Buminya di Tanah Melayu; eranya riak empatpuluhan; kisahnya cinta dan duka manusia. Segalanya bermula dalam gelora awal Perang Dunia Kedua, di mana segelintir manusia amat sederhana mula menanggung luka peribadi dan lara bangsa. Suhaidah, janda derita menanti bayi kedua; Wagiman, bekas pejuang masih membara; Rashimah, isteri setia terus terdera; Dzulkifli; pewaris amanah membangun madrasah - mereka mambauri kisah manusia dekad empat puluhan ini dengan batin yang berdegup cemas sebelum meledak bom pertama di Malaya. Mereka adalah himpunan manusia gamam di bawah sergahan awan perang. Secara berdikit, kalungan kisah-kisah sederhana seputar mereka menyerlahkan makna kehidupan sebuah masyarakat kecil pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai karenah. Dengan bahasa jernih limapuluhan, imbas hasrat Malindo dan langgam barat, dalam citarasa ASAS 50, novel ini merakamkan sebuah kehidupan sebelum Perang Dunia Kedua sesetianya. Hanya sesekali sebuah karya sastera sempat serentak menggabungkan kehidupan dan kesenian.
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:
* Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri
Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).
Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).
Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.
Sekelompok manusia yang mungkin berada si Johor atau Singapura terkait antara satu sama lain ketika negara dalam keadaan ancaman perang. Setiap di antara mereka mempunyai persoalan dalaman yang membelenggu mereka. Antara watak yang paling banyak disebut di dalam novel ini adalah Suhaidah yang menjadi janda akibat kematian suaminya Hamid seorang kaki judi dan pemabuk yang dipukul orang kurna berebut perempuan. Ayah Suhaidah, Rashidi pula tidak pulang-pulang selepas dua tahun berlayar. Anaknya Zalifah pula berhalunisasi akibat terlalu rindu kepada datuknya. Masalah-masalah ini telah merantai abangnya Mokhsien yang tidak dapat meninggalkan mereka untuk mencari rezeki dengan berlayar. Rupa paras Suhaidah yang cantik pula menjadikan pemuda-pemuda cuba mendekatinya. Ada yang secara terus terang dan ada yang hanya berbicara di dalam hati. Semua ini menjadi persoalan-persoalan pada Suhaidah. Setiap mereka ini juga mempunyai persoalan-persoalan masing-masing yang menyebabkan kedatangan perang bukanlah perkara besar yang mereka fikirkan. Kehadiran sojar Australia mengajar mereka membuat shelter dan cara bersembunyi di dalam shelter. Peraturan tidak boleh menggunakan pelita di waktu malam kecuali dililit kain hitam hanya peraturan-peraturan yang mereka turuti tanpa merisaukan sangat kedatangan perang. Watak yang banyak dan berselirat tidak menjadikan cerita ini sukar tetapi apakah boleh dipanggil cerita? Jika biasa membaca novel A.Samad Said, ini adalah novel yang ada persamaan tema dan gaya Daerah Zeni dan Hujan Pagi.
Buat pertama kalinya saya membaca karya A.Samad Said.Sungguh orang yang hebat penulisannya juga turut hebat.Membawa pembaca jauh kedalam ,membawa pembaca jauh mengenang kembali tahun-tahun sebelum pasca kemerdekaan,membawa pembaca juah memahami,menghayati malah seperti berada dalam suasana yang cukup hingar bingar,resah,bimbang,keliru,penat,putus asa,angan-angan,buntu,jahil,cinta,kasih,sedih,lemah dan segala-galanya.1001 perasaan bermain di setiap watak-watak yang diketengahkan dalam adik datang.Adakalanya pembaca hampir keliru siapakah siapa,apakah apa malah dimanakah dimana.cerita yang sentiasa berkait antara satu sama lain anmun dalam diri individu yang berbeza.Beliau bijak dalam melahirkan emosi,mengetengahkan kepayahan ,keperihan hidup setiap watak malah turut melahirkan perasaan takut dalam diri pembaca apabila cerita berkisar perang dan sojar.Kagum.Hebat penulisannya.Kesimpulannya,1001 perasaan boleh lahir hanya daripada sebuah novel.
