Jump to ratings and reviews
Rate this book

Syurgaku Tak Sempurna

Rate this book
Pertama kali menatap Zalia, hati Tengku Zarif berdetak hebat. Dia yakin itulah kasihnya. Itulah cintanya. Biar ibu membenci, biar satu dunia melawan, cintanya buat Zalia tidak akan pernah berganjak.

“Tengku buat saya tak tahu nak buat apa.” – Zalia

“Awak boleh buat satu perkara. Marry me, Zalia!” – Tengku Zarif

Seperti pasangan yang lain, mereka melalui bahtera perkahwinan yang indah. Cinta memekar wangi. Anak pengikat kasih. Bagi Zalia, itulah syurganya. Cukup sempurna.

Namun, mereka terlupa. Seorang Tengku Zaharah tidak akan berhenti selagi tidak mendapat apa yang diingini. Pernikahan mereka perlu dihancurkan! Itu sumpah Tengku Zaharah. Dia sanggup berbuat apa sahaja. Walaupun mengorbankan nyawa.

“Aku tak nak dia ada dalam keluarga aku. Aku kena buat sesuatu.” – Tengku Zaharah

Kemunculan semula Fariena, membuatkan syurga mereka semakin goyah. Zalia cuba bertahan. Tetapi sekuat mana pun dia, apabila terlampau digasak, akhirnya tersungkur jua. Tanpa rela, dia mengambil keputusan yang menghancurkan jiwa.

“Saya nak awak bernikah dengan Fariena.” – Zalia

Ternyata, keputusan itu cuma keputusan bodoh yang melumatkan lagi sekeping hati milik Zalia. Tengku Zarif semakin jauh. Fariena senyum mengejek. Tengku Zaharah ketawa sinis. Lalu, yang tertinggal cuma Zalia bersama hati yang semakin lama semakin dongkol. Tetapi mereka tersilap besar! Seorang Zalia tidak akan selamanya menunduk. Bila diri dan hati sudah selalu dipijak-pijak, dia bangkit bersama dendam.

“You… You… You dah menang, Zalia.” – Fariena

“Selagi kau belum mati, aku belum menang.” – Zalia

Namun, benarkah kebencian harus dibalas dengan kebencian? Benarkah dendam mampu merawat hati yang lebur?

724 pages, Paperback

First published February 1, 2017

14 people are currently reading
212 people want to read

About the author

Sara Aisha

18 books470 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (27%)
4 stars
13 (19%)
3 stars
16 (23%)
2 stars
14 (20%)
1 star
6 (8%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
February 12, 2017
1. Penyebab utama melangkah ke Kilang Bateri adalah bila dapat tahu Sara Aisha ada novel terbaru. Dengan "this is the author who gives me Salju Kyoto, so the least I can do is by ading her next novel".

2. Cover - First impression bila nampak di FB, macam menarik. Well, ada hitam putih - menarik untuk kamus Yuni. Bila pegang dan belek2, rasa seriau. Perempuan ni psycho ke? Mata dia nampak sedih, dendam dan sinis dalam satu pandangan. Who is she? Zalia or Fariena? Yuni, are you sure you want to buy this?

3. Sinopsis - My story untuk dapatkan buku ini adalah Buku terbaru Sara Aisha -> Cover ada hitam putih -> baru baca sinopsis. Oh No! Put it back, yuni. Put it back.

4. Tbh, perasaan yuni masa baca buku ni macam roller coaster. Sekejap suka, sekejap benci, sekejap marah. That's why mula2 letak bintang 2 then tukar ke 4, tengoklah nanti habis review jadi berapa pula bintangnya.

5. Tengku Zarif - Maaf tapi bagi yuni, watak Zarif ini merupakan seorang yang ego dan lemah. Isteri2 dia lagi kuat dari dia. Kamu try untuk menjadi adil. Either dia ni buta ataupun bodoh. Itu je yang Yuni boleh simpulkan. Kamu tahu family kamu tak suka Zalia. Zalia terseksa sepanjang berkahwin dengan kamu. Anak dalam kandungan Zalia gugur kerana Tengku Zaharah, kamu boleh bersabar. WOW...hati batu or hati berlian ni? Kamu terima bulat2 cadangan Zalia suruh kamu berkahwin dengan Fariena. I just don't get it, man. Seriously, are you that stupid? Mana hati kamu, Zarif? Kamu nampak. Perlu ke pembaca bersama2 buat event "buka kan hati Zarif"? Kamu nampak tapi butakan mata dan jiwa. Terseksa isteri2 kamu. Tahu yang Zalia dan Fariena tak ngam, tapi gatalkan juga suruh mereka duduk satu rumah. Last2, lepas sorang - sorang buat adegan membunuh diri. Itu pun masih tak belajar dari kesilapan. Masih juga beri janji palsu. Sampai satu tahap, Yuni menyampah dengan watak utama Zarif ni. Sampai perlu ke watak Zarif ini menjadi watak utama?

