Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pak Cik Kerek Semanis Pavlova

Rate this book
Kehidupan Ajda Sajidah, peniaga manisan pavlova yang dulunya baik-baik saja berubah selepas dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya. Dia tidak pernah menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti Megat Talhah.

“Lain kali, berjalan tu tengok depan.”- Megat Talhah

“Errr, maaf Encik Megat. Saya tak sengaja.”- Ajda Sajidah

“Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja.”- Megat Talhah

Pertemuan antara Ajda Sajidah dan Qisya, sahabat ketika di universiti kembali menceriakan suasana. Kehadiran Ajda Sajidah dalam hidup Qisya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai orang kelainan upaya.

“Kahwin dengan pak su aku. Jadi mak su aku.”- Qisya

Permintaan Qisya agak sulit diterima, namun dia pasrah. Demi kebahagiaan sahabatnya Qisya, dia sangggup berkorban. Namun, pertemuan antaranya dan pak su Qisya membuatkan keputusannya goyah. Mahukah dia terima pak su Qisya a.k.a pak cik kerek a.k.a Megat Talhah itu sebagai suaminya? Apatah lagi lelaki itu juga sepertinya, tidak rela!

“Saya tak boleh nak cuba cintai awak, macam mana saya nak hidup seumur hidup dengan orang yang saya tak pernah cinta?”- Megat Talhah

Apa pengakhiran episod ini? Adakah keputusannya perlu dikaji lagi atau terima saja pak cik kerek ini? Siapa yang sanggup terima lelaki dingin seperti pak su Qisya itu?

532 pages, Paperback

First published January 1, 2017

8 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Aliesha Kirana

10 books109 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (26%)
4 stars
17 (28%)
3 stars
19 (31%)
2 stars
6 (10%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
June 19, 2017
3.5*

Boleh la. Walaupun jenuh main tarik tali, pass baton. Haish.

And please, jangan la letak gambar lelaki kat cover depan tu. Hancur teruk imaginasiku. 😒
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,036 reviews378 followers
June 19, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

It was alright. It had some good moments, tapi sejujurnya N harapkan ia lebih dari sekadar 'alright.'

I thought jalan ceritanya manis bergula, sebab hello, ada pavlova kut... But no, I didn't get that. Hubungan Megat dan Ajda terlalu dingin sehinggakan N tak kisah sangat pun pasal dorang. And it certainly didn't help when Ajda lebih banyak meluangkan masa dengan Qisya dari berinteraksi dengan Megat.

While the story as a whole, was quite enjoyable, I expect more. So N sedikit kecewa sebab it didn't quite what I expect it to be.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
June 6, 2017
PBAKL2017 #42

3.5*

Akhirnya... selepas beberapa novel yg takde/kurang ummphh, novel PCKSP ni boleh lah naikkan semangat mood nak membaca. Cerita yg santai tanpa ada konflik berat. Cuma ada ketidaksefahaman antara Megat dengan Ajda je. Bekas gf Megat, si Melissa pun baik dan bukan watak antagonis. Disebabkan baca novel pavlova ni, rasa macam tergugat pulak keimanan di bulan puasa ni. heh sabo jelah 😂
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
May 2, 2017
Ketika membaca novel ini saya merasakan seperti berada dalam suasana di Bangi Sentral. Kat situ ada banyak butik-butik Muslimah.

Saya suka Love You Mr. Arrogant, Miss You Mr. Arrogant, Angin Cinta dan Mamat Muka Selenga tapi untuk cerita PCKSP ini saya kurang suka. Rentak Aliesha Kirana untuk novel ini seolah-olah seperti susah saya nak jumpa. Kurang rasa. Maafkan saya.

Mungkin karya Aliesha Kirana yang terbaharu ini tidak kena dengan cita rasa saya. Maafkan saya sekali lagi. Walau bagaimanapun, tahniah Aliesha Kirana atas kelahiran PCKSP! Empat bintang untuk penulis atas penat lelah menghasilkan novel ini.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
February 16, 2018
Bacaan santai....
Pinjaman dari:
Perpustakaan Komuniti Setiawangsa Jusco AU2 - Perpustakaan Negara Malaysia

Terpanggil untuk meminjam buku ini apabila membaca ayat ini, "Kehadiran Adha Sajidah dalam hidup Qisya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai orang kelainan upaya."

Ingin tahu olahan penulis, bagaimana dia menggambarkan perasaan seorang yang dilahirkan normal, tiba-tiba menjadi OKU, serta bagaimana si OKU segera mengadaptasi status barunya.

Ajda diam memerhati wajah kelam Qisya & keadaannya yang jauh berbeza dari dulu. Sungguh dia terkejut melihat keadaan Qisya yang selama ini normal tiba-tiba sudah berkerusi roda. Qisya yang dia kenal dulu adalah seorang gadis cantik yang lincah & sentiasa positif, tetapi sekarang Qisya kelihatan lemah di atas kerusi roda itu & seperti seorang yang sudah pasrah dengan ketentuan hidupnya.

"Mesti kau terkejut tengok keadaan aku macam ini?"

Ajda terpempam mendengar soalan Qisya itu. Perlahan dia mengangguk, mengiakan kenyataan itu. Siapa yang tidak terkejut jika kawannya yang normal selama ini tiba-tiba sudah berkerusi roda setelah sekian lama mereka tidak bertemu.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
September 21, 2018
Ajda Sajidah adalah seorang yang sangat tulus dan periang. Pertama kali jumpa dengan Encik Megat Talhah, dia rasakan Encik Megat Talhah adalah seorang yang kerek dan dingin. Setelah ketemu dengan Qisya semula, Ajda rela berkorban untuk membahagiakan Qisya. Termasuklah, rela untuk ditunangkan dengan Pak Su Qisya. Amat terkejutnya Ajda bila dapat tahu Pak Su Qisya dan Encik Kerek adalah orang yang sama. Tetapi dia laluinya semua sehingga sesuatu terjadi pada Qisya. Adakah Ajda akan teruskan pertunangan mereka, sedangkan dia tahu Encik Megat pernah ada kekasih hati dan mungkin masih sayangkannya? Adakah akan ada perasaan cinta antara Ajda dan Encik Megat? Perlukah Ajda berkorban sekali lagi? Hati siapa yang akan terluka?
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
October 18, 2017
Lama nye menangguhkan pembacaan..baru skarang tringat nak baca smula..
Berbanding novel sebelum ni mmg akak kecewa sikit dgn novel PCKSP..bukan apa tajuk dh memang sweet muwit dah..tp isi kandungan cerita tak sehala dengan tajuk..tak cukup manis bagi akak..tak ada la akak nak tersengih2 baca adegan talhah dgn ajda sebab depa duk pakat gaduh n tarik tali..penat akak baca..
Apapun ucapan tahniah utk penulis sebab berjaya hasilkan PCKSP. Ko ingat senang ke nak tulis novel???
Profile Image for Nour.
28 reviews1 follower
December 8, 2017
best! enjoy je baca. Ajda ni memang baikhati btul kan.
Profile Image for Bluebell.
44 reviews
June 28, 2020
Tak habis baca sebab saya hilang minat dengan plot cerita.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.