Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.
“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.
“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.
Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.
Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.
“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”
Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.
Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!
Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.
“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”
Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM22. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
You have to be someone yang berhati batu or berjiwa kental to not cry when you read this...
Permulaan cerita ni agak slow. Sangat slow sampai N wonder, betul ke SR yang tulis novel ni? Mana babak-babak dramatis yang selalu ada dalam novel SR?
I shouldn't have wished that sebab bila dramatik dah start, it doesn't stop. And the drama only starts selepas Zafran dan Riyana berkahwin.
Rasanya JMC lebih ada banyak watak orang jahat dari orang baik. Tu yang sakit hati sangat bila baca. Sakit hati, tapi sangat addictive sampai tahap tak mau pegi kerja sebab nak baca sampai habis.
Just like Andai Itu Takdirnya, N cukup tak berkenan dengan watak hero novel ni. Kalau bole disepak, rasanya memang dah masuk gol berkali-kali sampai lebam satu badan kena debik dengan tiang gol.
Honestly, I am #teamHariz and #teamZul. I am team anyone but #teamZafran. He doesn't deserves a good ending. Memang benci dia yang teramat.
Nak kasik lima bintang, tapi tolak satu sebab permulaan yang agak slow, and juga sebab Zafran tu tak macam manusia.
Sesiapa yg dah biasa dengan penulisan SR pasti tahu jalan ceritanya bagaimana. SR terlalu kuat bermain dengan emosi dan paling penting ego manusia dalam novel SR di tahap yg tertinggi. Cuma kalau bab sakit hati walaupun teruk di sakiti, curang ke tak curang, hingga saya sebagai pembaca pun boleh rasa terguris still tak boleh beat sakit hati dengan lelaki yg bergelar suami yg tiada kesudahan memberi derita pada isteri ialah novel Jodohku Untukku dari Anne Wanie. Tetapi sakit hati dengan watak antagonist berilah pada SR. Daebak!!
Olahan cerita masih dengan gaya yg sama. Banyak watak yg terlibat. Dan kali ini puncanya berasal dari dendam Zafran terhadap abangnya dan bila cinta sudah bertahta, anak yg dilahirkan kurang sempurna pula buat dia hilang rasa terhadap isterinya, Riya. Ditambah lagi dengan nenek mentua (bolehlah..tak tahu nak cakap), ibu mentua dan ibu kandung yg terlalu memandang taraf kehidupan manusia hingga dari madu ayah mentua rasa benci itu terpalit pada diri Riya. Tak lupa juga Dina bekas kekasih yg di agungkan Zafran (dulunya), ibu dan neneknya bersekongkol membantu Dina yg masih lagi berusaha keras untuk merai cinta Zafran.
Saya yg baca rasa macam nak sepak2 je Ibu dan nenek Zafran. Dah bayangkan apa yg akan saya buat dalam kepala ni..Ya Allah..marahnya saya..Dah berapa round saya tetak2 kaki orang tua tu..mcm nak sepak2 org tua tu dan akhirnya macam nak patah2kan kaki orang tua tu..mulut mereka bagai nak dilesungkan biar pecah..kurang ajarkan saya..kurang sabar..tapi berani dalam khayalan je..😂😂😂nak buat tak berani..berdosa u dan mcm kejam gitu. Sabar je lah.
Sebab tu lah author jadi author..saya pembaca. Hampir semua yg saya bayangkan tu dia capaikan dalam bentuk penulisan. Org lain yg saya nak mati, lain pula yg pergi. Biarlah sekurang2nya mereka sempat taubat dan insaf di hampir penghujung cerita. Jika di tanya, AIT 1 & 2 lebih sedih kalau melibatkan anak. Di sini, doa Cinta untuk keluarganya buat saya sebak. Hampir sahaja jadi kenyataan.
Seperti biasa pasti ada berapa round pergi balik repeated scenes. Author imbaskan kembali kata2 yg berunsur penghinaan. Technique yg sama in all her novels. Keinsafan dan kekesalan setiap watak juga dapat saya hayati dengan baik. Cuma saya berharap sangat all those above boleh di kurangkan or change the way it was written. Kalau cerita tetap dgn gaya yg sama kemungkinan people will start to lose interest later on kerana people already knew what to expect, how it started or going to end walaupun puncanya berbeza.
