Kehidupan Monet berubah setelah keretanya melanggar seorang gadis bergaun merah ketika pulang dari kerja. Di dunia yang dihuni Monet, orang yang dibunuh akan menjelma kembali selama empat hari sebagai Roho (Roh) yang boleh membalas dendam atas kematiannya. Monet seorang lelaki pekerja kilang besi yang pendiam menjadi ketakutan apabila gadis yang bernama Arabella mula menjadi tetamu di rumahnya bermula saat kemalangan tersebut.
Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila Arabella hanya mengekori Monet tanpa berbuat apa-apa, bahkan menjadi seorang rakan yang baik selama beberapa hari mereka bersama di bawah satu bumbung. Monet yang rasa bersalah atas kematian Arabella mula mencari cara untuk menghidupkan kembali gadis tersebut sehingga akhirnya menerbitkan pelbagai cerita yang membongkar kisah sebenar tentang kemalangan yang meragut nyawa Arabella dahulu.
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.
Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.
3.25* untuk Lelaki Yang Tak Punya Apa Untuk Dipersia!
Aku setuju dengan kenyataan Anis Suhaila yang mengatakan bahawa kebanyakan pembaca membeli naskah ini sebab adanya nama tuan penulis. Ya sama seperti aku. Aku baca buku ni pun sebab nama Hasrul Rizwan. Sebab karya beliaulah aku teruja nak baca. Setakat ni- termasuk naskah ni, dah enam buah karya HR yang aku dah baca dan LYTPAUD ni yang aku rasa biasa-biasa saja! Maaf HR~
Aku suka tajuk buku ni yang merangkap tajuk cerita pembukaan.
Aku paling suka dengan kisah Monet. Dan aku berharap agar endingnya bukan begitu. Dan andai tiada kisah Monet di dalam ni, mungkin rating akan jadi lebih rendah lagi. Tahniah Monet, kau penyelamat buku ni dari masuk ke dalam buku kategori 'campak ke dinding'!
Selepas kisah Monet, ada beberapa buah cerpen yang boleh tahan mengujakan. Tapi ada juga yang hanya aku abaikan, meluat dan mungkin dah pupus dari simpanan memori otak ini.
Aku nak puji sekali lagi kulit buku Roman. Warna-warni, nampak komplikated tapi lawa!
Bahasa HR? Entahlah, aku rasa dalam ni, bahasa HR agak lain berbanding buku-bukunya yang pernah aku baca. Atau mungkin perasaan aku saja. Atau dia cuba bereksperimen?
Berbaloikah nak beli? Kalau kau pengikut tulisan HR, kipas-susah-mati HR dan nak bacaan santai, kenapa tidak kan?
Pertamanya, seperti yang aku nyatakan sebelum ini, kerana penulisnya aku beli buku ni. Jadi bila mula membaca terasa tidak sepertinya haha. Sorry aku tak tahu nak explain.
Tapi ya. Kisah Monet masih bisa aku hadam dengan baik. Malah, babak awal berjaya mengikat aku hingga ke akhirnya. Apatah lagi penulis berjaya buat aku percaya dengan kewujudan Roho bernama Bella itu. Chemistry Monet-Bella pun menjadi, tidak perlu try hard. Namun, kemunculan watak Edgar dan Sid seperti tidak ‘dikawal’ – muncul dan ‘hilang’ begitu saja. Plot twist okay, ending pun nasib tak absurd haha, tapi ya tanda tanya masih tertinggal, atau memang sengaja dibiarkan ‘digantung’ sebegitu.
Untuk kompilasi cerpen aku cuma boleh kata; bolehlah. Mungkin bukan yang terbaik tapi masih tak menghampakan. Dan, pada hematku (maaf kalau aku silap), aku ingin simpulkan koleksi kisah santai kali ini adalah cubaan/sisi sang penulis yang lain? Mungkin.
Aku start kenal Mat Gorn ni sejak buku pertama dia Murtad lagi. Tu antara buku Fixi terawal pernah aku baca. Jasa dia dan Adib Zaini (Ilusaniti) la aku dapat catch up buku-buku indie bermula dari Fixi.
Novella dalam buku ini; Lelaki Yang Tak Punya Apa-apa Untuk Dipersia santai dibaca. Plot twist di pengakhiran cerita membuatkan pembaca tak tenang. Permulaan cerita yang santai tetapi menyentak sebab Mat Gorn berjaya membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya dalam setiap bab.
