Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mr. Delicious

Rate this book
Semua, atau tak payah langsung!

Beberapa tahun lalu di zaman sekolah menengah…

“Oh, jadi kau stalk kita orang, ya? Boleh tahan pervert juga kau ni, ya…” – ZARAA

“Ya, aku memang dah lama stalk korang semua. Sekolah aku kat sebelah aje. Sebenarnya aku jealous sebab aku nampak korang bertiga ni selalu aje happy-go-lucky. Aku pula jenis yang susah yang nak cari kawan. Errr, lupa pula aku nak kenalkan diri. Nama aku Aiman.” – AIMAN

Bermula dari zaman sekolah itu, Zita, Zaraa dan Fina semakin rapat dengan Aiman yang mereka gelar sebagai Mr. Delicious.

Konflik bermula bila Aiman mula jatuh cinta. Bukan seorang, tetapi dia jatuh cinta kepada ketiga-tiga sahabatnya.

“Kau memang tak berhati perut, Aiman. Suka mempermainkan perasaan kita orang!” – ZARAA

“Kau takut Aiman tetap takkan terima kau? Kau takut untuk terus percayakan cinta lagi? Dan kau takut kau takkan jumpa jodoh kau lagi?” – ZITA

“Okey, okey, okey... Sebelum kita balik KL, jom kita janji... Kita akan kekal BFF dan anggap Mr. Delicious tu macam abang kita aje, sampai bila-bila, janji?” – FINA

Namun, hadir pula Melina di antara mereka menyebabkan kehidupan sahabat-sahabat itu tambah huru-hara. Apakah Aiman si Mr. Delicious terpaksa memilih Melina demi menjaga hati ketiga-tiga mereka?

Siapakah yang berjaya merebut hati Mr. Delicious dan apakah ada di antara mereka yang bakal berputih mata? Nikmatilah kisah persahabatan dan percintaan Mr. Delicious bersama gadis-gadis di sampingnya dari Kuala Lumpur sehingga ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

500 pages, Paperback

First published April 1, 2017

2 people are currently reading
31 people want to read

About the author

Marissa

27 books89 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (17%)
4 stars
1 (3%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
8 (27%)
1 star
14 (48%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
July 11, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Sebelum review ini bermula, N nak mohon maaf terlebih dahulu because this is going to be brutal


Rasanya novel ni lebih sesuai jika dinamakan 'Ada Apa dengan Aiman?' kerana sampai ke penghujung cerita, N masih lagi tercari-cari celah mana yang delicious-nya si Aiman ni.


N tak tahu lar berapa umur semua watak dalam novel ini tapi N anggap mereka at least in their early-20s memandangkan semuanya sudah mempunyai karier. Tapi pertuturan dan pembawakan diri tak melambangkan usia itu langsung. N rasa orang muda dalam usia 20-an dah takdanya nak guna ayat seperti 'Aku dengan dia dah couple', 'Kau kan BFF aku' melainkan mereka tak sedar diri dah tua tapi masih menggunakan lingo budak masih belajar.

Mr. Delicious adalah satu kisah yang teramat shallow sehinggakan tiada langsung take-away value. Mudah sungguh rasa cinta itu beralih arah. Boleh pulak seminggu cinta dengan BFF A, tak menjadi boleh pulak cepat jatuh cinta dengan BFF B, lepas tu BFF C. Nak lepaskan stress, pergi shopping. So typical. Yang lebih pelik, boleh pulak ketiga-tiga kawan baik ni nakkan si Aiman tu. Seriously, why would you mengharapkan seorang lelaki yang berpaling arah lebih cepat dari Malaysia bertukar cuaca dari panas ke hujan?

Jujur N katakan, N tak percaya Marissa yang tulis novel ni. Yes, I am aware that the material is given to her and she works around that given material. Tapi, her writing signature takda langsung dalam cerita ini. Ia seperti ditulis oleh penulis amateur kerana semuanya kaku dan choppy tapi diletakkan nama Marissa sebagai pelaris.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
December 5, 2017
From drama to novel. Originally from scriptwriter then was rewrote by Marissa. Saya tak tengok drama ni dan saya tak suka novel ni. And I dont blame Marissa sebab novel ini bukan baby dia.