Adik Datang merupakan sebuah novel SN A Samad Said yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1978. Novel ini menceritakan keresahan, kegelisahan dan kekalutan manusia-manusia yang menghadapi perang. Suhaidah atau Haidah kehilangan suaminya bernama Hamid ketika masih muda. Beliau mempunyai seorang anak bernama Zalifah, dan sarat mengandung. Zalifah seorang anak yang teramat merindui datuknya Rashidi (Tok Hidi), sehingga dia terbawa-bawa ke alam mistik. Zalifah memberitahu ibunya bahawa dia pernah berjumpa Tok Ghazali, sahabat karib datuknya. Orang tua itu didakwa menunjukkan gambarnya bersama Tok Hidi, hal ini menggamit keyakinan Zalifah bahawa datuknya masih hidup. Malahan, Zalifah juga bertemu dengan Shahrizah (tidak pernah wujud). Katanya Shahrizah mempunyai adik kembar bernama Wan Empo dan Wan Malini. Walhal hikayat ini diturunkan kepadanya oleh Tok Hidi. Setelah Hamid menjadi arwah, Mokhsen menjaga adiknya Suhaidah. Lantaran perang dan keadaan Suhaidah serta penyakit ganjil Zalifah, Mokhsen hanya melakukan kerja kampung seperti bertukang. Dia tidak berani menjadi kelasi kapal lebih-lebih lagi sejak kemalangan kapal karam di Tanjung Pengharapan. Karamnya kapal Boega Boedja menyebabkan ayahnya hilang, tidak dapat dikesan. Mokhsen membantu ustaz Dzulkifli membina madrasah yang diasaskan oleh Wagiman. Dzulkifli, seorang ustaz muda yang dipelihara oleh pasangan Mispan dan Rusini. Sekali gus, Wagiman menjadi ‘datuk’nya. Beliau mempunyai seorang adik bernama Rasimah. Lantaran perang, Rasimah dikahwinkan dengan calon pilihan Wagiman bernama Shamsuri. Namun begitu, alam rumahtangga mereka goyah, kerana Shamsuri bukanlah suami yang bertanggungjawab. Lebih mengejutkan Rasimah dan Dzulkifli hanya mengetahui kedudukan mereka sebagai anak angkat Mispan pada saat-saat akhir hayatnya. Rusini tidak dapat menerima hakikat tersebut sehingga menyalahkan Wagiman. Beliau menuduh Wagiman tidak teliti memilih calon suaminya hanya kerana dia bukan cucu yang sebenar. Mereka sebenarnya anak kepada pasangan Kasan dan Ernawati yang terbunuh dalam pemberontakan Belanda di Indonesia. Adik Datang menghidangkan pengertian perang. Sentuhan pena SN A Samad Said ini amat memberangsangkan. Teknik penulisan yang menggunakan gaya hambatan psikologi yang bagus (ditulis sehingga pembaca asyik malah dapat mengingat pula beberapa ayat yang diulang-ulang). Sebagai contoh, dialog “Dia bukan hendakkan Haidah saja; dia hendakkan Si Simah itu juga.” (muka surat 180). Dan dialog yang senada ini diulang lagi pada muka surat 302 dan 303. Pengulangan seperti ini memberi kesan khas kepada pembaca, sehingga kesinambungan cerita yang digarap tampak teliti dan kemas (syabas!). Penulis juga berjaya menerobos sikap manusia-manusia di ambang perang; suka berangan-angan, membawa khabar angin (menduga-duga), penilai dan penyelidik, rasa sangsi dan takut. Salah satu hal yang terindah di dalam novel Adik Datang ialah pengolahan penulis tentang cara-cara menghadapi seorang anak kecil. Apabila Suhaidah melahirkan anak kembar, dia kehilangan nyawanya. Mokhsen secara bijak mengimbau