terus cuba untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka.

I understand the gripes that most readers feel while reading this story. N juga at times merasakan ia agak monotonous dan tak exciting. But personally, I didn't think it was as bad as I thought it would be.
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
September 21, 2019
First of all, I apologize if apa yang I review ne tak dipersetujui from other readers and the author. I was really frustrated the whole time I baca novel ne.

From start to finish, I found that I tak setuju dengan MOST of the main character's thoughts and actions... especially berkenaan dengan kahwin Misyar ne. Kadang-kadang I rasa, apa yang difikirkan oleh watak, tak sync dengan perbuatan dia.

I don't really know apa hukum nikah misyar yang sebenar-benarnya sebab I read in a book by an Indonesian scholar that perkahwinan ini tidak boleh dilakukan... though I'm not really sure sebab kat Indonesia banyak mazhab... but I do know that all four maddhab memang sebulat suara mengatakan kewajipan seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri. Dengan cara pernikahan misyar ne, banyak kewajipan seorang suami telah digugurkan, especially nafkah dan keperluan isteri... I don't feel the institution of marriage in this type of marriage... Nikah ne like bertujuan untuk satu benda sahaja which is hubungan batin. Their first night tu made me sangat-sangat terganggu. Seems like Irina dah naik miang sebab tu dia nak kahwin.

Also, I hate that Irina tak hebahkan the fact that she got married sebab perbuatan dia tu mengundang fitnah dari community dia kat sana tu. Seriously... the novel ne tak mengambarkan keistimewaan suatu pernikahkan other than menghalalkan yang haram tu je kot.

I don't know pengajaran apa yang ada dalam novel ne sebab for me, instead of the hubby terikut cara-cara dan jatuh cinta dengan Islam, I rasa Irina pulak yang terikut-ikut jadi Western. Pendirian Irina pun macam dah terbasuh dek pemikiran suami yang "brilliant" dan banyak pengalaman hidup tu. For me, most of Irina's action lebih hasil dari turut perasaan gersang dengan suami omputih dia tu.

and I'm so against liberalism in Islam and from the way I see it, the main character is just that.

Ending tergantung... entah hape-hape.

Such a disappointment for me considering how much I LOVE her first two novels.

I'm not recommending this book to those yang fikir banyak macam I... For those yang baca untuk baca babak manis-manis, I guess ok la...

Sinopsis:

Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?

“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”

Lalu takdir pun terlukis indah…

James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.

Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual
tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.

I want this guy.

Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?

“Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.”
- James Howards

“Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina

Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?

“ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina

“Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina

Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
November 8, 2022
Honestly… I have a lot of issues with this book.

This is the second book I read written by ER and I am very much disappointed with it. The beginning was nice, but entering after 1/4 of the book, it totally went downhill. I can’t even count the amount of times I cringed while reading.

1. Too much fillers all the way towards the end, plot development is way too slow. I skimmed through most of the pages and still nothing changed. 🧘🏻‍♀️
2. Endless grammatical errors — like why? I know this is a malay novel but the setting is in a foreign country. The least thing to do is ensure the tenses are used correctly.
3. When the FML is willing to make a drastic (or rather desperate) decision just so her MIL like her? Now that’s something that I don’t agree with.


I have to agree with the readers. It does feel like a diary that gets extracted rawly then published as a novel.
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
November 20, 2017
Finally, dapat juga menyudahkan buku ini setelah sebulan lamanya pembacaan dimulakan. Itupun sebab saya ada banyak skip selepas melepasi ¾ isinya. Maaf, tapi untuk buku penulis kali ini, saya benar-benar tidak berkenan baik dari segi gaya penulisan mahupun pengisiannya.

Gaya penulisan yang digunakan sangat hambar. Telalu banyak monolog dari Irina. There was more telling than showing. Jadi saya rasa buku ni more kepada journal. Maybe lebih sesuai kalau guna pendekatan POV1. Bercakap pasal POV, untuk buku ini, penulis menggunakan unlimited POV3 yang mana sangat annoying bagi saya. Ini salah satu sebab kenapa saya rasa jadi malas membaca kerana fokus dan feel membaca itu mudah hilang apabila sudut penceritaan cepat sangat bertukar. Sekejap Irina, sekejap James, Andrew dan Nedim. Ayah dan mak Irina lagi. Dari sudut Najlaa dan mak cik Irina pun ada. Hesy. Rasanya cukuplah dari sudut watak utama saja. Lepas tu banyak perkara yang berulang terutama part Irina dan James berbalas mesej. Mesej yang sama ditulis dua kali. Semasa dikirim dan semasa diterima. Rasanya ada saja cara untuk mengelakkan mesej itu diulang tulis.