Signature SR. Masih lg ttg kisah cinta 2 darjat, ttg ego manusia, ttg si kaya yg angkuh...yg mendabik dada sehingga tergamak menghina kejadian Tuhan.
Hubungan antara Zhafran & Riyana yg tercipta kerana dendam, yg kemudiannya penuh kepura2an. Hingga terlahirnya Cinta Aryana (Cinta). Sayangnya cinta lahir tak sempurna fizikalnya. Lantas dia menjadi subjek kebencian, cacian serta tohmahan. Lebih pilu lg, ibu & nenek Zhafran yg tidak pernah senang dgn Riyana berlebih2 memberi penghinaan. Zhafran juga tidak dpt menerima kekurangan Cinta. Perasaan sayang yg mula timbul dlm dirinya terhadap Riyana akhirnya dinafikan oleh ego & rasa malu, sehinggalah mereka bercerai, dan Riyana serta Cinta dibuang seperti sampah.
Kasih seorang ibu, sanggup berkorban nyawa. Biarpun dihina, Riyana tabah & kuat demi Cinta dan anak yg tidak disedari kewujudannya ketika dia diceraikan.
Akhirnya kuberjaya abiskan jangan menangis cinta setelah 1 mlm tak tdo..kisah dan gaya penceritaan konflik kekeluargaan yg sama..namun cerita yg berbeza.digarap dengan sangat baik..kisah anak yg sangat taat dengan si ibu yg diktator takpa ada rasa hormat pd si suami...kahwin kerana dendam ,,jatuh cinta..diduga dengan CINTA yang kurang sempurna..sgt kagum dgn watak riya yg sgt kuat..tidak pernah lembik walau dibuli keluarga mertua dan sgt kuat ..dan kujuga suka watak hero yg kuat cemburu tapi tidak pernah lentok dgn langau serta tunduk dengan mummy...makin best bila si suami tidak pernah jemu memohon maaf di atas khilaf diri..terbaek..ku suka trademark SR yg penuh dgn konflik dan sgt puas dgn jalan citer dan ending...jika anda mencari citer yg penuh emosi , air mata, sakit hati dan kepuasan sudah pasti SR adalah antara pilihan yg terbaek...
#sangat terkesan dengan doa CINTA..Huhuhu #teknik imbas semula pd awal cerita agak mengganggu pembacaan..
Haha akhirnya aku tewas juga membeli & mbaca novel ni. Sbb tak menyabor nk tunggu next episode kat drama.
Part drama, aku puji keberkesanan lakonan setiap pelakon sbb watak yg mereka bawa benar2 kena seperti di dalam novel.
Part novel, usah disangkal lg bakat kak SR. If you are not familiar with her work, kau akan sangka 'pergh drama gila penulis ni. Takkanlah ada org mcm ni, mcm tu'. But we are in 2022, semuanya tak mustahil. Perangai manusia mcm mana lg yg kau tak pernah dgr.
Aku tahu sbnrnya cite ni lebih dr sekadar kahwin paksa,kena buli dgn keluarga mentua, antara dua darjat. Tapi ia berkenaan dgn anak atau zuriat yg dianiaya.
As I wrote this, perkembangan kes Bella sdg dijalankan di mahkamah. So mmg interesting isu penderaan kanak2 istimewa dibincangkan dlm novel ni, cuma watak Cinta adlh knk2 kurang upaya kaki. And tbh aku ambil masa skit utk habiskan sbb aku hati tisu when it comes to kids.
Mana2 drama or novel, kau buatlah apa2 kat bini kau, kwn kau atau siapa pun. Tapi kalau kau sentuh binatang, orang tua, kanak2...kau mmg bajingan.
Mmg wujud manusia xde otak yg nak nilai org based on duit baki atm dia, nama bpk dia dlm surat branak, keturunan, dan rupa paras. Kita semua tahu benda tu. Cuma apa yg aku sikit tak puas hati ialah bagaimana Riyana defend diri dia sejak awal perkahwinan.
