Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jibam

Rate this book
Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya... kerana Jibam bersuara di dalam asyiknya -
' Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti '


Ilustrasi Kulit : Syaffeq Syahman Jaafar
Tipografi / Rekabentuk : Po-G & Kiena

186 pages, Malay Fiction

First published January 1, 1992

38 people are currently reading
1024 people want to read

About the author

Ujang

11 books28 followers
Ibrahim Anon (lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia, 18 Oktober 1965) adalah seorang kartunis yang sangat popular dan memiliki pengaruh di Malaysia. Dalam berkarya ia sering menggunakan nama pena Ujang. Pada mulanya ia menampilkan nama tersebut di majalah Gila-Gila atas arahan Jafar Taib. Kemudian dalam setiap penampilannya ia menggunakan nama tersebut.

Sejak kecil, Ujang yang merupakan keturunan Minangkabau ini, telah menyukai kegiatan menlukis. Pada tahun 1982, setelah selesai Sijil Pelajaran Malaysia, ia pergi ke Kuala Lumpur. Sambil bekerja di kedai roti, ia mencoba mengirimkan karyanya yang berjudul "Hikayat Ujang Senang". Karakter ini sudah ada di dalam pikirannya sejak ia duduk di bangku sekolah.

Pada tahun 1984, ia bertemu Jaafar Taib, seorang pengarah dari perusahaan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Jaafar-lah kemudian yang menerbitkan karya Ibrahim, Hikayat Ujang Senang, di majalah Gila-Gila. Sejak saat itu namanya mulai dikenal sebagai seorang kartunis.

Pada tahun 1993, Ibrahim bergabung bersama Kharisma Group. Dalam kelompok media tersebut, ia menerbitkan majalah Ujang. Di Kharisma, ia juga menciptakan karakter Usop Sontorian, yang kemudian menjadi film animasi. Selanjutnya, karya-karya yang diterbitkan oleh majalah Ujang banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Islami.

Setelah keluar dari Kharisma Group, ia mendirikan perusahaannya sendiri : Multi Triple Vision Sdn Bhd. Melalui perusahaan ini, Ibrahim menerbitkan majalah Varia Lawak dengan mengumpulkan sebagian besar kartunis-kartunis dari majalah Ujang. Majalah Varia Lawak ini juga menerbitkan kartun-kartun yang bernuansa Islam. Setelah digugat oleh Datuk Md. Othman Yusof, pemilik Kharisma Group, ia mengubah nama Varia Lawak menjadi Lanun. Disamping itu ia juga menerbitkan Buletin Lubuk, majalah khusus untuk penggemar mancing. Namun begitu kedua-duanya tidak bertahan lama dan terpaksa tutup di penghujung tahun 2000. Dua tahun kemudian, Ibrahim kembali muncul dengan majalah Ujang Budak Minang, namun juga tidak bertahan lama.

Melalui karyanya, Ibrahim telah banyak melahirkan watak-watak yang diamatinya dari lingkungan sekitar. Watak-watak tersebut diterjemahkannya dalam bentuk visual berupa kartun lewat karya-karyanya : Aku Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi. Watak-watak tersebut banyak bercerita mengenai kehidupan pribadinya dan kebanggaannya sebagai seorang Minangkabau.

Tahun 2007, novelnya Jibam diangkat ke dalam dunia film oleh Jajja Production Sdn Bhd. Film itu terkenal dengan sebutan Jibam The Movie.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
319 (58%)
4 stars
139 (25%)
3 stars
62 (11%)
2 stars
12 (2%)
1 star
16 (2%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
24 reviews3 followers
April 14, 2010
sumpah saya sangat suka buku ni. tak ada dalih2 lagi.

jibam lahir tak sempurna. tanpa ayah kerana hasad dengki seorang manusia. uniknya jibam, dia punya 'superpower', dia ada kelebihan sendiri. yang buatkan orang tak mungkin percaya.

yang penting dia disayangi orang-orang yang mengenali diri sebenarnya.

anak cacat satu anugerah, bukan bala.
ceritanya terlalu pendek. harap ujang boleh tulis versi yang lebih panjang.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books278 followers
August 15, 2010
JIBAM diterbitkan ketika novel-novel Creative Enterprise (CE) berada di puncak kegemilangannya. Novel-novel CE ketika itu sangat bervariasi dan berwarna-warni dalam konteks tema dan gaya serta langgam penceritaannya.

