Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rumpun Melayu Australia Barat

Rate this book
Economic conditions, social life and customs of West Australia's Malay ethnic migrants from Cocos (Keeling) Islands.

Pada tahun 1974, orang Melayu Pulau Cocos mula berhijrah ke Australia Barat, mengikut jejak orang Melayu Pulau Krismas yang lebih awal berpindah ke sana. Di Pulau Cocos, tidak banyak peluang untuk sara hidup. Mereka bertebaran di Perth, South Hedland, Katanning dan Geraldton. Malahan sejumlah yang lain sampai ke Kathara, Shay Gap, Albury, Broom dan Mt. Newman. Lima belas tahun kemudian, Wan Hashim dan Halim Ali, dua orang sarjana antropologi dan pengajian Melayu terbang ke tempat-tempat tersebut untuk melihat sendiri bagaimana orang pulau yang sedarah dengan mereka meneruskan kehidupan di bumi Australia. Mereka meninjau pelbagai kegiatan ekonomi yang diceburi orang Melayu Australia Barat, menghadiri pelbagai majlis yang berkait dengan kepercayaan dan agama, adat resam dan kesenian, malah mengikuti kegiatan masa senggang 'sepupu' mereka yang telah terpisah oleh lautan beribu batu jaraknya. Walaupun sebahagian besar mereka terlibat dengan pekerjaan kolar biru, dari mekanik hinggalah ke penyelam mutiara, namun mereka terkenal kerana kecekapan dan kerajinan, bekerja keras dan dapat mengekalkan sifat lemah lembut dan sopan santun yang dimiliki oleh orang Melayu. Sungguhpun telah berintergrasi dengan penduduk tempatan, jati diri berjaya dikekalkan. Mereka terikat kuat dengan akar dan leluhur bangsa Melayu.

112 pages, Paperback

First published January 1, 1999

1 person is currently reading
2 people want to read

About the author

Wan Hashim Wan Teh

7 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (33%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
2 (66%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Izzat Isa.
421 reviews50 followers
April 27, 2018
Penulis merupakan sarjana yang terkenal dalam kajian dan penyelidikan terhadap antropologi bangsa Melayu. Buku ini memaparkan bentuk diaspora Melayu ke Benua Australia di kawasan Barat. Penulis mendapati masyarakat Melayu tersebut datang ke wilayah terbabit selepas berlaku penghijrahan beramai-ramai atas faktor politik dari Pulau Christmas dan Pulau Cocos.
Penulis menyelidiki masyarakat ini berdasarkan kerangka konseptual tersendiri dengan melihat aspek geografi, politik, kebudayaan dan kesenian, pegangan agama, sosial dan aktiviti bermasyarakat, ekonomi dan pekerjaan, majlis keramaian dan lain-lain.
Di akhir kajian, penulis membuat analisis umum tentang pemikiran dan bentuk ruang sosial terhadap generasi pertama yang berasal daripada kedua-dua pulau tersebut dengan generasi kedua yang menetap di Australia Barat.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.