6. Watak jahat - It's either Zalia or Zalia or Zalia or...Fariena? Tengku Zaharah itu macam lalat je. Untuk jadikan cerita kenapa Zarif kahwin dengan Fariena. Kalau penulis kata watak jahat adalah jatuh pada Zalia, then yuni approved. Sebab watak jahat dia yuni suka. Siapa sangka gadis kampung dapat gegarkan ketenteraman hidup Fariena. Oh my...I LOVE IT! Asyik kena pendam je rasa, bila tak dapat tahan, jangan disangka orang diam tak boleh buat seperti itu. Yuni suka part cubaan membunuh Fariena. Please, jangan kata Yuni ni psycho pula. Bosan lah dengan watak jahat yang gedik lah, plan yang ntan apa2 je. Balik2 simbah asid, panggil orang jabatan Agama untuk proses tangkap basah, upah orang langgar si watak baik. Sesekali dapat watak baik jadi jahat dan psycho, apa salahnya, kan?

7. Plot - Seperti mana perasaan yuni, sama juga untuk plot. Like roller coaster. Kenapa Yuni rasa mengah bila habis novel ni? Macam baru lepas lari 100meter je. Yuni rasa macam penulis nak letakkan semua rasa dalam satu novel setebal 724 m/s ini. Masam, masin, manis, pahit, tawar...

8. Yuni sedih bila dah sampai penamat. Bukan sebab endingnya tapi sebab diri sendiri. I try but I can't. It just not my cup of tea. Mungkin...mungkin yuni terlalu mengharap novel seterusnya sama level seperti Salju Kyoto sudah buatkan pada Yuni. Mungkin harapan Yuni terlalu tinggi terhadap penulis. Penulis adalah manusia. Yuni juga manusia. Penulis ada tulis di bahagian biodata, yang beliau ingin mencuba sesuatu. Mengolah skrip drama ke dalam bentuk novel. Thumbs up untuk cubaan penulis. No wonder rasa macam baca novel berunsur soap opera pun ada.

Apa yang boleh yuni conclude kan, yuni lebih memilih novel asli milik Sara Aisha. For me, mengolah skrip drama bukan milik asli seorang penulis novel. Idea asal adalah dari penulis skrip drama tersebut. Yes, yuni tahu kerja mengolah skrip bukan satu kerja yang mudah. Tapi pembaca boleh nampak bezanya idea adalah milik Sara Aisha or bukan. Maaf sekali lagi.

Dulu yuni pernah cakap kepada seseorang, "Untuk Yuni, bagi setiap penulis novel yang Yuni baca, akan ada satu novel dia yang akan buatkan Yuni kata THAT'S IT! Level itu, di mana penulis akan buatkan yuni terbayang2 kisah novel itu berhari2. Membuatkan Yuni imagine kejadian berlaku di depan mata sendiri. Membuatkan yuni hayati setiap patah perkataan. Once penulis dah capai tahap itu, peluang untuk ke tahap itu bagi Yuni, teramat nipis. Like one in a million."

Untuk penulis yang belum capai tahap itu, Yuni akan beli dan beli lagi novel dia. Kerana Yuni percaya penulis itu BOLEH capai tahap "That's it" yuni.

Tetapi untuk Sara Aisha, silap Yuni. Yuni terlalu awal meletakkan level "That's it!". Salju Kyoto merupakan novel pertama dari beliau yang Yuni baca. Dan terus, tanpa berfikir panjang yuni jadikan nya sebagai level yang Sara Aisha perlu capai untuk setiap novel2 beliau yang lain. Novel2 yang awal, yuni akan beranggapan, oh ini lagi awal dari Salju Kyoto so boleh diabaikan. Tapi sekarang?