Kisah kenaifan budak lungu dengan antagonisnya lelaki tua yang pembengis memberikan sudut pandang baru terhadap dunia desa yang pada masa itu masih segar dalam ingatan kolektif kebanyakan pembaca. Kita ketika itu belum benar-benar larut dalam arus urbanisasi dan kemodenan.

Hal ini tak akan kita ketemui lagi dalam novel-novel terbitan Alaf 21 misalnya. Membaca pada ketika ini seolah-olah menjadi jalan pintas untuk memuaskan khayalan liar kita untuk menjadi manusia yang sangat moden dan sangat urban.
Profile Image for lara_nur.
40 reviews10 followers
March 22, 2011
Jibam, tak perlu di perkenalkan. Karya ulung penulis/kartunis Ujang. Berapa kali ulang baca pun tak akan pernah bosan. Suasana kampung dan kedaifan Jibam sebagai anak kampung yang bodoh-bodoh alang sangat mengesankan. Jalan cerita nya sendiri adalah satu bonus, lain dari yang lain dan paling penting dinukil dengan baik sekali oleh penulisnya sampai seolah kita turut merasa peri perit hidup Jibam yang sering dibuli, tetapi pada masa yang sama mempunyai deria keenam yang misterius. Ceritanya melewati hidup Jibam seharian yang penuh warna warni tapi sering dibuli kawan2 nya, abang dan ibu yang amat menyayanginya, juga bapak saudara yang seiring memukulnya. Pengakhirannya mengungkap misteri kehilangan dan kematian ayahnya yang rupa-rupanya ada kaitan dengan bapa saudara nya sendiri.
Profile Image for Kluxorious Kluxces.
152 reviews2 followers
September 11, 2015
Jibam, without a doubt, is one of the best Malay novels out there. I was only 11 when it first came out and I still remember how deeply moved I was when I read it.

It is my pleasure to tell you that after more than 20 years, it still managed to leave a deep impression on me. Experiencing the story all over again was a journey down memory lane. I finished the book in just few hours, that was how engrossing it is.

Jibam is about greed versus kindness. How the former influenced people to do horrible things while the latter gave people reasons to stay humane to one another.

If you can read and understand Malay, I suggest that you should read this book at least once in your life time. It is in fact, that valuable.

Kudos to Ujang.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Jibam membawa tema yang sangat menyentuh hati. Inilah kelebihan Creative, novel yang berbentuk kemasyarakatan yang sangat menarik. Walaupun tak semua novel dari Creative ni pernah dibaca, saya sukakan temanya. Yang paling penting novel-novel sebegini,ia pendek dan senang didapati di perpustakaan awam dan sekolah. Bukan kategori novel popular. Jadi jangan harapkan adegan lucu nak terguling-guling kat lantai. Apapun saya sudah baca dan sukakannya.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 27, 2016
Semasa buku ini pertama kali diterbitkan, saya tidak bertangguh membeli. Berbaloi, dan rasanya Jibam adalah antara novel pertama yang saya miliki (menggunakan duit sendiri).

Cuma sayang, ketika itu saya masih tidak ada rasa "cinta" kepada buku. Selesai membaca, saya sedekahkan buku itu kepada anai-anai untuk dibuat kenduri.

Mujur di PBAKL tahun lepas, saya terjumpa semula buku Jibam ini. Perseteruan dengan Tok Ngah Sudin kembali mengimbau. Juga kisah duka Suman dan Piah sekeluarga. Kalau tidak keterlaluan, Jibam antara novel terbaik pada zamannya. Dan membacanya semula saya secara peribadi masih tenggelam dan khayal dengan karya Ujang ini.

Masih menunggu versi layar peraknya menjadi kenyataan dan satu kejayaan.