Bagi aku, ye watak Riyana bkn tak kuat, bkn tak tabah. Cuma dia jenis yg kuat dan tabah slps musibah berlaku. Dia tak cuba utk elakkan musibah dari berlaku.
Contoh, dah tahu perkahwinan tanpa cinta dgn zafran adlh hanya satu plan bls dendam, why invest so much feeling and sacrifaction in it? Tahu, seorang isteri kena taat & such tp you have to think of the worst situation jgk.
Dah tahu keluarga zafran mmg haruk, xnk trima dia, knp tak pindah rumah? At least please la ada plan utk selamatkan diri dr semua manusia gila tu. Dalam novel macam ni blh la buat happy ending semua watak jht insaf. Di dunia nyata, tak mustahil dah lama org mcm Riyana akan mati.
Riyana adlh cth manusia yg ignore semua red flag yg dia nmpk dlm perkahwinannya. Suami yg suka menghina, mengungkit, baran dan mudah terhasut dgn keluarganya. I know zafran sbnrnya baik tp apa jaminan kslmtn kau bila dia mengamuk. Siapa nk slmtkan kau?
Bila Riyana lahirkan Cinta, just please, kalau red flag tu masih ada kau kena fikir panjang tntg anak kau. Anything can happen to her. Cari support system, jauhkan diri dr semua manusia gila tu termasuk suami kau. I dont blame her part yg Cinta terlepas ke depan dan dipukul Zafran. Tak ada ibu yg blh kawal anaknya betul2 24/7. Tapi tulah in many situation, fikir anak. Ia bkn lagi ms nk jaga hati ayah mertua, mak mertua, ipar, suami. If it takes you to leave the house immediately to save the child, go. Just go.
Sorry aku dah teremosi. Sbb aku mmg tak blh bila teringat byk kes kematian knk2 sbb didera. Enough is enough.
So yeah another SR story yg buat aku emosi. Kalau kau nk release tension jgn bc novel ni. Sbb kau akan stress at most time.
#41 Pejam celik sudah 10 novel SR terbitkan, bermakna sudah 10 tahun pembaca menangis berbaldi2 kerana SR. Eh?
Untuk novel ke10 ini, SR masih cuba mengekalkan plot yang sama, permulaan cerita hero heroin bergaduh manja, berkahwin. Konflik bermula, dan bahagia pada akhirnya...
Tapi... sukanya saya pada karya SR adalah kerana penulis ini sangat mementingkan tema kekeluargaan dan kemasyarakatan. Selain itu, sudah tentu keberkesanan watak mak2 lampir yang ada dalam naskhahnya. Eh emo lagi ni. Haha...
Jangan Menangis Cinta... membawa kita mengenal tabahnya seorang Riyana membesarkan seorang anak cacat, Cinta Aryana. Walau dicerca, Riyana tetap kuat membesarkan Cinta. Bukan sahaja disingkir keluarga mertua, lebih parah dibuang emak kandung sendiri juga dibenci suami sendiri gara-gara anak yang tidak sempurna. Apakah kesudahan hidup Riyana? Adakah Riyana akan kekal bersama Zafran atau akan muncul Hariz, cinta pertamanya untuk menyelamatkan suasana atau Zul yang akan membantunya? Nak tahu kenalah baca naskhah ini.
Apa yang boleh saya simpulkan, naskah setebal 900+ halaman ini, berjaya memberi kepuasan pada diri saya. Terlepas jugaklah bahasa carutan bila tiba part mak2 lampir dalam cerita ni. Kurang pahala puasa kita. :p TAHNIAH buat Siti Rosmizah. Mengharapkan karya ini diangkat ke layar tv, supaya dapat memberi kesedaran pada semua bahawa anak cacat bukan penghalang kebahagiaan rumah tangga.
p/s - Perhati je, SR ni memang suka huruf Z ke? Haha... Hampir setiap nama hero ada huruf Z.