Bagi aku buku ini bukanlah yang terbaik dari Mat Gorn. Kalau nak terbaik kena baca Murtad. Tapi buku ini mungkin sisi lain dia. Sebab selama ini dia tulis 'nakharam', tapi dia ada je tulis macam Bercakap Dengan Jun.
Cerpen-cerpen di dalam buku ini juga menarik, dark, dan kelakar.
buku terbaru dari Hasrul Rizwan. Ini buku ke-7 yang aku baca dari dia. Antara penulis lokal yang aku suka gaya penulisannya.
Terdapat 1 novel pendek dan 16 cerita pendek dalam naskhah terbaru beliau ini. Dalam novel pendek 'Lelaki yang tak punya apa2 untuk dipersia' jalan cerita nya sangat menarik. Ada juga sedikit berlainan gaya penulisan beliau untuk karya ini.Berbeza dengan novel2 Mat Gorn sebelum ini, kurang unsur lawak dan ceritanya agak pendek dan tak puas untuk aku hadam kisah cinta Monet dan Arabella ni. Tapi plot twist pada pengakhiran cerita amat menarik pada aku. Kisahnya tentang apa? kau baca sendiri, aku malas nak cerita.
Tapi aku sangat2 berpuas hati dengan cerpen-cerpen yg ada dalam naskhah ini. rencahnya bagi aku semua cukup. Ada 7-8 cerpen yang pada aku bagus dan kena dengan selera aku sebagai pembaca.
Keseluruhannya buku terbaru dari Hasrul Rizwan ini sangat memuaskan hati. 4.5 Bintang dari aku. Nakharam!!!!
Buku ini mengandungi sebuah cerita berstruktur seperti sebuah novel dan beberapa cerita pendek.
The novel in this book alone could have gotten a 4-star rating tapi saya kurang berpuas hati dengan konflik dan peleraian cerita ini. Penulis telah berjaya buat hubungan antara Monet dan Arabella believable tanpa memaksa-maksa (something Mat Gorn is great at). Tetapi kehadiran Edgar dan Sid dalam cerita ini, secara tiba-tiba memainkan peranan yang besar jolted me out of the story dan tidak mempunyai motivasi yang cukup. Ya, walaupun ada beberapa hint here and there.
Editing-wise, terdapat kecelaruan dengan nama watak-watak di awal cerita dan as the story progresses, typos and missing fullstop increases. Tidak begitu kronik cuma ingin point that out.
Aleksender Si Pengilap Kasut telah mengubati kekecewaan saya dengan ending yang lucu dan bersahaja.
Ayam Goreng Tidak Pernah Mendustakan was brilliantly written.
Cerita-cerita pendek yang lain biasa-biasa saja, menggunakan formula yang sama. Either premis yang absurd atau ending yang absurd.
Good read overall dan still akan membaca buku-buku Mat Gorn seterusnya.
Buku Roman pertama yang aku petik, juga buku kedua Mat Gorn yang aku baca.
Mungkin sudah lama tak cuba-baca buku Mat Gorn membuatkan aku terkejut sedikit dengan Lelaki Got Nothing To Persia. Satu-satunya buku MG yang aku pernah angkat adalah Murtad empat tahun lepas, dan penceritaan MG sangat menghiburkan. BHOS dan sekuel Murtad aku tak sentuh, sebab aku lebih fokus cari bahan bacaan English waktu itu. Adalah angkat sikit buku-buku lokal, tapi tak banyak. Sekarang nak berjinak balik.
Lelaki No Persia adalah sangat imaginatif. Ianya sebuah fiksyen yang baru dan segar. Kalau aku boleh kategorikan fiksyen ni, aku letak bawah kategori 'fantasi ringan'. Jalan ceritanya boleh lepas sebagai drama Korea SBS yang dibintangi Kang Ha Monet dan Lee Da Arabella. Aku suka kelonggaran cerita ini kerana ia seolah berada di sebuah universe yang berbeza, maka tidaklah jalan ceritanya grounded dengan logik dunia nyata ataupun konsep lokasi dan budaya tipikal Malaysia yang kau jumpa dalam buku-buku lokal kebiasaanya. Aku hanya pening di akhir cerita, dan aku merasakan narratifnya terlalu melompat-lompat untuk menerangkan motif sebenar semua orang dari perspektif semua orang. Bak kata orang putih, endingnya terasa rushed. Mungkin memberikan penerangan dari hanya satu perspektif (yakni Monet, dan penceritaan berlaku berdasarkan apa yang difahami Monet dan diberitahu kepada Monet waktu itu) maka endingnya akan lebih kemas.