Semoga.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
November 15, 2017
Cerita yang sangat pendek tapi berjaya menyampaikan sesutu yang padu.. Terbaik dari seorang Ujang.. Realiti dunia, yang cacat itu petaka dan buruk.. Tak puas.. #jibam #ujang #creativeenterprise ##novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaannovember2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
March 19, 2018
Jibam. Ujang. Creative Enterprise. 2007.

1) Aku tahu tentang novel ini pun selepas keluarnya filem Jibam. Filem itu diaptasikan daripada novel ini.

2) Novel ini takdelah tebal sangat. 186 mukasurat je. Dengan saiznya yang kecil, mudah untuk kau bawa ke mana-mana & baca di mana-mana.

3) Jibam merupakan seorang kanak-kanak istimewa yang sering menjadi mangsa buli penduduk Kampung Belulang.

4) Jibam tu sebenarnya hanyalah nama panggilan, nama sebenar dia ialah Asraf. Sungguhpun dilahirkan cacat namun, Jibam punyai kelebihan yang tak dimiliki oleh orang lain. Nak tahu? Kau kenalah baca sendiri.

5) Cerita dalam novel ini memang mengusik jiwa. Kalau kau rasa nak menangis sewaktu baca novel ini, tak salah rasanya.

6) Satu nasihat aku, sebelum korang nak tengok Jibam tu, apa kata kau baca novel ini dulu. Kalau kau dah habis baca novel ini baru boleh tengok filem Jibam tu.

7) Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti.

8) Ok, itu sahaja yang aku nak tentang novel ini.

9) Oh ya, novel ini aku dapat daripada seorang ulat buku.

10) Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#2018readingchallenge
[ TUJUH ]
Profile Image for Akmal A..
172 reviews9 followers
April 21, 2019
Sebenarnya aku tengok wayang dulu baru baca buku... Jadi imaginasi aku dah terikat dengan wayang itu yang tak sedap. Tapi buku ni power dari teknik cerita ni sedap ditambah pulak banyak pesan moral yang berguna
Profile Image for Kiranim.
29 reviews
November 4, 2017
Buku ni dah lama menetap kat rumah tapi baru sekarang terdetik nak baca. dan macam biasa memang menyesal lah sebab baru nak baca. bukunya cenggini 👍 ha! tergelak gelak baca especially part yang dia suruh kadir cari lipas yang tak boleh lari.
😂😂😂

Tak sabar nak tunggu Jibam the Movie 7 Disember 2017 ni.. Mesti best! 😆
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
September 10, 2017
Baca lagi sekali. Dan masih suka Wo, Kadir dan Jibam.

Tak sabar menanti #JibamTheMovie

xxxx

Gigih juga saya mencari balik gerangan siapakah ada menjual buku "rare" macam ni.
Akhirnya dapat juga walaupun koyak penuh salotep sana sini.

Saya fikir, buku macam ni tak patut dijual balik, lebih baik dibuat koleksi naskhah buat gamitan hidup susah masa lampau. Tapi alhamdulillah, ada hamba Allah nak jual terus ya saya beli.

Jibam, sewaktu kecil dulu saya cukup takut dan geli dengan watak ini hanya kerana dia punya supapoweer untuk melihat dari mata ketiga. (Geli kerana dia berani main dengan katak pisang dan lipas kering) Bila sudah melangkau dewasa, saya jadi terkekeh membaca lawak selamba Jibam, suka dengan sosok Kadir yang berani, Wo yang mungkin mewakili majoriti pembaca - kasihan tetapi kadang-kadang geram juga dengan perangai Jibam ni.

"Betul kau kerja kan anak anak durian abang Usup kau ni?"
"Wo tipu aku."
"Apa yang dia tipu engkau?"
"Dia kata aku boleh makan durian bila bila masa yang aku nak, tapi pagi tadi aku pergi, tak ada pun."