Di akhir cerita kira 3 BFF and Aiman proposed berpoligami. So meh je. Apa yg cuba scriptwriter sampaikan?

1. Its possible for Aiman to fall in love with 3 women at the same time?
2. Its okay for all the BFF to fall head over heels with Aiman? Ni biasa terjadi. But nak berpoligami? Sanggup ke?
Honestly, mmg saya pernah bayangkan situasi begini...but its difficult to share. Pasti cemburu dan mlm2 bila tunggu giliran terbayang2. That being said, Im not against polygamy though. Polygamy sunnah Nabi but cara dan asbab sekarang kebanyakkannya dah takde ikut sunnah lagi. Nak kahwin lebih je sebut sunnah. Hish..part ni sesiapa saja boleh meroyan, sentap dan argue..nanti ada yg kata jodoh lah, takdir Allah lah..paling penting tak redhalah. 😠😠 Terima sahaja ketentuan-Nya. Suami kita milik Allah..so its okay to share lah. Ni lah pandangan yg saya dapat dari pihak lelaki dan isteri kedua. Ketiga dan keempat biasanya tak banyak bunyi..😂😂😂
3. BFF ke ni? Kenapa sampai teruk sangat. Sedangkan awalnya bergaduh sebab merebut seorang lelaki? Then enter Melina dan Farouk belum termasuk lagi campur tangan Dato' dan Datin. Betul ke boleh bermadu? Fikirkanlah..Aiman pun..tiga2 dia nak bolot seorang sebab kasih sayangnya rak berbelah bagi pada 3 dara ni.
4. Aduhai..perangai watak2 ni..lemau habislah. Umur berapa sebenarnya ni? Hish...

Honestly, novel yg paling kalut dan serabut sekali. Saya lebih rela tengok Madu 3 cerita P Ramlee dari ni. Cinta itu buta. Yg matang pun boleh jadi budak2. Yg baik boleh jadi jahat..Yg pandai pun boleh jadi dungu.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
November 4, 2019
Akhirnya berjaya jugak aku habiskan buku ni. Walaupun banyak kali jugak aku rasa nak lempar je buku ni. Memandangkan aku beli buku ni pakai duit jadi aku hadap jugaklah sampai habis. Aku tak salahkan penulis sebab ni bukan hasil karya dia, ni adaptasi dari drama. Tapi kalau macam ni lah hasilnya, bagi aku drama ni memang drama sampah. Mungkin agak kasar tapi memang mengarut pun jalan ceritanya.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
Read
May 19, 2017
lesson learnt the hard way...

just because i like the author, i bought the book without hesitation. at 3/4 of the reading, mai pointed out that this an adaptation of a drama to novel.

so not my cuppa tea. n the ending..... i honestly have no words for it.

but hey... this is just my 2 cents... dont judge a book by my review coz i tell it how i feel it coz that is me n my 2 cents. *peace*
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 5, 2017
hmmmmm.... camna nak kata ya. sebelum ni kalau nampak nama gah MARISSA memang tak pernah ada rasa kesal dan bukunya pun memang puas hati baca. kali ini, rasa macam lain, lain sangat. serasa tak seronok sungguh sepanjang pembacaan. ya, faham. buku ni adaptasi drama ke novel tapi, entahla. kalau drama mungkin menarik..

feel amat kurang, kot akak jer la yang rasa. mungkin pembaca lain suka kisah pantas sebegini. penyampaian pun seperti agak tergesa-gesa.. zaara, zita dan fina. tiga orang sahabat baik yang berkongsi segala suka duka dalam kehidupan. Punya lagi seorang sahabat baik, aiman yang juga mereka gelar mr. delicious. cuma sekembali aiman ke malaysia, seorang demi seorang dari tiga bff itu mula berubah hati. mampukah mereka bertahan dengan janji lama?. Siapakah pula melina yang menimbulkan perasaan bersalah pada aiman?. Farouk pula?..