Tapi itu cuma pendapat aku. Aku bukan penulis, aku hanya pembaca. Hahaha. Kalau pembaca lain tiada masalah dengan itu, maka okey sahaja.
Cerpen pula? Haha. Macam layan keropok Diction celup sos tomato. Aku suka. Ceritanya kadang-kadang diakhiri dengan perasaan celaka kerana ditipu. Tetapi perasaan celaka itu diselit lucu. Fuck you, pontianak. Fuck you.
Aku harap Buku Roman semua bagi vibe begini. Sedap. Good job, para editor Buku Roman.
monet terlanggar arabella dan arabella berubah menjadi roha. roha iaitu roh si mati yang akan ada bersama-sama dengan yang melanggarnya dan diberi peluang dalam 4 hari untuk membuat perhitungan. biasanya roha akan membunuh manusia yang menyebabkan kematiannya. tapi tidak arabella. dia hanya mengikut monet dan lebih bagus lagi membuatkan kehidupan monet lebih kemas, tersusun dan ceria..
monet dilanda rasa bersalah kerana roha arabella amat baik sehingga sudi menjaganya ketika demam. dia mencari jalan mahu menghidupkan kembali arabella. dukun yang mampu menghidupkan kembali roha ditimpa celaka dan arabella tahu angkara siapa. dia dan monet ke rumah sid yang merupakan bekas kekasihnya dan sid punya alatan yang mampu hidupkan roha. berjayakah mereka? apakah rahsia besar yang terselongkar dalam kekalutan mahu menghidupkan kembali roha?
imaginasi yang sangat menarik! ni yang kata buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. tak semestinya bila seseorang membuat hidup kita sengsara makanya kita harus balas semula kesengsaraan itu. akal yang ada gunakan sebaiknya bukan gunakan untuk perjara yang buruk.. terdapat juga 16 cerpen pendek tuan penulis Hasrul Rizwan yang diselit melengkapkan keseronokan pembaca untuk membaca hingga helaian akhir..
Rasanya ini novel keenam yg aku baca dr Hasrul Rizwan. Dan aku berjaya habiskan buku ini dlm masa krg 5 jam. Kisah Monet memang sgt menarik dan WOW dr awal cerita hingga akhir cerita. Plot twist yg best dan langsung aku tak expect dr awal. Memang takde istilah bosan utk kisah Monet, dan disbbkan itu aku mampu habiskan ceritanya dlm masa yg singkat.
Dan utk beberapa cerpen dlm ini juga, apa aku boleh katakan memang menarik dan lawak😂. Kebykannya memang kisah pelik2 dan di luar logik akal. Giler betul.
Saya beli buku ni semalam. First time baca buku Hasrul Rizwan ni. Lelaki yang tak punya apa apa untuk dipersia. Wahh! Imaginasi yang sangat tinggi oleh penulis ni. Saya pun turut berimaginasi. Jika ditanya, best ke cerita ni? Cerita ni pasal apa? Bagi saya best juga lah. Gaya penceritaan juga menarik dan tak membosankan. Cuma saya perlukan lebih lagi kerana jalan cerita dia singkat. Sebenarnya susah juga nak predict apa yang terjadi lepas apa yang berlaku. Nak cakap banyak kejutan tu tak tahu lah cuma banyak benda yang tak disangka. Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang melanggar seorang perempuan sehingga perempuan tu mati. Tapi dalam cerita ni dunia yang penulis gambarkan bukanlah dunia kita. Dia gambarkan dunia lain di mana manusia yang hidup boleh berkomunikasi dengan roh yang dah mati. Dalam cerita ni siapa yang melanggar orang sehingga menyebabkan kematian, roh yang mati tu boleh bunuh orang yang melanggarnya tu. Cumanya hanya orang yang langgar roh tu je yang boleh tengok roh tu. Rasa rasa lelaki tu mati dibunuh oleh roh perempuan tu tak? Apa yang jadi seterusnya? Walaupun saya rasa imaginasi penulis ni agak tinggi tapi cerita dia menghiburkan. Saya tergelak gelak je baca cuma tak puas sangat sebab jalan cerita tak berapa panjang. Kalau nak tahu lebih lanjut. Boleh cuba baca.