Perlu ke Yuni masih berpegang pada kata2 yuni tersebut atau menjadi lebih lembut/bertimbang rasa in future? Menulis novel bukan mudah. Tetapi spend duit, spend masa untuk membaca juga bukan senang.

Walau apapun, Yuni takkan berhenti mengharap. Sara Aisha, I can't wait to read your next novel.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
April 27, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

N pasti ia bukanlah kerja mudah bagi Sara Aisha to work with pre-set material. N pasti tidak banyak ruang yang penulis ada untuk membuat perubahan.

With that said, N rasa tidak adil untuk Sara Aisha because she is a good writer. Kebolehan itu gagal ditonjolkan dalam kisah ini.

Dialog juga kaku, which is something that I never thought I would say in my review for her novel.

Jalan cerita was okay, but kenapa ramai sangat watak orang sakit jiwa? Watak yang N sangka seorang heroin turns out to be psychotic who deserves to be locked up for a very long time. Watak yang N sangka jahat pula, turns out be more likable than the main female character.

And don't get me started on the hero. Mula-mula soooooo adamant tak mau 'tambah cawangan' tapi ended up nak dua-dua.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 17, 2017
WARNING AHEAD ● POLYGAMY!
Jika ada yg rasa tak selesa with this, sila avoid reading.

Adaptasi dari drama (?) ke novel..like seriously..saya beli hanya sebab author. Chan Rak Ter left a very good impression followed by MSES to me. Walaupun takde sampai 5* but still, I enjoyed reading both.

Novel kali ini really left a sour taste walaupun happy ending.
Kenapa? Sebabnya watak Zarif yg lemah dan mcm lalang..janji ditabur, janji juga dikhianati..kata sayang dan cinta tidak selari dgn perbuatan. Apa motif tak nak lepaskan Zalia/Fariena pun saya tak pasti..Ada sayang dan cinta, tapi pada siapa? Kalau tak mampu berlaku adil lepaskan salah seorang dari mereka.

As much as I luv Zalia, ada part juga saya rasa kurang senang..Sanggup buat apa saja asal kekal jadi isteri Zarif..tak boleh salahkan dia..menderita hidup dlm keluarga Zarif..kemungkinan ada yg akan meroyan lebih teruk dari dia. Fariena, ada ketika selfish dan terhegeh2..akhirnya sendiri cipta alasan agar terputus hubungan!

Finally, cerita zaman tok kaduk si Tengkus' terbongkar. Really screwd up couple. (Orang Tua Zarif)..Itupun tak sedar diri..dah macam keluarga 69 in perversely twisted version.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
May 23, 2018
Seperti seolah-olah menonton sinetron atau pinoy drama, terlampau banyak konflik sampai aku naik lelah nak menghabiskan bacaan. Mungkin ini adalah kerana novel ini merupakan adaptasi drama ke novel. Honestly, aku tidak begitu menggemari cerita mengenai poligami. Character Tengku Zarif bagi aku amat mementingkan diri sendiri. Hanya memikirkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan Zalia dan Fariena. Not my type of hero. Naskhah ni seolah-olah dipenuhi oleh watak antagonis. Zalia yang protagonis pun lama-lama bertukar jadi antagonis. Hermmm.... Tak rasa macam baca karya Sara Aisha...😞
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 27, 2019
Dont quite like this book. Sorry. Not Sara Aisha style.
Profile Image for Miss Anonymous.
12 reviews2 followers
June 21, 2022
5 ⭐

I think this novel deserves to get 5 stars. Mesti akan ada yang hairan, kenapa ada yang rate 5 bintang ni? Hahhahaa citarasa masing2.

Saya bagi 5 bintang penuh sebab saya suka garapan idea Sara Aisha ni. Walaupun novel ni diadaptasi dari drama, but Sara Aisha ulas setiap scene tu dengan sangat baik. Saya tak layan pun drama sebenar untuk novel ni. Beli novel ni pun sebab Sara Aisha walaupun bukan idea asal beliau.

I think la kan, ramai yang rate rendah sebab watak novel ni. Mesti ramai yang benci kan? Tak kira la Zalia ke, Zarif ke, Fariena ke, mommy Zarif ke, mesti ramai gila yang benci.

Sama juga dengan saya. Menimbulkan rasa benci kat setiap watak dalam novel tu. But, itulah yang membuatkan saya bagi 5 bintang sebab Sara Aisha pandai main emosi pembaca.

