"Hari ini rasa gembira sangat! Sebabnya hari ini semuanya berjalan lancar. Semoga Kau selalu jadikan diri ini dalam kalangan hamba-Mu yang bersyukur. Kadang- kadang aku takut andai nikmat ini buat aku lupa kepada-Mu. Dakap aku selalu dalam kasih sayang-Mu, ya Allah."
Bukan kata-kata sahaja yang mampu mengalun bait indah. Terkadang diam itu juga punya melodi sendiri. Aku sendiri ingatkan diri agar sentiasa bersyukur dan positif dalam kehidupan. Maka, kata-katalah yang menjadi temanku dalam meniti perjalanan kehidupan.
Untuk adik-adik remaja sangat elok isi kandungannya. Tetapi untuk 'orang dewasa' macam saya dan orang lain yang telah banyak belajar tentang kehidupan, kurang sikit sebab isi kandungan buku ini seolah-olah sama dengan kandungan-kandungan buku motivasi Islamik yang lain, cuma bahasa je yang lain.
Buku ini bertemakan Motivasi Islamik. Ditulis dalam bentuk monolog hati. Ikha suka buku ini sebab ia santai tapi sampai. Tahniah penulis. Boleh tonton review Ikha di YouTube: https://youtu.be/uJdKDWwhOHY