Dalam buku ni juga ada beberapa cerita pendek yang menarik. Paling saya suka ialah 1. Aleksender si pengilap kasut 2. Satu malam di restoran pandu lalu alor janggus 3. Ayam goreng adalah cinta yang tak pernah didustakan (yang ni saya suka gila sebab ayam goreng.) 4. Insomnia 5. Kematian yang menyebalkan 6. Main Kasar
Nampak macam kelakar kan tajuk tajuk dia. Tapi kalau difahami dan dihayati betul betul. Banyak sangat pengajaran untuk kita semua dari setiap aspek aspek tertentu.
Sesiapa yang beli buku ni tak rugi pun. Best. Saya rasa imaginasi penulis ni agak hebat dan di luar jangkaan saya. Sebelum ni saya baca luar negara punya fantasy, tapi yang ni bagus juga. BRAVO!
Untuk sebuah cerpen ia mcm agak panjang dan untuk sebuah novel ia tak cukup panjang pulak :D. Kisah Monet mmg makanan penulis kut, kita berjaya tenggelam dalam dunia Monet. Seram juga kalau hadapi situasi sebegitu, cuma yang tak best bila semua orang (satu kampung) tahu tentang kewujudan Roho siap kena bayar tiket wayang pulak tu ish ish ish. Rasa berbelah bahagi suka tidak suka ermmm saya suka kisah Monet cuma ending dia menyebalkan saya benci perasaan itu, perasaan tertinggal sesuatu sama mcm masa menyudahkan novel JAHANAM.
Lain-lain ialah cerpen/kisah-kisah pendek ada yg sgt pendek sampai tak sempat nak pikir apa pon dah tamat. Menarik cuma kurang menyengat dari gaya bahasa dan olahan penulis mcm sopan sikit lah dari kisah budak asrama yang sewel tu. Satu kelaianan juga mungkin takkan nak sama dan senada je ya tak.
Saya beli buku ini kerana nama penulisnya, selain dari kulit buku yang menarik. Buku Hasrul Rizwan yang bertajuk Bercakap Dengan Jun masih lagi yang terbaik (buat masa ini), selepas saya membaca buku ini dan Budak Hostel.
Buku ini terbahagi dua; novel 141 mukasurat dan beberapa cerpen. Novel, yang bertajuk Lelaki Yang Tak Punya Apa-apa Untuk Dipersia, satu cerita fiksi yang menarik. Plot twistnya banyak sekali, menarik walaupun hampir juga membosankan. Betul, kali pertama saya merasakan cerita yang terlalu banyak twist juga merosakkan mood pembacaan. Watak yang ada juga menimbulkan tanda tanya. Apa terjadi pada Eliza? Garon?
Saya tak mampu untuk menikmati buku ini to the fullest; cerpen-cerpen banyak lawak yang try hard dan sangat ketara unsur kelucahan di beberapa tempat (tak berniat nak jadi polis moral, but come on man, sikit-sikit dahlah)
3 bintang itu khusus untuk cerita Monet dan Arabella sebab mereka sweet.
Idea crita luar biasa. aku start baca kisah Monet ni ms kat Wattpad. tp aku tolak satu bintang sbb koleksi cerpen byk sgt. ptut diasingkan jd satu buku yg lain..
Mudah untuk dibaca sambil baring-baring. Novel di awal buku ini (yang juga judul buku) sangat menarik konsepnya tentang hidup, mati dan keadilan. Macam biasa baca tulisan Mat Gorn, seperti ada sifat muda yang mengalir. Cumanya peleraian agak kelam kabut sedikit dengan plot twist tu.
Coretan-coretan pendek yang lain-lain tu ok lah. Ada yang mencuit minda. Ada yang nakal juga.
Kau memilih orang yang salah untuk membalas dendam. Kerana aku adalah lelaki yang tiada apa-apa untuk disiakan."