:)
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
October 9, 2022
Baca sekali lagi hari ini. Tamakkan harta tanah seekar dua hingga sanggup mengkhianati dan berbunuhan. Kanak-kanak istimewa dijadikan mangsa nafsu amarah dan kebajikannya dipinggirkan. Kesabaran setipis kulit bawang. Tanah pusaka mudah ditukar dengan duit. Itukah lumrah fitrah manusia?
3 reviews
March 15, 2022
Seronok sangat. Senang nak faham. Watak Jibam sangat penting dalam cerita.

Pengajaran: Walaupun Jibam tu lahir tidak sempurna, dia ada bakat terpendam.
Perkara yang buruk pasti akan terbongkar. Watak Tuk Ngah Sudin, memang rasa geram sangat.

Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
May 18, 2013
Ujang dan karyanya Jibam. Membaca buku ini ketika umur saya 10 tahun mungkin berbeza interpretasinya jika saya membaca buku ini sekarang. Namun masih segar lagi siapa Jibam dalam minda saya. Seoalah-oleh cerita ini telah diserap masuk ke dalam 'subconcious mind'. Jibam seorang kanak-kanak yang dipandangan orang dewasa mempunyai masalah. Masalah mental mungkin...sakit yang dapat dari kenan ayahnya.

Antara kehidupan Jibam dan sentimen masyarakat melayu, jelas digarap dalam cerita ini. Berkali-kali saya membacanya, berkali-kali jualah saya masuk ke dalam kisah ini dan menghayatinya sebagai Jibam. Kadangkala terasa sakitnya apabila Jibam disepak dan diludah.

Saya kira karya ini boleh dijadikan bahan kajian. Antara nilai melayu dan nilai saintifik; 'learning dificulties' yang dialami oleh Jibam. Jibam secara kognitifnya, mampu berfikir dengan baik, namun masalah yang dihadapinya ialah untuk mengekpressikan apa yang difikirkan. Jibam bukanlah penghidap ADHD.

Jika saya google sinopsis Jibam, apa yang saya jumpa hanyalah beberapa ayat yang pendek. Namun cukup hebat untuk menggambarkan betapa perwiranya Jibam dalam cerita ini.

'Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita.'

Hasil gabungan perasaaan seorang kanak-kanak, sentimen orang melayu, kepercayaan karut marut akan makhluk halus, sampukan, kedengkian, ketamakan dan kerakusan manusia. Semuanya masih segar dalam minda saya walaupun saya membaca buku ini lebih 10 tahun yang lepas.
3 reviews7 followers
November 9, 2011
Jibam adalah antara buku terbaik melayu. Tak dapat dinafikan lagi.
Walaupun cerita yang agak pendek, namun cukup mengesankan.
Sebuah cerita masyarakat melayu tipikal, tapi penceritaan yang bukan tipikal Melayu.
Kisah kedaifan yang tidak pernah terdetik dalam hati anak muda sekarang. :)
Hasad dengki. Dendam. Budaya Melayu. Kawasan pedalaman.
Bagi saya, sebagai seorang Melayu, cukup terasa dengan elemen-elemen masyarakat Melayu yang ditampilkan oleh Ujang.
Profile Image for thenoor.
9 reviews5 followers
September 24, 2011
Baru habis baca novel ni semalam. Kesian dengan nasib Jibam/Asraf. Bukannya dia minta jadi cacat. Orang kampung yang tidak faham, tamak haloba, tak mengenang budi. Saya download novel ni diinternet as I know,it's hard to find buku Melayu yang dah lama macam ni. Disebabkan ini adalah kali pertama saya baca buku dilaptop,jadi dah hilang sikit "feeling excited".huhu.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
February 2, 2013
kata orang jangan judge buku dengan menilai kulitnya.
tengok kulit.bosan detik hati aku.
tapi dek kerana kebosanan tanpa berbuat apa-apa lagi menggunung,
aku belek.baca.
aku tak tahu novel ni kat mana dah.
tapi kalau jumpa lagi,
aku nak simpan elok-elok,
walaupun sebenarnya novel ni milik abang aku.
simpan.gaya sendiri yang punya.