Pengisian buku pula. Rasanya agak lantang ya, puan penulis menyuarakan pandangannya. Tulis macam tak tengok kiri kanan. Sebab bagi saya, terlalu banyak perkara sensitif yang diketengahkan dalam buku ini. Isu yang dibawa bukannya isu ringan tetapi melibatkan pelbagai agama, budaya dan gaya hidup pelbagai masyarakat. Skop yang diambil pula bukannya kecil atau merujuk kepada seseorang individu, tetapi membawa nama Malaysia, UK, Korea, etc. Dan sedarkah puan penulis bahawa bukunya ini dibaca oleh pelbagai kaum dan agama di Malaysia? Kalau tidak tahu, mari saya beritahu. Di Borneo contohnya, ramai saja non-Muslim yang membaca novel Melayu ini, ya.

Saya terbuka dan faham bahawa penulis perlu menyentuh soal agama, budaya dan gaya hidup kerana Irina dan James sememangnya berbeza. Tetapi tak perlulah sampai membanding-banding. Fokus sajalah dengan Irina, James dan keluarga atau rakan-rakan terdekat mereka. Sebab agak sensitif kot. Baru tahu, rupanya di Malaysia ni orang Muslim takut dengan orang non-Muslim. Betulkah? Di UK pula orang Muslim takut dengan non-Muslim. Sampai tengok lambang cross pada rantai leher Anna pun, Irina sudah takut. Irina ni perempuan terpelajar, rasanya dia sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan tahu bahawa pegangan agamanya tidak sesekali tergugat dengan hanya memandang rantai berloket coss yang dipakai oleh Anna itu.

Rasanya banyak lagi yang ingin saya sentuh, tapi tak apalah. Malas pula nak cakap lebih-lebih. Tapi yang pasti, kalau buku ini ada sequel, memang saya akan berfikir seribu kali sama ada mahu beli atau tidak. Akhir kata, saya tidak berniat apa-apa, cuma agak kecewa dan sedikit terkilan. Maaf, kalau ada tersalah atau tersilap kata. Peace :)
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
April 4, 2021
Tak pasti kenapa ramai berpendapat novel ni teruk. I really enjoyed it. Sebab utama suka ialah heroine dia kuat dan berpendidikan tinggi. Irina ada adik penagih, tidaklah kaya dan dulunya gempal serta berjerawat. Dulu bekas PTD, berumur 30 dan sambung PhD. Bijaknya dia ni yang juga merupakan penulis itu sendiri.

Ada kata novel ini banyak cerita tentang pendapat peribadi. Memang ada, tapi tak adalah sampai tak nampak langsung jalan ceritanya.

Saya suka sangat bila dia bercerita tentang PhD, sebab relatable dengan master saya. Darah tinggi dibuatnya. Suka juga tentang realiti jadi anak menantu. Gemuruh Irina untuk bertemu mertua sama macam gemuruh saya. Betul-betul realistik. Tak ada fantasi yang sekali jumpa, mak mertua betul-betul sayang macam anak sendiri. Novel yang ada cerita betapa gembiranya mertua terima menantu macam terima ratu agak merepek. Dalam novel ini, tepat sekali perasaan yang dialami Irina.

Paling suka, proses kenal James, perhubungan dan prosedur kahwin dengan James. Makes me go, "Oh macam tu rupanya."

I learned a lot from this novel. It made me travel across country borders, languages and culture.
Profile Image for CrystalGrey.
143 reviews15 followers
May 10, 2017
ceritanya penuh dengan ilmu dan.. lebih kepada diari perjalnan kehidupan di negara org.. byak perbezaan dan perbandingan yg cuba di ketengahkan disetiap tempat dan org yg diketemu.. tapi knp ceritanya cam x habis.. mungkin akan ada sambungan.. harap james dtg Malaysia ..cam ner irina hadapi perubahan budaya begitu juga James perlu rasa... tp kene tunggu lagi brape lama..

Pasal kesukaran menghadapi kehidupan membina Sebuah PHD... terlalu byak kali di ulang.. boleh mematikan mood. sorry.

Buku ni seakan tiada klimaks nyer.. mendatar... tetapi grey masa ada rasa ingin tahu apa akan jadi dengan percintaan dua benua ini....
Profile Image for Qayiem Razali.
890 reviews85 followers
May 2, 2017
#35

Tamat sudah menelaah karya ketiga daripada penulis Evelyn Rose. Saya kira ini merupakan kemunculan yang sangat dinantikan kerana pada hari ketiga saya hadir ke pwtc, naskhah ini licin! Jadinya, mari saya review sedikit kisah Irina dan James ini.