Monet dan Arabella. Sebuah kisah yang mendebarkan tentang lelaki yang tiada apa untuk dipersia dan seorang gadis yang telah mengsiakan hidupnya. Sejujurnya, kisah ni tak mengecewakan. Ada unsur kelakar, suspense, serious dan loqlaq. Jalan cerita yang unik dan menarik. Gaya bahasa yang best. Monet dan Arabella deserved a better ending, though. Tapi hidup tak sentiasa indah, walaupun ini fiksyen, kita tak boleh asyik harapkan happy ending. So I made peace with the ending :')
Cerita pendek
Ada beberapa kisah pendek selepas kisah Monet dan Arabella and what CAN I SAY?! They are all dabombz.com. Kisah seram ringkas, meremang jugak lah bulu roma bila baca. Seksi pun ya jugak. Imaginasi penulis memang tip top. Sangat best. SANGAT SANGAT BEST. Tak sia-sia saya baca.
Basically I took my time with this book. Baca satu persatu. Sebab best. Sebab teruja. Kalau boleh nak ada lagi sambungan. Nak baca lagi. Taknak habis. To be honest, I personally think buku ni boleh pi jauh. It needs to be read by everyone who loves local books. Baca lah. Tapi kalau takut hantu, jangan baca hahaha (takdalah seram mana pun tapi berdebar jugaklah)
3.5 bintang mungkin? Pertama kali rasanya rating kurang dari 4 bintang aku bagi kat Hasrul Rizwan ni. Sejak dari naskah Bercakap Dengan Jun, Budak Hostel Otaknya Sewel, Trilogi Murtad, dan novel Jahanam tidak pernah menghampakan aku. Namun kali ini buku yang diterbit dibawah Roman agak kurang memberi kepuasan.
Ini hanya pandangan peribadi aku sebagai pembaca tegar karya Mat Gorn, jika dilihat kepada beberapa review di Goodreads ini, ramai juga yang kurang berpuas hati dengan buku ini. Pertama sekali faktor ketidaksedapan mungkin disebabkan latar cerita dan watak lebih banyak berkisarkan luar dari negara Malaysia. Mat Gorn lebih dekat dengan penulisan scene lokal, nama watak melayu yang lebih dekat dihati kita dan mudah untuk dibayangkan serta menjadikan cerita lebih hidup. Mungkin penulis ingin cuba sesuatu yang lain dalam bidang penulisannya, tapi aku rasa Mat Gorn tetap Mat Gorn yang lebih melekat dengan flavour tempatan didalam ceritanya. Gaya penulisannya masih sama dan baik, cuma tidak kena kot dengan Hasrul Rizwan.
Naskah ini boleh dikira diselamatkan oleh satu-satunya cerita panjang Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia dan selebihnya hanya cerita pendek (cerpen). Aku baru perasan, kadang-kadang ada penulis ni bakat dia tulis pendek-pendek je contoh macam Hadi M. Nor, bila tulis novel jadi melalut sikit. Maaflah Mat Gorn, hang bukan tulis cerpen tak sedap, tapi hang lebih sesuai tulis cerita panjang. Macam Steven Spielberg dia buat movie panjang-panjang ja, mana wat drama petang-petang 30 minit.
Lelaki Yang Tak Punya Apa Apa Untuk Dipersia (LYTPAAUD, amboi kemain) ini agak lain dengan karya karya Mat Gorn yang sebelum ini, walaupun aku hanya baca 4 buah saja karya daripada beliau, trilogi Murtad dan Bercakap Dengan Jun. Yang lainnya adalah; satu, kurang kelakar lagi lagi pada bahagian novella LYTPAAUD. Kedua, perbualan perbualan didalam novella dan cerpen, kedua duanya kedengaran janggal. Tak senatural buku buku tulisan beliau yang saya sudah baca sebelum ini. Tapi satu kelainan yang saya suka ialah penulisannya lebih melankolik, dark & sedikit gloomy.
Aku lagi suka kumpulan cerpen dalam buku ini dari novella LYTPAAUD. Novella nya, entah, bagi aku biasa biasa saja. Tapi aku suka betul dengan pengakhiran dia, sangat heartwarming & buatkan aku tersenyum sorang sorang. Bahagian cerpen pula; ada yang aku suka, ada yang aku tersangat suka dan ada yang aku rasa mehhhhhh saja. Antara cerpen yang aku paling suka ialah Dari Kerana Mata yang Mempunyai Kuasa, Seram Naharam dan Tisu Sedu.
Bagi sesiapa yang nak relaks relaks, bolehlah nak baca buku ini. Apa apa pun syabas kepada Mat Gorn kerana berani bereksperimen & teruskan menulis!