Tak dinafikan, novel ni membuatkan saya menangis sebab dapat rasa penderitaan Zalia tu, but at the same time, turut menyalahkan Zalia jugak sebab dia yang suruh Zarif pilih keputusan tu. Arghhh stres giler baca novel ni.

Nak tau apa cerita dia? Okeyh camni... Zalia ni berkahwin dengan Zarif. Memang atas dasar cinta la. Zalia ni anak orang biasa je kalau dibandingkan dengan Zarif yang memang anak orang berada. So, mommy Zarif ni tak suka sebab tak sama taraf. Zalia pergi ke KL sebab nak ubah nasib hidup, tapi malang tak berbau, dia kena tipu dengan kawan baik dia. Jadi, maruah dia ternoda.

Mommy Zarif pulak nak Fariena jadi menantu dia. Zalia pun suruh Zarif kawen dengan Fariena dengan syarat berlaku adil. Memang tak la kan. Mesti yang sana jealous dengan yang ni. Zarif pun serabut dengan 3 orang wanita dalam hidup dia. Zalia, Fariena dan mommy dia.

Rumit ye berpoligami ni. Jangan haraplah hidup kau aman damai. Hahahaa.. Jarang nak jumpa poligami yang bahagia tanpa hasad dengki.

Saya menangis sebab kesian kat Zalia. Banyak benda yang dia lalui. Ingatkan perkahwinan tu membawa kabahagiaan yang berkekalan, rupanya hanya pada awal perkahwinan je. Selebihnya, banyak air mata yang mengalir. Zarif tu pulak, dia masih cintakan Zalia, cuma dia dalam dilema. Nak gi kat sini, yang sana pulak buat hal. Nak gi kat sana, yang sini pulak. Haihhhh... Sebab tu saya kata, memang main emosi. That's why i give 5 stars for this novel.

Segala emosi muncul masa baca novel ni. Rasa marah, rasa sedih, rasa benci, rasa nak membunuh pun ada hahahha. Rasa nak bunuh watak je la. Okeyh tu je lah. Panjang lebar pulak review. Oh sebelum terlupa, novel ni pun ada plot twist jugak. Agak tak dijangka.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
November 15, 2019
Sara Aisha is a good writer but novel kali ini not that oomph. I prefer her previous romance novels.
Lagi2 polygamy which I hate to read and boleh tinggal serumah pulak tu.
Watak utama Tengku Zarif macam lembik gitu. Cinta pada Zalia jadi obsession and a bad ketua keluarga. Nama2 watak lagi buat saya pening banyak ‘Z’.
Tengku Zarif kahwin Zalia dan ada anak nama Tengku Zaeem. Mama Zarif pula Zaharah dan adik namanya Zahir. Bapa Zalia pula Zahid kira bapak mertua Zarif. Isteri kedua Zarif bernama Fariena dan mereka ada anak, Tengku Zaara.
Banyak watak yang sakit jiwa dan sakit mental dalam citer ini. Zahid kena hukum gantung sebab bunuh Zaeem. Zalia terus bebas gitu jer padahal dia yang bunuh Zahir.
Overall a good try with new plot and twist of story. I give credit for her effort.


Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
November 17, 2020
This is really not my cup of tea.

Hampir semua watak ada their evil side. Pergh! Baca buku ni sampai satu tahap tak boleh tahan dengan semua watak yang ada. Rasa macam hati sakit di toreh-toreh dengan perangai setiap watak tu. Lastly, it turns out, I am not reading, but mostly flipping pages just to finish this book. Nasib baik lar ni bukan buku pertama penulis yang sis baca. Kalau buku pertama, mungkin dah tak cari buku lain SA.
Profile Image for rara.
5 reviews
April 12, 2019
Sesungguhnya lelah untuk habiskan pembacaan. Rasa macam nak habiskan pembacaan cepat-cepat lepas tu nak letak tepi. Novel ni kategori tak mau dah ulang baca. Too much drama boleh sesak jiwa dengan konflik leret-leret yang tak habis-habis. Tup-tup, at the end twist yang macam entahlah. Cepat pulak habisnya kat ending.

Gitu citernye?? Jangan marah ya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
September 4, 2017
Tajuk dah best best and jalan cerita pun not bad coz its about poligami and so on tapi watak cerita ni buat i switch off.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.