Summary : Riyana dan zafran bermusuh sejak di universiti. Setelah hampir sebulan meminjam nota ekonomi riyana(scr ugutan), zafri yg demam denggi menyuruh abangnya hariz untuk memulangkan nota tersebut kepada riyana. Hariz telah jatuh cinta pandang pertama dgn riyana dan meminang riyana. Kerana tkt dengan mak riyana yang sangat garang, akur dgn pinangan tersebut. . Zafran dgn hariz ni sama ayah tp lain2 ibu. Hariz anak isteri pertama, Datin Seri Raziah yg bukan menantu pilihan mak tuk kerana dr kalangan org biasa. Zafran anak isteri kedua, menantu pilihan nek tuk. . Hariz benar2 sayang dengan riyana tetapi terpaksa memutuskan hubungan dgn riyana kerana dipaksa nek tuk nya untuk jadi pak sanggup Dina(tunang zafran) yg telah telanjur dgn paksu zafran sendiri(Jefri). . Tanpa mengetahui perkara sebenar, zafran menganggap abangnya sengaja merampas tunangnya. So zafran ni sebab nak balas dendam, pergi pinang riyana sebab nak sakitkan hati abangnya. Disebabkan campur tangan mak riyana yg garang, riyana terpaksa bersetuju. . Pada mulanya zafran mmg tak suka riyana, tapi tak lama lepas tu mula rasa cemburu esp bila riyana dgn abangnya. Lama2 sedar yg dia dah jatuh cinta dgn riyana and vice versa. Dorg bahagia sekejap sampai la riyana lahirkan Cinta Aryana yang xde kaki sebelah. . Zafran tak boleh terima anaknya yg cacat.(yg ni baca sendiri la part2 dia kejam dgn Cinta. Maki hamun, dikeji mcm2), sampai plan nak bagi Cinta kat org lain. Riyana of course la taknak dan si zafran ceraikan riyana sebab sanggup pilih cinta. . Rahsia Dina dan Jefri terbongkar selepas hariz tidak lagi dapat menahan. Zafran menyesal dan mula cari anak2 dan riyana. Kebetulan terjumpa Cinta di pejabat kawan zafran di mana ayah riyana bekerja sebagai supervisor kantin. Zafran mula rapat dgn anak2 nya. . Mak zafran dan nek tuk buat plan nak bunuh cinta. Kebetulan jefri dtg mengamuk mencari dina, telah cuba membunuh mak zafran dan dina. Cinta cuba mempertahankan neneknya dr dibunuh. Bla bla bla watak jahat insaf. . Riyana terpaksa kahwin balik dgn zafran atas rasa kasihan dgn Cinta. Mula2 riyana ego taknak terima then bla bla bla terima balik zafran and live happily ever after. . Honestly mmg sama je acuan dgn novel SR yg lain. Cuma bab yg buat menangis ialah bab Cinta. Wlpn xde kaki, tapi samgat berdikari dan faham kesususahan ibunya. Menjual brg untuk bantu ibunya beli kaki palsu dirinya. Lukis teddy bear sebab ibunya tak mampu nak beli. Mcm2 lagi part Cinta yg boleh buat readers menangis. Overall i think itu je part yg menarik dlm novel ni.
okay je cerita, cuma kalau reader SR memang boleh predict apa akan berlaku. mostly jalan ceritanya lebih kurang dengan ceritanya yang lain. intro cerita agak panjang dan draggy bila waktu nak habis tu. untuk yang suka novel yang boleh buat korang nangis ke stress ke bolehla try.
To be honest Siti Rosmizah punya karya memang tak pernah tak buat aku kering air mata. Semua karya beliau sangat menyentuh hati dan kalbu. Jalan cerita cinta yang sangat memukau walaupun ada yang cliche tetapi tak sampai tahap bagi kau muntah :) So kalau korang jenis sibuk kerja and tak sempat nak baca karya beliau meh aku bagi link untuk bantu korang https://www.e-sentral.com/author/filt...~
Saya tak pernah baca sebarang karya SR sebelum ini, dan saya rasa ini saya tidak akan membaca lagi karya beliau. Jangan Menangis Cinta mempunyai terlalu banyak elemen yang sangat menyakitkan hati saya. Jalan cerita ini juga amat redundant dan problematic. Pengalaman membaca buku ini tidak menyenangkan sama sekali, malah saya boleh menyatakan bahawa buku ini sangat menyakitkan hati kerana watak-watak dalam novel ini sama ada terlalu baik atau terlalu jahat, dan hal ini membuatkan semua watak menjadi two-dimensional atau ibarat caricatures. Sakit jiwa dan sakit kepala saya membaca.
