Aku juga insan yang mendambakan bahagia, bukan derita hingga ke penghujung usia. Pernikahan paksa dengan Ziyad? Sungguh, Sarah tidak rela! Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang dicintai oleh adiknya sendiri. Maka, Sarah nekad mengikut Soffiya ke Kuala Lumpur dengan harapan ada secebis bahagia buat dirinya.
Namun, hidupnya menjadi kacau-bilau selepas bertemu dengan Fattah. Lebih haru lagi, lelaki playboy itu adalah kekasih Soffiya. Sarah mendedahkan sikap sebenar Fattah kepada Soffiya untuk menyelamatkan sahabatnya itu. Malangnya, Soffiya tidak percaya dan menuduh Sarah sengaja mereka cerita lalu menghalau Sarah.
Rentetan itu, satu insiden di mana Sarah dan Fattah tertangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di depan mata Datin Mariam (mummy Fattah) membuatkan wanita itu mendesak mereka untuk segera bernikah. Enggan menjadi perampas kekasih kawan baik sendiri, Sarah pulang ke kampung.
Namun, kehadirannya tidak disenangi oleh ayahnya sendiri lalu menghalaunya. Sebaik sahaja Fattah mengetahui punca Sarah dihalau adalah disebabkan sejumlah wang, dia lantas menawarkan kepada ayah Sarah dengan nilai lima kali ganda lebih tinggi. Sarah terkilan.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Mula-mula N cadang nak kasik 4 bintang, because the storyline was pretty good. Suka baca part Fattah tried so hard to impress Sarah.
But makin lama, watak Sarah jadik bodoh pulak. N tak boleh nak terima Sarah boleh percaya sangat dengan fitnah si adik yang memang terang-terang jahat, dan juga terlalu percayakan kawan baik yang dah terbukti berkali-kali berhasad dengki. There's a line (a thick line) between bersangka baik and bodoh. Sarah is the latter. I just wish that more writers (especially new writers) dapat membezakan between those two.
Pendek cerita, from that point onward, N dah rasa agak meluat to enjoyed it. Maka, tolaklah satu bintang.