Lelaki yang tak punya apa2 untuk dipersia - definitely author's type of writing. Out of this world punya cerita. Unexpected and Twisted outcome but I like Bella's ending.
Aleksender si tukang kasut - twisted humour but its true... you cannot change who you are no matter what. The expired tin susu... terbaik!!
Satu malam di restoran pandu lalu Alor Janggus - WTH?? Hahaha...
Ayam goreng adalah cinta yang tidak pernah mendustakan - Macam baca citer Alice in Wonderland...
Bayang2 yang hilang - Aaaaaa okey.. now I understand the title.
Dari kerana mata yang mempunyai kuasa - Disturbing!
Gadis yang meratapi kematian hero khayalannya - blank!
Insomnia - oookayyy...
Kematian yang menyebalkan - i pity him.
Kisah indah selalunya bermula dari kesakitan - confuse dah. Siapa yang hidup???
Lelaki yang bersahaja - Heh?
The others i have no comment sebab some are too disturbing n some left me blank...
The best thing about this book is it has very short n straight to the point story... so tak payah dwell on unnecessary stuff...
Aku beli buku ni sebab tajuk dia yang sangat menarik dan ditambah dengan bungkusan diluarnya. Selain tu, nama penulisnya juga buat aku mahu membaca dan memiliki buku ini. _ Diawal pembacaan aku sangkakan Monet ialah seorang perempuan yang telah duduk sebumbung bersama Roho. Dan Nikolai adalah kawan Monet yang telah menunjukkan tanda tanda yang dia menyukai Monet. Aku mati - mati ingat ini ialah cerita pasangan sejenis. Di pertengahan pembacaan aku, baru aku tahu Monet ialah seorang laki - laki. Maklumlah, Hasrul ini memang suka menulis yang tak dijangka. Jadi aku cuba - cuba lah menjangkakan apa yang akan jadi di akhir cerita. Tapi semua rekaan pengakhiran yang aku cuba - cuba buat, salah. _ Cerpen yang turut dimuatkan dalam buku ni pun menarik. Antara cerpen yang paling best dalam buku ni, aku pilih Tisu Sendu. Tak pernah terfikir pun kenapa kalau baby menangis kita akan letakkan tisu basah dekat dahi dia 😂. Imaginasi beliau memang tak boleh blah betul.
Saya pernah membaca “Murtad” lama dahulu dan walaupun buku itu bestseller dan menjadi kegemaran ramai pembaca buku Fixi, saya rasa buku itu biasa-biasa sahaja. Setelah sekian lama tidak membaca buku beliau kecuali utasan kisah-kisah di Twitter saya mengambil keputusan untuk membaca semula karya pengarang ini.
Buku ini mengandungi novela “Lelaki yang Tak Punya Apa-Apa untuk Dipersia” dan 16 buah cerpen/certot. Ada di antara certotnya yang diolah semula pernah saya baca melalui Wattpad.
Sebenarnya aku start baca buku ni masa April, right after habis baca buku BHOS & MKM by the same author. Since Lelaki ni ada vibes yang lain dari these two books, so aku baca 2 page dan stop. Too different. But then beberapa hari lepas aku amek balik dan re-start again. It was okay. I can proceed further. Definitely refreshing.
Of all the stories, aku paling suka first story. The longest one. Nampak trademark MatGorn dalam cerita tu. Fun laidback and then nak ending tetibah plot twist! Okay. 🤷🏼♀️🤷🏼♀️ boleh diterima.
Anyway towards the end of the book too many porn-esque story. Gersang ke apa. You should pick one or two certot with sexual desire and then yang lain tak payah la nak tunjuk sangat gersang tu. Adeh. Thus explain the 3 star.