yang pasti,
aku menangis baca novel ni.
Profile Image for marbisha.
4 reviews
June 4, 2008
I learned that I can't judge a book from it's cover.
Profile Image for Fadhli.
42 reviews7 followers
December 5, 2011
Karya ulung Ujang. Sudah membacanya dua kali. Sekali semasa kecil. Sekali lagi baru baru ini. Kisah kehidupan keluarga yang sedikit sebanyak dipinggirkan masyarakat zalim kerana Jibam.
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
December 9, 2013
Pernah baca dulu-dulu masa zaman sekolah rendah. Kisah Jibam yang mampu mengusik jiwa.
Profile Image for Mla.
35 reviews2 followers
December 25, 2017
Ending dia.... hahaha, terkedu saya
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
December 7, 2021
Judul buku: Jibam
Penulis: Ujang
Terbitan: Creative Enterprise
Tahun terbit / cetakan: 2018, cetakan ke-11
Jumlah halaman: 186

Ulasan:
Kisah anak cacat akal, kategori lembam. Anak bongsu kepada Suman dan Piah. Adik kepada Fakir dan Kadir.

Anak yang dihina dan dipermainkan oleh orang-orang kampung sehingga Suman terpaksa menebas hutan, membuka tanah baru bagi menjauhkan azab kehinaan itu.

Tetapi, ujian Tuhan masih mengekori. Beberapa orang penduduk kampung datang dan meminta izin daripada Suman untuk duduk di tanah baru itu. Suman yang baik hati, memberi izin kerana padanya, tanah itu milik Allah walaupun dia telah berpenat lelah menebang menebas dan membina kehidupan di situ.

Tetapi, manusia hitungannya bukan semua kenang budi. Ada yang mencari gali untuk kepentingan sendiri. Watak-watak seperti Tok Ngah Sudin dan Usin Singai, memang kejam. Anak cacat seperti Jibam yang tidak pandai membalas, dijadikan tempat melepas kemarahan. Disepak terajang, berdarah dengan luka yang dalam anak malang itu.

Namun, Allah jaga anak itu. Arwah ayahnya yang mati kerana aniaya juga menjaga dia. Banyak peristiwa ajaib berlaku yang hanya orang-orang tertentu yang baik dan belas dengan Jibam sahaja yang melihatnya. Ibunya, Piah - bukan hanya menjaga Jibam, tapi menjaga sabar bila saban hari menelan rasa hati bila anak lembamnya balik, menjunjung lebam. Ada waktu, pulang membawa belahan yang agak dalam di kepala.

Air mata Piah mengalir sebanyak mana mengalirnya darah Jibam. Lebih koyak hati si ibu bila anak sulung yang diharap membela nasib si adik punya perangai yang jelik. Adik lembamnya dipandang jijik. Terhina dengan keadaan si adik yang padanya memalukan. Malah, dia turut sama mencaci perbuatan budak lembam yang kurang akal itu. Ayat Piah, makan dalam bila hatinya tidak lagi dapat menahan bila si anak menghina dan ingin angkat tangan pada Jibam.

"... tak cukup dengan orang kampung ini menganiayai adik kau, kau pun nak ikut sama. Aku yang beranakkan dia ni pun tak pernah pukul dia, Kir."

Boleh rasa hati seorang ibu bila anaknya yang tidak sempurna itu dianiaya. Lebih terluka bila darah daging sendiri juga, serupa. Seolah-olah tak punya jiwa bersaudara.

Watak, abang kedua Jibam yang bernama Kadir, walaupun dibentuk sebagai seorang yang panas baran, cepat tangan dan kakinya menyepak, mulutnya lancang menyembur orang kampung tak kira umur, tetapi ... dialah yang paling penyayang terhadap Jibam. Dilayannya Jibam yang pendek akal. Membantu Jibam mencari lipas kering, koleksinya yang hilang seekor. Lucu, dengan babak tersebut. Tapi, sebak juga bila dibayang-bayangkan.

Walaupun cerita ini boleh dikategorikan sebagai cerita yang menuntut air mata, tetapi babak lucu di dalamnya tetap ada. Telatah Jibam. Telatah watak-watak lain yang banyak 'terkena' dengan Jibam. Juga kepolosan sesetengah orang kampung ketika berhadapan dengan kegilaan Tok Ngah Sudin dan keadaan Jibam yang 'macam-macam'.