Antara isu yang saya ingin ketengahkan ialah berkaitan watak lelaki utama novel ini, iaitu Zafran. Saya sebenarnya tidak faham kenapa Zafran ditulis sebagai hero kerana lelaki ini sungguh keji. Zafran telah menghina Riya, menggunakan Riya untuk membalas dendamnya kepada abangnya Haris, mengeji Riya lagi pada awal perkahwinan mereka, meninggalkan Riya semasa Riya bersalin, menyuruh Riya menyerahkan anak mereka kepada orang lain hanya kerana anak itu kurang upaya (perkara ini yang paling saya meluat ya), mengganggu Riya yang sudah mula berdikari tanpa dia, memanipulasi anak-anak Riya untuk membuatkan Riya berkahwin semula dengan dia, dan akhir sekali, pada bab terakhir, “mengenakan” Riya dengan berpura-pura sakit? Watak ini langsung tiada perubahan ya. Daripada awal sehingga akhir buku, Zafran masih seorang lelaki yang sangat spoiled, entitled, dan tak ada telor. Jadi, mengapakah pewatakan lelaki sebegini dianggap sebagai hero instead of cautionary tale?
Saya sangat tidak suka dengan cara penulisan watak-watak perempuan dalam buku ini. Saya faham penulis mahu menunjukkan bahawa Riya merupakan wanita yang penyabar, lembut, dan penyayang, tapi saya berpendapat bahawa penulis boleh menulis watak wanita yang mempunyai semua characteristics tersebut tanpa menunjukkan watak wanita tersebut bertahan dengan segala deraan, cacian, dan makian terhadap beliau. Sebagai wanita, saya penat dengan persepsi bahawa wanita yang baik ialah wanita yang bersabar menghadapi deraan. Manakala Amierah, satu-satunya wanita dalam buku ini yang berani bersuara, dipukul dan dibelasah dengan teruk oleh ibunya sendiri dan dianggap anak derhaka.
Layanan terhadap watak antagonis juga berbeza ya. Watak antagonis wanita dalam buku ini juga menerima padah yang sangat teruk – meninggal dunia, mengalami kecacatan kekal di wajah dan kaki, jatuh di bilik air sehingga mulut pecah etc. Watak antagonis lelaki pula? Hanya disebut bakal mengalami hukuman gantung (tanpa ada sebarang babak grafik tentang akibat yang dihadapi beliau) dan seorang lagi pula mendapat happy ending (yes, Zafran IS an antagonist idc)
Dari segi penceritaan, cerita ini pada mulanya sangat menghiburkan. Namun, pada sekitar 50% pembacaan saya, saya sudah mula bosan dengan konflik yang diketengahkan. Begitu banyak cacian dan makian yang saya rasa sungguh dibuat-buat kerana tiada sesiapa yang berani menghina orang lain sebegitu rupa in real life kerana sekiranya cacian sebegitu dituturkan in real life, sudah pasti mereka dah kena tampar. Segala exaggeration ini membuatkan saya boleh agak penghabisan cerita dan akibat yang bakal menimpa watak-watak yang bermulut puaka ini. Ya, saya faham bahawa ada babak yang perlu dibesar-besarkan untuk penceritaan, tetapi saya rasa boleh sahaja penulis menulis dialog dan watak yang lebih realistik dan berpijak di bumi nyata selepas ini.
Kesimpulannya, saya tidak menggemari novel ini. Saya mula baca pun sebab saya terhasut tengok drama dan saya tak sabar nak tahu penghabisan cerita tanpa perlu menunggu episod baru. Definitely not recommended. You’re better off reading something else.