Aku pun salah sorang pengikut HR walaupun takdela lama mana . Mungkin agak ketinggalan untuk aku mengetahui keberadaan penulis dan karya yang super hebat dan best nokharom . Dimana aku masih ingat aku nak cari novel funny giler la untuk mengisi masa aku dengan ketawa berdekah-dekah . Mungkin kelihatan hidup aku lonely dan mungkin terarah kepada tertekan dalam hidup . Mungkin jugak la . Sebab tu aku dok search kat google buku yang kelakar nak mampuih kan . Terus keluar recommend buku BHOS . Tak fikir panjang aku pun beli la kat sorang penjual buku online . Dia siap syorkan aku apps wattpad untuk baca review buku buku kat situ . Ha start situ la aku dok tekad beli buku tu . Telahan aku betul buku tu best giler . Kawan aku dok selalu kacau aku baca sebab aku terlalu fokus baca dengan tibe gelak macam orang kurang siuman . Tapi lantakla dah cerita dia lagi best dari gosip liar yang dia sibuk nak cerita kat aku 😂 Since that gak la aku dok buat twitter semata untuk follow segala perkembangan dia (actually taknak tertinggal karya dia je) . Tapi tapi sarsaparilla je aku masih xdapat 😭 Fighting untuk complete list HR
Spending almost three hours to finish this latest masterpiece, I can guarantee that it wasn't a waste. Firstly of course excited sebab first time dapat otograp daripada one of the most idolised writers kan. Then bila aku hadamkan bab satu dan dua, I saw the other side of MG. Kalau dalam BHOS ada banyak dark comedy scene and lawak padu, but dalam novel ni MG highlighted his romantic side between Monet and Arabella. Lepas tu bila pembacaan diteruskan, MG managed to create massive surprise demi surprise about perkaitan between all characters in it. Means satu-satu watak tu bukan saja-saja diwujudkan melainkan ada tujuan yang tersirat. And MG as always, selitkan unsur-unsur kekuasaan dan ketuhanan macam dalam trilogi dia sebelum ni dan yang paling mindfucked (bagi aku ni trademark MG dalam setiap buah tangan dia) of course la part last tu (kalau habaq nanti spoil plak). So if you wanna know whether the ending is happy or bad or cliche or anything, you must have a read. Cita dia pendek ja. Tajuk yang panjang berjela-jela tu pon hanya muncul sekali dua ja dalam novel ni. But the title is like the key to the story. MG succeeded to summarise all the contents into a title named "Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia". MINDBLOWN AS USUAL.
Not to be forgotten, those short stories. Semua shok. I don't know how to choose the best story, sebab semua cenggini 👍. And mindfucked too, well said.
Cita yang pendek buat aku tak puas melayari bahtera menongkah badai lautan fantasi MG but it's way much better than a long-but-dragged storyline. Not to be bias, I gave 4.91 out of five. Kalau bias, aku bagi full rating la. So, bila nak rilis Bercakap Dengan Jun 2?
p/s : aku soqang ja ka yang rasa hiba bila baca ending cita ni?
Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia by Hasrul Rizwan.
- Honestly, aku tertarik dengan sinopsis buku ni sebab tu aku beli. But then, rupanya 2 in 1. Maksudnya ada novel dan cerpen. Novel tu tajuk buku ni dan cerpen-cerpen lain ada la lebih kurang berapa entah tapi lebih 10 la, aku lupa.
- Novel ni pasal lelaki yang tak sengaja langgar seorang perempuan pastu perempuan tu jadi roh. Kehidupan masyarakat dalam tu, kalau kita bunuh seseorang samada sengaja atau tak, roh tu akan bangkit dalam masa 4 hari untuk balas dendam. Tapi, tak semua roh yang akan buat camtu.
- So, lelaki tu hidup la dengan perempuan roh tu sampai la ada satu peristiwa yang berlaku. Haa bacalah sendiri aku taknak cerita panjang-panjang. Tapi bagi aku jalan cerita quite nice, tapi aku lagi suka kalau cerita tu disambung lagi, maksudnya buku ni pasal cerita tu je. Takde cerpen lain.
- Oh ya, pasal cerpen-cerpen tu semua kisah roh atau hantu. Tapi takyah takut la, kadang tu ada cerita yang tak masuk akal dan ada juga aku tak paham pun apa yang penulis nak sampaikan haha. Tapi, aku terhibur.
- Penggunaan bahasa dan perkataan dalam buku ni agak kesat, tapi tak semua pun ada certain-certain je, so macam kejutan budaya sikit bagi yang tak biasa. Tapi aku rasa memang penerbitan roman camtu, macam fixi, juga dubook. Jadi untuk 18 ke bawah tidak digalakkan untuk baca, bagi aku la.
Sesuai untuk jiwa-jiwa yang sedang berduka. Sepanjang penghujung cerita aku gelak. Paling gelak tiba-tiba ada nama Firdaus Abdillah haha. Paling tak boleh blah description pasal ruam bawah tetek. Like wadehel Hasrul Rizwan!