Isu sikap dan cara berfikir, juga akidah watak-watak di dalamnya sangat menarik untuk ditelaah. Siapakah kita di antara watak-watak mereka?
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
November 3, 2018
baca dua jam boleh habis. seronok kalau ada begini. sama lama macam tengok movie.

buku ni dah lama ada dalam rumah. cuma baru terdetik nak baca. apa lagi buku nipis. memang tak boleh jual. sebab ada tandatangan penulis sekali.

rasa nak baca buku ni sebab tengok interview ujang di youtube. Tahu ujang ni kartunis. cerita komik dia juga ada baca masa kecil-kecil dulu. bila baca buku, dapat lihat sisi lain Ujang berkarya. menulis. menulis novel.

bukan tipikal novel. Jibam anak cacat. memang tidak disukai orang kampung dan tetap tidak mengubah persepsi tersebut hingga akhir cerita. Cuma menarik olahan Ujang. Memang sakit hati sungguh dengan Tok Ngah Sudin. Memang wujud orang tamak begini. Ada satu nak sepuluh. Orang buat baik dia balas tuba. Kalau dia bertanya pada Suman pasti Suman bagi. yakin lah sebab Suman ni orang bukan gila harta macam Tok Ngah Sudin.

Watak Jibam memang menarik. Nama sebenar dia pun cantik. Hanya mak dia pandai melayannya. Kasih sayang mak melebihi segalanya. Juga Wo. Kadir pula ikut perasaan, tapi sebagai abang. Aku faham dengan sikapnya. tapi lebih baik dari Fakir tu. Jibam ni mungkin kalau ikut 2018, aku syak ada sakit Autism atau berkaitan dengannya. Sebab dia sempurna fizikal. Tapi cerita ini bukan ditulis pada zaman kini. Wah, kritis pula ulasannya.

keseluruhan dia, perasaan macam tengok movie hantu kak limah. Sebab kampung ni juga pedalaman. Hanya bergantung pada tauke cina kalau nak keluar ke bandar. Untuk Aku hidup tahun 2018 terasa memang tak boleh hidup di Kampung Belulang ni.
Profile Image for Zana Ab Rahim.
21 reviews
May 28, 2021
Bacaan entah kali ke berapa agaknya. Antara buku kegemaran aku. Sayangnya ia terlalu pendek, terkadang rasa tak puas membacanya.

Tema buku ini ringkas sahaja, pengkhianatan seorang sahabat kerana tamak kan harta dunia. Satu tema yang tak lapuk dek zaman.

Jibam anak yang kurang akal tetapi penuh misteri. Keletahnya sering buat aku tergelak dan tertanya-tanya.

Hubungan Jibam dengan arwah bapaknya, serta kemampuannya mengubat, satu tingkat yang tak tercapai dek akal kita. Mungkin kebetulan, mungkin mewarisi kebolehan bapaknya. Tapi namanya pun fiksyen, jadi aku tidak mahu mempersoalkan isu ilmu ghaib & sebagainya. Orang Melayu sememangnya tak dapat dipisahkan dengan hal-hal demikian. Jadi aku baca & terima dengan hati yang terbuka.

Sekiranya kita renungi, keseluruhan buku ini padat dan sarat dengan sindiran kepada masyarakat kita. Orang yang berbaik dengan kita belum tentu baik dalam hatinya. Mungkin sahaja dia mendoakan kecelakaan kita sehari-hari seperti Tok Ngah Sudin.

Kuasa fitnah, seperti fitnah yang dibawa Usin Singai, boleh memusnahkan reputasi orang yang tak bersalah. Jadi berhati-hatilah dalam menyebarkan cerita tentang orang lain.

Walaubagaimanapun, perbuatan jahat selalunya tidak terus kekal tersembunyi. Akan ada yang tau lambat laun. Dan pembalasan yang adil tu akan datang juga, tak kira cepat ataupun lambat.