kenangan-kenangan lampau Zalifah bersama binatang yang telah mati. Dia bertanya Zalifah tentang kucing pelaiharaannya, si Tompok. Dia mengingatkan Zalifah tantang monyet peliharaan Aizam (Kinam) yang digelar Wak Keroyok. Penulis telah berjaya menggunakan pedagogi untuk menyedarkan Zalifah keadaan sebenar. Dia tidak tergesa-gesa memberitahu Zalifah yang Suhaidah telah mati. (Babak ini paling menyentuh emosi!). Adik Datang sebuah novel yang menggabungkan unsur kemanusiaan, sejarah (perang dan perjuangan), kehidupan dan kesenian sebelum Perang Dunia Kedua. Sebuah karya yang menggugah kesedaran pembaca terhadap nilai kehidupan menggunakan falsafah kehidupan yang tinggi. Adik Datang mengajak pembaca menghargai kehidupan seadanya kerana kehidupan adalah perjuangan. Manusia sentiasa berjuang untuk hidup.
ini adalah pertama kali saya membaca buku sentuhan tangan A.samad said.agak sukar juga utk mengikut rentak atau utk tangkap apa yang penulis cuba lontarkan dalam buku ini.mungkin disebabkan kekangan waktu sebagai medical student kadang2 saya baca hanya screening sahaja tanpa memahami,mendalami apa maksud yg cuba disampaikan menyebabkan saya kurang faham apa yang cuba diceritakan.tetapi di tengah2 cerita saya berjaya juga tangkap jalan cerita ini. adik datang menceritakan ttg keadaan penduduk yang menghadapai suasana perang( tapi xdiserang lagi.hanya dengar khabar angin tentang perang sahaja),bagaimana susahya hidup tanpa lampu( nak pasang pelita pun kena tutup dgn kain hitam sbb x bagi musuh nampak), kerja yang tidak terjamin dan sebagainya. bagi saya buku ini bagus kerana kita boleh menyelami bagaimana hidupnya masyarakat kita sewaktu zaman perang dahulu.mereka sentiasa hidup dalam keadaan berjaga2 dan kita dapat rasa suasana perang tu bagaimana dgn baca buku ni.so kita akan lebih menghargai hidup senang sekarang tanpa perang.
" perang itu walau apapun peranannya,tetap memusnahkan"- ayat yg paling disukai dalam novel ini:)))
"Dzul," kata Wagiman. "Parman," katanya kemudian. "Aku... Aku akan ceritakan semua sejarah perjuangan kami. Kalau... kalau aku mati sebelum sempat...."
"Kau jangan merepek, Giman," kata Suparman. "Kau pahlawan yang sasa – manusia pencetus dan penyelesai pemberontakan...."
"Aku bukan Wirdjo. Barangkali aku pengidam zaman Sriwidjaya dan Majapahit sepertinya, tapi aku... aku bukan Soewirdjo...."
"Kau wira sasa, kataku...."
"Kalau aku mati sebelum sempat menyelesaikan tanggungjawabku, aku mahu... aku minta... aku... aku amanahkan kau Dzul, supaya melanjutkannya.
"Kau jangan merepek, Giman," kata Suparman.
"Manusia yang terjajah tak bermaruah," kata Wagiman.........
Buku pertama karya Uncle Samad yg saya baca. jujur saya masih kurang jelas dengan rentak tulisan seorang sasterawan negara. boleh jadi ia satu petanda, saya kena lebih banyak membaca. siapa2 ada karya uncle Samad yg lain, silakan hadiahkan pada saya :)
A lovely read. What I love about the books written by A.Samad Said is the standard of language used. This time around, the book is published by PTS and the editors did a great job. Not much typo errors. Bravo!