Tidak pernah menghampakan novel Siti Rosmizah yang bertemakan kekeluargaan ini. Ada motivasi persahabatan juga. Beberapa bahagian penulis tersohor ini bijak bermain dengan emosi pembaca. Banyak watak tapi tidak menjejas keseluruhan cerita kerana mereka ada peranan masing-masing. Saya paling suka watak matang Hariz yang rajin bekerja, selalu tenang dan sanggup berkorban untuk orang tersayang. Memang padan muka Zafran kalau Riyana kahwin dengan Hariz tapi itulah Hariz tahu Cinta dan Adzin perlukan papa mereka. Saya sebak dan banyak kali menangis bila baca bab yang ada Cinta. Watak kedua saya suka ialah Zulkifli. Terkilan saya nak tahu lebih sedikit lah kisah Zul dan Amirah. Mereka kan dapat kahwin selepas lima tahun. Watak jahat Jefri buat saya terkejut sampai dia datang banglo maknya untuk bunuh Dina. Sungguh tragis dan sedih bila ramai yang jadi mangsa Jefri.
Seperti biasa naskah daripada siti rosmizah tidak akan mengecewakan. Naskah yang sarat dengan penderitaan..kasih sayang...pengorbanan. yang pasti penuh dengan pengajaran.
Cumanya..terlalu banyak flashback text memories. Bagi yang memang fokus dalam pembacaan memang akan ingat setiap apa yang dia baca. Tapi bila terpaksa baca flashback memori jadi buang masa kat situ. Maybe penulis nak bagi tebal sikit naskah ni. heheheheh.
overall Naskah yang baik. Sempat Jugaklah menitiskan airmata untuk babak2 tertentu
Novel ni sangat istimewa sbb ceritanya berkisahkan anak syurga yg sgt istimewa.. ibubapa yg dberikan anak istimewa sangat beruntung sebab terpilih menjadi ibubapa kepada anak syurga tersebut. Watak 'Cinta' menjadikan naskah ini lebih menarik, unik dan tak cliche - bapa mana yang sanggup buang anak sendiri kan?. Masa baca memang terbawa-bawa segala emosi sedih, marah dll. Part Cinta memang mengalir air mata! Saya baca novel ni dalam bentuk ebook di esentral. Nah saya kasi link manatahu ada yang nak. Semoga membantu!
Terpaksa "speed reading" kerana beberapa perkara :
1. Jalan cerita lebih kurang sama dengan buku-buku Siti Rosmizah yang lain. 2. Terlalu banyak konflik yang sama berulang-ulang. 3. Banyak dialog atau plot yang tidak penting 4. Main character seperti biasa, jenis memaafkan walaupun dah kena abuse tak habis-habis
Overall, tidak sesuai untuk remaja sebab boleh bagi ideologi bahawa jika suami atau keluarga suami suka abusive kepada isteri, isteri hanya boleh redha atau senang menerima dengan kata maaf. Bagi 1 bintang for overall plot + 1 bintang effort menulis.
Kisah anak muda yang menghadapi kemelut dalam kesusahan keluarganya. Bertemu dengan anak orang kaya yang membenci dan sering menghinanya, namun akhirnya mereka berdua berkahwin. Alam perkahwinan tak seindah seperti yang dibayangkan bila si suami masih terus membenci isterinya, namun waktu yang berlalu menumbuhkan bibit cinta di hati suami.
SR always give an emotional for other reading🤣i love all the novel she write.i also be sad and want to read again and again...oh my god SR always my favourite writers thanks for my best friend for being SR novel and make me so happy to read..😂
The plot is so good. As usual, SR's book never disappoint me!
I was so in love with Hariz's (2nd hero) character. I hated the 1st hero and ended fallen in love with him hehe he was so patience at the last conflict. Speaking about Riyana the heroine, kind of understand why she refused to accept his husband. Im actually okay with them not being together at the end but better be together for the sake of the children. Ahhh it's so hard when you have children because you and your partner are bounded to each other
Banyak pengajaran yang dapat kita hayati daripada isu-isu kekeluargaan yang dipaparkan seperti novel-novel SR yang lain. Novel ini mengangkat isu anak istimewa dan memang penuh dengan emosi.