Maaf, itu saja dapat akak simpulkan. Akak lebih suka puan penulis marissa yang punya idea dan kreativiti sendiri tanpa perlu dibayangi idea orang lain.. Rindukan karya marissa yang menusuk jiwa!
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
June 8, 2017
Penceritaan yang santai daripada Marissa. Tiada konflik yang rumit. Hanya kisah tiga orang wanita yang tergilakan seorang lelaki. Tiada impak. Bosan.
Profile Image for Iman Nadia.
53 reviews5 followers
January 5, 2022
Really not my cup of tea. Entahlah, serius tak masuk. However since I know this is not originally idea from Marissa itself, I don't blame her for this.

Dari awal rasa macam cringe. Itu tak apa lagi, tapi until the end watak Aiman is so selfish. Dah tahu sayang tiga² masih nak try couple, ajak kahwin so on. Pulak tu dengan Melina. Aku tak faham. Serius tak suka watak Aiman.

Three besties? Aku tak tahu umur mereka apa tapi childish. Mereka mungkin sekepala tapi bagi aku terlampau macam budak². Kata dah banyak pengalaman dengan bekas² kekasih, takkan masih lagi dengan sikap childish? Bukan ke pengalaman mematangkan seseorang?

Watak dalam story ni banyak. Aku tak dapat nak kejar. Simple as that bertukar boyfriend. Mudahnya berubah hati. Cerita ni fast pace tapi bagi aku lemau sangat. Aku tak boleh carry till the end tapi tetap baca sebab dah beli.

Mr Delicious tu Aiman. Tapi bagi aku, takde kaitan pun Aiman dengan Delicious. Yes, it just a nickname tapi tak kena. Idk but that's my pov. Baca tajuk, ingatkan something different tapi nahh tajuk menarik tapi cerita tak.

This story is one different from Marissa other books. Novel ni ditulis semula berdasarkan drama. Entahlah kalau baca novel kecewa, drama tak pasti. Mungkin menarik tapi tak suka juga dengan Aiman. No hate but for me, Aiman ni idk how to describe. Even at the end they choose polygamy, they won't happily ever after. Berantakan tu akan berlaku lagi dan lagi. Lagilah semua dah BFF, the cycle will going on and on.

Anyone who wants to read this story, you're welcome but don't be affected by my review. This is my pov and yours might be different. Sorry to the writer and other who involved in this novel/drama, this isn't my cup of tea.
Profile Image for Siti Raudhah.
168 reviews10 followers
Read
July 1, 2017
Tak mampu nk baca... takut dinding jadi mangsa..speechless... n o rating at all
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
September 26, 2023
Saya beli novel ini dulu sebab penulisnya ialah Marissa. Pada saya, ini adalah naskhah penulis yang paling teruk pernah saya baca walaupun bukan idea asal Marissa. Adaptasi drama ke novel yang menghampakan dengan kisah yang tak best. Lucky me, saya tak tengok pun drama ni di tv.
Watak Aiman, Fina, Zaraa dan Zita semua umur berapa ya? Rasanya mereka dalam lingkungan akhir 20an tapi perangai tak semenggah mana. Menjengkelkan lagi adalah, macam perangai budak-budak pun ada juga.
Dari mula saya baca dah rasa bosan. Stop banyak kali, skip pages lagi. Saya langsung tak faham kisah di Las Vegas yang ramai mat salih beratur untuk dapat queue to date the girls.
Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita tidak kena dengan citarasa saya. Garapan dan olahan pun kurang mantap dengan gaya bahasa yang susah nak faham apa yang cuba dipaparkan oleh penulis.
Epilog tak lucu pun. Aiman kahwin dengan tiga orang BFF sekaligus kerana Aiman tak nak berpisah dengan mereka. Camne tu? Poligami yang tak masuk dek akal.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.