1. Pabila melihat tema tentang novel ini, saya agak resah sedikit. Berkaitan perbezaan agama antara hero dan heroin. Kalau tersilap informasi, mahu mendatangkan bahaya pada pembaca. Tapi.... ternyata Evelyn Rose sungguh teliti dalam menulis kisah ini lebih-lebih lagi pabila hero dan heroin berbicara tentang agama.

2. Tidak mahu membandingkan dengan dua karya terdahulu (sebab lupa jalan cerita), saya kira karya ini karya matang. Matang dari segi plot penceritaan dan lenggok bahasa. Diselitkan tentang apa itu PhD, juga bagaimana berbezanya Islam di Malaysia juga di bumi UK membuatkan karya ini saya kira karya yang punya "ilmu".

3. Cumanya, tidak tahu mengapa untuk karya ini ianya seperti anti-klimaks. Apakah kerana tidak adanya perkataan "TAMAT" menjadikan kebarangkalian kisah Irina dan James bakal diteruskan? Dek kerana itu, saya kira naskhah ini seperti sebuah diari, yang menceritakan perjalanan hidup Irina di bumi asing demi mengejar cita-cita lalu bertemu dengan si mata biru.

4. Walau apapun, naskhah ini masih boleh dihadam kerana penulis menyelitkan beberapa potong ayat al-Quran untuk mengingatkan kembali kepada pembaca apakah Islam yang kita bawa, sudah cukup Islam?

Tahniah buat Evelyn Rose di atas kelahiran naskhah ini. Teruskan berkarya!
65 reviews13 followers
January 16, 2018
I have read many reviews some good, some bad but each one of us have our very own opinion.

To me this is the most truthful book so far written by the author aka Evelyn Rose.

Suamiku si mata biru is somewhat of a autobiography of the author herself being alone in faraway land, alone only with few friends and meeting James a non conservative Englishman who love to date Asian and who travel extensively with lots of experience

The critics many not know that the author is using a translation so there tends to be some misleading words that is difficult to explain.

Only those who have been studying abroad alone would be able to relate on the author feeling as being label as those who leads to aggression & mind you the author is doing her PHD thus there are not so many student in this level least who's doing master

Good to know that James tried to be a good Muslim during Ramadhan and still trying and that the author are teaching him step by step and not by force.

Islam is a beautiful religion.

I do hope your marriage will last to Jannah and hopping to see few little wan & james in the near future
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
May 8, 2020
Memang cinta itu sebuah perjalanan yang sunyi pada mulanya tetapi bakal bertemu kemanisan pada waktu yang diizinkan Dia.

Bagi aku, SSMB ada keunikan tersendiri dan berkisar tentang pengalaman dan pemerhatian penulis sepanjang mengharungi hidup ketika berada di bumi England. Bertemu pula dengan suami yang bermata biru. Perbezaan budaya dan agama menguji kekuatan cinta mereka. Dan aku menunggu sambungan kisah Irina dan James sementelah buku ini tiada kata Tamat di akhirnya. (penulis cakap akan ada sambungan)
242 reviews11 followers
July 21, 2017
siapa yg baca mesti terkejut karya Evelyn rose yg INI. lebih kpd journal. lain org lain citarasa. citarasa saya mcm pembaca lain review.
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
August 11, 2017
Ramai yang tak suka, tapi aku suka novel ni.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
February 27, 2022
U need to be open minded to read this.. its literally about mat salleh and Muslim woman and how they try to built live together… superb on the information on each country dia pergi..sgt informative on how people leaving there and byk sharing islamic quote…baca buku ni ko nampk effort writer yg sgt details…
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
August 10, 2022
Most mature love story ever. I love it! Love the name Irina too. Both the characters are very understanding and tolerant towards each other. It’s nice to see their relationship grow towards marriage.

Most non-problematic couple and book that I know. Reading this soothe away my headaches and heal my soul. It’s that good. 👍🏼
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
January 12, 2025
Best.. banyak ilmu baru yang dikongsi. Dan ada petikan ayat al-Quran juga. Sesungguhnya, jodoh, rezeki, ajal dan maut itu memang benar rahsia Allah. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya. Dan takdir itu boleh berubah dengan usaha dan doa yang tidak putus kepadaNya. In shaa Allah, aminnn.
1 review
August 2, 2018
buku ni berlainan. tidak seperti buku kisar kayangan biasa si penulis. tapi kata penulis sendiri, ramai yang meminta carita 'sebenar' dan lebih kepada realiti dan beliau cuba menulis kisah sebegitu tanpa perlu banyak menokok nambah klimaks sdbg. semata-mata mahukan ia seperti sebuah roller coaster.

baca buku ni, aku dapat rasa sepi sebuah penantian mencari cinta. kadang sepi tu buat yang melihat bosan, tapi yang merasa bagaikan hanya menghitung hari. hari ke hari. dan hari ke hari. ramai yang mahukan realiti tapi bila diberi realiti sebenarnya tidak mahukan reality. people wants drama not a story. but for me I appreciate the story. it is still a love story. an honest one. you dont have to complicate a love story just to be happy in it. and there is no sure say if the main characters will be happy every after. nobody knows until the end of life.

so aku bagi 5 star sebab penulis jujur dgn cerita. cerita ni lain dari yang lain. dan penulis berani ambil risiko gunakan teknik penceritaan berlainan dari dia biasa buat, dan voicing out her perception on things and what UK has taught her. I love it.

Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
March 12, 2019
Oh, my. I hope this wasn't inspired by the author's own personal life (as hinted by many of her followers). If so, she's truly one horny woman.
Regardless, the narrative is still terrible (overall).
Banyak sentuh isu sensitif tanpa ilmu.
November 20, 2025
Saya tidak berapa mengingatinya sama ada sudah membaca novel ini, biarpun saya yang membelinya.

Cuma emak saya yang mengesahkan sudah membaca novel ini, dia sangat tidak menyukai novel dan jalan ceritanya terutamanya ketika watak utama perempuan mahu bertemu dengan keluarga mentua.

Wataknya bertudung tetapi demi bertemu mentua, sanggup memakai rambut palsu dan sesuatu di lehernya. Melambangkan penulis novel ini sememangnya liberal dan boleh diagak dari ketiga-tiga novel tulisannya yang dibeli.

Lagipun novel ini berdasarkan pengalaman sendiri penulis, sememangnya penulis belajar di UK sana dan menetap terus di sana. Karya penulisan beliau mesti ada berlatarkan belajar di luar negara ataupun ke luar negara.

Entah mengapa masa itu saya membeli novel ini, adakah kerana tertipu dengan ringkasan cerita di belakang novel ataupun terpengaruh dengan lambakan novel cinta picisan masa itu?

Demi memastikan sama ada saya pernah membacanya ataupun tidak, terpaksalah membaca terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari almari buku dan diketepikan. InsyaAllah ianya bakal dibuang sekali dengan kedua-dua lagi novel penulisan beliau suatu hari nanti.
27 reviews1 follower
October 15, 2022
i give 2/5
sumpah buku ni cam mendatar pastu an dia cam bosan then ending dia Yaallahhh tergantung ye sbb dia tak bgithu lagi mak mertua n mak dia pasal dia dh kawin n james tu aku camm nk gak ah tengok reactionmak dia an sbb james tu bkn islam pun pastu dia convert islam sbb mak james rsnya dia tak suka tapi tah la ..pastu an aku x rasa blushing atau pun apa ii lah aku rasa mcm buku ni plain au ..menyesal gak beli nasib murah hmm..lagi suka 13 jam tu
Profile Image for Mazlinita Ramly.
4 reviews
May 24, 2017
Karya penulis ini pada kali ini tidak sehebat karya2nya yg terdahulu & basically ada beberapa pendapat atau penulisan di dalam novel ini yang tidak berapa saya setuju. Novel ini juga seolah- olah membayangkan jalan kehidupan penulis ini sendiri (berdasarkan pengamatan di instagram penulis)

Akhirnya kata, Islam itu indah dan mudah.
Profile Image for Adibah(whatdibsread).
315 reviews9 followers
July 28, 2020
Ok. Tak sangka karya dia turn off sampai macamni. Mmg Tak expect langsung. Sinopsis Tak sama dgn buku. Novel tergantung,langsung Tak cerita pasal apa yg jadi bila family Irina tahu pasal perkahwinan mereka,sedangkan dekat sinopsis ada sikit. Maybe Ada next book la kut.
Buku dia yg lain jauh beza ya,xpernah saya baca novel melayu amik masa seminggu.
3 reviews
August 6, 2017
Overall sgt kecewa! Menyesal sbb x baca review sebelum beli. Sbb expectation tinggi sgt sebelum beli. 2 buah novel sebelum ni sgt bagus tp yg latest ni mcm penulis bagi gambaran ttg kisah hidupnya sendiri.
1 review
December 23, 2017
This novel is good overall and doc.evelyn rose has never dissapointed her readers.So,I know she will always do her best in her writings cause I do believe in her potential.Her story always remind us to the faith of life and makes us to be closed to our creature who is the one and only-Allah S.W.T
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
May 12, 2018
to be honest ..

oreo x berjaya nak khatamakan cter ni..
setuju ada cakap cter ni mcm diari..
sedaya upaya nak bce n cari plot2 yg best.
xde.. semua rase mendatar jer....
so terperosok laa buku ni di bucu katil
Displaying 1 - 30 of 44 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.