Semoga kita semua dijauhkan dari berperangai seperti Tok Ngah Sudin & Usin Singai.
Profile Image for Nurul Amira Amira.
24 reviews1 follower
August 2, 2020
Satu pengajaran atau nilai dalam buku ini yang menjadi kegemaran saya ialah kasih sayang mak abah yang tak ada galang ganti. Biarpun Jibam seorang kanak-kanak istimewa, Suman dan Piah masih menyayangi Jibam sepenuh hati. Nilai yang kedua ialah reda dalam menerima takdir Allah. Suman dan Piah menerima takdir bahawa Jibam tidak seperti anak yang lain biarpun ianya berat diterima pada awalnya (sehingga akhirnya mereka meninggalkan kampung halaman dan meneroka tanah baru). Perangai Jibam yang semberono kadang kala menyakitkan hati orang kampung, namun Piah masih melayan Jibam seperti anak-anak yang lain. Nilai yang seterusnya adalah nilai persahabatan sama ada yang positif atau negatif turut ditonjolkan oleh Ujang didalam buku ini. Karakter yang membawa nilai persahabatan yang positif ialah Usup Kidung yang dimana dia sering juga menyelamatkan Jibam dari terus dibuli oleh gangster kecil dikampung mereka.

Ujang juga berjaya memperdayakan saya bahawa Suman masih hidup haha namun diakhir cerita, ternyata Suman memang sudah meninggal dunia sewaktu peristiwa malang itu berlaku di hutan. Melalui cerita didalam buku ini, saya rasakan orang dahulu amat cetek ilmu mengenai harta pusaka dan dari masa ke semasa, kita sebagai anak-anak hendaklah ambil tahu mengenai ilmu harta pusaka agar tidak ditindas oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for pae (marginhermit).
380 reviews25 followers
June 16, 2025
Read this back in 2000 (I was still at school, and yep, 25 years ago—what is time?), and I just stumbled across my old notes because my mum unearthed one of my ancient notebooks. Suddenly, it all came flooding back.

Jibam sticks with you. The way it tackles the stigma around being “special”—how it doesn’t make Jibam any less—still hits, even decades later. That quiet defiance, that soft resistance to how society tries to label people, was ahead of its time.

Reading it now as a parent myself, the dad’s perspective gutted me. The helplessness, the bubbling frustration that never quite spills over but is always there...I feel it differently now. I get it. I still wept, a little harder this time.

Still waiting on an English translation so I can shove it into my international friends’ hands and go, “Here. Feel this.”
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
November 10, 2019
'Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti'.

Ringkas tetapi memberi kesan. Jibam dicetak sekitar tahun 1992 dan masih diulangcetak hingga kini. Rasanya time sekolah dulu pernah baca naskhah ni.
Jibam atau asraf anak yg istimewa. Sedikit lembap atau bodoh bodoh alang tapi memiliki keistimewaan iaitu mewarisi ilmu perubatan dari ayahnya suman. Suman mati di dalam hutan ketika mencari rotan dan kematiannya menimbulkan misteri.
Paling benci pastinya dengan watak tok ngah sudin. Sanggup mengkhianati sahabat sendiri demi harta duniawi.
Tak puas membaca naskhah jibam ni sebenarnya. Jibam memaparkan kisah realiti zaman sekarang. Masih ramai yg memandang rendah kanak2 istimewa seperti jibam dan berkelakuan seperti tok ngah sudin yg sanggup tikam belakang sahabat sendiri.
Profile Image for Jiha Jahari.
17 reviews
July 26, 2021
Waktu filem Jibam ditayangkan, rasa teruja betul sebab pernah baca novel Jibam! Waktu filem ni ditayangkan, masih belajar di Beijing lagi. Balik Malaysia, dekat Astro ditayangkan filem ini, apa lagi, memang khusyuk tengok 📺

Karya Ujang ini serius aku terkedu dengan gaya bahasanya, ceritanya yang menusuk jiwa, memberikan gambaran realiti gaya fikir & hidup orang-orang di kampung, lagi-lagi terhadap Jibam yang boleh kita kategorikan sebagai murid berkeperluan khas.

Mantap amat! 10/10, filem dia pun aku bagi 10/10 🌟
Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.